Friday, October 16, 2009

SEJADAH BERDIRI

Sebelum ini, kami pernah menyiarkan berita tentang sejadah berdiri di beberapa lokasi termasuk dalam negara kita sendiri. Apakah alamat agaknya?. Kejadian yang selama ini menimbulkan kesangsian tiba-tiba berlaku di sana-sini. Difahamkan, selain daripada apa yang berlaku di Permatang Pauh, Pulau Pinang awal bulan ini, terdapat juga kejadian sejadah berdiri berlaku di Kampung Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas Kelantan (foto), pertengahan bulan September lalu. Semua kejadian ini telah disiarkan dalam media arus perdana. Rammai yang tertanya, apakah makna semua ini. Malah, ada yang mula merasa takut seolah-olah ada satu kejadian besar akan berlaku tidak lama lagi. Ditambah pula dengan kejadian gempa bumi yang melanda nusantara mutakhir ini, hingga mengorbankan ribuan nyawa manusia. Tambah mengejutkan bilamana sebuah kampung di Padang, Sumatera Indonesia benar-benar telah ditelan bumi akibat dibenam oleh tanah setinggi 30 meter (100 kaki) baru-baru ini. Itu belum termasuk Tsunami yang tiba-tiba melanda selepas peristiwa hitam itu beberapa tahun yang lalu. Semua ini adalah petanda bahawa Allah SWT memberi amaran kepada manusia agar kembali kepadaNya. Bagi mereka yang melihat kejadian demi kejadian ini dengan mata hati, ikhtibar dapat diambil buat bekalan di akhir zaman ini. Namun, bagi manusia yang tidak dapat menerima kebenaran maka mereka akan menganggap itu semua adalah hukum alam. Kejadian sejadah berdiri yang semakin menjadi-jadi sekarang ini juga seolah-olah mahu mengajak kembali umat Islam supaya beriman dan menyembah Allah. Ramai umat Islam akhir zaman kini sudah lupa padaNya. Mungkin dek kerana terlalu sibuk dengan urusan duniawi dan sebagainya. Maka, masa yang lebih banyak diberikan kepada segala urusan harian, sedangkan masa untuk mengadap Allah kian ditinggalkan malah dianggap enteng oleh sesetengah pihak. Oleh itu marilah kita kembali kepadaNya, kerana petunjuk sudah mula tiba.


Shuhaimi (kiri) bersama beberapa jirannya melihat sejadah miliknya
yang 'berdiri' di Permatang Pauh, Bukit Mertajam

Sebelum ini , kejadian sejadah berdiri hanya melibatkan sehelai sejadah sahaja. Namun, maklumat terbaru yang kami perolehi terdapat satu kejadian lebih menakjubkan berlaku beberapa hari yang lalu iaitu selepas kejadian di Permatang Pauh baru-baru ini. Kami menerima gambar foto kiriman seorang sahabat yang tidak mahu namanya disiarkan. Menurut beliau : "Semalam kat surau tempat saya pun jadi juga sejadah berdiri dan solat, semasa seorang kakitangan nak solat 'asar, dia ternampak tiga helai sejadah berdiri dan seolah2 sedang solat berjemaah. Kawan saya Rosli agak sibuk jadi dia ke surau agak lewat nak solat asar...dalam 6:55 petang. Apabila dia ternampak sejadah2 itu sedang berjemaah, dia pun terjerit2 balek kepejabat memanggil kawan2 lain untuk melihat. Bila kawan2 lain datang, seorang kawan sempat mengambil gambar2 sejadah2 tu....! Elok lepas 5 minit gambar2 diambil...sejadah2 itu pun dengan sendirinya terjatuk balek asal....! Pelik kan...! Tak lama nak kiamat ni...!". Lokasi kejadian ini dirahsiakan bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini.


Inilah bukti menakjubkan sejadah bersolat jemaah yang diperkatakan

[Pengajaran dan ikhtibar yang paling utama dalam kejadian terbaru ini ialah kita harus mengutamakan kewajipan mengadap Illahi daripada urusan lain. Malah, ramai diantara kita hari ini yang sering melewat-lewatkan mengerjakan solat lima waktu dan lebih mementingkan hawa nafsu semata-mata. Lantaran itulah kejadian seperti ini harus dijadikan sebagai satu amaran buat diri kita untuk melakukan perubahan dalam diri dan bukannya sekadar dalam kerajaan semata-mata. Malah, jelas dapat dilihat ramai dikalangan petugas pilihanraya baik dari BN mahupun Pakatan Rakyat sendiri (beragama Islam) yang terleka dari mengadap Allah kerana terlalu sibuk berkempen untuk parti masing-masing. Oleh itu, bangkitlah dari lamunan mimpi dan buat perubahan dalam diri sebelum mengharapkan perubahan yang lebih besar dari itu. Semoga Allah merahmati kita seadanya dari sebarang malapetaka selepas ini. Amin].

No comments: