Saturday, July 16, 2011

Al-Quran telah mempesonakan ramai cendekiawan Barat.

http://u.jimdo.com/www16/o/s1955636075879dac/img/if8dd035da2f4e2fb/1279011902/std/image.jpg

CERAMAH malam itu ber tempat di sebuah masjid di Kelana Jaya, Shah Alam, Selangor. Para jemaah yang hadir kagum dengan isi ceramah bertajuk Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains dan al-Quran yang disampaikan oleh pensyarah Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM", Bangi, Dr. Mohd. Arip Kasmo, 50.
Malam itu, Dr. Arip ceritakan bagaimana al-Quran telah mempesonakan ramai cendekiawan Barat. Dia ceritakan seorang ahli falsafah ateis bernama Anthony Flew percaya kewujudan Tuhan selepas melihat kehebatan alam semesta dan kajian biologi tentang DNA. Pensyarah itu ceritakan juga tentang seorang profesor dalam bidang psikologi dari Amerika Syarikat dan penganut fahaman ateis bernama Muhamad alMandi percayakan Tuhan melalui kaedah fizik dan kosmologi.
Juga diceritakan, Profesor Ibrahim Stokes, profesor geologi percayakan Tuhan selepas meminjam al-Quran rakannya yang beragama Islam ketika berada di Gunung Rocky.
"Tapi mengapa Anthony yang percaya Tuhan itu wujud tapi tak masuk Is¬lam? Mengapa Muhamad al-Mandi dan Ibrahim Stokes memeluk Islam? Siapa boleh jawab?" tanya pensyarah itu lagi. Jemaah diam, mereka terlalu khusyuk mendengar ceramah Dr. Arip.
Kemudian Dr. Arip ceritakan pula bagaimana mukjizat dianugerahkan Allah kepada nabi-nabi terdahulu seperti Nabi Isa, Musa dan Muhammad.
"Nabi Musa dengan tongkatnya boleh menjelmakan ular dan membelah lautan. Nabi Isa boleh hidupkan orang coati. Tapi Nabi Muhammad diberi dua mukjizat iaitu mukjizat hissi dan mukjizat ma'nawiyy. Mukjizat hissi seperti bulan terbelah dua, air keluar dari celah-celah jari.
"Mukjizat ini hanya dapat disaksikan oleh mereka yang bersama-sama Nabi ketika itu. Tapi Allah juga menganugerahkan kepada Nabi mukjizat teragung iaitu al-Quran yang akan dipelihara dan kekal sampai hari kiamat," beritahu Dr. Arip.
Pensyarah itu kaitkan pula bagaimana kehebatan al-Quran dengan sains. Bermacam-macam diceritakan termasuk penciptaa alam semesta, asal usul kehidupan organisms, proses kejadian manusia, hujan, lebah, labah-labah, semut dan lautan.
Dr. Arip kemudian menguji jemaah yang mendengar ceramahnya dengan bertanya adakah mereka kagum dengan apa yang ditunjukkan tadi? Mereka mengangguk-anggukkan kepala.
Tapi ceramah belum berakhir...
"Para jemaah sekalian, semua ini sebenamya sudah diwahyukan Allah dalam al-Quran. Kajilah ayat-ayat Allah yang dibaca. Paling penting, perhatikan al-Manzurrah, iaitu janji Allah bahawa Allah bersumpah akan menjaga alQuran sehingga hari kiamat.
"Hayatilah makna ayat yang dibaca' dan carilah kebe naran dalam al Quran. Mukjizat ini hanya dapat kita rasai apabila kita membaca, hati tenang. Fahami. Maksud ayat-ayat itu, buat kajian, amalkan suruhannya dan jauhi apa yang dilarang," Dr. Arip berceramah lagi.
Seterusnya, Dr. Arip mahu jemaah malam itu mengkaji bagaimana alam ini terjadi, apa yang terdapat di angkasa raya, di atas tanah, di dalam laut dan segala yang berlaku di alam maya ini.
Beliau kemudian membaca surah al¬Bagarah ayat 23:
"Sekiranya kamu ragu-ragu kepada apa yang telah Kami turunkan
kepada hamba-Ku maka datangkanlah satu surah yang
sepertinya dan ajaklah pembantu-pembantu kamu selain Allah,
sekiranya kamu orang-orang yang benar. "
Selepas itu Dr. Arip membaca pula surah al-Isra ayat 88:
"Katakanlah sekiranya jin-jin dan manusia dikumpulkan
untuk mengadakan sesuatu yang serupa dengan al-Quran ini,
tidak akan mampu mereka mengadakannya walaupun
mereka saling bantu-membantu antara satu sama lain. "
Sebab itu. kata Dr. Arip, kalau terdengar ada al-Quran palsu jangan risau. "Allah dah janji, Dia akan jaga. Tak ada orang boleh ubah, tiru atau palsukan," beritahu Dr. Arip lagi. Dr. Arip menyambung lagi ceramahnya. Dia bercerita ada juga manusia yang menyahut cabaran Allah itu lalu menulis sebuah al-Quran palsu seperti Furqan al-Haqq karya Anish Shorrosh, penulis keturunan Amerika-Palestin.
"Nak lihat lagi tak?" tanya Dr. Arip.
Lantas beliau menunjukkan ujian forensik yang dilakukannya ke atas surah al-Hadid, iaitu surah ke-57 dalam al Quran, kepada jemaah masjid. Dr. Arip yang pernah mengikuti pengajian di Blackpool College of Science and Art Blackpool, Lanchashire dan Universiti College of Swansea, Wales ingin menunjukkan keajaiban surah tersebut.
Dr. Arip mengajak jemaah mengira bersama-sama nilai huruf alif, lam, ha, dal, ya dan dal berdasarkan nilai akibat (sequential value) dan nilai gematrikal (gemairical value) antara huruf Arab dengan huruf rumi. Mengikut susunan abjad itu alif mempunyai nilai satu, lam bernilai 30, ha ( , dal (4), ya (10) dan dal (4).
Apabila bilangan nilai itu dicampurkan, jumlahnya ialah 57. Jumlah itu sama dengan bilangan surah al-Hadid iaitu surah ke-57 dalam al-Quran.
"Adakah ini satu kebetulan?" tanya Dr. Arip
Jemaah diam lagi. Ada yang menggaru-garu kepada.
“Cuba kita kira sama sama nilai abjad Arab bagi ayat Hadid sahaja tanpa alif dan lam, berapa jumlahnya? Ya! 26,” kata Dr. Arip
Dr. Arip tunjukkan kepada jemaah tersebut jadual unsur unsur atom berdasarkan susunan nilai proton. Nilainya ditandakan huruf P26. Nombor atom ytang tertera bagi ferum (besi) ialah P26. Makna Hadid dalam bahasa Arab bermaksud besi.
‘Apakah semua ini adalah kebetulan, atau ketetapan Allah?” Tanya Dr. Arip lagi.
Sekarang Dr. Arip mahu tunjukkan pula simpulan al-Quran yang diibaratkannya sebagai anak kunci dan mangga.
“Tuan tuan fahamkan betul betul penerangan saya ini. Dalam Al-Quran ada 114 surah. Surah yang jumlah ayatnya ganjil. Misalnya 13, 27, dan 121, ada 54 ayat. Surah yang bilangan ayatnya genap, misalnya 8, 14 dan 110, ada 60.
"Apabila saya kaji lagi, saya terkejut apabila mendapati surah genap, misalnya surah ke-4, ke-22 dan ke-68, yang mempunyai ayat ganjil ialah 27 mana¬kala surah ganjil yang bilangan ayatnya pun ganjil, juga ada 27.
