Tuesday, September 28, 2010

Fungsi Otak Kita

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs698.snc4/63793_158529960841924_100000547642144_408514_2551994_n.jpg

Lihatlah fungsi otak kita yang amat sempurna. Sesungguhnya Allah SWT telah mengasingkan semua maklumat yang kita lakukan seharian dan data tersebut disimpan dengan amat sempurna didalam otak kita. Kita tidak mampu menipu Allah SWT ( Gambar Rajah Ini menunjukkan pembahagian pemikiran golongan syiah ). Nauzubillah Min Zalik.

Thursday, September 16, 2010

Ayat Penggerak (Doa)


Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini


Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

KEHANCURAN ALAM SEMESTA

http://1.bp.blogspot.com/_Cm8hEGlcx-k/S-ywDRXtQeI/AAAAAAAACGY/ybuXKwDvZMI/s1600/apocalypse.jpg


Jika penyakit lumpuh adalah kehilangan kendali atas sesebuah anggota badan, maka maut adalah lumpuh yang menimpa seluruh anggota badan.

Setelah semua tanda-tanda kiamat yang telah diberitakan Nabi s.a.w. hadir di pentas dunia, maka kiamat yang ditunggu-tunggu segera berlaku. Ibarat seorang wanita yang sepanjang sembilan bulan lamanya merasakan beratnya mengandung, akhirnya hari kelahiran yang ditunggu-tunggu itu tiba.
Firman Allah yang bermaksud: “Apabila sangkakala itu ditiup dengan sekali tiup. Dan diangkatlah bumi dan gunung-gunung lalu dihancurkan sekali hentakan. Maka pada hari itulah terjadi Kiamat.” (Al-Haqqah 69:13-15).
Alam semesta menyaksikan kehancuran manusia, dan maut merenggut semua makhluk yang hidup sama ada yang berada di langit dan bumi tanpa meninggalkan seorang pun.
Peristiwa ini terjadi begitu cepat dan tiba-tiba. Semua manusia meninggal dunia dalam keadaan terkejut dan tanpa persiapan apa-apa. Rasulullah s.a.w bersabda, “Demi Allah, kiamat akan tiba ketika dua orang penjual beli sedang membentang kain dagangan mereka. Mereka tidak sempat bertransaksi atau melipat kembali barang itu. Kiamat akan tiba ketika seseorang telah memerah susu ternaknya namun belum sempat menikmatinya. Kiamat akan tiba ketika seseorang baru saja memperbaiki kolam namun belum sempat meminum airnya. Kiamat akan tiba ketika seseorang telah mengangkat suapan namun belum sempat memakannya.” (HR Al-Bukhari).
Pada hari yang sangat dahsyat ini, semua manusia, bahkan semua makhluk hidup, merasakan maut bersama-sama. Jika sebelumnya seseorang hanya menyaksikan kematian, pada hari ini ia merasakannya. Semua ini menandakan berakhirnya bahagian pertama dari kitab kehidupan dan bermulalah bahagian kedua yang sangat menentukan.

Hakikat Kematian
Imam Abu Hamid Al-Ghazali menjelaskan bahawa kematian sebenarnya hanyalah perubahan kondisi yang dialami roh dari memiliki kuasa penuh atas jasad kepada kehilangan kuasa itu. Roh yang sebelumnya dengan berleluasa menggunakan mata untuk melihat, kaki untuk berjalan, telinga untuk mendengar dan semua anggota jasad yang lain sebagai alat bantunya, pada saat ini ia tidak mampu melakukannya lagi. Jika penyakit lumpuh adalah kehilangan kendali atas sesebuah anggota badan, maka maut adalah lumpuh yang menimpa seluruh anggota badan.
Apabila hal itu terjadi, ia bagaikan orang yang baru bangun dari tidur panjang dan tersingkap di depan matanya hakikat-hakikat yang selama ini ia lalaikan. Hakikat yang pertama kali dia dapat melihat semua amalan yang dilakukan selama hidup berserta balasan yang dijanjikan.
Jika amalan yang dilakukan selama ini baik, maka ketenangan dan kegembiraan segera memenuhi hatinya. Malaikat Maut datang kepadanya dengan penampilan yang menyejukkan sambil membawa jemputan Ilahi, “Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” (Al-Fajr: 27-30).
Rohnya segera keluar dari jasad dengan mudah tanpa sebarang seksaan. Malah bagi orang tertentu, maut adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu. Mereka adalah hamba-hamba Allah yang merasa terpenjara di dunia yang sempit ini sejak lama dan menunggu hari pembebasan dengan tidak sabar.
Bagi mereka, maut adalah gerbang kebebasan yang akan membawa ke alam yang penuh keindahan dan menjumpai kekasih yang dicintai. Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash berkata, “Perumpamaan seorang mukmin yang melepaskan rohnya ibarat seseorang yang tertawan di dalam penjara lalu dibebaskan daripadanya.” Abu Darda ra berkata, “Aku mencintai kematian kerana rinduku kepada Tuhan.” Rabi’ bin Khaitsam berkata, “Tidak ada sesuatu yang ditunggu-tunggu mukmin yang lebih baik daripada kematian.”
Imam Al-Ghazali berkata, “Kelazatan terbesar ditemui para syuhada yang terbunuh di jalan Allah. Sebab mereka tidak maju ke medan perang melainkan setelah memutuskan segala hubungan dengan dunia dan sangat merindui berjumpa dengan Allah s.w.t.”
Kisah-kisah tentang hal ini sangat banyak, salah satunya diriwayatkan Al-Hafiz Abu Nu’aim dalam “Hilyat Al-Awlia” dari Hatim Al-Asham, “Suatu ketika kami bersama Syaqiq Al-Balkhi dalam suatu peperangan melawan bangsa Turki. Hari itu sangat mengerikan, kepala banyak yang berterbangan dan pedang-pedang banyak yang patah. Syaqiq bertanya kepadaku, “Bagaimana perasaanmu saat ini? Demi Allah, perasaanku saat ini sama seperti perasaanku pada malam pengantin.”
Perhatikan juga kisah yang diriwayatkan Imam Ahmad bin Hanbal dari Said bin Abdul ‘Aziz Al-Tanukhi, “Tidak ada orang yang pernah melihat bidadari dalam keadaan sadar (tidak bermimpi) selain Abu Mukhramah. Suatu hari ia pergi untuk suatu hajatnya. Tiba-tiba ia melihat seorang bidadari di dalam sebuah kubah, di atas tempat tidurnya. Ketika melihatnya, Abu Mukhramah segera memalingkan wajah. Bidadari itu segera berkata, “Datanglah ke sini, wahai Abu Mukhramah. Aku isterimu dan ini isteri fulan.” Ia kemudian kembali kepada teman-temannya dan menceritakan hal itu. Mereka segera menulis wasiat kemudian mati syahid bersama-sama.”
Meski begitu, sebuah hadis menceritakan bahawa maut tetap menyakitkan dan pedihnya masih terasa hingga bertahun-tahun kemudian. Imam Ahmad meriwayatkan dalam bahagian “al-Zuhd”, daripada Jabir bin Abdillah bahawa Rasulullah s.a.w. bercerita tentang sekelompok orang dari Bani Israil yang mendatangi sebuah perkuburan. Mereka berkata, “Mari kita solat dua rakaat lalu berdoa agar Allah mengeluarkan seseorang yang telah mati untuk kita tanyakan kepadanya tentang kematian.” Mereka lalu melakukan usulan tersebut. Tiba-tiba, seorang lelaki mengeluarkan kepalanya dari kubur. Di dahinya terlihat tanda sujud. Ia berkata, “Apa yang kalian inginkan dariku? Aku mati seratus tahun lalu, namun pedihnya masih aku rasakan hingga saat ini. Mintalah agar Allah mengembalikan aku ke tempatku semula.”
Jika seperti itu keadaan orang yang mati dalam iman, kita tidak dapat membayangkan terseksanya orang yang mati sambil membawa amalan yang buruk apatah lagi kekafiran, na’uzu billah. Namun kita dapat memperkirakan bahawa hatinya pasti dipenuhi kengerian. Dengan sekuat tenaga ia memekik dan melawan agar tidak keluar dari jasad, namun Malaikat Maut jauh lebih kuat darinya.
Sekuat apa pun perlawanan dan pekikan yang dilaungkan, ketentuan Allah tidak dapat dirubah. “Andai engkau melihat ketika para malaikat mencabut jiwa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka (dan berkata): Rasakanlah seksa yang membakar. Hal ini demikian disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri. Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak menganiaya hamba-Nya.” (Al-Anfal:50-51).
Mereka adalah orang-orang yang hatinya telah menyatu dengan dunia dan melupakan akhirat sama sekali. Sehingga ketika masa perpindahan tiba dan negeri akhirat diperlihatkan, mereka menolak untuk berpindah ke tempat yang baru. Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik pernah bertanya kepada seorang ulama tabiin yang bernama Abu Hazim Salamah bin Dinar, “Mengapa kami takut mati?” Abu Hazim menjawab, “Karena kalian memakmurkan rumah kalian di dunia dan meruntuhkan rumah kalian di akhirat. Maka kalian takut berpindah dari kemewahan kepada reruntuhan.”

