Sunday, August 28, 2011

Makan cara sihat ikut sunnah nabi

http://www.islamituindah.my/wp-content/uploads/2011/05/Makan-cara-sihat-ikut-sunnah-nabi.jpg

KITA berpantang dan mengawal tabiat makan apabila diserang penyakit. Lebih teruk jika doktor hanya membenarkan kita makan dalam kuantiti sedikit atau makanan tertentu.

Hakikatnya, amalan mengawal tabiat pemakanan selepas jatuh sakit adalah tindakan salah. Kita patut mengawal pemakanan seawal usia remaja, bukan apabila memasuki fasa 40-an.

Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran bermaksud: “… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).

Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut mengambil kira sistem tubuh manusia. Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar iaitu makanan untuk membolehkannya melaksanakan kerja, tetapi kuantiti makanan yang masuk ke perut mesti dikawal.

Sebenarnya, menjaga dan mengawal perut daripada makan terlalu banyak adalah kaedah pencegahan penyakit yang berkesan. Sebab itu ramai ilmuwan perubatan dan tabib zaman lampau sering bermadah ‘lapar itu ubat’.

Mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga ia lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur dan berkesan.

Makanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan pelbagai penyakit. Justeru, kaedah rawatan dan pencegahan penyakit yang terbaik sepatutnya bermula dari perut – pastikan kuantiti dan jenis makanan yang masuk ke perut terkawal.

Nabi Muhammad ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit’. Selain kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil kira isi padu makanan.

Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan. Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: “Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”

Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut serta fungsi pencernaan.

Makanan ini juga kaya serat dan banyak membantu proses penghadaman.

Disiplin pemakanan yang diamalkan Rasulullah biasanya mengelak makanan itu mendatangkan penyakit kepada individu yang sihat, manakala bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan, ia mengelak penyakit menjadi semakin serius.

Contoh peristiwa Nabi Muhammad s.a.w mengajar pemilihan makanan ketika sakit ialah sebagaimana hadis riwayat Ibnu Maajah dari Ummul Mundzir Qois al Anshoriyah, katanya:

“Suatu hari Rasulullah berkunjung ke rumah kami bersama Ali k.a yang ketika itu baru sembuh daripada sakit. Kami mempunyai buah daliah (sejenis buah-buahan di tanah suci), lalu Rasulullah mengambil dan memakannya dan Ali juga memakannya.

“Baginda berkata kepada Ali: Engkau baru saja sembuh daripada sakit.

“Lalu Ali berhenti memakannya. Kemudian saya buatkan masakan dari gandum dan saya berikan kepada mereka berdua, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Ali, nah, ini lebih sesuai bagimu!”

Larangan Rasulullah kepada Ali yang baharu sembuh daripada sakit agar tidak memakan daliah sebagaimana dalam hadis di atas adalah kaedah pencegahan atau berpantang. Buah-buahan yang sifatnya mudah terurai mungkin memberi mudarat bagi mereka yang baru sembuh.

Ketika baru pulih daripada sakit, perut belum cukup kuat kerana ia sibuk bekerja menghakis sisa penyakit dari dalam perut dan badan.

Sebaliknya, Rasulullah menggalakkan Ali mengambil masakan daripada gandum kerana air daripada gandum itu dapat menguatkan tubuh.

Namun, baginda membenarkan pengambilan makanan yang tidak sesuai, tetapi dalam kuantiti sedikit sekadar menghilangkan keinginan.

Perkara menarik mengenai kaedah makanan seimbang yang diajarkan Rasulullah ialah baginda tidak membataskan pada satu jenis makanan saja. Contohnya, baginda menyeimbangkan makanan bersifat panas dengan sejuk.

Dari segi komposisi makanan, baginda tidak pernah mengambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu atau antara makanan yang kedua-duanya mempunyai sifat panas atau sifat dingin serentak.

Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak.

Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan.

Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi mengandungi perasa tiruan dan sintetik.

Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan.

Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan.

Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.

Selain jenis dan kuantiti makanan, satu aspek lain penjagaan kesihatan Rasulullah s.a.w ialah cara baginda duduk ketika makan, iaitu dalam posisi ‘mutawarikan’, iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan.

Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika pengambilan makanan. Contohnya, baginda melarang

makan sambil bersandar sebagaimana sabdanya bermaksud: “Saya tidak makan sambil bersandar.”

Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan terpaksa. Baginda mempunyai disiplin khusus dari segi minuman.

Berdasarkan petunjuk Nabi s.a.w, makruh minum selepas melakukan olahraga atau sebaik selesai melakukan sesuatu kerja berat atau sebaik habis makan atau sebelum makan. Semua itu tidak baik untuk kesihatan. Sebaliknya, biarkan beberapa detik berlalu apabila selesai aktiviti berat atau makan, kemudian minum.

Rasulullah s.a.w mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu hadis dari Anas bin Malik bermaksud: “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.”

Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang sedang diminum. Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui dalam hadis bermaksud:

“Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir.”

Dan, pasti yang paling penting dan mungkin dilupakan kita apabila makan atau minum ialah membaca ‘basmalah’ (membaca Bismillah) dan mengucapkan ‘hamdalah’ (Alhamdulillah) apabila selesai. Ia banyak keberkatan dari segi kesihatan.

Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:

“Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”

Justeru, semua orang tidak wajar menunggu hari tua atau berusia lewat 40-an untuk memulakan amalan pemakanan sihat. Mulakanlah sekarang!

Kepentingan menjaga pemakanan dapat difahami daripada hadis Nabi saw yang diriwayatkan at-Turmudzi dari Abdullah al-Ashory, Rasulullah saw bersabda bermaksud:

“Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam penghidupan dan ia memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolah-olah dunia ini miliknya.”




Kerja Adalah Ibadah

http://www.islamituindah.my/wp-content/uploads/2011/05/careers.jpg

SEGELINTIR masyarakat tidak memahami pekerjaan seharian dinilai sebagai ibadah apabila memenuhi garis panduan ditentukan syariat. Malah di situlah letaknya nilai keunikan Islam sebagai cara hidup jika difahami dengan teliti.

Pernyataan ini sekali gus menafikan pandangan serong yang cuba memisahkan agama dengan kehidupan kerana setiap gerak geri dan tindak tanduk umat Islam dinilai baik ataupun buruknya. Matlamat akhir sesuatu pekerjaan dilakukan mestilah bertujuan memperoleh keredaan Allah.

Justeru, beberapa perkara perlu diperhalusi bagi mencapai maksud dan tujuan mulia itu antaranya, niat ikhlas ketika bekerja kerana tidak dinafikan setiap orang pasti mengharapkan balasan bersifat duniawi seperti gaji dan ganjaran lain terhadap kerja yang dilakukan.

Saranan Baginda Nabi Muhammad SAW supaya pekerja dibayar upah sebelum kering peluhnya menunjukkan bagaimana Islam sangat mengambil berat persoalan ini. Lebih daripada itu, niat ikhlas ketika bekerja boleh diterjemahkan dengan tidak curi tulang atau melakukan kerja sambil lewa.

Malah ada juga yang bersungguh-sungguh bekerja ketika di depan bos lalu dianggap seorang yang berdedikasi tetapi berubah menjadi munafik apabila di belakangnya. Amalan buruk sebegini dikhuatiri memberi kesan kepada keberkatan gaji diperoleh sekalipun banyak tetapi masih tidak mencukupi.

Memilih pekerjaan yang dibenarkan syariat adalah antara syarat utama sesuatu pekerjaan dinilai ibadah. Aktiviti tidak sihat dan dilarang agama mengundang kemurkaan Allah, jadi bagaimana ia boleh diterima sebagai ibadah.

Tindakan individu yang mengaut keuntungan daripada kesusahan orang lain adalah pekerjaan yang diharamkan. Amalan buruk seperti ini boleh menjejaskan hubungan istimewa seorang Muslim dengan saudaranya yang lain.

Pembabitan masyarakat Islam dalam aktiviti tidak sihat seperti bekerja di premis menjual arak, pusat hiburan dan judi, premis yang menganjurkan maksiat seperti kelab malam dan pusat pelacuran dilarang sama sekali.

Sesibuk mana pun bekerja ia tidak seharusnya menyebabkan seseorang melalaikan tanggungjawab ibadat khususnya solat dan berpuasa di bulan Ramadan. Ia juga tidak boleh dijadikan alasan untuk mengqada solat yang sengaja ditinggalkan.

Dalam hal ini, ketua jabatan yang beragama Islam boleh memainkan peranan sentiasa mengingatkan kakitangan bawahan supaya tidak mengabaikan solat lima waktu. Mesyuarat yang diadakan boleh dirancang supaya tidak menyebabkan tertinggal solat fardu.

Dalam konteks lain, suami isteri bekerja perlu memahami mereka bertanggungjawab mengurus rumah tangga dan anak dengan sempurna. Adalah tidak molek isteri hebat di pejabat tetapi suami dan anak berantakan di rumah.

Begitu pula jika suami hanya sibuk dengan perniagaan dan bermain golf selepas waktu pejabat, boleh mengundang implikasi buruk seperti isteri curang dan anak bebas tanpa perhatian ibu bapa.

Ketika bekerja, adab dan pergaulan antara bukan mahram perlu diberi perhatian serius. Elakkan perkara yang boleh mengundang fitnah sehingga merosakkan hubungan suami isteri.

Cara berpakaian segelintir wanita berkerjaya dan hubungan di tempat kerja hendaklah tidak melangkaui sempadan agama dan garis panduan ditetapkan. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Wanita adalah aurat, apabila dia keluar maka syaitan akan menyambutnya.” (Hadis riwayat Tirmizi)

Perbuatan kurang sopan seperti berdua-duaan dalam pejabat dan gurauan melampaui batas perlu dielakkan bagi mengelak tuduhan.

Kejayaan sebenar bekerja bukan bersandarkan gaji atau pangkat. Matlamat utama seharusnya disasarkan adalah al-falah iaitu kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Apa guna gaji dan pendapatan lumayan jika ia tidak mampu membeli syurga penuh kenikmatan.

http://www.islamituindah.my/kerjaya-jadi-ibadah-jika-ikut-islam




Nikah Adalah Ibadah

http://www.islamituindah.my/wp-content/uploads/2011/04/Wedding-Rings.jpg

Amal ibadah bukan sekadar melaksanakan rukun Islam sahaja. Perkahwinan juga merupakan suatu ibadah kepada-Nya. Nafsu syahwat atau naluri seks adalah suatu naluri semulajadi di dalam diri manusia, sama dengan nafsu makan dan minum. Sebab itu ia tidak perlu dibuang atau dihapuskan tetapi hanya perlu dipimpin dan disalurkan dengan sebaiknya. Perkahwinan adalah suatu peraturan untuk mengatur nafsu kelamin di kalangan manusia. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud. “Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya di telah memelihara sebahagian daripada agamanya.”

Hukum berkahwin terbahagi kepada empat iaitu wajib, haram, sunat dan makruh. Wajib ialah apabila seseorang itu berkemampuan fizikal dan mental serta bimbang jika dirinya akan terjerumus ke lembah maksiat dengan melakukan zina. Ia bertepatan dengan sabda baginda Rasulullah, “Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang sanggup berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin, maka sesungguhnya kahwin itu menghalang pandagan yang haram dan memelihara kemaluan. Maka sesiapa yang tidak sanggup berbuat demikian hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai baginya.”

Hukum sunat apabila seseorang yang mempunyai kemampuan dan kesanggupan dan sanggup pula memelihara diri daripada melakukan perbuatan yang dilarang Allah. Islam melarang orang yang sengaja hidup membujang. Sabda baginda lagi, “Kahwinilah olehmu wanita yang bersifat penyayang dan subur maka sesungguhnya pada hari Kiamat kelak aku bermegah-megah dengan banyaknya bilangan kamu (umatnya).”

Hukum makruh pula aabila seseorang yang tidak mampu dari segi zahir dan batin. Manakala menjadi haram apabila seseorang yang mempunyai kemampuan untuk berkahwin tetapi akan menimbulkan bahaya kepada bakal isterinya seperti seorang lelaki yang berkahwin dengan tujuan untuk menyakiti bakal isterinya. Maka perkahwinan itu hukumnya haram.

Sumber: Muslimah, Bil. 228, Safar – Rabiul Awal 1432

http://www.islamituindah.my/pernikahan-sebagai-satu-ibadah

Tuesday, August 2, 2011

5 adab, kaedah sambut kelahiran bayi dalam Islam

http://www.islamituindah.my/wp-content/uploads/2011/06/cute_baby_425.jpg

Allah SWT berfirman dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50: “Bagi Allah jualah milik segala yang ada di langit dan di bumi. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dia mengurniakan anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya, anak-anak lelaki dan perempuan dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendaki-Nya mandul.”

Alhamdulillah, bersyukurlah kepada Allah SWT kerana dikurniakan anak. Dalam Islam ada adab-adab yang perlu diikuti agar dinilai sebagai suatu ibadat. Sebagai contoh, adab menyambut kelahiran, antaranya;

Hendaklah orang yang mengetahui saudaranya yang baru menerima cahaya mata untuk menunjukkan rasa gembira dengan kelahiran anak dengan ucapan tahniah.

Ucapan yang terbaik adalah seperti disebut oleh Ulama’ iaitu: “Burika laka fil Mauhub, wasyakartal Wahiba, wabalagha rushdahu waruziqta birrahu (Moga diberkati untukmu pada kurnia-Nya dan hendaklah engkau bersyukur kepada Pengurnia (Allah) dan moga anak itu mencapai umur dewasa dan engkau memperoleh kebaktiannya).”

Apabila anak itu lahir, maka hendaklah diazankan pada telinga kanan bayi dan diiqamatkan pada telinga kirinya seperti hadis diriwayatkan al-Baihaqi dalam kitab asy-Syu’ab daripada hadis Hasan bin Ali RA daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang dianugerahkan seorang bayi, lalu dia mengumandangkan azan di telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka bayi itu akan dijauhkan daripada Ummu Syibyan.” Menurut sebahagian ulama, Ummu Syibyan adalah jin perempuan. Ada yang mengatakan apa saja yang menakutkan anak dan ada yang mengatakan angin yang menyebabkan sakit.

Hendaklah ditahnikkan bayi itu.

Tahnik bermaksud mengambil sedikit kurma pada jari telunjuk lalu dimasukkan pada mulut bayi lalu digerakkan perlahan-lahan ke kanan dan ke kiri agar menyentuh seluruh mulut bayi. Seterusnya manisan itu akan masuk ke rongga tekak dan tahnik ini dilakukan supaya memudahkan bayi ketika menyusu. Sebaik-baiknya orang yang mentahnik bayi adalah orang yang salih supaya bayi berkenaan memperoleh keberkatan. Menurut hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Musa RA: “Saya dikurniakan seorang anak lelaki. Lalu saya membawanya kepada Nabi SAW. Baginda SAW memberikan namanya Ibrahim dan mentahniknya dengan kurma.” (Imam al-Bukhari menambahkan: Rasulullah mendoakan agar diberi berkat dan dipulangkan bayi itu kepadaku).

Mencukur rambut bayi.

Ibnu Ishaq menyebutkan sebuah hadis riwayat al-Baihaqi daripada Abi Rafi’ Maula Rasulullah SAW bahawa ketika Hasan bin Ali lahir, ibunya Fatimah ingin mengakikahkannya dengan dua ekor kambing. Lalu Rasululullah SAW bersabda: “Jangan kamu mengakikahkannya tetapi cukurlah rambutnya kemudian sedekahlah dengan perak seberat timbangan rambutnya di jalan Allah atau berikan kepada orang musafir.” Kemudian (tahun berikutnya) apabila lahirnya Husain selepas itu, Fatimah melakukan seperti itu juga. Imam al-Baihaqi berkata: “Jika hadis ini sahih, agaknya Rasulullah SAW mahu mengakikah sendiri cucu Baginda seperti yang kami riwayatkan.”