"Bagi ayat genap pula, surah genap yang jumlah ayatnya adalah genap, ada 30 dan surah ganjil yang bilangan ayatnya pun ganjil, ada 30. Padanan ini sangat menakjubkan, bagai kunci dan mangga.
"Jika salah satu daripada ayat-ayat ini diubah atau dimansuhkan, ia dapat dikesan dengan mudah. Padanan dan persilangan itu akan hancur," beritahu Dr. Arip lagi sambil mempamerkan kehebatan susunan surah-surah dalam al¬Quran itu kepada jemaah melalui power point di skrin.
"Jadi ayat-ayat atau surah dalam al¬Quran-tidak boleh diubahsuai oleh manusia! Keasliannya tetap terpelihara seperti anak kunci dan mangganya. Jika salah satu diubah, anak kunci tadi tidak boleh membuka mangga. tersebut.
"Adakah ini satu kebetulan?" tanya Dr. Arip.
Jemaah memang kagum dengan ceramah Dr. Arip. Mereka tidak terfikir begitu sistematik penciptaan al-Quran.
"Sekarang saya hendak tunjukkan satu lagi perkara menarik kepada tuan¬tuan," kata Dr. Arip.
Sebuah graf terpapar di skrin. Graf itu telah dimasukkan jumlah bilangan ayat-ayat dari 114 surah al-Quran ke dalam sel-sel Microsoft Excel. Paksi X mewakili nombor surah manakala paksi Y, jumlah ayat. Susunan yang dimasukkan ke dalam graf itu membentuk taburan titik-titik yang harmoni dan membentuk huruf ‘j’.
"Apakah rahsia di sebaliknya? Sekarang lihat ini!" beritahu Dr. Arip.
Satu lagi graf ditunjukkan. Kali ini susunan 61 surah al-Quran palsu karya Anish Shorrosh. Dengan menggunakan teknik yang sama, graf taburan titik ayat dan surah al-Quran palsu ini tidak membentuk apa-apa susunan yang seragam.
Sekarang dia membuka power pointnya. Sedikit demi sedikit taburan titik-titik al-Quran pada graf tersebut dicantumkan, lalu terbentuklah huruf alif, lam, lam, ha. Cantuman itu terhenti secara spontan pada titik terakhir, membentuk kalimah 'Allah'!
Satu lagi graf disambungkan. Kali ini titik-titik yang disambungkan itu membentuk huruf mim, ha, mim, dal, Muhammad'!
"Adakah ia berlaku secara kebetulan?" tanya Dr. Arip pada jemaah.
Jemaah terpukau. Masing-masing berasa kagum.
Tapi timbul pula persoalan, bagaimana khat itu terjadi? Adakah ia sudah diprogramkan atau memang dilakukan sendiri oleh Dr. Arip?
"Begini..." terang Dr. Arip, "sebenarnya saya ada terima e-mel yang dihantar seseorang tahun lepas. Bila saya lihat khat Allah dan Muhammad ini, saya cuba kaji bagaimana khat itu terjadi dan adakah betul apa yang dihantar oleh si pengirim e-mel tersebut. Benarkah ia terhasil dari ayat-ayat al-Quran sendiri?"
Untuk membuktikannya, Dr. Arip melakukan ujian forensik selama tiga bulan menggunakan Microsoft Excel. Kaedah yang dilakukannya amat rumit kerana beliau perlu memasukkan jumlah setiap ayat dan setiap surah ke dalam petak-petak tersebut.
"Selepas itu, Microsoft Excel diarahkan membuat graf taburan titik titik berkenaan. Apabila siap dan dihubungkan, maka titik-titik itu akan menghasilkan dua bentuk khat iaitu `Allah' dan 'Muhammad'," terang Dr. Arip. Jadi, ini bermakna khat Allah dan Muhammad ini disambung-sambungkan sendiri, bukan terjadi secara automatik?