Mengingat Kematian
Mengingat kematian akan mendorong seseorang mempersiapkan diri untuk perjalanan ke akhirat. Dan hal itu menjadi faktor utama yang mendorong dirinya untuk melakukan perbuatan mulia sekali gus menjadi penghalang daripada tercetusnya perbuatan tercela. Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w bersabda, “Perbanyaklah mengingati penghancur kelazatan, iaitu maut.” (HR Ibn Hibban). Dari Syaddad bin Aus bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Orang yang pandai ialah orang yang selalu memeriksa dirinya dan bekerja untuk kehidupan setelah mati.” (HR Al-Tirmidzi).
Ibn Al-Mubarak meriwayatkan dari Malik bin Mighwal (Imam Ahmad meriwayatkannya dari Ibn ‘Uyainah), “Seorang laki-laki pernah dipuji di hadapan Rasulullah s.a.w. lalu Baginda bertanya, “Apakah ia sering mengingati kematian?” Mereka menjawab, “Tidak selalu.” Baginda berkata, “Orang itu tidak layak dipuji.” Riwayat ini mursal.
Mengingati kematian telah mewarnai kehidupan tokoh ulama, sahabat dan tabiin. Oleh sebab itu, Abdullah bin Mas’ud pernah marah kepada orang yang dilihatnya tertawa ketika menghantar jenazah. Ia berkata, “Kau tertawa ketika menghantar jenazah? Aku tidak akan berbicara denganmu selama-lamanya.” Zuhair Al-Aqtha berkata, “Setiap kali Ibn Sirin mengingatkan kematian, semua anggota tubuhnya seakan lumpuh.” Qubaisah bin ‘Uqbah berkata, “Setiap kali aku duduk bersama Sufyan Al-Thauri, aku selalu mengingati kematian. Sebab tidak ada orang yang lebih banyak mengingat kematian daripadanya.”
Lebih hebat dari itu, Imam Al-Dzahabi bercerita tentang Rib’ie bin Khirasy Al-Ghatafani, seorang ulama tabiin yang bersumpah tidak akan tertawa hingga ia mengetahui apakah dia seorang penghuni syurga atau penduduk neraka. Sejak itu, ia tidak pernah dilihat tertawa hingga pada hari dicabut nyawanya. Pada hari kematiannya itu, wajahnya terlihat tersenyum. Kisah yang serupa diriwayatkan Imam Ahmad bin Hanbal dalam kitab “Al-Zuhd” terjadi pada diri Ghazwan Al-Kufi.

Sunyi
Setelah seluruh alam semesta ini hancur tidak tersisa, hanya kesunyian yang memenuhi alam ini. Al-Quran menceritakan bahawa pada hari itu, Allah s.w.t. melipat langit dan bumi seperti lipatan buku lalu berkata, “Siapakah yang paling berkuasa hari ini?” Tidak ada jawaban. Lalu Allah sendiri yang menjawab, “Allah yang Maha Esa dan Maha Kuat.” (Al-Ghafir:16).


Us Umar Mohd Nor Dlm Majalah Solusi

Sumber:- Facebook Ustaz Zahazan Mohamed

Petua Mendapat Zuriat

http://img7.imageshack.us/img7/6838/hamaschildreninnablusaf.jpg

Disini ada sedikit info dan diharap menjadian panduan berguna buat dikongsi bersama-sama terutama kepada suami isteri yang baru berumahtangga untuk merancang keluarga….Ketahuilah, untuk mendapatkan bayi lelaki atau perempuan, semuanya boleh dirancang..

Amalan Pemakanan Isteri sebelum bersama

1. Madu lebah (utk energy dan kesihatan dalaman)
2. Minum susu dan mengambil buah badam sebagai sajian ringan
3. Amalkan minum sup ayam dan makanan berempah
3. Minuman berhalia juga bagus (suami juga - utk kepekatan air mani)

Tips untuk mendapatkan bayi perempuan :

1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi perempuan.

2.Bersama suami pada waktu subur isteri (antara hari kesebelas hingga hari kesembilan belas dr kiraan hari pertama datangnya haid) Kenapa dlm waktu subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan subur walhal isteri kebiasaannya bergantung pada mood. Hanya dalam waktu subur ni saja, hormon isteri lain macam sikit. That’s why susah nak dapat baby perempuan ni.. tapi majoriti pasangan baru berkahwin, potensi dapat anak perempuan tinggi.

3. Suami melepaskan/merembeskan hanya 50% air maninya di dalam rahim isteri dan bakinya dipangkal rahim (Tujuan : mengizinkan hanya sedikit sahaja sperm kedalam rahim isteri supaya gen XY dpt diseimbangkan;
Suami membawa XY, isteri membawa gen X - so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kiri (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu)

5. Berdoa.

Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):

1. Banyakkan makan sayur, sup dan asam serta beralkali
2. Banyakkan makan buah-buahan
3. Amalan minuman berkarbonat/gas (jgnlah selalu)

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah maryam utk pembentukan minda bayi * lebihkan/kekerapan kepada surah Maryam

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama “Maryam” atau “Siti Aisyah”

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)

Fizikal ibu yg mengandungkan bayi perempuan - perutnya meleper atau membulat rata ke kiri dan kanan.

Tips untuk mendapatkan bayi lelaki:

Sebelum & Selepas:

1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi lelaki

2. Bersama suami pada waktu tidak subur isteri (antara hari dua puluh satu hingga hari kedua puluh lapan /hari sebelum period dr kiraan hari pertama selepas waktu subur) Kenapa dlm waktu tidak subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan gen X/Y yg perlu dikumpulkan perlu lebih sedikit pada waktu ini. Hanya dalam waktu tidak subur ini saja, hormon
suami perlu lebih aktif dr isteri. Agak susah nak dapatkan bayi lelaki tapi depends gak.. (kebanyakan pasangan baru berkahwin selalu dapat bayi perempuan sbb first time bagi si isteri melalui ‘gitu-gitu’ so excited terlebih sikit… tapi kalau merancang, memang mudah dapat bayi lelaki)