Melakukan akikah iaitu anak lelaki dua ekor kambing dan anak perempuan seekor kambing.

Seperti disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Ahmad daripada Aisyah RHA, beliau berkata: “Rasulullah menyuruh kami supaya mengakikahkan anak perempuan dengan seekor kambing dan anak lelaki, dua ekor kambing.” Demikianlah, wallahua’lam.

http://www.islamituindah.my/5-adab-kaedah-sambut-kelahiran-bayi-dalam-islam


8 Tips Lahirkan anak soleh

http://www.islamituindah.my/wp-content/uploads/2011/07/cute-baby.jpg

Anak adalah rezeki daripada Allah yang sudah selayaknya pasangan suami isteri bersyukur atas rezeki berkenaan. Dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Ia kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Ia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang Ia kehendaki). Dan Dia menjadikan mandul kepada siapa yang Ia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”

Antara bentuk rasa syukur adalah mengambil berat persoalan anak. Dengan demikian, terjalin hubungan harmoni dalam keluarga, lahirlah anak yang taat kepada dua ibu bapanya serta terbentuklah watak anak salih yang dapat membangunkan agama, bangsa dan negara.

Islam adalah agama yang sempurna. Islam sudah mengajar seluruh aspek kehidupan, termasuk hak anak yang perlu dipenuhi oleh kedua ibu bapa. Antara hak anak dalam Islam iaitu hendaklah mencari pasangan yang baik buat anak yang bakal dilahirkan hasil daripada perkahwinan. Rasulullah SAW sudah mengajar pemuda yang ingin berkahwin agar memilih wanita yang salihah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung – Hadis riwayat al-Bukhari.

Kedua, hendaklah membaca doa sebelum melakukan hubungan badan agar terhindar daripada gangguan syaitan. Rasulullah SAW telah mengajar kepada kita seperti dalam satu hadis Baginda bersabda: “Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah ia membaca: “Bismillah, Allahumma jannibnas Syaitana wajannibis syaitana ma razaktana. Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami.

Jika Allah takdirkan (dengan hubungan tersebut lahir) seorang anak, maka syaitan tidak boleh memudaratkannya.” – Riwayat al-Bukhari.

Ketiga, hendaklah mengambil berat bayi yang berada dalam kandungan ibunya. Perhatian itu sama ada kesihatan bayi yang dikandungnya, mahupun sifat-sifat yang akan diturunkan daripada ibu kepada anaknya.

Keempat, seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yang dikerjakan sehariannya agar tidak melakukan perkara buruk yang akan berpengaruh kepada bayinya nanti.

Kelima, hendaklah menerima dengan senang hati bayi yang dilahirkannya sama ada perempuan atau lelaki. Kerana ada di kalangan pasangan yang tidak suka jika lahir anak perempuan. Sikap ini adalah sifat jahiliah yang perlu dijauhi. Orang Quraisy pada zaman jahiliah apabila lahirnya anak perempuan, maka mereka membunuhnya. Begitu juga kadang-kadang Allah SWT menguji ibu dan ayah dengan anak yang kurang sempurna seperti buta, bisu, pekak. Sekiranya ibu bapa itu menerima dengan berlapang dada, maka ia tetap berasa senang. Namun, sekiranya ibu bapa tidak senang menerimanya, ia boleh membawa kepada penceraian atau pembunuhan pada anak tersebut.

Keenam, memberi nama anak yang baik. Sesungguhnya anak berhak untuk diberi nama yang baik dan bagus didengar. Nama itulah yang akan mewakili dirinya untuk kehidupannya kelak. Oleh itu, janganlah tersalah memberi nama. Janganlah diberi nama yang ada unsur menyamai dengan agama lain atau ahli maksiat dan orang yang terkenal kejahatannya. Berilah nama yang dianjurkan seperti nama yang menunjukkan perhambaan kepada Allah, nama Nabi dan orang yang salih.

Ketujuh, memberikan anak itu rasa aman dan tenteram daripada hal yang menakutkan dan perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Jangan suka menakutkan dengan mengatakan kepadanya ada hantu kerana ia boleh merosakkan mental dan agamanya.

Kelapan, memberi pendidikan agama yang cukup. Kesembilan, menjaga kesucian anak itu dengan menikahkannya sekiranya rasa perlu dan mampu untuknya.

Demikianlah antara hak-hak anak. Wallahua’lam

http://www.islamituindah.my/8-tips-lahirkan-anak-soleh

Saturday, July 16, 2011

Al-Quran telah mempesonakan ramai cendekiawan Barat.

http://u.jimdo.com/www16/o/s1955636075879dac/img/if8dd035da2f4e2fb/1279011902/std/image.jpg