"Bukan automatik. Kita kena hubungkan titik-titik yang mewakili jumlah surah dan bilangan ayat tadi. Misalnya untuk mendapatkan huruf alif, hubungkan antara titik-titik yang mewakili surah al-Baqarah (2), al-Imran (3) dan al-Fatihah (1) dan juga al-Baqarah (2), al-A'raaf (7), al-An'am (6), al-Maidah (5) dan al-Fatihah (1).
"Huruf-huruf yang lain dapat dihasilkan melalui cara yang serupa dengan menghubungkan titik-titik tertentu. Misalnya bagi mendapatkan tanda dhamma (depan) dalam khat Muhammad, hubungkan antara titik yang mewakili surah al-A'raaf (7), al-Imran (3), an-Nisa (4) dan al-An'am (6) dan seterusnya..." jelas Dr. Arip lagi.
Masih kurang jelas lagi. Jemaah hertanya, bagaimana ada titik-titik yang rapat dan ada yang jarang-jarang, boleh Dr. jelaskan?
"Titik-titik yang rapat ini menunjuk¬kan perbezaan bilangan ayat antara surah-surah tersebut adalah kecil. Titik-ti¬tik yang jarang pula menunjukkan perbezaan bilangan ayat antara surah-surah itu adalah besar.
"Bilangan ayat dalam surah-surah akhir seperti dalam juz Amma pendek pendek sementara surah-surah yang awal seperti al-Baqarah panjang-panjang bilangan ayatnya," jelas Dr. Arip lagi.
Apa yang hendak ditunjukkan Dr. Arip ialah khat Allah dan Muhammad boleh dihasilkan menerusi susunan ayat-ayat dan surah al-Quran. Sebalik¬nya kata Dr. Arip, al-Quran palsu tidak membentuk apa-apa khat langsung.
Tujuan Dr. Arip mengetengahkan idea mukjizat Nabi Muhammad ini supaya manusia pada akhir zaman tidak lagi ragu-ragu kepada kebenaran alQuran dan Islam. Inilah bukti mukjizat al-Quran dan sesiapa yang cuba merosakkannya, hanya akan menampakkan kebodohan mereka saja:
Jemaah terus tergelak mendengar kata-kata Dr. Arip itu.
"Ini penting sebab sekarang ini makin ramai orang dah tak percaya dan yakin dengan al-Quran. Bahkan makin ramai orang dah tak percayakan Tuhan, macam black metal dan punk," beritahu Dr. Arip.
Sebelum mengakhiri ceramahnya, Dr. Arip berkata, sama ada jemaah hendak percaya penerangannya tadi atau tidak, terpulang kepada diri masing-ma¬sing. Ini soal hidayah.
"Begitu juga dengan orang macam Anthony Flew, Muhamad al-Mandi dan Ibrahim Stokes. Ini soal hidayah. Abu Jahal tetap memusuhi Islam walaupun dia adalah bapa saudara Nabi, sedangkan Umar al-Khattab, seorang samseng terus memeluk Islam selepas mendapat hidayah apabila mendengar adiknya membaca al-Quran," jelas Dr. Arip.
NOTA:
Sebahagian daripada ceramab Penghayatan Sains Dalam al-Quran tadi adalah hasil tesis sarjana kedoktoran Ph.D. Dr. Arip pada tahun 2000. Model ini telah dianugerahkan pingat emas oleh UKM pada tahun 2005. Kepada pembaca yang masih ragu¬ragu dengan bukti yang ditunjukkan, Dr. Arip bersedia memberi penjelasan. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel: arip@pkrisc.cc., ukm.my atau telefon 03-89216918 (Pusat Pengajian Umum, UKM). H/P: 017-3164928. - PENGARANG.
Maklumat tambahan
http://www.geocities.com/modal_insan/graf.html

Allah lebih mengetahui alam rahim

http://www.hayah.cc/forum/imgcache/11185.png

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

MELALUI proses kehamilan seterusnya kelahiran sesungguhnya
adalah anugerah yang paling bermakna bagi setiap wanita.