3. Suami melepaskan/merembeskan 100% air maninya di dalam rahim isteri dan sedalam mungkin
(Tujuan : mengizinkan kesemua sperma disalurkan kedalam rahim isteri supaya gen XX lebih banyak dr XY; Suami membawa XY, isteri membawa gen X - so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kanan (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu takpun cuba ubah tempat tidur supaya tidak membelakangi suami tapi masih dlm keadaan beralih ke kanan)

5. Berdoa.

Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):

1. Banyakkan makan laut (seafood) serta daging
2. Banyakkan makan yg berasid
3. Amalan minuman kurang manis

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah Maryam utk pembentukan minda bayi) * lebihkan/kekerapan kepada surah Yusuf

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama
“Muhammad” atau “Ahmad”/”Amin”

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)

Fizikal ibu yg mengandungkan bayi lelaki - perutnya membesar atau meruncing ke hadapan.

Selamat mendapatkan baby pilihan anda! Kita hanya merancang dan berikhtiar, tapi Allah swt yang tentukan…

Solat mengajar kita menghargai masa

http://zoom.maktoob.com/showImage.php?setID=&groupID=&showPrivate=&ImageID=205824&size=500

Tazkirah : Bersama Mohd Zawawi Yusoh

SOLAT adalah satu institusi yang sangat agung mendidik insan dari segala aspek. Antaranya supaya seseorang itu menjadi tidak malas dan tidak mensia-siakan masa.

Ketika waktu menjelang siang, muazzin mengingatkan masa tidur sudah berlalu. Sekarang tiba siang dan waktu siang bukan lagi untuk tidur, sebaliknya sekarang adalah waktu untuk membina dunia.

‘Marilah solat, marilah menuju kejayaan. Solat lebih baik daripada tidur.’ Hebatnya solat yang memberi motivasi pagi.

Apabila matahari menegak di atas kepala ketika asyik dengan tugas diingatkan lagi, ‘marilah solat’ Zuhur. Ia mengingatkan kita supaya prihatin dengan masa.

Apabila bayang sama panjang dengan benda dan matahari mula melabuh, datang lagi seruan ‘marilah solat’, malah ketika matahari tenggelam dan tidak nampak lagi cahayanya, suara ‘marilah solat’ datang lagi.

Ketika luput lembayung merah di langit, muazzin sekali lagi mengajak manusia berkumpul untuk menunaikan solat secara berjemaah. Begitulah hidup kita membuka dan menutup hari dengan solat.

Ada pepatah berbunyi, ‘time is money’ (masa adalah wang) dan ‘time is running like arrow’ (masa bergerak laju seperti anak panah), kedua-dua ungkapan itu menggambarkan sifat masa sangat bernilai dan berlalu begitu pantas.

Solat sangat mendesak umat Islam supaya menukarkan masa menjadi ‘money’. Ramai orang tahu masa itu emas tetapi tidak ramai orang tahu bagaimana hendak menukar masa menjadi emas.

Bila tidak menghayati solat, kita banyak menghabiskan masa dengan sia-sia. Salah satu cara bagaimana menukar masa kepada emas ialah tidak malas atau belajar bagaimana mengisi masa dengan berfaedah, menggunakan masa dengan cermat, cepat dan tepat.

Menggunakan masa dengan cermat maknanya jangan sampai masa kita dicuri oleh kelalaian, kealpaan kerja yang tidak berfaedah seperti berkhayal, lepak kosong dan jangan sampai orang mengambil masa kita yang sangat berharga itu.

Menggunakan masa dengan cepat maknanya jangan bertangguh apabila sudah merancang sesuatu.

Peluang kadangkala hanya datang sekali. Kita ada tiga masa sahaja iaitu ‘past time’ sebagai pengalaman, kita ada ‘present time’ iaitu masa sekarang dan kita ada ‘future time’ iaitu hari depan atau hari akhirat.

Ketiga-tiga masa itu sangat bergandingan. Lambat bertindak, akibatnya penyesalan. Menggunakan masa dengan tepat maknanya buat kerja betul pada masa yang betul.

Seperti membunuh dalam peperangan akan digelar sebagai wira negara tetapi kalau membunuh orang tanpa sebab akan dihukum gantung. Berbogel dalam bilik air adalah harus tetapi berbogel di tengah khalayak, orang gila namanya.

Allah (SWT) berfirman yang antara lainnya bermaksud: “Apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan) maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain dan hanya Tuhanmulah tempat kamu berharap.”

Ayat di atas mengisyaratkan agar kita menyiapkan kerja dengan sempurna, barulah melakukan kerja lain dengan cermat, cepat dan tepat serta menggantungkan harapan hanya kepada Allah (SWT).

Selepas merancang, berserah dan bertawakal kepada Allah (SWT). Sebenarnya tiada sesuatu yang untung, yang kita dapat daripada kemalasan kecuali penyesalan dan kekecewaan.

Jaminan Allah (SWT), telah berjaya orang-orang yang khusyuk dalam solatnya. Orang khusyuk sebenarnya mereka yang belajar, bukan sahaja fikah solat yang betul tetapi juga falsafah di sebalik tarbiah solat.

drp:-

(http://nurjehan.hadithuna.com)

Bijirin Pelangsing


KHASIAT beras perang terletak pada lapisan dedak luarnya dan embrio.


BUKAN hanya warna membezakan beras ini dengan beras biasa. Walaupun beras yang berwarna coklat pudar ini jarang dimakan dalam diet masyarakat Malaysia, tetapi hakikatnya khasiat beras perang jauh mengatasi beras putih yang sudah menjadi menu ruji harian kebanyakan kita.

Adakah kerana warnanya, beras perang diklasifikasikan sebagai salah satu beras paling sihat? Sebenarnya beras perang dan beras putih berasal daripada beras yang sama. Cuma proses seterusnya selepas dituai yang membezakan hasil beras itu sama ada menjadi beras putih atau beras perang.

Menurut jurucakap syarikat beras Serba Wangi, P. Kamalanathan, beras perang terhasil apabila ia tidak menjalani proses mengilat atau memutihkannya seperti beras putih.

“Beras yang dituai, dikupas kulitnya dan diselaputi lapisan dedak yang kaya dengan zat bermanfaat.

“Ketika proses penghasilan beras putih, lapisan dedak ini dibuang menghasilkan beras berkilat. Bagaimanapun ia menyebabkan kebanyakan zat makanan yang terkandung di dalamnya juga hilang.

“Sedangkan untuk menghasilkan beras perang, lapisan ini dijaga dengan teliti. Malah ia melalui sistem teknologi khas untuk mengelakkan pengeringan padi memusnahkan khasiat penting yang terkandung dalam lapisan dedak dan embrio padi, katanya.

Siapakah yang sesuai mendapat manfaat daripada beras perang? Jelas pakar pemakanan dari Califonia, Dr. Victor Lombart, beras perang baik dimakan oleh individu yang ingin mengamalkan diet kalori rendah.

Terdapat beberapa khasiat penting beras perang yang menjadikannya istimewa iaitu kaya dengan nutrien vitamin B1, B2, B6, zat besi, magnesium, fosfat dan serat. Malah ia juga mengandungi kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih.

Justeru itu kata Lombart, beras perang sebenarnya wajar diambil oleh golongan remaja, dewasa mahupun warga emas. Ini kerana khasiat yang terkandung dalam beras perang menjaga kesihatan otak dan saraf selain mengurang risiko sakit jantung.

“Satu cawan beras perang menyediakan anda 88 peratus magnesium harian yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk kesihatan sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks.

“Satu kajian oleh Sekolah Perubatan Harvard dan Hospital Wanita Brigham yang tercatat dalam jurnal American Jurnal of Clinical Nutrition mendedahkan, wanita yang mengambil beras perang secara puratanya berat badan yang lebih langsing berbanding wanita mengambil diet beras putih.

“Kajian ke atas 74,000 wanita mendapati 49 peratus wanita yang mengambil beras perang tidak menghadapi masalah obesiti,” katanya.

Walaupun beras perang sering diabaikan oleh kebanyakan pengguna kerana dikatakan kurang enak atau baunya yang kurang segar namun, tiada siapa dapat menafikan manfaat dan kebaikannya.



Beras Perang Mengubati Pelbagai Jenis Penyakit

By HPA Online Network

Beras yang tidak diproses dan dibuang kulit arinya. Merupakan beras yang mempunyai keseimbangan dan digunakan untuk tujuan pengubatan. Beras ini menggantikan beras putih yang boleh digunakan sebagai ubatan untuk semua jenis penyakit.

Kelebihan beras perang:-

  1. Mengandungi mineral maganese sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan
  2. Mengekalkan berat badan yang ideal
  3. Mengandungi selenium dan fiber sebagai anti kanser
  4. Menurunkan kolesterol dalam badan
  5. Baik untuk wanita yang menopouse(menjaga jantung dan darah tinggi)
  6. Mengurangi penyakit kencing manis jenis ke 2.

Beras perang organik lebih lagi berkhasiat serta memberikan banyak tenaga kepada tubuh. InsyaAllah.

Sumber : jawimedherb


Beras Perang Untuk Anak-Anak

By HPA Online Network

Tingkatkan imuniti anak anda dengan menggunakan beras perang. Bagaimana? Persediaanya sama seperti masak nasi, cuma air ditambah sekali ganda dari biasa. Apabila mendidih, air tersebut diambil dan di jadikan minuman pada anak-anak anda.

Tanda kelemahan imuniti adalah seperti berikut:-

  1. Sering demam
  2. Sentiasa selsema
  3. Susah tidur
  4. Kerap menangis
  5. Batuk berterusan dan berkahak
  6. Panas badan
  7. Perut kembung dan lain-lain lagi.

Air beras perang sangat sesuai untuk anak-anak kecil. InsyaAllah.

Sumber : jawimedherb


Sedap atau sihat

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my



“BERALIHLAH daripada makanan sedap kepada makanan sihat. Kebanyakan makanan sedap boleh menjadi makanan sihat jika kena caranya iaitu bermula daripada pemilihan bahan, penyediaan, kaedah memasak dan makan. Makanan harian sebenarnya boleh menjadi ubat atau pelindung daripada pelbagai penyakit.

“Banyak individu dan keluarga menderita kerana penyakit. Malah yang menyedihkan ialah, semakin ramai golongan muda menghidap penyakit kronik seperti obesiti, kencing manis, tekanan darah tinggi dan sesetengah jenis kanser, sedangkan ia boleh dicegah melalui penjagaan pemakanan harian,” kata aktivis kesihatan sosial yang juga Pegawai Penyelidikan Pusat Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr Lim Hin Fui.

Kajian membuktikan banyak penyakit hari ini disebabkan gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat. Dianggarkan 15 hingga 25 peratus rakyat Malaysia mungkin mendapat kanser dan setiap jam kira-kira enam orang diserang angin ahmar atau strok.

Lebih 50 peratus golongan dewasa berumur 40 tahun ke atas menghidapi sekurang-kurangnya satu penyakit dan antara penyakit kronik paling lazim ialah kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Meskipun jumlah pesakit kronik bertambah setiap tahun, ia belum dapat menimbulkan kesedaran masyarakat untuk berubah kerana ramai menganggap penyakit berbahaya itu hanya berlaku kepada orang lain dan tidak akan menimpa mereka.

Bahkan kita juga bangga dengan budaya menjamu yang semakin kukuh dalam masyarakat kita. Dalam sebarang aktiviti, termasuk perjumpaan mahu pun mesyuarat kecil, pasti dilengkapi dengan makanan; sekurang-kurangnya teh tarik serta kuih muih walaupun ia diadakan sejurus selepas waktu makan tengah hari.

Menurut Dr Lim, makanan mempunyai dua ciri iaitu positif (menyihatkan badan dan memulihkan penyakit) atau negatif (menyebabkan penyakit).

Sama ada membawa faedah atau padah, jangan salahkan makanan kerana kuasa memilih ada di tangan kita dan kita yang bertanggungjawab terhadap tahap kesihatan diri.

Kegemukan adalah hasil pertama daripada amalan pemakanan tidak sihat yang menjadi pencetus kepada pelbagai masalah kesihatan lain kerana mengandungi banyak toksik.

Beliau berpendapat, makanan tidak sihat ini mengandungi banyak bahan toksik yang akhirnya merosakkan badan dengan mengakibatkan masalah obesiti, kencing manis, tekanan darah tinggi, angin ahmar, sakit jantung, kanser dan lemah tulang.

Katanya, penyakit tidak menyerang mendadak tetapi datang perlahan-lahan dalam tiga peringkat iaitu badan menjadi kurang selesa, mengalami gangguan pada bahagian tertentu dan akhirnya menyebabkan masalah pada seluruh badan hinggalah ia disahkan doktor.

Kira-kira 90 peratus masalah kesihatan berpunca daripada makanan yang mengakibatkan sistem pertahanan badan menjadi lemah.

Badan kita membabitkan kira-kira 60 trilion sel kecil termasuk sel darah, lemak, otot dan kulit. Pengumpulan toksik menyebabkan sel ‘demam’ dan akhirnya berlaku pelbagai masalah kesihatan.

Antara sumber bahan toksik ini ialah:

  • Makanan berasid

  • Terlalu banyak mengambil ubat moden

  • Terlalu banyak lemak

  • Kolesterol

  • Pencemaran alam sekitar

    “Apabila ditimpa penyakit, orang berbeza pendapat. Ada yang menganggap ia disebabkan faktor cuaca atau genetik, daya ketahanan badan yang lemah, tekanan, konflik, kurang bersenam, tidak cukup tidur dan rehat atau pencemaran alam sekitar. Bahkan ada yang menerimanya sebagai takdir, sedangkan kita boleh berusaha mengurangkan risiko mendapat penyakit.

    “Banyak jenis makanan boleh dikaitkan dengan penyakit, umpamanya makanan berlemak dan kolesterol tinggi menyebabkan penyakit jantung dan strok, manakala makanan mengandungi banyak garam boleh merangsang kenaikan tekanan darah yang akhirnya membawa kepada pelbagai masalah lain,” katanya ketika menyampaikan ceramah sempena sambutan Bulan Kesihatan anjuran FRIM.



    Formula untuk sihat

    Untuk menjadi sihat, Dr Lim menyarankan enam panduan iaitu:

  • Bertukar kepada jenis makanan yang menyihatkan

  • Buat perubahan secara perlahan-lahan; satu persatu

  • Fahami kesan detoksifikasi (penyingkiran toksik dari badan)

  • Laksanakan amalan pemakanan yang baru ini dengan yakin

  • Mulakan bersenam

  • Kuatkan pegangan rohani (keagamaan)

    Untuk sihat, pemakanan kita harus mengandungi 80 peratus makanan bersifat alkali dan 20 peratus lagi makanan bersifat asid bagi meningkatkan daya ketahanan badan. Namun apa yang berlaku kini adalah sebaliknya iaitu 80 peratus makanan bersifat asid dan hanya 20 peratus makanan beralkali.

    “Semua makanan yang dihadam dipecahkan kepada partikel kecil yang boleh bersifat asid, alkali atau neutral. Ia bergantung kepada kandungan galian di dalam makanan berkenaan.

    “Individu yang mengambil banyak makanan bersifat asid lebih mudah jatuh sakit berbanding individu yang melebihkan makanan beralkali,” katanya.