CERAMAH malam itu ber tempat di sebuah masjid di Kelana Jaya, Shah Alam, Selangor. Para jemaah yang hadir kagum dengan isi ceramah bertajuk Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains dan al-Quran yang disampaikan oleh pensyarah Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM", Bangi, Dr. Mohd. Arip Kasmo, 50.
Malam itu, Dr. Arip ceritakan bagaimana al-Quran telah mempesonakan ramai cendekiawan Barat. Dia ceritakan seorang ahli falsafah ateis bernama Anthony Flew percaya kewujudan Tuhan selepas melihat kehebatan alam semesta dan kajian biologi tentang DNA. Pensyarah itu ceritakan juga tentang seorang profesor dalam bidang psikologi dari Amerika Syarikat dan penganut fahaman ateis bernama Muhamad alMandi percayakan Tuhan melalui kaedah fizik dan kosmologi.
Juga diceritakan, Profesor Ibrahim Stokes, profesor geologi percayakan Tuhan selepas meminjam al-Quran rakannya yang beragama Islam ketika berada di Gunung Rocky.
"Tapi mengapa Anthony yang percaya Tuhan itu wujud tapi tak masuk Is¬lam? Mengapa Muhamad al-Mandi dan Ibrahim Stokes memeluk Islam? Siapa boleh jawab?" tanya pensyarah itu lagi. Jemaah diam, mereka terlalu khusyuk mendengar ceramah Dr. Arip.
Kemudian Dr. Arip ceritakan pula bagaimana mukjizat dianugerahkan Allah kepada nabi-nabi terdahulu seperti Nabi Isa, Musa dan Muhammad.
"Nabi Musa dengan tongkatnya boleh menjelmakan ular dan membelah lautan. Nabi Isa boleh hidupkan orang coati. Tapi Nabi Muhammad diberi dua mukjizat iaitu mukjizat hissi dan mukjizat ma'nawiyy. Mukjizat hissi seperti bulan terbelah dua, air keluar dari celah-celah jari.
"Mukjizat ini hanya dapat disaksikan oleh mereka yang bersama-sama Nabi ketika itu. Tapi Allah juga menganugerahkan kepada Nabi mukjizat teragung iaitu al-Quran yang akan dipelihara dan kekal sampai hari kiamat," beritahu Dr. Arip.
Pensyarah itu kaitkan pula bagaimana kehebatan al-Quran dengan sains. Bermacam-macam diceritakan termasuk penciptaa alam semesta, asal usul kehidupan organisms, proses kejadian manusia, hujan, lebah, labah-labah, semut dan lautan.
Dr. Arip kemudian menguji jemaah yang mendengar ceramahnya dengan bertanya adakah mereka kagum dengan apa yang ditunjukkan tadi? Mereka mengangguk-anggukkan kepala.
Tapi ceramah belum berakhir...
"Para jemaah sekalian, semua ini sebenamya sudah diwahyukan Allah dalam al-Quran. Kajilah ayat-ayat Allah yang dibaca. Paling penting, perhatikan al-Manzurrah, iaitu janji Allah bahawa Allah bersumpah akan menjaga alQuran sehingga hari kiamat.
"Hayatilah makna ayat yang dibaca' dan carilah kebe naran dalam al Quran. Mukjizat ini hanya dapat kita rasai apabila kita membaca, hati tenang. Fahami. Maksud ayat-ayat itu, buat kajian, amalkan suruhannya dan jauhi apa yang dilarang," Dr. Arip berceramah lagi.
Seterusnya, Dr. Arip mahu jemaah malam itu mengkaji bagaimana alam ini terjadi, apa yang terdapat di angkasa raya, di atas tanah, di dalam laut dan segala yang berlaku di alam maya ini.
Beliau kemudian membaca surah al¬Bagarah ayat 23:
"Sekiranya kamu ragu-ragu kepada apa yang telah Kami turunkan
kepada hamba-Ku maka datangkanlah satu surah yang
sepertinya dan ajaklah pembantu-pembantu kamu selain Allah,
sekiranya kamu orang-orang yang benar. "
Selepas itu Dr. Arip membaca pula surah al-Isra ayat 88:
"Katakanlah sekiranya jin-jin dan manusia dikumpulkan
untuk mengadakan sesuatu yang serupa dengan al-Quran ini,
tidak akan mampu mereka mengadakannya walaupun
mereka saling bantu-membantu antara satu sama lain. "
Sebab itu. kata Dr. Arip, kalau terdengar ada al-Quran palsu jangan risau. "Allah dah janji, Dia akan jaga. Tak ada orang boleh ubah, tiru atau palsukan," beritahu Dr. Arip lagi. Dr. Arip menyambung lagi ceramahnya. Dia bercerita ada juga manusia yang menyahut cabaran Allah itu lalu menulis sebuah al-Quran palsu seperti Furqan al-Haqq karya Anish Shorrosh, penulis keturunan Amerika-Palestin.
"Nak lihat lagi tak?" tanya Dr. Arip.
Lantas beliau menunjukkan ujian forensik yang dilakukannya ke atas surah al-Hadid, iaitu surah ke-57 dalam al Quran, kepada jemaah masjid. Dr. Arip yang pernah mengikuti pengajian di Blackpool College of Science and Art Blackpool, Lanchashire dan Universiti College of Swansea, Wales ingin menunjukkan keajaiban surah tersebut.
Dr. Arip mengajak jemaah mengira bersama-sama nilai huruf alif, lam, ha, dal, ya dan dal berdasarkan nilai akibat (sequential value) dan nilai gematrikal (gemairical value) antara huruf Arab dengan huruf rumi. Mengikut susunan abjad itu alif mempunyai nilai satu, lam bernilai 30, ha ( , dal (4), ya (10) dan dal (4).
Apabila bilangan nilai itu dicampurkan, jumlahnya ialah 57. Jumlah itu sama dengan bilangan surah al-Hadid iaitu surah ke-57 dalam al-Quran.
"Adakah ini satu kebetulan?" tanya Dr. Arip
Jemaah diam lagi. Ada yang menggaru-garu kepada.
“Cuba kita kira sama sama nilai abjad Arab bagi ayat Hadid sahaja tanpa alif dan lam, berapa jumlahnya? Ya! 26,” kata Dr. Arip
Dr. Arip tunjukkan kepada jemaah tersebut jadual unsur unsur atom berdasarkan susunan nilai proton. Nilainya ditandakan huruf P26. Nombor atom ytang tertera bagi ferum (besi) ialah P26. Makna Hadid dalam bahasa Arab bermaksud besi.
‘Apakah semua ini adalah kebetulan, atau ketetapan Allah?” Tanya Dr. Arip lagi.
Sekarang Dr. Arip mahu tunjukkan pula simpulan al-Quran yang diibaratkannya sebagai anak kunci dan mangga.
“Tuan tuan fahamkan betul betul penerangan saya ini. Dalam Al-Quran ada 114 surah. Surah yang jumlah ayatnya ganjil. Misalnya 13, 27, dan 121, ada 54 ayat. Surah yang bilangan ayatnya genap, misalnya 8, 14 dan 110, ada 60.
"Apabila saya kaji lagi, saya terkejut apabila mendapati surah genap, misalnya surah ke-4, ke-22 dan ke-68, yang mempunyai ayat ganjil ialah 27 mana¬kala surah ganjil yang bilangan ayatnya pun ganjil, juga ada 27.
"Bagi ayat genap pula, surah genap yang jumlah ayatnya adalah genap, ada 30 dan surah ganjil yang bilangan ayatnya pun ganjil, ada 30. Padanan ini sangat menakjubkan, bagai kunci dan mangga.
"Jika salah satu daripada ayat-ayat ini diubah atau dimansuhkan, ia dapat dikesan dengan mudah. Padanan dan persilangan itu akan hancur," beritahu Dr. Arip lagi sambil mempamerkan kehebatan susunan surah-surah dalam al¬Quran itu kepada jemaah melalui power point di skrin.
"Jadi ayat-ayat atau surah dalam al¬Quran-tidak boleh diubahsuai oleh manusia! Keasliannya tetap terpelihara seperti anak kunci dan mangganya. Jika salah satu diubah, anak kunci tadi tidak boleh membuka mangga. tersebut.
"Adakah ini satu kebetulan?" tanya Dr. Arip.
Jemaah memang kagum dengan ceramah Dr. Arip. Mereka tidak terfikir begitu sistematik penciptaan al-Quran.
"Sekarang saya hendak tunjukkan satu lagi perkara menarik kepada tuan¬tuan," kata Dr. Arip.
Sebuah graf terpapar di skrin. Graf itu telah dimasukkan jumlah bilangan ayat-ayat dari 114 surah al-Quran ke dalam sel-sel Microsoft Excel. Paksi X mewakili nombor surah manakala paksi Y, jumlah ayat. Susunan yang dimasukkan ke dalam graf itu membentuk taburan titik-titik yang harmoni dan membentuk huruf ‘j’.
"Apakah rahsia di sebaliknya? Sekarang lihat ini!" beritahu Dr. Arip.
Satu lagi graf ditunjukkan. Kali ini susunan 61 surah al-Quran palsu karya Anish Shorrosh. Dengan menggunakan teknik yang sama, graf taburan titik ayat dan surah al-Quran palsu ini tidak membentuk apa-apa susunan yang seragam.
Sekarang dia membuka power pointnya. Sedikit demi sedikit taburan titik-titik al-Quran pada graf tersebut dicantumkan, lalu terbentuklah huruf alif, lam, lam, ha. Cantuman itu terhenti secara spontan pada titik terakhir, membentuk kalimah 'Allah'!
Satu lagi graf disambungkan. Kali ini titik-titik yang disambungkan itu membentuk huruf mim, ha, mim, dal, Muhammad'!
"Adakah ia berlaku secara kebetulan?" tanya Dr. Arip pada jemaah.
Jemaah terpukau. Masing-masing berasa kagum.
Tapi timbul pula persoalan, bagaimana khat itu terjadi? Adakah ia sudah diprogramkan atau memang dilakukan sendiri oleh Dr. Arip?
"Begini..." terang Dr. Arip, "sebenarnya saya ada terima e-mel yang dihantar seseorang tahun lepas. Bila saya lihat khat Allah dan Muhammad ini, saya cuba kaji bagaimana khat itu terjadi dan adakah betul apa yang dihantar oleh si pengirim e-mel tersebut. Benarkah ia terhasil dari ayat-ayat al-Quran sendiri?"
Untuk membuktikannya, Dr. Arip melakukan ujian forensik selama tiga bulan menggunakan Microsoft Excel. Kaedah yang dilakukannya amat rumit kerana beliau perlu memasukkan jumlah setiap ayat dan setiap surah ke dalam petak-petak tersebut.
"Selepas itu, Microsoft Excel diarahkan membuat graf taburan titik titik berkenaan. Apabila siap dan dihubungkan, maka titik-titik itu akan menghasilkan dua bentuk khat iaitu `Allah' dan 'Muhammad'," terang Dr. Arip. Jadi, ini bermakna khat Allah dan Muhammad ini disambung-sambungkan sendiri, bukan terjadi secara automatik?
"Bukan automatik. Kita kena hubungkan titik-titik yang mewakili jumlah surah dan bilangan ayat tadi. Misalnya untuk mendapatkan huruf alif, hubungkan antara titik-titik yang mewakili surah al-Baqarah (2), al-Imran (3) dan al-Fatihah (1) dan juga al-Baqarah (2), al-A'raaf (7), al-An'am (6), al-Maidah (5) dan al-Fatihah (1).
"Huruf-huruf yang lain dapat dihasilkan melalui cara yang serupa dengan menghubungkan titik-titik tertentu. Misalnya bagi mendapatkan tanda dhamma (depan) dalam khat Muhammad, hubungkan antara titik yang mewakili surah al-A'raaf (7), al-Imran (3), an-Nisa (4) dan al-An'am (6) dan seterusnya..." jelas Dr. Arip lagi.
Masih kurang jelas lagi. Jemaah hertanya, bagaimana ada titik-titik yang rapat dan ada yang jarang-jarang, boleh Dr. jelaskan?
"Titik-titik yang rapat ini menunjuk¬kan perbezaan bilangan ayat antara surah-surah tersebut adalah kecil. Titik-ti¬tik yang jarang pula menunjukkan perbezaan bilangan ayat antara surah-surah itu adalah besar.
"Bilangan ayat dalam surah-surah akhir seperti dalam juz Amma pendek pendek sementara surah-surah yang awal seperti al-Baqarah panjang-panjang bilangan ayatnya," jelas Dr. Arip lagi.
Apa yang hendak ditunjukkan Dr. Arip ialah khat Allah dan Muhammad boleh dihasilkan menerusi susunan ayat-ayat dan surah al-Quran. Sebalik¬nya kata Dr. Arip, al-Quran palsu tidak membentuk apa-apa khat langsung.
Tujuan Dr. Arip mengetengahkan idea mukjizat Nabi Muhammad ini supaya manusia pada akhir zaman tidak lagi ragu-ragu kepada kebenaran alQuran dan Islam. Inilah bukti mukjizat al-Quran dan sesiapa yang cuba merosakkannya, hanya akan menampakkan kebodohan mereka saja:
Jemaah terus tergelak mendengar kata-kata Dr. Arip itu.
"Ini penting sebab sekarang ini makin ramai orang dah tak percaya dan yakin dengan al-Quran. Bahkan makin ramai orang dah tak percayakan Tuhan, macam black metal dan punk," beritahu Dr. Arip.
Sebelum mengakhiri ceramahnya, Dr. Arip berkata, sama ada jemaah hendak percaya penerangannya tadi atau tidak, terpulang kepada diri masing-ma¬sing. Ini soal hidayah.
"Begitu juga dengan orang macam Anthony Flew, Muhamad al-Mandi dan Ibrahim Stokes. Ini soal hidayah. Abu Jahal tetap memusuhi Islam walaupun dia adalah bapa saudara Nabi, sedangkan Umar al-Khattab, seorang samseng terus memeluk Islam selepas mendapat hidayah apabila mendengar adiknya membaca al-Quran," jelas Dr. Arip.
NOTA:
Sebahagian daripada ceramab Penghayatan Sains Dalam al-Quran tadi adalah hasil tesis sarjana kedoktoran Ph.D. Dr. Arip pada tahun 2000. Model ini telah dianugerahkan pingat emas oleh UKM pada tahun 2005. Kepada pembaca yang masih ragu¬ragu dengan bukti yang ditunjukkan, Dr. Arip bersedia memberi penjelasan. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel: arip@pkrisc.cc., ukm.my atau telefon 03-89216918 (Pusat Pengajian Umum, UKM). H/P: 017-3164928. - PENGARANG.
Maklumat tambahan
http://www.geocities.com/modal_insan/graf.html

Allah lebih mengetahui alam rahim

http://www.hayah.cc/forum/imgcache/11185.png

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

MELALUI proses kehamilan seterusnya kelahiran sesungguhnya
adalah anugerah yang paling bermakna bagi setiap wanita.
Gambar hiasan
Firman Allah SWT:
(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:
“Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadamu
anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas
(daripada segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadamu semata-mata),
maka terimalah nazarku, sesungguhnya
Engkaulah Yang Maha Mendengar,
lagi Maha Mengetahui.
Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia:
“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan
seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan
ialah anak lelaki), dan Allah memang mengetahui akan apa yang
dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan
anak perempuan, dan bahawasanya aku telah
menamakannya Maryam, dan aku
melindungi dia dengan
peliharaan-Mu,
demikian
juga
zuriat keturunannya,
daripada godaan syaitan yang
ena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan).
(ali-Imran ayat: 35-36)
SYEIKH Sya'rawi berkata: "Sebenarnya nasab yang diiktiraf nisbah bagi para Nabi nilai akhlak dan agama. Selepas daripada itu Allah SWT mengisahkan berkenaan nazar ibu Maryam."
Ayat 35
Firman Allah SWT yang bermaksud Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:
"Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadamu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (daripada segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadamu semata-mata), maka terimalah nazarku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Iktibar dan fiqh ayat:
i. Al-Maraghi berkata: "Allah SWT Maha Mengetahui doa isteri Imran, Maha Mengetahui niatnya, ketika beliau berdialog dengan Tuhannya dalam bentuk nazar pada saat beliau hamil, bahawa bayi yang dikandungnya kelak akan diserahkan kepada Allah SWT semata-mata untuk berbakti di Baitu al-Muqaddis, Allah SWT juga mengetahui pujiannya, ketika beliau berkata, bahawa Allah Maha Mendengar doa dan kepasrahannya. Allah juga Maha Mengetahui kemurnian niat dan keikhlasannya.
Hal inilah yang menjadi dasar diterimanya doa, dan boleh diharapkan supaya ia dikabulkan kurnia dan kebaikan daripada Allah SWT. Pada ayat-ayat ini, nama Imran disebut dua kali. Imran yang pertama ialah bapa Nabi Musa a.s. Sementara Imran yang kedua ialah bapa Maryam. Jarak di antara kedua-duanya lebih kurang 1800 tahun.
ii. Mohamad Quraish Shihab berkata: Nazar adalah kebajikan, sesuai dengan tuntutan agama yang tidak diwajibkan oleh agama, tetapi diwajibkan sendiri oleh seseorang atas dirinya dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dalam konteks ucapan, yakni nazar isteri Imran adalah tekad janjinya untuk menjadikan anak yang dikandungnya berkhidmat secara penuh di Baitu al-Muqaddis.
Dalam tradisi masyarakat ketika itu, seorang anak yang dinazarkan sebagai pelayan rumah suci akan bertugas penuh di sana sampai dia dewasa. Setelah dewasa dia hanya dibenarkan untuk membuat satu pilihan sahaja sama ada untuk meneruskan pengajian atau membuat pilihan yang lain."
iii. Hamka berkata: "Ada seorang lelaki yang soleh namanya Imran, sama namanya dengan ayah Nabi Musa a.s. yang hidup 1800 tahun sebelumnya. Sejak zaman purbakala lagi, sampai kepada zaman kita ini orang-orang yang soleh dalam agamanya suka sekali memakai nama-nama orang yang mulia menjadi nama anaknya. Rupanya ayah Imran ini menamai anaknya demikian kerana ayah Nabi Musa yang besar itu bernama Imran pula. Lelaki yang bernama Imran ini mempunyai seorang isteri yang solehah seperti dia. Lalu dia hamil dan semasa kehamilannya dia bernazar kalau lahir anaknya akan diserahkan menjadi abdi Tuhan menyelenggarakan Baitu al-Muqaddis. Ini kerana keluarganya sendiripun ada yang menjadi penyelenggara rumah suci itu iaitu Nabi Zakaria a.s., suami kakaknya.
Ayat 36
Firman Allah SWT yang bermaksud: Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan, dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaan-Mu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan Syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan).
Iktibar dan fiqh ayat:
i. Ibn Jauzi dalam Zad al-masir berkata : Maksud direjam di situ ialah:
Pertama: Kena laknat seperti pendapat Qatadah.
Kedua: Kena rejam dengan batu seperti pendapat Abu Ubaidah.
ii. Al-Maraghi berkata : "Allah SWT lebih mengetahui kedudukan anak perempuan yang diragukan itu, bahkan anak itu lebih baik daripada kebanyakan kaum lelaki. Firman ini menyatakan penghargaan kepada bayi perempuan, di samping menyanggah kebimbangan yang tergambar pada ucapan isteri Imran yang menyebut bahawa martabat anak perempuan lebih rendah daripada lelaki.
iii. Mohamad Quraish Shihab berkata: "Anak kalimah wa laisa adz dzakaru kal untsal (dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan), merupakan ucapan isteri Imran, sebagai alasan mengapa beliau tidak dapat memenuhi nazarnya, maka ada juga yang berpendapat bahawa anak kalimah ini merupakan komentar Allah SWT bahawa walaupun yang dilahirkan anak perempuan, tetapi bukan bererti kedudukannya lebih rendah daripada anak lelaki bahkan yang ini lebih baik dan agung daripada banyak lelaki. Ia dipersiapkan Allah SWT untuk sesuatu yang luar biasa, yakni melahirkan anak tanpa proses yang dialami oleh cucu-cicit Adam a.s. seluruhnya iaitu melahirkan zuriat tanpa berhubungan seks dengan seseorang.
iv. Hamka berkata: "Ternyata bahawa anak itu perempuan. Tentu yang diharapkan daripada semua ialah anak laki-laki sebab penyelenggara rumah suci adalah orang lelaki belaka sedangkan nazarnya sudah jelas dan diapun berkata: "Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan anak perempuan." Dalam kata-katanya itu nampaklah keterharuan hati perempuan yang solehah. Bagaimana aku ini, nazar telah dibulatkan, lahirnya anak ini akan dihantar ke rumah suci tetapi anak ini perempuan. Apakah Tuhan akan menerimanya?
Suci
Lalu datanglah keterangan Tuhan kepada Rasul-Nya Muhammad SAW: "Padahal Allah SWT terlebih dahulu mengetahui apa yang dilahirkannya." Meskipun anaknya perempuan tapi ibunya tidak mengetahui anaknya bukan perempuan biasa di kalangan bayi-bayi yang dilahirkan di dunia ini. Dia tidak mengetahui apa yang diketahui oleh Allah SWT. Anaknya akan menjadi anak dara yang suci, bersih dan solehah bakal melahirkan seorang putera Nabi Allah iaitu Nabi Isa a.s. tanpa melakukan persetubuhan (jimak) menurut kebiasaan dunia.
Syaitan
Ayat ini dengan jelas menunjukkan betapa kuasa-Nya Allah SWT dengan sifat kudrat-Nya. Begitu juga musuh yang nyata bagi manusia adalah syaitan. Justeru sewajarnya kita mengenali syaitan, tipu dayanya dan bentuk penyelewengan yang dibawa sehingga manusia sesat dan menyimpang daripada jalan kebenaran yang dituntut kepada kita untuk menghayatinya dan beristiqamah pada jalan tersebut.
Ayat ini juga dengan jelas menunjukkan betapa syaitan tiada sebarang kebaikan baginya sebaliknya sentiasa direjam dan dilaknat oleh Allah SWT. Alangkah malangnya yang mengikut jejak langkah syaitan dan terpedaya dengannya.
Semoga kita semua selamat daripada gangguan dan godaan syaitan dengan berpegang pada kitab al-Quran al-Sunah serta zikir amalan soleh.
Utusan Malaysia online 30 Jan 2009
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm

Thursday, June 23, 2011

TAHAJJUD PENGUBAT CANCER

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgFLgCWDGDCqE14l9ktkUS47VPMYcSjbrDPfjhfjxyN-fNArKlKBmZ3A0c7ugr_MGMMK5BkweWBc4DwE2FaaBRcyC7Ei7FW7yC6UBPcwEnK2o6uS98OdkvmPia1HoELcfB3xJqVU8WEyA/s1600/5518900882_ea374772a8.jpg

Solat tahajjud ternyata tidak hanya membuat seseorang yang melakukannya mendapat tempat (maqam) terpuji disisi Allah tapi juga sangat penting bagi dunia perubatan dan kedoktoran. Munurut hasil penelitian Dr. Mohammad Soleh, dosen IAIN Surabaya, salah satu solat sunnah itu dapat membebaskan seseorang daripada serangan kanser.

Tidak percaya? "Cubalah anda rajin-rajin solat tahajjud. Jika anda melakukannya secara rutin, benar, khusyuk, dan ikhlas nescaya anda terbebas daripada infeksi dan kanser", ucap Soleh. Ayah dua anak itu bukan "tukang obat" jalanan. Dia melontarkan pernyataannya itu dalam penyelidikannya yang bejudul "Pengaruh Solat Tahajjud terhadap Peningkatan Perubahan Respon Ketahanan Tubuh Imonologi". Dengan penyelidikan itu, Soleh berhasil meraih gelar doktor dalam bidang ilmu kedoktoran pada Program Pasca Sarjana Universitas Surabaya, yang dipertahankannya. Selama ini, menurut Soleh, tahajjud di nilai hanya merupakan ibadah solat tambahan atau solat sunnah. Padahal jika dilakukan dengan khusyuk dan ikhlas, secara medis, solat itu menumbuhkan respons ketahanan tubuh (imonologi) khususnya pada imonoglobin M,G,A dan limposit-nya yang berupa persepsi dan motivasi posetif, serta dapat menambahkan kemampuan individu untuk menghadapi masalah yang dihadapi. Solat tahajjud yang dimaksudkan Soleh bukan sekadar menggugurkan status solat yang muakkadah (Sunnah mendekati wajid). Ia menitikberatkan pada sisi rutin solat, ketetapan gerakan, kekusyukkan, dan keikhlasan. Selama ini kata dia, ulama melihat masalah ikhlas ini sebagai persoalan mental.

Namun sebetulnya soal ini dapat di buktikan dengan teknologi kedoktoran. Ikhlas yang selama ini di pandang sebagai misteri, dapat dibuktikan secara kuantitatif melalui sekrasi hormon kortisol. Parameternya, lanjut Soleh, boleh di ukur dengan kondisi tubuh. Pada kondisi normal, jumlah hormon kortisol pada pagi hari normalnya antara 38-690 nml/liter. Sedang pada malam hari atau pada selepas jam 12.00 malam normalnya antara 69-345nml/liter. "Kalau jumlah hormon kortisolnya normal, boleh diindikasikan orang itu tidak ikhlas kerana tertekan. Begitu sebaliknya". Ujarnya seraya menegaskan temuannya ini yang mambantah paradigma lama yang menganggap pelajaran agama islam semata-mata dogma atau dogtrin.

Soleh mendasarkan penemuannya itu melalui satu penelitian terhadap 41 responden sisa SMU Luqman Hakim Pondok Persantren Hidayatullah, Surabaya. Drp 41 siswa itu, hanya 23 yang sanggup bertahan melakukan solat tahajjud selama sebulan penuh. Setelah di uji lagi, tinggal 19 siswa yang bertahan solat tahajjud selama 2 bulan. Solat di mulai pukul 2.00-3.30 pagi sebanyak 11 rakaat, masing-masing 2 rakaat 4 kali salam dan tiga rakaat witir. Selanjutnya, hormon kortisol mereka di ukur di tiga laboratium di Surabaya (paramita, Prodia dan klinika). Hasilnya ditemukan bahwa kondisi tubuh seseorang yang rajin bertahajjud secara ikhlas berbeda jauh dengan orang yang tidak melakukan tahajjud. Mereka yang rajin dan ikhlas bertahajjud memiliki ketahanan tubuh dan kemampuan individual untuk menghadapi masalah-masalah yang di hadapi dengan stabil. "Jadi solat tahajjud selain bernilai ibadah, juga sekaligus sarat dengan muatan psikologis yang dapat mempengaruhi kontrol kognisi. Dengan cara memperbaiki persersi dan motivasi positif dan coping yang efektif, emosi yang positif dapat meghindarkan seseorang dari strees,"
Menurut Soleh, orang yang stress(tekanan) itu biasanya mudah sekali terhadap penyakit kanser dan infeksi. Dengan solat tahajjud yang di lakukan secara rutin dan di sertai perasaan ikhlas serta tidak terpaksa, seseorang akan memiliki responimun yang baik, yang kemungkinan besar akan terhindar drp penyakit infeksi dan kanser. Dan, berdasarkan hitungan teknik medis menunjukkan solat tahajjud yang dilakukan seperi itu membuat orang mempunyai ketahanan tubuh yang baik


"Maka dirikanlah Solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah": (Al-Kautsar:2) Sebuah buki bahawa keterbatasan otak manusia tidak mampu mengetahui semua rahsia atas rahmat, nikmat, anugerah yang di berikan oleh ALLAH kepadanya. Haruskan kita menunggu untuk masuk ke akal kita?"


Rujukan :
http://leharos.multiply.com/journal/item/103

Monday, June 20, 2011

Segeralah Insaf


بسم الله الرحمن الرحيم

Mengapa orang menjadi jahat padahal awalnya mereka orang baik-baik? Dan mengapa pula orang menjadi jahat lebih mudah daripada kemahuan orang untuk menjadi baik? Inilah rahsia mujahadah. Basyir, yang pada mulanya muslim yang tidak terbilang buruknya, kemudian lebih memilih kepada kaum musyrikin sebagai kawan. Dia telah kalah dengan nafsunya dan terlanjur. Padahal, untuk menjadi baik orang harus berusaha sekuat tenaga. Tetapi tiba-tiba, dalam waktu sedetik kebaikan itu musnah. Seperti panas setahun dihapus hujan sehari.

Fitrah dalam jiwa manusia, kecenderungan berbuat baik dan jahat adalah simbol keabadian perang. Keduanya tak akan pernah berdamai. Seperti air dan minyak dalam sebuah wadah. Tak akan bercampur. Siapa yang mendominasi wadah itu, dialah yang memberi warna dominan.
Allah SWT berfirman, "Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaanNya) maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotori (QS asy-Syams {91}:7-10)
Kepekaan jiwa harus terus diasah dan dididik dengan keras. Sebab, ketergelinciran itu kadang mahal harganya untuk ditebus. Manusia punya perasaan yang terkadang memperturutkan perasaan itu hanya kerana harga diri. Orang yang telah terlanjur dianggap baik tiba-tiba diketahui berbuat maksiat; akan menimbulkan luka secara manusiawi sangat dalam. Dengan itu, kadang-kadang mereka tak mampu mengembalikan pada kewajaran sikap, untuk berlapang dada atas kekeliruannya. Itulah sebabnya kita menemukan tak sedikit orang baik-baik yang terjerumus pada keterlanjuran. Ia menjadi jahat dan membahayakan bagi dirinya dan orang lain.
Rasulullah s.a.w bersabda, "Takutlah kepada Allah di mana saja kamu berada dan ikutilah keburukan dengan kebaikan, pasti akan menghapusnya." (HR At-Tirmizi)
Taubat, adalah kepastian seorang hamba. Tidak mungkin manusia terhindar dari dosa. Dan sudah semestinya manusia menghapus dosanya dengan pertaubatan yang tulus. Ambillah pelajaran dari petikan riwayat hadith di atas.

Ibnu Qayyim dalam Madarij ash-Shalihin menjelaskan bahawa taubat adalah tekad untuk tidak kembali mengulang melakukan dosa, melepaskan diri darinya seketika itu dan menyesali apa yang telah dilakukan di masa lampau. Jika dosa itu berkaitan dengan hak seseorang, maka diperlukan cara lain, iaitu membebaskan diri dari dosa itu.

Sementara itu, menurut penyampaian Allah dan RasulNya, di samping meliputi hal-hal tersebut, juga meliputi tekad untuk melaksanakan apa yang diperintahkan dan mengikutinya. Jadi taubat tidak sebatas membebaskan diri dari dosa, tekad dan menyesal yang kemudian dia disebut orang bertaubat, sehingga ia mempunyai tekad yang bulat untuk mengerjakan apa yang diperintahkan dan mengikutinya.

Jadi, hakikat taubat adalah kembali kepada Allah dengan mengerjakan apa-apa yang dicintaiNya dan meninggalkan apa yang dibenciNya, atau kembali dari suatu yang dibenci kepada yang dicintai. Kembali dari yang dibenci kepada yang dicintai merupakan bahagian dari kelazimannya, dan kembali dari yang dicintai kepada yang dibenci merupakan bahagian yang lain. Kerana itu Allah mengaitkan keberuntungan yang mutlak dengan pelaksanaan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa dilarang.

Taubat dari segala kesalahan tidaklah membuat seorang terhina di hadapan Tuhannya. Hal itu justeru akan menambah kecintaan dan dekatnya seorang hamba dengan Tuhannya kerana sesungguhnya Allah sangat mencintai orang-orang yang bertaubat dan mensucikan diri. Sebagaimana firmannya, "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (QS Al-Baqarah {2}: 222)

Dalam Islam, taubat tidak mengenal perantara, bahkan pintunya selalu terbuka luas tanpa penghalang dan batas. Allah selalu membentangkan tanganNya bagi hamba-hambaNya yang ingin kembali kepadaNya. Seperti terungkap dalam hadith riwayat Imam Muslim dari Abu musa Al-Asy`ari: "Sesungguhnya Allah membentangkan tanganNya di siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan pada malam hari sampai matahari terbit dari barat."

Taubat merupakan akhlak utama, sebab setiap hamba tidak mungkin menghindari dosa. Segala dosa itu hanya akan terhapus dengan taubat yang nyata; ia meninggalkan maksiat itu sekarang dan bertekad untuk meninggalkan di masa datang dan menyusuli segala kekurangan di masa lampaunya. Penyesalan ini harus kuat, kerana ia merupakan jiwa taubat untuk mencapai kesempurnaan taubat.

Tuntutan taubat tidak sekadar mengucapkan dengan lidah, seperti yang difahami oleh sesetengah kalangan orang. Ia adalah perkara yang lebih besar dari itu, dan juga lebih dalam dan lebih sulit. Ungkapan lisan itu dituntut setelah ia mewujudkannya dalam tindakannya. Untuk kemudian ia mengakui dosanya dan meminta ampunan kepada Allah SWT. Sedangkan sekadar istighfar atau mengungkapkan taubat dengan lisan, tanpa janji dalam hati, itu adalah taubat para pendusta, seperti dikatakan oleh Dzun Nun al Mishri.

Hakikat taubat adalah perbuatan akal, hati dan tubuh sekaligus. Dimulai dengan perbuatan akal, diikuti oleh perbuatan hati, dan menghasilkan perbuatan tubuh. Oleh kerana itu, al-Hasan berkata: "Ia adalah penyesalan dengan hati, istighfar dengan lisan, meninggalkan perbuatan dosa dengan tubuh, dan berjanji untuk tidak akan mengerjakan perbuatan dosa itu lagi."

Imam Ghazali dalam kitabnya "Ihya Ulumiddin" mengatakan taubat merupakan sebuah makna yang terdiri dari tiga unsur: ilmu, hal dan amal. Ilmu adalah unsur yang pertama, kemudian yang kedua hal, dan ketiga amal.

Ilmu adalah keimanan dan keyakinan. Kerana iman bermakna pembenaran bahawa dosa adalah racun yang menghancurkan. Sedangkan yakin adalah penegasan pembenaran ini, tidak meragukannya serta memenuhi hatinya. Maka cahaya iman dalam hati ini ketika bersinar akan membuahkan api penyesalan, sehingga hati merasakan kepedihan. Kerana dengan cahaya iman itu ia dapat melihat bahawa saat ini, kerana dosanya itu, ia terhalang dari yang dia cintai. Seperti orang yang diterangi cahaya matahari, ketika ia berada dalam kegelapan, maka cahaya itu menghilangkan penghalang penglihatannya sehingga ia dapat melihat yang dia cintai. Dan ketika ia menyedari ia hampir binasa, maka cahaya cinta dalam hatinya bergejolak, dan api ini membangkitkan kekuatannya untuk menyelamatkan dirinya serta mengejar yang dia cintai itu. Sekian...

Merasa cukup dengan kurniaan Allah SWT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiZQdMSbbqp-dHN5WfDgpGVEgUyBpZMlieEZhnm3ZKzcZeqB_MfvFwjgXfRAXbHnnBbyZEHoVRTk8FkNtyXME-1VJp3YI_gJGGfsSRiEDiQfcxvN7it0dHEw_BomPqcG7U0rhphbQk18lRl/s400/qanaah.jpg


بسم الله الرحمن الرحيم

Cinta pada dunia dan ingin hidup dalam kemewahan, adalah salah satu penyebab yang boleh mengakibatkan hidup menjadi tidak tenteram. Orang yang cintakan dunia akan selalu terdorong untuk memburu segala keinginannya meskipun harus menggunakan cara yang licik, curang, korupsi, riba dan sebagainya. Semua itu kerana orang yang cinta dunia tidak pernah menyedari, sesungguhnya harta hanyalah ujian. Hingga dia tidak pernah merasa cukup dengan apa yang sudah dimilikinya dan masih selalu ingin menambahnya lagi dan ini adalah sikap yang sangat jauh dari rasa syukur kepada Allah SWT.

Kita, dalam meniti kehidupan ini, harus menyedari bahawa rezeki seseorang itu tidak bergantung kepada kecerdasan akal semata, kepada segala usaha dan penat lelah, keluasan ilmu, meskipun dalam sebahagiannya itu merupakan sebab puncanya rezeki, namun bukan ukuran secara pasti. Kesedaran tentang hal ini akan menjadikan seseorang bersikap Qana'ah, terutama ketika melihat orang yang kurang bijak, pendidikannya lebih rendah dan tidak berpengalaman mendapatkan rezeki lebih banyak daripada dirinya, sehingga tidak memunculkan sikap dengki dan iri.

Dalam urusan dunia hendaklah kita melihat kepada orang yang lebih rendah, jangan melihat kepada yang lebih tinggi, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w., “Lihatlah kepada orang yang lebih rendah dari kamu dan janganlah melihat kepada orang yang lebih tinggi darimu. Yang demikian lebih layak agar kamu tidak meremehkan nikmat Allah.” (HR.al-Bukhari dan Muslim)

Sifat Qana'ah tidak bisa diperoleh kecuali dengan mujahadah (melawan) hawa nafsu dan dengan taufik Allah,

مَنْ يَسْتَعْفِفْ يُعِفَّهُ اللهُ وَمَنْ يَسْتَغْنِ يُغْنِهِ اللهُ
"Barangsiapa berusaha 'iffah (menghindar dari yang tidak terpuji) nescaya Allah menjadikannya 'iffah, dan barangsiapa yang merasa cukup nescaya Allah memberikan kecukupan kepadanya." (HR Bukhari)
Orang yang mempunyai sifat Qana'ah telah memagar hartanya sekadar apa yang dalam tangannya dan tidak menjalar fikirannya kepada yang lain.

Barangsiapa yang telah beroleh rezeki, dan telah dapat yang akan dimakan sesuap pagi sesuap petang, hendaklah tenangkan hati, jangan merasa ragu dan sepi. Kita tidak dilarang bekerja mencari penghasilan, tidak disuruh berpeluk tubuh dan malas lantaran harta telah ada, kerana yang demikian bukan qanaah, yang demikian adalah kemalasan. Bekerjalah, kerana manusia dilahirkan ke dunia untuk bekerja, tetapi tenangkan hati, yakinlah bahawa di dalam pekerjaan itu ada kalah dan menang. Jadi kita bekerja lantaran memandang harta yang telah ada belum mencukupi, tetapi bekerja lantaran untuk melenyapkan menganggur.

Maksud Qana'ah itu amatlah luas. Mempercayai dengan yakin akan adanya kekuasaan yang melebihi kekuasaan manusia, menyuruh sabar menerima ketentuan Ilahi jika ketentuan itu tidak menyenangkan diri, dan bersyukur jika dipinjamiNya nikmat, sebab entah terbang pula nikmat itu kelak. Dalam hal yang demikian disuruh bekerja, kewajipan belum berakhir. Kita bekerja bukan lantaran meminta tambahan yang telah sedia ada dan tak merasa cukup pada apa yang dalam tangan, tetapi kita bekerja, sebab prinsip orang hidup mesti bekerja.

Itulah maksud Qana'ah.

Nyatalah salah persangkaan orang yang mengatakan qanaah ini melemahkan hati, memalaskan fikiran, mengajak berpeluk tubuh. Tetapi Qana'ah adalah modal yang paling teguh untuk menghadapi penghidupan, menimbulkan kesungguhan hidup yang betul-betul mencari rezeki. Jangan takut dan gentar, jangan ragu-ragu dan syak, mantapkan fikiran, teguhkan hati, bertawakal kepada Tuhan, mengharapkan pertolonganNya, serta tidak merasa kesal jika ada keinginan yang tidak berhasil, atau yang dicari tidak dapat.

Qana'ah, adalah tiang kekayaan yang sejati. Gelisah adalah kemiskinan yang sebenarnya. Tidak dapatlah disamakan lurah dengan bukit, tenang dengan gelisah, kesusahan dan kesukaan, kemenangan dan kekalahan, putus asa dan cita-cita. Tak dapat disamakan orang yang berjaya dengan orang yang muflis.

Keadaan-keadaan yang terpuji itu terletak pada Qana'ah, dan semua yang tercela ini terletak pada gelisah. Qana'ah seharusnya merupakan sifat dasar setiap muslim, kerana sifat tersebut dapat menjadi pengendali agar tidak surut dalam berputus asa dan tidak terlalu maju dalam keserakahan.

Muslim yang mempunyai sifat Qana'ah akan selalu berlapang dada, berhati tenteram, merasa kaya dan berkecukupan, bebas dari keserakahan, kerana pada hakikatnya kekayaan dan kemiskinan terletak pada hati bukan pada harta yang dimilikinya. Bila kita perhatikan ada orang pada zahirnya nampak berkecukupan bahkan mewah, namun hatinya penuh diliputi keserakahan dan kesengsaraan, sebaliknya ada juga orang yang sepintas lalunya seperti kekurangan namun hidupnya tenang, penuh kegembiraan, bahkan masih sanggup mengeluarkan sebahagian hartanya untuk kepentingan sosial.

Nabi SAW bersabda dalam salah satu hadisnya. Dari Abu Hurairah r.a. bersabda Nabi SAW, "Bukanlah kekayaan itu banyak harta benda, tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan hati." (H.R.Bukhari dan Muslim)

Demikianlah betapa pentingnya sifat Qana'ah dalam hidup, yang apabila dimiliki oleh setiap orang dan diterapkan dalam kehidupan sehari-hari akan mendorong terwujudnya masyarakat yang penuh dengan ketenteraman, tidak cepat putus asa, dan bebas dari keserakahan, serta selalu berfikir positif dan maju.

Maka, secara keseluruhan sifat Qana'ah antara pengawal diri ini dengan tidak membawa kita kepada pembaziran yang berlebih-lebihan atau pun membawa kita kepada nilai kedekut atau kikir. Bersederhanaan dan bersyukur adalah kunci yang membawa kepada Qana'ah dalam kehidupan kita.

Siapapun yang ingin meraih ketenangan jiwa, kedamaian hati, maka qana’ah adalah jalannya. Kerana sesungguhnya, ketenangan hati ada dalam sedikitnya keinginan. Bila kita ingin meraih ketenangan hidup, marilah kita merasa cukup terhadap pemberian dan pengaturanNya.

Sekian moga ada manfaatnya.

~Jadilah engkau orang yang bersifat Qana'ah, nescaya engkau menjadi manusia yang paling bersyukur~