Gambar hiasan
Firman Allah SWT:
(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:
“Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadamu
anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas
(daripada segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadamu semata-mata),
maka terimalah nazarku, sesungguhnya
Engkaulah Yang Maha Mendengar,
lagi Maha Mengetahui.
Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia:
“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan
seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan
ialah anak lelaki), dan Allah memang mengetahui akan apa yang
dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan
anak perempuan, dan bahawasanya aku telah
menamakannya Maryam, dan aku
melindungi dia dengan
peliharaan-Mu,
demikian
juga
zuriat keturunannya,
daripada godaan syaitan yang
ena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan).
(ali-Imran ayat: 35-36)
SYEIKH Sya'rawi berkata: "Sebenarnya nasab yang diiktiraf nisbah bagi para Nabi nilai akhlak dan agama. Selepas daripada itu Allah SWT mengisahkan berkenaan nazar ibu Maryam."
Ayat 35
Firman Allah SWT yang bermaksud Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:
"Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadamu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (daripada segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadamu semata-mata), maka terimalah nazarku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Iktibar dan fiqh ayat:
i. Al-Maraghi berkata: "Allah SWT Maha Mengetahui doa isteri Imran, Maha Mengetahui niatnya, ketika beliau berdialog dengan Tuhannya dalam bentuk nazar pada saat beliau hamil, bahawa bayi yang dikandungnya kelak akan diserahkan kepada Allah SWT semata-mata untuk berbakti di Baitu al-Muqaddis, Allah SWT juga mengetahui pujiannya, ketika beliau berkata, bahawa Allah Maha Mendengar doa dan kepasrahannya. Allah juga Maha Mengetahui kemurnian niat dan keikhlasannya.
Hal inilah yang menjadi dasar diterimanya doa, dan boleh diharapkan supaya ia dikabulkan kurnia dan kebaikan daripada Allah SWT. Pada ayat-ayat ini, nama Imran disebut dua kali. Imran yang pertama ialah bapa Nabi Musa a.s. Sementara Imran yang kedua ialah bapa Maryam. Jarak di antara kedua-duanya lebih kurang 1800 tahun.
ii. Mohamad Quraish Shihab berkata: Nazar adalah kebajikan, sesuai dengan tuntutan agama yang tidak diwajibkan oleh agama, tetapi diwajibkan sendiri oleh seseorang atas dirinya dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dalam konteks ucapan, yakni nazar isteri Imran adalah tekad janjinya untuk menjadikan anak yang dikandungnya berkhidmat secara penuh di Baitu al-Muqaddis.
Dalam tradisi masyarakat ketika itu, seorang anak yang dinazarkan sebagai pelayan rumah suci akan bertugas penuh di sana sampai dia dewasa. Setelah dewasa dia hanya dibenarkan untuk membuat satu pilihan sahaja sama ada untuk meneruskan pengajian atau membuat pilihan yang lain."
iii. Hamka berkata: "Ada seorang lelaki yang soleh namanya Imran, sama namanya dengan ayah Nabi Musa a.s. yang hidup 1800 tahun sebelumnya. Sejak zaman purbakala lagi, sampai kepada zaman kita ini orang-orang yang soleh dalam agamanya suka sekali memakai nama-nama orang yang mulia menjadi nama anaknya. Rupanya ayah Imran ini menamai anaknya demikian kerana ayah Nabi Musa yang besar itu bernama Imran pula. Lelaki yang bernama Imran ini mempunyai seorang isteri yang solehah seperti dia. Lalu dia hamil dan semasa kehamilannya dia bernazar kalau lahir anaknya akan diserahkan menjadi abdi Tuhan menyelenggarakan Baitu al-Muqaddis. Ini kerana keluarganya sendiripun ada yang menjadi penyelenggara rumah suci itu iaitu Nabi Zakaria a.s., suami kakaknya.