    Komposisi makanan yang disarankan ialah 60 peratus sayur-sayuran, 20 peratus buah-buahan, 10 peratus sumber karbohidrat dan 10 peratus lagi protein (lebih baik jika protein tumbuh-tumbuhan).

    Walaupun tahu sayur dan buah itu penting, pengambilan serat harian kebanyakan rakyat Malaysia sekitar lima gram sehari. Komposisi ini membolehkan kita mencapai saranan pengambilan serat harian oleh sebanyak 20 gram sehari.



    Makanan yang dianggap beralkali:

  • Sayur-sayuran segar

  • Buah-buahan segar

  • Bijirin (milet)

  • Kekacang dan produk kekacang

  • Jus buah segar



    Makanan yang dianggap berasid:

  • Bijirin (beras perang, beras putih, gandum, oat)

  • Daging

  • Makanan laut

  • Ayam

  • Telur

  • Sayur-sayuran dan buah-buahan awet

  • Makanan dihasilkan daripada karbohidrat (roti, mi, biskut)

  • Makanan yang banyak menggunakan gula putih (ais krim, coklat, makanan dalam tin, sos)

  • Minuman contohnya susu diproses, dadih, kopi, minuman ringan dan berkarbonat

  • Susu dan produk tenusu

  • Bahan masak (bawang merah dan putih, halia, minyak haiwan dan lada)



    Perubatan semula jadi

    Bapa pakar perubatan moden, Hippocrates pernah berkata ‘makanan sihat adalah ubat paling baik’. Bagi Dr Lim, kata-kata ini terbukti apabila bapa mentuanya kini disahkan sembuh daripada kanser prostat selepas mereka sekeluarga mengubah corak pemakanan dengan melebihkan makanan beralkali dan mengurangkan semua jenis makanan mengandungi banyak bahan toksik.

    Mereka sekeluarga juga lebih berhati-hati ketika memilih sayur di pasar. Pilihan mereka ialah sayur organik kerana kebanyakan sayur yang dijual di pasar menggunakan baja kimia dan racun serangga bagi memastikan ia kelihatan cantik dan bebas daripada dimakan serangga atau ulat.

    Katanya, dua bahan ini boleh menambah beban pada badan, terutama hati yang berfungsi sebagai penapis bahan toksik.

    Memahami kesan negatif daripada makanan yang dikelaskan sebagai berasid, Dr Lim berkata, secara perlahan-lahan mereka mengeluarkan daging, ayam, telur, makanan dalam tin dan semua makanan sejuk beku berproses daripada menu harian.

    Ia digantikan dengan sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Dia sekeluarga juga memilih beras perang yang terbukti kaya khasiat dan ada banyak kelebihan berbanding beras putih.

    “Menjaga makanan saja tidak cukup kerana perubatan semula jadi memerlukan pendekatan menyeluruh atau holistik yang membabitkan pembersihan badan, ketenangan minda dan rohani.

    “Biasanya pendekatan holistik diambil apabila ubat moden tidak lagi berkesan atau tidak mahu mendapat kesan sampingan ubat moden. Namun kebanyakan orang menggabungkan rawatan moden dan tradisional.

    “Pendekatan agama seperti bersembahyang juga penting untuk menenangkan fikiran dan jiwa. Ia secara tidak langsung mengurangkan tekanan dan meningkatkan tahap kesihatan seseorang,” katanya.



    Kenali kesan detoksifikasi

    Selepas tempoh tertentu mengamalkan pemakanan sihat, anda mungkin mengalami kesan detoksifikasi iaitu pengeluaran toksik dari badan. Namun jangan panik kerana ia bukan tanda penyakit, sebaliknya permulaan kepada kesihatan lebih baik.

    Detoksifikasi boleh dilakukan dengan mengamalkan pemakanan sihat, minum teh hijau atau herba atau menggunakan kaedah penyingkiran toksik lain.

    Menurutnya, kesan dialami mereka sekeluarga termasuk demam, hidung berair, batuk, sembap, perut terasa senak, sakit kepala (sedikit), najis menjadi cair dan badan menyingkirkan banyak lendir atau mukus.

    Namun dalam tempoh ini anda tidak digalakkan mengambil ubat moden kerana ubat moden menghentikan proses detoksifikasi.

    Sebagai permulaan untuk menyingkir toksik dari badan ialah meminum jus buah atau sayur (bersama seratnya) yang disediakan sendiri di rumah.



    Permulaan pemakanan sihat

    Dr Lim berkata, pemakanan sihat boleh dilakukan secara perlahan-lahan dan berperingkat. Antara perubahan mudah yang boleh dilakukan ialah:

  • Makan beras perang menggantikan beras putih. Bukan semua orang boleh menerima rasa beras perang. Jadi, anda boleh memasukkan sedikit (segenggam) beras perang ke dalam beras putih. Tambah kuantiti beras perang selepas satu tempoh tertentu. Kaedah ini bertujuan membiasakan lidah anda sekeluarga dengan rasa beras perang.

  • Ganti roti putih dengan roti gandum mil penuh (berserat)

  • Guna garam laut untuk menggantikan garam putih

  • Guna gula perang, madu atau molases bagi menggantikan gula putih. Gula putih dikatakan antara penyebab utama yang boleh melemahkan daya ketahanan badan.

  • Elak penggunaan monosodium glutamat (MSG)

  • Kurangkan penggunaan sos soya dan sebarang sos lain kerana ia mengandungi banyak garam

  • Kurangkan pengambilan daging, ayam dan telur; lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Ini kerana ayam dan daging mengandungi terlalu banyak protein dan lemak. Ayam pula mengandungi banyak antibiotik dan hormon pembesaran supaya anak ayam yang diternak boleh dipasarkan dalam tempoh 32 hari saja!

  • Hentikan mengambil makanan yang mempunyai pewarna dan perasa tiruan

    “Orang Melayu sangat beruntung kerana secara tradisionalnya mereka mengambil banyak ulam. Ulam sangat baik kerana ia bukan saja kaya vitamin dan mineral (kalsium, fosforus, zat besi dan kalium) tetapi ia juga mengandungi antioksidan untuk melawan kesan radikal bebas yang merosakkan sel.

    “Antara ulam yang kaya antioksidan ialah pegaga, selom dan ulam raja yang murah dan mudah diperoleh. Ia juga mengandungi enzim untuk menyihatkan sel.

    “Selain itu banyak jenis sayur-sayuran kampung dan herba yang boleh membantu meningkatkan kesihatan seperti misai kucing, bunga kantan, daun kari, gajus dan jantung pisang.

    “Amalan ini menjadikan kami sekeluarga jarang sakit dan tanpa disedari, berat badan kami turun perlahan-lahan tanpa perlu berdiet atau mengambil ubat. Lebih penting, ayah mentua saya sembuh walaupun tidak menjalani rawatan kemoterapi,” katanya.



    Cari langkah pertama

    Kita tidak perlu menjadi vegetarian, sebaliknya lakukan apa yang anda mampu untuk meningkatkan kesihatan. Anda masih boleh mengambil makanan kegemaran tetapi kurangkan kuantitinya dan lebihkan sayur dan buah. Selain itu ambil langkah pertama yang sesuai dengan anda seperti:

  • Minum jus buah atau sayur sekurang-kurangnya segelas sehari. Sebaiknya sediakan jus tanpa gula, jika mahu masukkan gula perang atau madu

  • Guna beras perang (campurkan segenggam beras perang setiap kali anda masak nasi. Ini untuk membiasakan lidah menerima rasa beras perang sebelum beralih sepenuhnya kepada beras perang)

  • Kurangkan penggunaan sos, kicap, garam dan gula dalam masakan; gantikan dengan rempah dan herba

  • Kurangkan daging, ayam dan telur

  • Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak

  • Guna kaedah memasak yang lebih sihat seperti mereneh, kukus atau bakar berbanding goreng

  • Gantikan roti putih dengan roti gandum mil penuh (berserat)

  • Makan buah-buahan sebagai pembuka selera atau pencuci mulut. Hidangkan ia selepas makan bersama keluarga untuk membiasakan anak dengan corak pemakanan ini

  • Jadikan buah-buahan sebagai snek

  • Jadikan ulam atau sayur-sayuran sebagai bahan yang wajib ada dalam pinggan anda setiap kali makan
  • Solat Dhuha


    http://islam.makcdn.com/image3174_500_361/500X361.jpg

    Ruang waktu dan waktu afdal

    Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

    Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

    Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

    Cara melaksanakannya

    Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.

    Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

    Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

    Doa yang disarankan

    “Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”



    * Coretanku

    Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…

    Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”

    Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.

    Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.

    Berkenaan doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi… Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. ameennn…


    Sumber :-http://www.zappafly.com

    Thursday, September 2, 2010

    Doa malam Lailatul Qadar

    http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs139.ash2/40269_139003552806173_100000895871448_208506_4519752_n.jpg

    http://www.hayah.cc/forum/imgcache/37714.png

    http://www.hayah.cc/forum/imgcache/37712.png

    Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apa pendapat kamu sekiranya aku mengetahui (mendapati) malam lailatulqadar, apakah yang harus aku baca pada malam tersebut? Baginda s.a.w. bersabda:

    "Bacalah doa: Yang bermaksud: Ya Allah! Sesungguhnya Engkau adalah Zat Yang Maha Pengampun dan suka memberi pengampunan, oleh yang demikian ampunilah diriku)."

    (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

    Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

    1- Permintaan yang paling penting bagi orang Islam ialah kesuciannya dari segala dosa dan penebusan diri dari perbuatan maksiat.

    2- Galakkan supaya memohon keampunan daripada Allah s.w.t dan sentiasa memohon keampunan tersebut lebih-lebih lagi pada masa yang dimakbulkan segala doa terutamanya pada malam lailatulqadar.

    3- Di antara tanda-tanda malam lailatulqadar ialah terasa lapang dada, orang Islam terasa tenang jiwa bersama Allah s.w.t, cuaca dan suasana malam dalam keadaan sederhana serta matahari terbit pada waktu pagi dengan cuaca yang putih tanpa memancarkan sinaran.

    http://www.hayah.cc/forum/imgcache/37715.png