Ayat 36
Firman Allah SWT yang bermaksud: Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan, dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaan-Mu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan Syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan).
Iktibar dan fiqh ayat:
i. Ibn Jauzi dalam Zad al-masir berkata : Maksud direjam di situ ialah:
Pertama: Kena laknat seperti pendapat Qatadah.
Kedua: Kena rejam dengan batu seperti pendapat Abu Ubaidah.
ii. Al-Maraghi berkata : "Allah SWT lebih mengetahui kedudukan anak perempuan yang diragukan itu, bahkan anak itu lebih baik daripada kebanyakan kaum lelaki. Firman ini menyatakan penghargaan kepada bayi perempuan, di samping menyanggah kebimbangan yang tergambar pada ucapan isteri Imran yang menyebut bahawa martabat anak perempuan lebih rendah daripada lelaki.
iii. Mohamad Quraish Shihab berkata: "Anak kalimah wa laisa adz dzakaru kal untsal (dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan), merupakan ucapan isteri Imran, sebagai alasan mengapa beliau tidak dapat memenuhi nazarnya, maka ada juga yang berpendapat bahawa anak kalimah ini merupakan komentar Allah SWT bahawa walaupun yang dilahirkan anak perempuan, tetapi bukan bererti kedudukannya lebih rendah daripada anak lelaki bahkan yang ini lebih baik dan agung daripada banyak lelaki. Ia dipersiapkan Allah SWT untuk sesuatu yang luar biasa, yakni melahirkan anak tanpa proses yang dialami oleh cucu-cicit Adam a.s. seluruhnya iaitu melahirkan zuriat tanpa berhubungan seks dengan seseorang.
iv. Hamka berkata: "Ternyata bahawa anak itu perempuan. Tentu yang diharapkan daripada semua ialah anak laki-laki sebab penyelenggara rumah suci adalah orang lelaki belaka sedangkan nazarnya sudah jelas dan diapun berkata: "Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan anak perempuan." Dalam kata-katanya itu nampaklah keterharuan hati perempuan yang solehah. Bagaimana aku ini, nazar telah dibulatkan, lahirnya anak ini akan dihantar ke rumah suci tetapi anak ini perempuan. Apakah Tuhan akan menerimanya?
Suci
Lalu datanglah keterangan Tuhan kepada Rasul-Nya Muhammad SAW: "Padahal Allah SWT terlebih dahulu mengetahui apa yang dilahirkannya." Meskipun anaknya perempuan tapi ibunya tidak mengetahui anaknya bukan perempuan biasa di kalangan bayi-bayi yang dilahirkan di dunia ini. Dia tidak mengetahui apa yang diketahui oleh Allah SWT. Anaknya akan menjadi anak dara yang suci, bersih dan solehah bakal melahirkan seorang putera Nabi Allah iaitu Nabi Isa a.s. tanpa melakukan persetubuhan (jimak) menurut kebiasaan dunia.
Syaitan
Ayat ini dengan jelas menunjukkan betapa kuasa-Nya Allah SWT dengan sifat kudrat-Nya. Begitu juga musuh yang nyata bagi manusia adalah syaitan. Justeru sewajarnya kita mengenali syaitan, tipu dayanya dan bentuk penyelewengan yang dibawa sehingga manusia sesat dan menyimpang daripada jalan kebenaran yang dituntut kepada kita untuk menghayatinya dan beristiqamah pada jalan tersebut.
Ayat ini juga dengan jelas menunjukkan betapa syaitan tiada sebarang kebaikan baginya sebaliknya sentiasa direjam dan dilaknat oleh Allah SWT. Alangkah malangnya yang mengikut jejak langkah syaitan dan terpedaya dengannya.
Semoga kita semua selamat daripada gangguan dan godaan syaitan dengan berpegang pada kitab al-Quran al-Sunah serta zikir amalan soleh.
Utusan Malaysia online 30 Jan 2009
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm