Saturday, February 26, 2011

Sejarah Solat

http://shadiqahmujahidah.files.wordpress.com/2011/02/solat.jpg


Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

SUBUH

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

  1. Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
  2. Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

  1. Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
  2. Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
  3. Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
  4. Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

  1. Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
  2. Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
  3. Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
  4. Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

  1. Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
  2. Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
  3. Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

ISYAK

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

  1. Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
  2. Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
  3. Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
  4. Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Wednesday, February 23, 2011

10 CARA MENENANGKAN HATI

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhn72gfoIxvD1d4C8Ggle9kl6qs3hdahV0cJjplMV0U8n4vI4Z-6eB_xxzsdq8Dm-rbDebW34xP4ihLy3YBkLsW5WIBmuZ8v3nq0p_wGsAzkCkNjvLN1wybnkSrm33fwtm7c-yBmx1yt7w/s400/akhirat.jpg

Betapa mahalnya harga ketenangan jiwa. Banyak yang mengorbankan apa saja untuk mendapatkannya. Namun, tak sedikit juga yang keliru. Lihat saja apabila seseorang ingin mendapatkan ketenangan jiwa, sangup menghabiskan masa berjam-jam untuk berhibur sambil mengambil minuman keras. Tak sedikit yang menghabiskan wang ribuan ringgit untuk mendapatkan pil penenang. Sementara, ketenangan yang diperolehi hanya sebentar saja. Akibatnya bukan ketenangan jiwa yang diperolehi tetapi kerosakan dan kehancuran yang diterima.

Kehidupan setiap hari dengan berbagai-bagai masaalah menyebabkan seseorang mendapat stress, risau, bimbang, gangguan emosi dan kemurungan. Kehidupan yang mencabar, keperluan dan tuntutan kehidupan yang meningkat, kos sara hidup yang tinggi kesemuanya menyumbang kepada keadaan jiwa yang tidak tenang dan memberikan tekanan jiwa yang amat membimbangkan. Apabila keadaan ini tak dapat dikawal dikhuatiri berbagai masaalah yang akan timbul, dan kadangkala boleh mengakibatkan seseorang itu bertindak diluar batasan manusia yang sihat. Contohnya faktor bunuh diri, penderaan seksual, penyiksaan fizikal terhadap kanak-kanak dan pembantu rumah,membuang dan membunuh bayi yang baru dilahirkan, hinggakan ianya boleh sampai keperingkat membunuh orang lain.

Sahabat yang dimuliakan,
Hakikat sebenarnya, tak ada seorang pun boleh terlepas dari masaalah kehidupan. Itulah sunatullah yang berlaku di dunia. Kekayaan, pangkat dan kedudukan takkan mampu menghalanginya.

Namun, Islam memberikan penyelesaian terhadap tekanan hidup itu agar jiwa menjadi tenang. Tak ada istilah stress atau kecewa bagi seorang Mukmin. Persoalannya Islam telah memberikan penyelesaian untuk menghadapi tekanan hidup. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mendapat ketenangan jiwa:

1. Membaca dan mendengarkan kitab suci al-Qur'an :
Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah s.a.w.. Ia mengeluh, “Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Hari-hariku penuh dengan perasaan tak tenteram, jiwaku gelisah, dan fikiranku kusut. Makan tak lalu, tidur pun tak lena," kata orang tersebut.

Ibnu Mas’ud menjawab, ”Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat :

Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya.

Kedua, engkau pergi ke majlis ilmu yang mengingatkan hatimu kepada Allah.

Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi, di sana engkau berkhalwat mengabdikan diri kepada Allah.

Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang tersebut. Sampai saja di rumah, segera ia berwudhu kemudian diambilnya al-Qur'an dan dibacanya dengan khusyuk. Selesai membaca, ia segera dapati hatinya memperoleh ketenteraman, dan jiwanya pun tenang. Fikirannya segar kembali, hidupnya terasa seronok kembali. Padahal, ia baru melaksanakan satu dari tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah s.a.w tersebut.

2. Menyayangi orang miskin :
Rasulullah s.a.w memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin. Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis dijelaskan bahwa para Malaikat selalu mendoakan orang-orang dermawan:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :“Setiap pagi hari dua Malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan do'a: ' Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang bersedekah. Dan Malaikat yang kedua pun berdo'a :' Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kedekut itu kebinasaan."

Dari hadis tersebut dapat disimpulkan bahwa orang yang dermawan itu memperoleh dua balasan. Pertama, ia mendapatkan ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain. Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan dari Allah s.w.t.

3. Melihat orang yang di bawah, jangan lihat orang di atas :
Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah s.w.t, meskipun nampak sedikit. Rasa syukur itu akan muncul bila kita senantiasa melihat orang-orang yang lebih rendah taraf kehidupannya dari kita, baik dalam segi harta kekayaan, tahap kesihatan, rupa paras, pekerjaan dan pendidikannya. Betapa ramai di dunia ini orang yang kurang bernasib baik. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga akan mendapat ganjaran dari Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab."
(Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)

4. Menjaga perhubungan silaturahim :
Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang memerlukan perhubungan sesama manusia, untuk bantu membantu sesama mereka. Berbagai keperluan hidup tak mungkin diperolehi tanpa bantuan orang lain. Oleh itu, di dalam hadis Rasulullah s.a.w diperintahkan untuk tetap menjalin hubungan silaturahim, sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan.

Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda bahwa silaturahmi dapat memanjangkan umur dan memurahkan rezeki . Hubungan yang baik di dalam keluarga, maupun dengan jiran tetangga akan mendatangkan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan menyelesaikan berbagai masaalah yang dihadapi oleh masyarakat.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menjamin untukku satu perkara, aku jamin untuknya empat perkara. Hendaklah dia bersilaturahim (menjalinkan hubungan baik) nescaya keluarganya akan mencintainya, diperluas baginya rezeki, ditambah umurnya dan Allah s.w.t. memasukkan ke dalam Syurga."(Hadis Riwayat Ar-Rabii)

5. Banyak mengucapkan kalimah "la hawla wa la quwwata illa billah." dan berzikir kepada Allah.
Sumber ketenangan jiwa yang hakiki adalah bersumberkan dari Allah s.w.t. Oleh itu hendaklah kita selalu menghubungkan hati dengan Allah s.w.t. dalam semua keadaan, baik dalam keadaan senang maupun susah. Banyakkanlah berzikir dan membaca kalimah-kalimah Allah. Perhubungan yang kuat dengan Allah s.w.t. akan membuat jiwa seseorang menjadi kuat, tak mudah diganggu gugat oleh sesiapa pun, apabila hati sentiasa mengingati Allah maka syaitan laknatullah tidak akan dapat mempengaruhi hati dan fikiran kita.

6. Mengatakan kebenaran walaupun ianya pahit didengar :
Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangan. Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan terbina apabila kita tidak melanggar nilai-nilai kebenaran. Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang-orang kerap berbuat maksiat, kehidupannya dipengaruhi kegelisahan.

7. Sentiasa berlapang dada terhadap kecaman orang lain asalkan yang kita lakukan benar-benar kerana Allah :
Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerena selalu mengambil perhatian kecaman orang lain terhadap dirinya. Sedangkan seseorang akan memiliki pendirian yang kuat jika berpegang kepada prinsip-prinsip yang datang dari Allah s.w.t. iaitu Islam sebagai cara hidup. Sekiranya kita ikuti apa yang berlaku di dunia sekarang ini, ianya akan menganggu ketenagan jiwa kita.

8. Tidak meminta-minta kepada orang lain :
"Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah" adalah hadis Rasulullah s.a.w yang memotivasi setiap mukmin untuk hidup berdikari. Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain, kerana jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan. Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah. Hal ini tentu membuat jiwanya tidak tenang.

9. Menjauhkan diri dari berhutang :
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w dengan tegas mengatakan yang bermaksud : “Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasakan keamanan!”
(Para sahabat) bertanya:" Bagaimana boleh terjadi seperti itu!"
Sabdanya :" Kerana hutang.”

Begitulah kenyataanya. Orang yang berhutang akan senantiasa bimbang dan risau, kerena ia akan didatangi oleh orang yang memberi hutang kepadanya. Inilah salah satu faktor yang membuat banyak orang mengalami tekanan jiwa. Rasulullah s.a.w juga mengatakan dalam hadisnya yang bermaksud : “Hendaklah kamu jauhi hutang, kerena hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari."

10. Selalu berfikiran positif :
Mengapa seseorang mudah stress dan jiwa tak tenang? Salah satu faktornya kerena ia selalu berfikiran negatif. Selalu mencela dan menyesali kekurangan diri. Padahal, setiap kita diberikan oleh Allah s.w.t. berbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif. Ubahlah perasaan keluh kesah yang membuat muka berkerut, lemah badan dan kecewa dengan ucapan yang mengembirakan. Ucapan yang mengembirakan akan membuat kita mudah tersenyum, jiwa menjadi lebih bersemangat. Bukankah di balik kesulitan dan kegagalan ada hikmah yang boleh jadi pelajaran? Dan bukankah disebalik kesulitan ada kemudahan?

Azab Seksa Wanita Kerana Dosa & Aurat Lelaki/Wanita

Sebagaimana Allah suka dengan wanita yang solehah, Allah juga sangat murka kapada beberapa jenis wanita. Oleh itu sangat perlu bagi kita mengetahui perkara yang boleh menyebabkan kebenciannya supaya kita terhindar dr kemurkaannya.

Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat dahsyat sehinggakan nabi2 pun sangat takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail kerana ketakutan yang amat sangat. Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda: - "Seorang wanita yang berkata kapada suaminya,"semoga engkau mendapat kutukan Allah" maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke 7 dan mengutuk pula segala sesuatu yg dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk iaitu manusia dan jin."

Ab.Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Seorang yang membuat susah kapada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yang wajib dan sunnatnya.

Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda: Kalau seandainya apa yang ada dibumi ini merupakan emas dan perak serta dibawa oleh seorang wanita ke rumah suaminya. Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata2 angkuh,"engkau ini siapa? Semua harta ini milikku & engkau tidak punya harta apa pun." Maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak.

Nabi S.A.W. adalah seorang yang sangat kasih pada ummatnya dan terlalu menginginkan keselamatan bagi kita dari azab Allah. Beliau menghadapi segala rupa penderitaan, kesakitan, keletihan & tekanan. Begitu juga air mata dan darah baginda telah mengalir semata-mata kerana kasih-sayangnya terhadap kita. Maka lebih-lebih lagi kita sendirilah yang wajar berusaha untuk menyelamatkan diri kita, keluarga kita dan seluruh ummat baginda. Sebagai penutup ikutilah kisah seterusnya ini sebagai iktibar bagi kita.

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah S.A.W. dan kami temui baginda sedang menangis. Kami bertanya kapada beliau," mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "pada malam aku di Isra'kan kelangit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis." Saya bertanya lagi,"wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?"
Beliau bersabda: -

1.Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2.Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan aspal yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3.Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4.Wanita yang digantung , diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun2 kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular dan kala jengking.

5.Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6.Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dr neraka.

7.Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

8.Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung,telinga,mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

9.Wanita yang berkepala spt kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis siksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kapada ku apakah amal perbuatan wanita2 itu." Rasulullah S.A.W. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang : -

1.Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki.

2.Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata

3.Kemudian Nabi S.A.W. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata2nya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

4.Adapun wanita yang digantung dgn buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

5.Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haidh dan nifas.

6.Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

7.Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhisannya.

8.Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun2nya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa.Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

9.Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya spt kaldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

10.Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.
11. Adapun wanita yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki


Dan ada diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik di zaman itu. Diantara sifat buruk mereka: -

1.Isteri Nabi Nuh suka mengejek dan mengutuk suaminya.

2.Isteri Nabi Lut suka bertandang ke rumah orang.

Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah... maka kita kena khuatir .Takut kita tergolong dalam mereka yang tidak diberi petunjuk oleh Allah. Nauzubillahi min zalik.

Wassalam.

Hiasilah Diri Kita Dengan KEIMANAN Bukan Dengan KEEGOAN.




SOALAN:

Adakah berdosa sekira seorang wanita membersihkan bulu kening dengan mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata?. Dalam perkara ini wanita itu tidak mencabut bulu kening sehingga cuma tinggal segarisan sahaja atau langsung hilang keningnya.

Ia cuma untuk mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata bagi nampak kemas.

JAWAPAN:

Tidak berdosa sekiranya untuk memperbetulkan atau mengelokkan dengan membuang atau mencabut bulu yang bertaburan di atas kelopak mata. Ini akan saya jelaskan pada perbincangan dalil-dalil yang berkaitan dengan persoalan ini.

Sebelum berbincang lebih jauh elok kalau kita lihat dulu asas kepada perkara ini. Wanita dalam bahasa arab di sebut dengan perkataan al-Mar'ah yang bermaksud suatu yang dipandang atau dilihat.

Kecantikan seseorang itu bermula dengan wajahnya. Sebab itulah kaum wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa. Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang beribu ringgit untuk tujuan mencantikkan wajah.

Salah satu bahagian yang menjadi tumpuan pengubahsuaian bagi kaum hawa ini ialah kening. Sehingga persoalan kening begitu mendapat perhatian dalam Islam, terutamanya melalui hadis-hadis Rasulullah SAW.

Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan kaum wanita yang keningnya bermasalah dari segi lebat atau nipisnya atau bulu kening bersambung antara kening kanan dan kiri.

Setiap manusia mahu dia tampil secara sempurna dan tidak menyakitkan mata orang yang memandang, apatah lagi menjadi perhatian sehingga membawa kepada suara-suara sumbang yang memperkatakan bulu keningnya.

Kaum wanita memang cerewet mengenai kecantikan wajah, dan tidak mahu wajahnya mempunyai cacat cela. Untuk mengatasi sebarang kekurangan kaum hawa ini akan berusaha untuk memperbaikinya. Sehingga kadang-kala mengenepikan tuntutan agama demi kepuasan diri sendiri tanpa mempedulikan apa kata agama dalam persoalan mencukur dan membentuk kening yang tajam, atau dicukur kening yang asal kemudian diganti dengan kening yang dilukis dengan pencil celak.

Di dalam kitab kitab-kitab hadis ada empat hadis yang membawa makna yang sama pada asasnya, namun setiap nas ada perincian yang membolehkan penghasilan hukum dalam persoalan yang dibincangkan.

Perkara ini membabitkan satu riwayat berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, isteri Rasulullah SAW. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah r.a mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.

Aisyah r.a menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu". Imam Nawawi berpendapat sesungguhnya jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa maksud wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.

Jelas di sini adanya keharusan untuk mengelokkan wajah dengan membersihkan wajah daripada bulu-bulu yang tumbuh di kawasan kelopak mata atau di kawasan yang tidak sewajarnya.

Ini kerana wanita yang normal pastinya kening berbulu tetapi sudah tidak normal kalau dahinya atau kelopak matanya yang berbulu.

Daripada Abdullah bin Masud, daripada Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah. (riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)

Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.

Pendapat ini perlu kepada perincian kerana lafaz dalam pandangan ini ialah mencabut bulu. Mengikut biologi kejadian manusia satu-satu kawasan yang ditumbuhi bulu di wajah wanita ialah kening. Jadi lafaz mencabut bulu di wajah maksudnya kening, ini kerana kening adalah sebahagian daripada wajah, bukannya wajah sebahagian daripada kening.

Kalau difahami secara zahir pastinya apa-apa sahaja yang tumbuh di wajah wanita tidak boleh dicabut, termasuklah kalau ada bulu yang tumbuh di pipi, di dagu, atau tumbuh misai kerana semua ini tumbuh di wajah.

Sehingga keharusan diberikan kepada mereka yang mempunyai bulu kening yang panjang atau lebat untuk dipendekkan dan dikemaskan. Perbuatan yang ditegah dan dihukum haram adalah ke atas mereka yang mencukur habis bulu kening kemudian melukisnya dengan pencil celak. Maka golongan ini sebenarnya yang dimaksudkan oleh hadis-hadis Rasulullah SAW yang dianggap sebagai kaum yang mengubah ciptaan Allah SWT.


PERTANYAAN

Ada sebahagian orang mengatakan bahwa rambut wanita tidak termasuk aurat dan boleh dibuka. Apakah hal ini benar dan bagaimana dalilnya?

JAWAB

Telah menjadi suatu ijma' bagi kaum Muslimin di semua negara dan di setiap masa pada semua golongan fuqaha, ulama, ahli-ahli hadis dan ahli tasawuf, bahwa rambut wanita itu
termasuk perhiasan yang wajib ditutup, tidak boleh dibuka di hadapan orang yang bukan muhrimnya.

Adapun sanad dan dalil dari ijma' tersebut ialah ayat Al-Qur'an:

"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) tampak darinya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, ..."
(Q.s. An-Nuur: 31).

Maka, berdasarkan ayat di atas, Allah swt. telah melarang bagi wanita Mukminat untuk memperlihatkan perhiasannya. Kecuali yang lahir (biasa tampak). Di antara para ulama,
baik dahulu maupun sekarang, tidak ada yang mengatakan bahwa rambut wanita itu termasuk hal-hal yang lahir; bahkan ulama-ulama yang berpandangan luas, hal itu digolongkan perhiasan yang tidak tampak.

Dalam tafsirnya, Al-Qurthubi mengatakan, "Allah swt. telah melarang kepada kaum wanita, agar dia tidak menampakkan perhiasannya (keindahannya), kecuali kepada orang-orang
tertentu; atau perhiasan yang biasa tampak."

Ibnu Mas'ud berkata, "Perhiasan yang lahir (biasa tampak) ialah pakaian." Ditambahkan oleh Ibnu Jubair, "Wajah" Ditambah pula oleh Sa'id Ibnu Jubair dan Al-Auzai, "Wajah, kedua tangan dan pakaian."

Ibnu Abbas, Qatadah dan Al-Masuri Ibnu Makhramah berkata, "Perhiasan (keindahan) yang lahir itu ialah celak, perhiasan dan cincin termasuk dibolehkan (mubah)."

Ibnu Atiyah berkata, "Yang jelas bagi saya ialah yang sesuai dengan arti ayat tersebut, bahwa wanita diperintahkan untuk tidak menampakkan dirinya dalam keadaan berhias yang indah dan supaya berusaha menutupi hal itu. Perkecualian pada bagian-bagian yang kiranya berat untuk menutupinya, karena darurat dan sukar, misalnya wajah dan tangan."

Berkata Al-Qurthubi, "Pandangan Ibnu Atiyah tersebut baik sekali, karena biasanya wajah dan kedua tangan itu tampak di waktu biasa dan ketika melakukan amal ibadat, misalnya salat, ibadat haji dan sebagainya."

Hal yang demikian ini sesuai dengan apa yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a. bahwa ketika Asma' binti Abu Bakar r.a. bertemu dengan Rasulullah saw, ketika itu Asma'
sedang mengenakan pakaian tipis, lalu Rasulullah saw. memalingkan muka seraya bersabda:

"Wahai Asma'! Sesungguhnya, jika seorang wanita sudah sampai masa haid, maka tidak layak lagi bagi dirinya menampakkannya, kecuali ini ..." (beliau mengisyaratkan pada muka dan tangannya).

Dengan demikian, sabda Rasulullah saw. itu menunjukkan bahwa rambut wanita tidak termasuk perhiasan yang boleh ditampakkan, kecuali wajah dan tangan.

Allah swt. telah memerintahkan bagi kaum wanita Mukmin, dalam ayat di atas, untuk menutup tempat-tempat yang biasanya terbuka di bagian dada. Arti Al-Khimar itu ialah
"kain untuk menutup kepala," sebagaimana surban bagi laki-laki, sebagaimana keterangan para ulama dan ahli tafsir. Hal ini (hadis yang menganjurkan menutup kepala) tidak terdapat pada hadis manapun.

Al-Qurthubi berkata, "Sebab turunnya ayat tersebut ialah bahwa pada masa itu kaum wanita jika menutup kepala dengan akhmirah (kerudung), maka kerudung itu ditarik ke belakang,
sehingga dada, leher dan telinganya tidak tertutup. Maka, Allah swt. memerintahkan untuk menutup bagian mukanya, yaitu dada dan lainnya."

Dalam riwayat Al-Bukhari, bahwa Aisyah r.a. telah berkata, "Mudah-mudahan wanita yang berhijrah itu dirahmati Allah."

Ketika turun ayat tersebut, mereka segera merobek pakaiannya untuk menutupi apa yang terbuka.

Ketika Aisyah r.a. didatangi oleh Hafsah, kemenakannya, anak dari saudaranya yang bernama Abdurrahman r.a. dengan memakai kerudung (khamirah) yang tipis di bagian lehernya, Aisyah r.a. lalu berkata, "Ini amat tipis, tidak dapat menutupinya."

Aurat lelaki seperti yang dinyatakan sebelum ini agak longgar kerana selain waktu bersendiri dan bersama isteri, aurat lelaki hanya antara pusat dan lutut sahaja. Maknanya kalau seseorang itu hendak melakukan solat, auratnya ialah cukup antara pusat dengan lutut, begitu juga kalau dia berada di khalayak ramai.

Berdasarkan itu, ramailah orang lelaki mengambil mudah dengan menyatakan harus kita berada dalam sesuatu majlis dengan hanya memakai seluar pendek sampai ke paras lutut. Sebab itulah barangkali kita sering melihat orang lelaki suka memakai seluar pendek ketika membasuh kereta di luar rumah.

Benar, jika mengikut hukum asal tidak salah memakai seluar pendek yang sampai ke paras lutut kerana itulah sahaja aurat bagi lelaki. Tetapi jangan lupa bahawa hukum itu perlu juga mengambil kira waktu berjalan dan duduk. Apakah ketika itu aurat lelaki tersebut masih terpelihara?

Bayangkan seorang lelaki yang hanya memakai kain sarung yang menutup pusatnya dan lutut. Solatnya sah kerana aurat bagi lelaki dalam solat ialah antara pusat dengan lutut. Tetapi bagaimana kalau dia rukuk, sujud, dan duduk antara dua sujud? Tidaklah lututnya ternampak? Sahkah solatnya ketika itu? Jawapannya ialah tidak sah.

Bagaimanapun pula kalau dia membasuh kereta dengan pakaian yang sama, sesekali dia akan tunduk juga. Adakah ketika itu tidak terbuka auratnya iaitu lutut? Kalaupun dia memakai seluar pendek yang labuh hingga ke paras lutut, waktu dia mencangkung akan ternampak lututnya. Tidak berdosakah dia ketika itu? Jawabnya tentu berdosa. Ya, kalau dalam solat tidak sah maka pada ketika waktu lain dia berdosa.

Bagi masyarakat kampung pula, mereka suka pakai kain pelakat yang digulung sampai ke paras lutut. Malah kadang-kadang ternampak pusatnya sewaktu terlondeh. Waktu berborak dengan kawan-kawan di serambi pasti tersingkap juga auratnya.

Bagaimana kalau dia melakukan solat dengan kain itu walaupun dilabuhkan di bawa lutut? Waktu rukuk dan sujud setidak-tidaknya akan ternampak pahanya oleh orang yang di belakangnya. Sahkah solatnya?

Begitu juga kalau si ayah memakai kain pelakat di dalam rumah bersama anak-anak, lalu pada waktu duduk terselak bahagian lututnya. Agaknya berdosa atau tidak ketika itu? Jawapannya sudah tentu berdosa kerana aurat ketika bersama mahram ialah antara pusat dengan lutut.

Kalau berdasarkan keterangan di atas adalah haram hukumnya, bagaimana keadaannya anak-anak muda yang suka memakai seluar pendek di dalam rumah, bersukan, main bola dan sebagainya? Seluar pendek yang dipakai mereka adalah di atas lutut, maka dalam keadaan itu dia bukan sahaja mendedahkan lututnya malah mendedahkan pahanya.

Nampaknya lelaki secara berleluasa mendedahkan aurat mereka tatkala bersukan. Apakah atas alasan bersukan aurat boleh didedahkan? Ya, kalau berhadapan dengan Allah sewaktu bersolat pun salah, betapa ketika berhadapan dengan orang ramai. Pada zaman ini, bukan sahaja orang yang dalam stadium yang melihatnya tetapi seluruh dunia melihatnya. Bayangkan berapa besar dosanya ketika itu.

Pakaian sukan tajaan Barat memang begitu. Hal ini kerana dalam teori sains, mereka yang memakai pakaian longgar dan menutup tubuh boleh melambatkan pergerakan. Tetapi teori itu ternyata tidak tepat apabila pelari pecut wanita Islam (dari Bahrain-kalau tak salah penulis) dapat mengalahkan pelari lain yang hanya sekadar memakai cawat dalam sukan bertaraf dunia baru-baru ini.

Selain itu, kalau benarlah teori itu, mengapa perlu pakaian itu diperkenalkan kepada pemain boling. Sukan itu tidak memerlukan pergerakan pantas. Barat menipu kita dan kita hanya menurut sahaja tanpa mahu membantah. Kita akur dengan peraturan itu demi sukan padahal kita belum berani berbincang secara serius untuk mohon pengecualian bagi atlet Muslim.

Bayangkan sudah berapa lama umat Islam melakukan dosa mendedahkan aurat dalam bidang sukan. Jika dalam hal ini kita sudah berdosa dengan Allah, bagaimana usaha kita untuk membentuk perpaduan melalui sukan seperti yang sering diuar-uarkan. Mahukah Allah merestuinya?

Pada pandangan penulis, cara berpakaian dalam sukan itulah yang menjadi sebab mengapa kurang penyertaan orang Islam dalam sukan. Sebenarnya mereka masih berminat untuk bersukan tetapi mereka tiada pilihan untuk bersukan. Akhirnya sukan dikuasai oleh orang bukan Islam.

Dalam hal ini, alangkah baiknya bagi negeri-negeri yang di perintah oleh PR itu menjadi model menganjurkan sukan yang mempunyai konsep pakaian sukan Islam. Jika mereka berjaya, pasti dunia akan melihat dan lambat laun mereka akan mencontohinya.

1. Menahan padangan dari dua belah pihak. Maksudnya tidak boleh melihat aurat, tidak boleh melihat dengan pandangan syahwat dan tidak memandang lama tanpa ada sebarang keperluan. Firman Allah swt :-

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ . وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka ......" [Surah al-Nur : 30-31]

2. Pihak wanita hendaklah memakai pakaian yang sopan menurut syara', iaitu pakaian yang menutup seluruh tubuhnya selain dari wajah/muka dan tapak tangannya. Tidak boleh memakai pakaian yang nipis dan yang menampakkan sosok badannya. Firman Allah swt :-

وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
"....dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka...." [Surah al-Nur : 31]

Pakaian tersebut juga dapat membezakan diantara wanita yang baik dan wanita yang tidak baik.

3. Hendaklah menjaga adab2 sebagai seorang muslimah didalam semua keadaan, terutama apabila bergaul dengan lelaki:-
a. Perkataan - elak dari menggunakan perkataan yang merayu, menggoda dan membangkitkan rangsangan.
b. Berjalan - jangan memancing pandangan orang.
c. Pergerakkan - tidak melenggang-lenggok.

4. Elak dari memakai bau-bauan yang wangi dan warna2 yang menarik perhatian.
5. Jangan berdua-duaan diantara lelaki dan wanita tanpa disertai oleh mahram.
6. Pergaulan itu didalam batas2 keperluan sahaja, tidak berlebih2an.

Friday, February 11, 2011

Valentine’s Day Dalam Islam

http://www.morabt.com/moh/uploads/gallery/thumb852010-020133AM-1.jpg

Fatwa larangan sambut Hari Kekasih (Valentine’s Day)
DIkirim oleh epondok di Februari 8, 2011

i Rate This

Tulisan Ustaz Aizam Masod
Terkejut juga penulis apabila mendapati masih ada pihak yang mempromosikan Hari Kekasih @ Valentine’s Day. Bukankah telah ada fatwa yang mengharamkan sambutan hari Valentine ini? Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine’s Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Bukti-bukti Hari Valentine masih merupakan upacara ritual keagamaan umat Kristian iaitu :
i. Di dalam laman web Spiritrestoration.org: The Premier, Ecumenical Christian Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah topik Definition of religious Holy Days (Pengertian Hari-hari Suci keagamaan), di bawah indeks Saint Valentine’s Day menyebut bahawa: “Christian celebration of the love of God presented in Jesus and in the lives of Christian believers. St Valentine was a 3rd century martyr. This day is widely observed in the USA as a secular celebration of love.” Bermaksud : Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian, St. Valentine merupakan syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di USA sebagai perayaan cinta di zaman sekular.
ii. Termaktub di dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa jua versi berkenaan dengan St. Valentine, kesemua mereka adalah dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut : At least three different Saint Valentines, all of them martyrs, are mentioned in the early martyrologies under date of 14 February. Bermaksud : Sekurang-kurangnya terdapat tiga orang St. Valentine yang berbeza, kesemua mereka merupakan syahid, ianya disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.
iii. Britain Broadcasting Company (BBC) News Online Network melaporkan pada hari Ahad, 14 Februari 1999 bahawa terdapat dakwaan daripada biarawan di Gereja St. John Duns Scotus di Glasgow, Scotland bahawa wujudnya tulang Valentine yang syahid, ianya merupakan servis istimewa hari Valentine pada hujung minggu serta diletakkan di ruang pameran sebagai pameran umum dengan termaktub di atas kerandanya tulisan ‘Corpus St. Valentine Martyris’. Dikatakan bahawa mayatnya telah diletakkan di ruang sayap Gereja St. Francis semenjak berabad lamanya, dan enam tahun lepas mereka baru sahaja meletakkannya di dalam keranda kayu di dalam kotak kadbod di atas almari berhampiran rumah gereja.
iv. Nama St. Valentine juga sering digunakan oleh gereja-gereja Roman Katolik bersempena mengingati jasa-jasa tokoh agama tersebut, seumpama:-
a. St. Valentine Church di Philadelphia, Pennsylvania
b. St. Valentine’s Catholic Church di Peru, Illinois
c. St. Valentine Church di Bethel Park, Pennsylvania
d. St. Valentine Church di Thonstetten, Moosburg, Munich
e. St. Valentine Church di Buffalo, New York
Adalah jelas bahawa tidak ada istilah Hari Kekasih atau Valentine’s Day dalam Islam. Hakikatnya, adalah tidak boleh orang-orang Islam menyertainya kerana hari tersebut adalah hari perayaan bagi umat Kristian berdasarkan asal-usul kemunculannya yang dipenuhi dengan unsur-unsur ritual keagamaan.
Apabila perayaan itu berunsurkan keagamaan, bergabung dengan mereka bermakna mengakui agama mereka dan meredhai kekufuran yang ada pada mereka. Maka para ulama berpendapat, bahawa umat Islam tidak boleh bergabung dalam dalam perayaan orang-orang kafir.
Senario menyambut Hari Kekasih yang berlaku di kalangan muda-mudi Islam juga merupakan antara faktor yang menyumbang kepada pergaulan bebas. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu apa yang lebih membimbangkan bukanlah setakat berutus-utus kad ucapan dan hadiah, atau meraikannya di kelab-kelab disko, tetapi dibimbangi muda-mudi ini sampai ke tahap menghadiahkan kehormatan diri demi membuktikan kecintaan dan kesetiaan.

http://epondok.wordpress.com

Tuesday, February 8, 2011

Apabila agama dibina atas akal

http://img833.imageshack.us/img833/2168/qyag398517.jpg

Contoh manusia bertuhankan akal- Sanggup mengubah syariat Allah SWT... Nauzubillah Min Zalik.

Agama adalah ajaran yang berbicara pasal ketuhanan. Berbicara pasal sang pencipta segala. Jika tidak, ia sekadar ideologi dan pemikiran manusia.

Apapun, jika seseorang itu menolak kuasa ketuhanan dan enggan lagi berbicara pasal tuhan, maka walaupun dia tidak dianggap seorang beragama, tetapi dia tetap juga dikira bertuhan. Dia sendiri sebenarnya telah menjadi tuhan. Ini kerana tuhan, selain bermaksud pencipta, ia juga bermaksud kuasa tertinggi dalam kehidupan.

Oleh kerana dia tidak dapat melihat selain kekuasaan hebat akal dan nafsunya atau manusia lain, maka dia telah menjadikan diri sendiri atau manusia sebagai tuhan yang dipuja dan disembahnya. Dialah tuhan atau dia telah bertuhankan manusia lain. Jadi, atheisme sebenarnya juga satu ugama walaupun ia dianggap ajaran yang menentang ugama. Ugama jenis ini begitu menjalar di zaman ini yang bertuhankan sains dan akal.

Dulu, manusia dan khalayak begitu terpimpin oleh orang yang berkuasa. Raja menundukkan rakyat sehingga dianggap tuhan. Jika raja itu lebih rasional, maka pemikiran falsafah pula yang akan menundukkan raja dan rakyat sehinggakan apa yang mereka hidang, itulah yang diimani oleh raja dan rakyat. Ahli falsafah adalah ‘raja’ di dalam memperkenalkan tuhan, kuasa atas yang paling berkuasa. Mereka memanggilnya ‘Sebab Yang Pertama’ atau ‘Akal Yang Pertama’ atau ‘Penggerak yang Pertama’. Itulah nama – nama kepada Allah yang mereka perkenalkan.

Begitu tuhan diperkenalkan. Bagaimana? Ahli falsafah meneropong langit dan semesta kehidupan dengan otak dan kudrat diri, lalu segala bahan mentah yang diperolehi itu dicampur hadamkan di dalam mesin hukum dan sifir akal yang mereka bangunkan, kemudian mereka merumuskan hasil dan menjadikannya ilmu yang pasti di dalam mengenal tuhan yang satu. Hakikatnya, mereka tidak memetik atau menggugurkan kecuali buah sangkaan, teka-tekaan dan kekeliruan. Itu dulu.

Kini, manusia mula bebas dari raja yang mengongkong atau ahli falsafah yang berputar-putar pada khayalan dan andaian. Manusia hari ini dijajah kuasa baru iaitu otak sendiri. Mereka diserang ketaajuban terhadap penemuan akal terhadap pengetahuan dan sains. Akal berkembang begitu pesat dan drastik meneroka alam ilmiah, sains, rasional dan taakul. Raja mundur dan ahli falsafah terundur ke belakang, lalu akal menjadi raja baru dan tuhan baru. Tiada tuhan selain akal.

Tetapi, dari dulu sampai kini, ada kewujudan lain atau kuasa lain yang kekal mempengaruhi dan menguasai manusia mengenal kehidupan dan ia akan terus berlangsung hinggalah hujung dunia. Ia adalah kewujudan kuasa agama dan ahli hikmah agama. Iaitu golongan yang berfikir berlandaskan ugama yang dibawa insan bergelar al rasul atau utusan tuhan.

Sebenarnya ajaran ketuhanan falsafah lahir hasil pertembungan dengan ajaran nabi dan ugama. Agama para nabi yang bersifat menyusun kehidupan manusia agar tunduk hanya kepada hukum tuhan di bumi ini telah begitu menekan kehidupan golongan elit dan berkuasa yang ingin bebas dari ugama dan hukumnya. Maka lahirlah senjata dan serangan yang menolak kepimpinan para nabi. Pemikiran falsafah begitu berkuasa di sisi pembenci ugama al rasul suatu ketika dahulu.

Nah, jika begitulah dulu, lihatlah pula hari ini betapa wujud kesamaan yang tidak boleh ditolak bahawa lahirnya pemikiran yang bertuhankan otak dan sains kini tidak lebih selain akibat pertembungan di antara mereka dan ajaran nabi juga.

Titik pemisah pertembungan yang tak berkesudahan ini hanyalah berputar pada satu noktah yang kekal. Satu golongan merajakan akal sehingga menolak kekuasaan wahyu dan utusan langit, manakala satu golongan lagi menjadikan akal dan wahyu saling bergandingan memperkenalkan kehidupan.

Kemudian, beza di antara ahli falsafah dulu dan golongan atheis hari ini adalah golongan pertama menerima kewujudan kuasa tertinggi yang ghaib sebagai tuhan dan mereka memerah akal (tanpa bantuan wahyu) untuk memperkenalkan dan menamakannya, manakala golongan kedua menolak kewujudan kuasa tertinggi yang ghaib sebagai tuhan dan mereka juga memerah akal untuk menafikan kewujudannya.

Justeru pemikiran atheisme begitu menjalar dan berkuasa pada zaman moden ini kerana sifatnya yang merajakan akal dan sains berbanding pemikiran falsafah lama yang masih gelap daripada penerokaan sains dan kemodenan.

Ahli falsafah menggunakan akal semata – mata, lalu mereka mendakwa melihat Allah yang kelam. Ahli sains atheis menggunakan mata dan teropong sains, lalu mereka mendakwa Allah tiada. Nanti anda akan melihat bagaimana ahli hikmat ugama menggunakan akal dan wahyu, lalu mereka melihat Allah pada zatNya yang hakiki.

Sekarang mari kita perhatikan bagaimana pertempuran di antara golongan beragama dan anti agama ini sebenarnya begitu tertumpu di dua medan utama. Pertama, dalam mengithbatkan (menetapkan) samada dunia ini telah diciptakan oleh sang pencipta ataupun ianya terjadi sendiri tanpa pencipta. Kedua, dalam mengithbatkan samada alam ghaib yang di luar jangkauan panca indera itu wujud ataupun sebaliknya.

Dalam tulisan lepas saya telah tunjukkan secara sepintas bagaimana pemikiran yang melihat alam ini terjadi sendiri tanpa pencipta telah ditolak oleh hukum akal yang manusia gunakan sendiri. Hukum ‘sebab musabab’ adalah rukun kepada pergerakan dan solusi akal bahawa sesuatu itu tidak akan terjadi tanpa sebab yang menyebabkannya. Apabila manusia beranggapan alam ini terjadi sendiri tanpa penyebabnya, maka dia sebenarnya telah membunuh akalnya sendiri. Maksudnya, dia gila.

Adapun pemikiran dan kepercayaan bahawa kewujudan hanyalah apa – apa yang boleh dikesan oleh panca indera dan mempercayai kewujudan alam ghaib adalah bertentangan dengan akal, maka ia juga ditolak dan dinafikan oleh akal dengan hujah yang gagah. Maksudnya, jika pun anda tidak menoleh kepada wahyu, akal anda sendiri akan mampu mengesan betapa lemahnya hujah mereka yang menolak kewujudan alam ghaib.

Tidakkah di hadapan kita terjadi kejadian dan peristiwa yang tidak dapat dilihat selain kesannya. Anda melihat kipas berpusing dan anda tahu ia adalah kesan yang disebabkan oleh arus elektrik yang mengalir. Adakah anda melihatnya atau semata – mata kerana tidak melihatnya, maka anda berhujah bahawa kipas itu telah berpusing sendiri tanpa sebab?!

Usahkan elektrik, angin ribut, panas sejuk, manis tawar dan macam – macam lagi, adakah anda telah melihatnya untuk mempercayai kewujudannya? Atau anda hanya melihat kesannya sahaja, lalu mempercayai wujudnya ia?

Arakian, tercernalah kewujudan alam ghaib di sebalik wujud alam syahadah dan zahir di dalam kehidupan ini. Menolaknya samalah seperti menolak wujud akal pula.

Mari ikut saya memasuki kelas enam sebuah sekolah rendah. Kita ikuti pembelajaran seorang guru ‘smart’ yang cuba mengajar hakikat kewujudan di hadapan muridnya termasuk seorang pelajar ‘keturunan’ Ibrahim alaihissalam.

Guru itu bertanya,’Adakah kamu melihat saya?’ Para murid menjawab,’Ya.’ Guru itu pun lantas berkata, ‘Jika begitu, saya ada.’ Dia lalu bertanya lagi,’Adakah kamu melihat papan hitam ini?’ Mereka menjawab,’Ya.’ Guru itu segera merumus, ‘Jika begitu, papan hitam itu wujud. Adakah kamu melihat almari itu?’ Mereka menjawab,’Ya.’ Guru itu merumus lagi,’Jika begitu, almari itu ada,’ Sang guru lalu bertanya lagi,’Adakah kamu melihat Allah?’ Para murid menjawab,’Tidak.’ Tanpa berlengah guru itu berkata,’Jika begitu, Allah sebenarnya tidak ada!’ Tiba – tiba salah seorang pelajar genius berdiri lalu bertanya, ‘Adakah kamu semua melihat akal cikgu?’ Seluruh rakannya menjawab,’Tidak.’ Maka sang genius berkata,’Jika begitu, cikgu tiada akal!’

Tetapi ramai manusia terus memuja akal sampai hilang akal. Jika begitu, anda sedang menyaksikan betapa menolak ugama adalah seburuk-buruk hasil yang dituai manusia dalam kehidupan ini. Perbincangan kita semakin memasuki ruang tauhid insya Allah.

(Artikel ini adalah untuk kolum akhbar Siasah/3)

Akal dan taklif Ilahi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhuqlXO55ShDyJmyy9evMxWpzGQNzwOvcnqZYmcoT4bu0HkeU6uLMDB_otXW60055QmN1r_8RVZDUMVHADNgx32g3hYNUv1ePP73qyaOUPfCgP1h7P_yobnplUO_AZDldCb_VeVSah1bVo/s320/pray3-751808.jpg

Kehidupan ini keajaibannya sungguh hidup, sentiasa segar dan begitu membuak-buak keinginannya untuk mempamerkan kehebatannya itu. Tahukah anda kepada siapakah dipamerkan keajaibannya itu? Kepada manusia bukan?

Adakah anda fikir bahawa dunia haiwan begitu asyik memperagakan belang mukjizatnya kepada alam tumbuhan? Atau, semesta langit dan segala isinya pula begitu menonjol-nonjolkan keajaibannya agar bumi, gunung-ganang dan lautan tersengih-sengih malu untuk berlumba-lumba menunjukkan kehebatan masing-masing pula?Tidak bukan?

Hakikatnya, tiada keajaiban apapun di antara sesama mereka. Mereka semua adalah satu. Alam yang menakjubkan akal manusia.

Interaksi kehidupan ini hanyalah dengan akal. Alam ini seluruhnya semacam begitu berpakat dan berkerja untuk menyerbu ke arah akal, lalu berusaha menggayakan segala-gala kemukjizatannya di hadapannya. Alam ini seolah-olah mahu akal mengakui keajaibannya, lalu tunduk berkata, alangkah hebatnya engkau wahai alam!

Begitulah kita manusia mengandaikan dengan akal kita tingkah laku alam dan kehidupan ini. Tetapi adakah benar begitu, bahawa alam raya ini seluruhnya bersatu padu berpakat mengarah kekuatannya kepada kita? Tidak bukan? Kerana, jika benar, sudah pastilah ia menunjukkan bahawa alam ini juga mempunyai akal untuk merancang sebagaimana kita juga merancang dengan akal kita. Adakah alam ini, segala juzuk dan komponennya memiliki akal? Ah, tidak bukan? Tidakkah akal hanyalah manusia sahaja yang memilikinya?

Justeru bagaimana alam ini berinteraksi dengan kita tanpa akal? Kemudian, adakah manusia telah tunduk dan kalah kepada alam dan kehidupan ini dek kekuatan dan kemukjizatannya? Tidak juga bukan? Bukankah manusialah yang merajai dan menguasai teraju alam raya ini? Bagaimana boleh manusia dikira kalah kepada alam ini sedangkan manusia telah membuktikan bahawa mereka telah berjaya mempergunakan segala isi alam ini untuk kesenangan dan keselesaan hidup mereka.

Nah, jika begitu, di sebalik keajaiban alam ini, ada lagi yang lebih menakjubkan berbanding mereka. Ya, akal itu lebih mukjizat daripada alam ini. Menakjubkan, manusia yang kerdil belum pernah lagi kalah kepada alam! Akal sungguh menakjubkan sekali.

Begitulah hebatnya ciptaan bernama akal. Tetapi malang lain pula menimpa pemilik akal ini. Di sebalik kekaguman terhadap diri sendiri, manusia gagal pula mengetahui bagaimana akal tiba-tiba wujud di dalam dirinya. Bagaiman dia begitu menguasai alam ini, tetapi dia tidak pernah pula boleh mendakwa bahawa dialah pemilik alam ini sebagaimana dia juga terpaksa akur bahawa akal pada dirinya itu bukanlah ciptaan dan miliknya jua.

Sekarang lihatlah suasana kelam yang menerjah manusia untuk mengenali alam dan kehidupan. Dalam kekuasaan akal, terpampang kelemahan dan kekerdilan akal yang memalukan sekali!

Dalam perbincangan lepas, anda telah tahu bahawa tiada lagi selepas akal untuk menafsirkan kehidupan dan menjawab segala kegelapan agung ini selain agama. Agama yang bermaksud maklumat dan khabar langsung daripada pencipta alam raya ini. Dalam erti, selepas alam ini tunduk kepada kekuasaan akal, akal pula tunduk pula kepada kekuasaan agama. Agama pemiliknya adalah Allah, pencipta segala.

Adakah anda ingin bertanya saya, siapa pula yang berkuasa ke atas Allah? Tidak perlu bukan? Bagaimana boleh ditaakulkan pencipta segala akan dikuasai pula oleh makhluk ciptaannya itu? Mustahil. Sekarang, agama datang dengan satu solusi dan jawaban yang memuktamadkan pencarian yang paling sukar.

Yang tinggal hanyalah pembuktian bahawa agama adalah benar-benar satu hakikat, bukan sekadar dakwaan dan dongengan semata-mata. Justeru di hadapan hanyalah dua persimpangan; samada agama itu bohong, maka manusia terus menerus tenggelam di dalam kegelapan yang berterusan mencari hakikat kehidupan, ataupun agama itu benar, maka manusia terpaksa tunduk kepada saranan agamanya. Tunduk sang abdi kepada kehendak tuannya adalah hakikat paling hakiki.

Justeru al Quran yang menjadi kitab terakhir dari langit kepada manusia, juga nabi Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam yang menjadi utusan terakhir dari langit telah begitu tekun meyakinkan manusia dengan hujjah dan pembuktian yang pelbagai demi membenarkan dakwaan bahawa ugama adalah benar dan merupakan jawaban muktamad kepada pencarian yang menyeksakan.

Oleh kerana akal adalah raja yang diiktiraf kekuasaannya di dalam kehidupan raya ini, maka agama tidak datang kecuali untuk mencabar dan menundukkan akal agar tunduk jua kepada kekuasaan yang lebih tinggi iaitu Allah.

Justeru tidak beriman kepada Allah kecuali akal yang tunduk mengaku dan bersaksi secara sedar dan tahu bahawa Allahlah tuhan yang satu yang di tanganNya segala aturan alam. Selagi akal enggan tunduk, selagi itulah agamanya, jika dia mendakwa beragama, adalah bohong.

Di sinilah telah nyata sekali bahawa akal adalah tunjang kepada taklif dan ujian Allah ke atas manusia. Akal juga menjadi paksi yang berputar di sekelilingnya segala pergerakan alam. Alam ini menyanyikan lagu taklif Ilahi ke atas makhluknya bernama manusia. Semuanya secara semulajadi akur dan tunduk, sukarela atau secara paksa, kepada Allah sang pencipta segala. Allah menggerakkan seluruh alam raya untuk melorongkan jalan buat manusia mengenalNya dengan kekuatan akal yang memiliki kekuasaan dan keajaiban yang sungguh luar biasa itu.

Manusia pula dibiarkan untuk bebas hidup tanpa sekatan yang mengikat keinginannya untuk menguasai alam sekehendaknya. Ia dibiarkan untuk menentukan arah tuju hidupnya sendiri tanpa paksaan untuk tunduk kepada tuhannya. Sudah pasti, untuk menemui jalan yang benar, manusia berdepan kesukaran dan halangan yang terlalu banyak menghalang.

Tetapi kekuatan manusia adalah di luar upaya makhlukNya yang lain. Manusia dikurniai Akal untuk memandu kehidupan. Dengan perutusan para rasul dan al kitab, cukuplah sajian Allah untuk manusia mula memasuki medan ujian yang getir dan agung.

Manusia dibeban taklifkan dan diuji untuk menemui jalan menuju tuhannya dengan kekuatan akal yang dibekali cahaya al Quran dan al rasul. Hikmah Ilahiyah telah menentukan bahawa Allah menghijab diriNya daripada dikesani manusia kecuali melalui akal yang akan mengesan dan mengenali tuhannya melalui petunjuk-petunjuk Ilahi yang telah disediakan Allah kepada Allah untuk manusia di dunia ini.

Sekarang anda mestilah memahami bahawa; Pertama, Hidup ini adalah medan ujian ke atas manusia untuk menemui dan menyembah tuhannya secara sukarela. Kedua, seluruh makhluk kecuali manusia dan jin telah tunduk dan menyembah tuhan mereka secara semulajadi tanpa dibebankan dengan taklif dan ujian sebagaimana manusia. Ketiga, manusia tidak dapat mengenali tuhannya dengan pandangan mata kasar dan panca indera lainnya kerana ia adalah sebahagian daripada proses ujian Allah ke atasnya.

Keempat, manusia hanya mampu mengesan tuhannya melalui akal dan fitrah yang dimilikinya. Kelima, akal manusia pula, di dalam perjalanan mencari tuhannya akan dibantu oleh cahaya petunjuk al Quran. Keenam, manusia juga akan mengenali tuhannya melalui mukjizat yang berlaku ke atas para anbiya’ dan karamah para aulia’. Ketujuh, Alam ciptaan Allah dihadapkan ke hadapan manusia agar dengannya, mereka menyaksikan kewujudan, kekuasaan dan keagungan Allah sebagai tuhan yang mesti disembah.

Justeru anda kini semakin memahami hikmah kewujudan akal dan peranan besarnya di dalam hikmah kewujudan alam. Tanpa memerlukan ketekunan lain, anda sudah pun menemui keseronokan baru di dalam penerokaan memahami agama Islam iaitu betapa agama Islam dan akal bagaikan tercipta untuk hidup bersaudara!

(Artikel ini adalah untuk kolum ‘Agama dan Kehidupan’ akhbar Siasah)

10 WASIAT BERGUNA IMAM AS-SYAHID HASSAN AL-BANNA

http://1khalifah.files.wordpress.com/2011/01/imam-hassan-al-banna.jpg

1.Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan
sekalipun.

2.Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.

3.Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul; kerana Bahasa Arab yang betul (itu, adalah satu-satunya syiar Islam).

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8.Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.

baca lagi artikel imam as-syahid hassan al-banna.

SOLAT DAN DOA DALAM UZLAH

http://www.varbak.com/arabicphotos/%D8%B5%D9%88%D8%B1-%D8%B9%D8%B1%D9%81%D8%A7%D8%AA-%D8%A7%D9%84%D8%B5%D9%84%D8%A7%D8%A9-%D9%81%D9%8A-%D8%A7%D9%84%D8%AC%D8%A8%D8%A7%D9%84-nb14255.jpg

BERUZLAH ATAU BERKHALWAT

KITAB RAHASIA SUFI
Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani.
Terjemahan Abdul Majid Hj Khatib
Ditahkik dan di tulis semula oleh Syed Ahmad Semait

SHALAT DAN DOA DALAM UZLAH

Uzlah artinya memencilkan diri atau mengasingkan diri dari orang ramai dengan tujuan melatih diri untuk menghampirkan diri dengan Allah swt.

Barangsiapa memilih jalan untuk meninggalkan hal-hal keduniaan dan memencilkan diri dari orang ramai dengan niat hendak melatih diri supaya dapat menghampirkan diri dengan Allah swt, maka hendaklah ia mengetahui amal ibadat yang perlu di lakukan di dalam uzlah itu, seperti solat, doa, wirid, zikir dan sebagainya.

Dalam uzlah itu diri kita hendaklah bersih zahir dan batin. Pakaian, tempat beruzlah dan badan hendaklah bersih. Niat kita hendaklah ikhlas iaitu kerana Allah semata-mata. Kalau boleh hendaklah berpuasa dalam masa beruzlah itu.

Tempat yang baik untuk beruzlah ialah dalam masjid atau kawasan berhampiran masjid untuk memudahkan kita mengerjakan solat berjamaah lima waktu. Solat berjamaah lima waktu itu adalah penting dan salah satu syarat dalam beruzlah. Dalam pada itu hendaklah kita menyendiri (bersendirian) dan jangan berkata-kata dengan sesiapa pun. Orang yang beruzlah atau berkhalwat itu tidak boleh meninggalkan solat berjamaah lima waktu sehari semalam.

Setiap orang yang beruzlah itu hendaklah mendirikan solat tahajjud. Solat Tahajjud melambangkan tentang kebangkitan semula sesudah mati. Solat ini di lakukan pada malam hari selepas tidur sebentar. Waktu malam adalah waktu yang bagus sekali untuk mendirikan solat, terutama sekali solat Tahajjud, kerana waktu itu biasanya fikiran tenang dan jernih, hati hening dan khusyuk dan gangguan luaran pun tidak banyak atau hampir tidak ada.

Selain itu, di waktu malam sang hamba boleh bermunajat dengan tuhannya tanpa di dengar atau di lihat orang, dan yang demikian itu adalah lebih menimbulkan khusyuk di dalam hati, dan terhindar dari perasaan riya’ yang kadang-kadang mengacau amalan manusia.

Tatkala bangun dari tidur untuk melakukan solat tahajjud itu bacalah:
‘Alhamdulillahillazi akhyaana ba’da maa amaatani wa ilaihinnsyur’
Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan aku selepas mematikan aku, dan kepada-Nyalah tempat kembali.

Kemudian bacalah 10 ayat terakhir dari surah Al-Imran, iaitu ayat 190 – 200.

Selepas itu pergilah berwudhuk, setelah selesai berwudhu bacalah:

‘Asyhadu allaa ilaaha ilallahu wahdahu laa syariikalah, wa asyhadu anna muhammadan abduhu warasuuluh. Subhaanakallahumma wa bihamdika asyhadu an laa ilaaha illa anta, ngamiltu suu an wa dzolamtu nafsi, Astaghfiruka wa atubu ilaika, Faghfirli watub ngalayya, innaka antattawwaaburrahim. Allahummaj ngalni minattawwaabin, waj ngalni minal mutatoh hirin. Waj ngalni min ngibadikassoolihin. Waj ngalni subuuron syakuuran. Waj ngalni azkuruka zikran kasyiran. Wa u sabbihuka bukratan wa asiilan.’

Maksudnya: Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah yang Esa tiada sekutu bagi-Nya. Dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu hamba-Nya dan Rasul-Nya. Maha suci Engkau ya Allah, dengan kepujian-Mu aku naik saksi bahwa tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku telah melakukan kejahatan dan telah menganiaya diriku sendiri, aku mohon keampunan-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu, Maka ampunilah daku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. Ya Allah ya Tuhanku jadikanlah daku dari golongan orang-orang yang bertaubat, dan golongan orang-orang yang suci, dan jadikanlah daku daripada hamba-hamba-Mu yang soleh. Dan jadikanlah daku sebagai orang yang sabar lagi bersyukur. Dan jadikanlah daku orang yang ingat kepada-Mu dengan ingatan yang banyak, yang mengucap tasbih kepada-Mu siang dan malam.

Kemudian hadapkan muka ke langit da pandanglah bintang-bintang yang gemerlapan sambil membaca dua kalimah syahadat.

Selepas itu baca pula:

‘Allahumma inni nga u zu bi ridhoka min sakhatika, wa bimu ngaafaatika min nguqubatika, wa a nguzu bika minka laa ukhsi thanaa an ngalaika anta kamaa athnaita ngala nafsika. Allahuma inni ngabduka wabnu ngabdika wabnu amatika, naa syiyati biyadika, maadhin fiya hukmuka, naafizun fiyya qadhoo uka. As aluka bikullismin huwa laka sammaita bihi nafsaka, au anzalnatahu fi kitaabika, au ak’toitahu ahadan min kholqika, awista’tsarta bihi fi ngilmil ghaibi ngindaka, an tajngalal quraana rabii nga qalbi wa nuura basori, wa jilaa a ghammi, wa zahaaba khurni wa hammi, Allahummar zuqni khubbaka wa khubba man yukhibbuka, wa khubba kulli ngamalin yuqarribuni ilaika, waj ngal khubbaka a khabbal asy yaaa e ilayya, waj ngal nafsaka a khabba ilayya minal maa eil baaridi.’

Maksudnya: Ya Allah, ya tuhanku, sesungguhnya aku berlindung dengan keridhaan-Mu daripada kemurkaan-Mu dan dengan kemaafan-Mu daripada siksa-Mu, dan aku berlindung dengan-Mu daripada-Mu yang mana tiada cukup pujianku kepada-Mu sebagaimana Engkau memuji diri-Mu sendiri. Ya Allah, sesungguhnya aku ini hamba-Mu, dan anak daripada hamba-Mu, dan anak daripada hamba-Mu yang perempuan, ubun-ubunku di tangan-Mu, hukuman-Mu berjalan atasku, ketentuan-Mu lulus terhadapku. Aku bermohon dengan setiap nama yang telah Engkau namakan diri-Mu dengannya atau turunkannya di dalam kitab-Mu, atau Engkau ajarkan kepada seseorang daripada hamba-hamba-Mu, atau yang hanya Engkau saja yang mengetahuinya di dalam ilmu ghaib-Mu (maka aku bermohon dengan berkat nama-nama-Mu itu semuanya) agar Engkau jadikan Al-Quran ini subur di dalam hatiku, cahaya bagi pandanganku, penghapus bagi kesusahanku dan penghilang kedukaan dan kesedihanku. Ya Allah, ya Tuhanku kurniakanlah daku cinta kepada-Mu dan cinta kepada orang yang cinta kepada-Mu dan cinta kepada setiap amalan yang dapat yang menghampirkan daku cinta kepada-Mu, dan jadikanlah cinta kepada-Mu itu perkara yang paling aku cintai, dan jadikanlah Zat-Mu yang lebih aku cintai daripada air yang sejuk.

Kemudian hadapkan muka ke arah kiblat dan ucapkanlah:
‘Allahu akhbar, segala puji bagi-Mu. Aku agungkan Dikau siang dan malam.’

Kemudian baca tasbih ‘subhaanallah’ 10 kali.

Disusuli dengan bacaan tahmid ‘alhamdulillah’ 10 kali.

Dan bacaan tahlil ‘ laa ila ha illallah’ 10 kali.

Selepas itu dirikan solat 12 rakaat dengan salam setiap 2 rakaat. Allah memuji orang yang mendirikan solat tahajjud. Sebagaimana di firmankan-Nya dalam Surah al-isra’ ayat 79 dan surah as-sajdah ayat 16-17.

Selepas itu dirikan 3 rakaat solat witir. Dalam rakaat ketiga, selepas Ik’tidal (berdiri selepas rukuk) baca qunut sebelum sujud. Maka berakhirlah solat malam itu.

Pada siangnya,
selepas terbit matahari kira-kira tingginya sepenggalah, dirikanlah solat Isyraq (solat cahaya) 2 rakaat,
dan 2 rakaat solat Isti’adzah (solat memohon perlindungan dari kejahatan). Dalam rakaat pertama selepas fatihah, baca surah Al-Falaq. Dalam akaat kedua selepas fatihah, baca surah An-Nas.

Kemudian dirikan 2 rakaat solat Istikharah (solat memohon petunjuk dan bimbingan dari Allah swt untuk membuat keputusan dengan betul). Dalam dua rakaat tersebut selepas fatihah bacalah Ayatul kursy (surah al-baqarah ayat 255).Selepas itu bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 7 kali, iaitu surah yang di mulai dengan ‘Qulhuwallahu ahad…’

Kemudian dirikan solat Dhuha (solat memohon ketenteraman jiwa dan keheningan fikiran) 8 rakaat. Selepas membaca fatihah, bacalah surah Asy-Syams dan surah Ad-Dhuha, sila lihat dalam quran.
Selepas itu dirikan 2 rakaat solat Kaffarah (solat menebus atau menghapus dosa serta kotoran dan najis yang menyentuh diri seseorang tanpa dapat di elakkan atau tanpa di sedari). Bersentuhan dengan kotoran dan najis, walaupun tidak sengaja, adalah suatu kesalahan dan orang yang bersalah perlu di hukum. Dalam setiap rakaat selepas fatihah, bacalah 7 kali surah Al-Kautsar.

Satu lagi solat yang perlu di dirikan dalam beruzlah atau berkhalwat ialah solat Tasbih. Mereka yang bermazhab Hanafi mendirikan solat ini 4 rakaat dengan satu salam. Mereka yang bermazhab shafie pula melakukannya dengan 4 rakaat dengan 2 salam. Peraturan ini ialah bagi solat Tasbih yang di dirikan di siang hari. Sekiranya di lakukan pada malam hari, solat Tasbih ini di dirikan 4 rakaat dengan 2 salam oleh kedua-dua mazhab tersebut.
Dalam setiap rakaat selepas fatihah, baca satu surah al-quran. Selepas itu, sebelum rukuk baca tasbih 15 kali: ‘ Subhaanallah walhamdulillah walaa ilaaha ilallah wallahu akhbar, walaa khawlawalaa quwwata illa billahil ngaliyyil ngazim’. Maksudnya: Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah, dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung’.
Tatkala rukuk baca tasbih 10 kali lagi. Kemudian berdiri selepas rukuk dan tasbih 10 kali lagi. Kemudian sujud dan tasbih 10 kali. Duduk antara dua sujud baca tasbih 10 kali, setelah itu sujud lagi dan baca tasbih 10 kali. Kemudian duduk istirahah dan baca tasbih 10 kali. Kemudian bangun berdiri untuk rakaat kedua. Begitulah seterusnya di baca tasbih itu pada rakaat kedua, ketiga dan keempat.
Jumlah tasbih setiap rakaat 75 tasbih. Ini bererti dalam empat rakaat itu, kita membaca tasbih sebanyak 300 kali. Jika sanggup buatlah solat tasbih ini setiap hari. Jika tidak sanggup buatlah setiap jumaat. Jika tidak sanggup juga buatlah sebulan sekali, Jika tidak sanggup buatlah sekali seumur hidup. Orang yang beruzlah hendaklah mendirikan solat tasbih ini, faedah dan pahalanya amat besar.

Orang yang dalam uzlah atau khalwat itu hendaklah membaca 200 ayat al-quran sekurang-kurangya setiap hari.

Zikir di baca terus menerus, sama ada membaca zikir yang berupa Asma’ Allah (nama-nama Allah yang indah) dengan suara yang kuat ataupun dengan senyap. Yakni di dalam hati. Zikir hati bermula hanya apabila hati telah sedar dan telah ‘hidup’. Bahasa dalam zikir hati ini ialah kata rahasia yang dalam dan tersembunyi. Setiap orang hendaklah ingat akan Allah dan menyebut nama-nama-Nya bersesuaian dengan keupayaan masing-masing.

Firman Allah:
‘’…….dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah sebagaimana yang di tunjukkan-Nya kepadamu.’
–surah Al-Baqarah ayat 198.

Dengan kata lain, ingatlah Allah menurut keupayaan masing-masing. Dalam setiap peringkat kerohanian (dalam suluk) zikir itu berbeza-beza. Masing-masing ada nama, ada cirri-ciri dan ada jalannya. Hanya orang yang berada dalam suatu peringkat itu saja yang tahu zikir yang pada peringkat mana ia berada.

Orang dalam beruzlah juga hendaklah membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 100 kali, selawat 100 kali.

Dan hendaklah juga membaca doa berikut 100 kali:

‘Astaghfirullahal ngazim, allazi laa ilaaha illa huwal hayyul qayyumurrohmaanurrahim wa a tubuu ilaih. Nga u zubika min syarri maa sona’tu wa a nguzubika min zanbi, faghfirli fainnahu laa yaghfiruzzunuba illa anta. Ta’lamu maa fi nafsi walaa nga’lamu maa fi nafsika. Innaka ngallamul ghuyub. Antal muqaddimu wa antal muakkhiru. Innaka ngala kulli syai’in qadir.

Maksudnya: Aku mohon ampun kepada-Mu, ya Allah! Yang Maha Agung, yang mana tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Hidup lagi Yang Berdiri Sendiri, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan aku bertaubat kepada-Nya. Aku berlindung dengan-Mu dari kejahatan yang telah aku lakukan dan aku berlindung dengan-Mu dari dosaku, maka ampunilah bagiku kerana sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan segala dosa melainkan Engkau. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada DiriMu. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Engkau yang mendahulukan dan Engkau juga yang mengakhirkan. Sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.

Selepas amal ibadat tersebut,
maka masa yang terluang hendaklah di isi dengan membaca Al-Quran, berwirid, berzikir dan sebagainya.

lagi baca pula artikel: Kaifiat Solat Tahajjud, Solat Hajat dan Solat Witir.
Enam darjat nafsu
Wirid selepas solat fardhu
kaedah bersuluk

Wednesday, February 2, 2011

Menempuh Ajal Dalam Zikir












Ahmad bin Abdul Rahman Assagof merupakan seorang ulama besar. Di sepanjang hayatnya, beliau telah menghabiskan usianya dengan menjalani kehidupan secara zuhud. Lantaran itulah beliau terkenal sebagai salah seorang wali Allah yang tinggi karamahnya.

Sebagai manusia yang dikasihi Allah, Ahmad memiliki banyak keistimewaan atau karamah. Ianya bersesuaian sekali dengan tingkatan kewaliannya.

Pernah diceritakan mengenai karamahnya, di mana seorang hamba Allah bernama Mubin telah tergerak hatinya untuk memberikan sedikit sumbangan kepada Ahmad. Niatnya itu cuma terlintas di dalam hati dan dia merancang akan memberikan sumbangannya itu kepada Ahmad apabila tiba masanya.

Selang beberapa ketika, seorang pembantu Ahmad tiba-tiba muncul di depan rumah Mubin. Pembantu itu pun memberitahu akan tujuannya datang menemui Mubin, iaitu bagi menyampaikan pesanan Ahmad. Menurut pembantu itu, Ahmad meminta supaya Mubin menunaikan niatnya untuk memberikan sumbangan.

Mubin merasa sungguh hairan. Baru saja hatinya tergerak untuk memberikan sumbangan kepada Ahmad sudah tiba untuk menuntut apa yang dijanjikan. Mubin amat kagum dengan Ahmad kerana boleh mengetahui niat serta gerak hati orang lain. Maka, dia pun dengan tulus ikhlas telah memberikan sumbangan kepada Ahmad sebagaimana niatnya.

Dalam suatu peristiwa lain, salah seorang anak perempuan Ahmad yang masih kecil memintanya menangkap seekor burung yang sangat cantik. Burung itu sedang bertenggek di dahan sebatang pokok. Ahmad segera meminta pembantunya supaya menangkap burung itu.

Pembantu Ahmad pun memanjat pokok itu dengan berhati-hati. Dia khuatir kalau burung itu akan terbang apabila didekati. Bagaimanapun, dia merasa sangat aneh kerana burung itu langsung tidak bergerak dari tempatnya seolah-olah patuh kepada kehendak Ahmad. Pembantu Ahmad pun menangkap burung itu dengan mudah dan diberikan kepada anak perempuan Ahmad untuk dipelihara.

Dalam usia yang semakin meningkat tua, Ahmad telah jatuh sakit. Ramai orang yang datang menziarahinya. Mereka sangat bersimpati melihat penderitaan Ahmad. Apabila ditanya tentang penyakitnya, Ahmad dengan tenang menjawab:

“Orang soleh itu senang dengan musibah atau penderitaan yang dihadapinya, sebagaimana orang yang condong kepada duniawi sangat senang dengan kemewahan hidup!”

Dalam keadaan lemah menanggung sakit, Ahmad bangun untuk berwudhuk. Kemudian beliau menunaikan solat Zohor. Selesai bersolat, Ahmad pun berbaring dengan menghadap arah qiblat.

Dalam pembaringannya, Ahmad tidak putus-putus berzikir kepada Allah. Tiba waktunya beliau pun nazak dan akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam degup zikir. Demikianlah limpah rahmat Allah terhadap orang yang dikasihiNya.

Hikmah Dari Kisah Waliyullah













Dunia tasawuf mengenal banyak cerita sufi. Sebahagian dari cerita itu termuat dalam kitab Tadzkiratul Awliya, Kenangan Para Wali, yang ditulis oleh Fariduddin Attar. Buku ini ditulis dalam bahasa
Persia, meskipun judulnya ditulis dalam bahasa Arab. Selain bererti kenangan atau ingatan, kata tadzkirah dalam bahasa Arab juga bererti pelajaran. Sehingga Tadzkiratul Awliya bererti pelajaran yang diberikan oleh para wali.

Attar mengumpulkan kisah para wali; mulai dari Hasan Al-Bashri, sufi pertama, sampai Bayazid Al-Busthami. Dari Rabiah Al-Adawiah sampai Dzunnun Al-Mishri. Selain buku ini, Attar juga menulis buku cerita sufi berjudul Manthiquth Thayr, Musyawarah Para Burung. Berbeza dengan kitab pertama yang berisi cerita para tokoh sufi, kitab ini berbentuk novel dan puisi sufi. Sebahagian besar ceritanya bersifat metaforis.

Fariduddin dijuluki Attar (penjual wewangian), kerana sebelum menjadi sufi ia memiliki hampir semua toko ubat di Mashhad, Iran. Dahulu, orang yang menjadi ahli farmasi juga sekaligus menjadi penjual wewangian. Sebagai pemilik toko farmasi, Attar terkenal kaya raya.

Sampai suatu hari, datanglah seorang lelaki tua. Lelaki itu bertanya, "Dapatkah kau tentukan bila kau meninggal dunia?" "Tidak," jawab Attar kebingungan. "Aku dapat," ucap lelaki tua itu, "saksikan di hadapanmu bahawa aku akan mati sekarang juga." Saat itu juga lelaki renta itu terjatuh dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Attar terkejut. Ia berpikir tentang seluruh kekayaan dan maut yang mengancamnya. Ia ingin sampai pada kedudukan seperti lelaki tua itu; mengetahui bila ajal akan menjemput. Attar lalu meninggalkan seluruh pekerjaannya dan belajar kepada guru-guru yang tidak diketahui. Menurut shahibul hikayat, ia pernah belajar di salah satu pesantren di samping makam Imam Ridha as, di Khurasan, Iran. Setelah pengembaraannya, Attar kembali ke tempat asalnya untuk menyusun sebuah kitab yang ia isi dengan cerita-cerita menarik.

Tradisi mengajar melalui cerita telah ada dalam kebudayaan Persia. Jalaluddin Rumi mengajarkan tasawuf melalui cerita dalam kitabnya Matsnawi-e Ma'nawi. Penyair sufi Persia yang lain, Sa'di, juga menulis Gulistan, Taman Mawar, yang berisi cerita-cerita penuh pelajaran. Demikian pula Hafizh dan beberapa penyair lain. Tradisi bertutur menjadi salah satu pokok kebudayaan Persia.

Kebudayaan Islam Indonesia juga mengenal tradisi bercerita. Islam yang pertama datang ke nusantara adalah Islam yang dibawa oleh orang-orang Persia lewat jalur perdagangan sehingga metode penyebaran Islam juga dilakukan dengan bercerita. Mereka menggunakan wayang sebagai media pengajaran Islam.

Dalam pengantar Tadzkiratul Awliya, Attar menjelaskan mengapa ia menulis buku yang berisi cerita kehidupan para wali. Alasan pertama, tulis Attar, kerana Al-Quran pun mengajar dengan cerita. Surat Yusuf, misalnya, lebih dari sembilan puluh peratus isinya, merupakan cerita.

Terkadang Al-Quran membangkitkan keingintahuan kita dengan cerita: Tentang apakah mereka saling bertanya? Tentang cerita yang dahsyat, yang mereka perselisihkan. (QS. An-Naba; 1-3). Bagian awal dari surat Al-Kahfi bercerita tentang para pemuda yang mempertahankan imannya: Ingatlah ketika pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini. (QS. Al-Kahfi; 10) Surat ini dilanjutkan dengan kisah pertemuan Nabi Musa dan Nabi Khidhir, diteruskan dengan riwayat Zulkarnain, dan diakhiri oleh cerita Rasulullah saw.

Demikian pula surat sesudah Al-Kahfi, yaitu surat Maryam, yang penuh berisi cerita; Dan kenanglah kisah Maryam dalam Al-Quran. Ketika ia menjauhkan diri dari keluarganya ke satu tempat di sebelah timur. (QS. Maryam; 16) Al-Quran memakai kata udzkur yang selain bererti "ingatlah" atau "kenanglah" juga bererti "ambillah pelajaran." Attar mengikuti contoh Al-Quran dengan menamakan kitabnya Tadzkiratul Awliya.

Alasan kedua mengapa cerita para wali itu dikumpulkan, tulis Attar, adalah kerana Attar ingin mendapat keberkahan dari mereka. Dengan menghadirkan para wali, kita memberkahi diri dan tempat sekeliling kita. Sebuah hadis menyebutkan bahawa di dunia ini ada sekelompok orang yang amat dekat dengan Allah swt. Bila mereka tiba di suatu tempat, kerana kehadiran mereka, Allah selamatkan tempat itu dari tujuh puluh macam bencana. Para sahabat bertanya, "Ya Rasulallah, siapakah mereka itu dan bagaimana mereka mencapai derajat itu?" Nabi yang mulia menjawab, "Mereka sampai ke tingkat yang tinggi itu bukan kerana rajinnya mereka ibadat. Mereka memperoleh kedudukan itu kerana dua hal; ketulusan hati mereka dan kedermawanan mereka pada sesama manusia."

Itulah karakteristik para wali. Mereka adalah orang yang berhati bersih dan senang berkhidmat pada sesamanya. Wali adalah makhluk yang hidup dalam paradigma cinta. Dan mereka ingin menyebarkan cinta itu pada seluruh makhluk di alam semesta. Attar yakin bahawa kehadiran para wali akan memberkahi kehidupan kita, baik kehadiran mereka secara jasmaniah maupun kehadiran secara rohaniah.

Dalam Syarah Sahih Muslim, Imam Nawawi menjelaskan dalil dianjurkannya menghadirkan orang-orang soleh untuk memberkati tempat tinggal kita. Ia meriwayatkan kisah Anas bin Malik yang mengundang Rasulullah saw untuk jamuan makan. Tiba di rumah Anas, Rasulullah meminta keluarga itu untuk menyediakan semangkuk air. Beliau memasukkan jari jemarinya ke air lalu mencipratkannya ke sudut-sudut rumah. Nabi kemudian solat dua rakaat di rumah itu meskipun bukan pada waktu solat.

Menurut Imam Nawawi, solat Nabi itu adalah solat untuk memberkati rumah Anas bin Malik. Imam Nawawi menulis, "Inilah keterangan tentang mengambil berkah dari atsar-nya orang-orang soleh." Sayangnya, tulis Attar dalam pengantar Tadzkiratul Awliya, sekarang ini kita sulit berjumpa dengan orang-orang soleh secara jasmaniah. Kita sukar menemukan wali Allah di tengah kita, untuk kita ambil pelajaran dari mereka. Oleh kerana itu, Attar menuliskan kisah-kisah para wali yang telah meninggal dunia. Attar memperkenalkan mereka agar kita dapat mengambil hikmah dari mereka. "Saya hanya pengantar hidangan," lanjut Attar, "dan saya ingin ikut menikmati hidangan ini bersama Anda. Inilah hidangan para awliya."

Attar lalu menulis belasan alasan lain mengapa ia mengumpulkan cerita para wali. Yang paling menarik untuk saya adalah alasan bahawa dengan menceritakan kehidupan para wali, kita akan memperoleh berkah dan pelajaran yang berharga dari mereka. Seakan-akan kita menemui para wali itu di alam rohani, kerana di alam jasmani kita sukar menjumpai mereka.

Seringkali kita juga lebih mudah untuk mendapatkan pelajaran dari cerita-cerita sederhana ketimbang uraian-uraian panjang yang ilmiah. Berikut ini sebuah cerita dari Bayazid Al-Busthami, yang insya Allah, dapat kita ambil pelajaran daripadanya; Di samping seorang sufi, Bayazid juga adalah pengajar tasawuf. Di antara jamaahnya, ada seorang santri yang juga memiliki murid yang banyak. Santri itu juga menjadi kyai bagi jamaahnya sendiri. Kerana telah memiliki murid, santri ini selalu memakai pakaian yang menunjukkan kesolehannya, seperti baju putih, serban, dan wewangian tertentu.

Suatu saat, muridnya itu mengadu kepada Bayazid, "Tuan Guru, saya sudah beribadat tiga puluh tahun lamanya. Saya solat setiap malam dan puasa setiap hari, tapi anehnya, saya belum mengalami pengalaman rohani yang Tuan Guru ceritakan. Saya tak pernah saksikan apa pun yang Tuan gambarkan."
Bayazid menjawab, "Sekiranya kau beribadat selama tiga ratus tahun pun, kau takkan mencapai satu butir pun debu mukasyafah dalam hidupmu."
Murid itu hairan, "Mengapa, ya Tuan Guru?"
"Kerana kau tertutup oleh dirimu," jawab Bayazid.
"Bisakah kau ubati aku agar hijab itu tersingkap?" pinta sang murid.
"Bisa," ucap Bayazid, "tapi kau takkan melakukannya."
"Tentu saja akan aku lakukan," sanggah murid itu.
"Baiklah kalau begitu," kata Bayazid, "sekarang tanggalkan pakaianmu. Sebagai gantinya, pakailah baju yang lusuh, sobek, dan compang-camping. Gantungkan di lehermu kantung berisi kacang. Pergilah kau ke pasar, kumpulkan sebanyak mungkin anak-anak kecil di sana. Katakan pada mereka, "Hai anak-anak, barangsiapa di antara kalian yang mau menampar aku satu kali, aku beri satu kantung kacang." Lalu datangilah tempat di mana jamaah kamu sering mengagumimu. Katakan juga pada mereka, "Siapa yang mau menampar mukaku, aku beri satu kantung kacang!"
"Subhanallah, masya Allah, lailahailallah," kata murid itu terkejut.
Bayazid berkata, "Jika kalimat-kalimat suci itu diucapkan oleh orang kafir, ia berubah menjadi mukmin. Tapi kalau kalimat itu diucapkan oleh seorang sepertimu, kau berubah dari mukmin menjadi kafir."
Murid itu kehairanan, "Mengapa bisa begitu?"
Bayazid menjawab, "Kerana kelihatannya kau sedang memuji Allah, padahal sebenarnya kau sedang memuji dirimu. Ketika kau katakan: Tuhan mahasuci, seakan-akan kau mensucikan Tuhan padahal kau menonjolkan kesucian dirimu."
"Kalau begitu," murid itu kembali meminta, "berilah saya nasihat lain."
Bayazid menjawab, "Bukankah aku sudah bilang, kau takkan mampu melakukannya!"

Cerita ini mengandung pelajaran yang amat berharga. Bayazid mengajarkan bahawa orang yang sering beribadat mudah terkena penyakit ujub dan takabur. "Hati-hatilah kalian dengan ujub," pesan Iblis. Dahulu, Iblis beribadat ribuan tahun kepada Allah. Tetapi kerana takaburnya terhadap Adam, Tuhan menjatuhkan Iblis ke derajat yang serendah-rendahnya.

Takabur dapat terjadi kerana amal atau kedudukan kita. Kita sering merasa menjadi orang yang penting dan mulia. Bayazid menyuruh kita menjadi orang hina agar ego dan keinginan kita untuk menonjol dan dihormati segera hancur, yang tersisa adalah perasaan tawadhu dan kerendah-hatian. Hanya dengan itu kita bisa mencapai hadirat Allah swt.

Orang-orang yang suka mengaji juga dapat jatuh kepada ujub. Mereka merasa telah memiliki ilmu yang banyak. Suatu hari, seseorang datang kepada Nabi saw, "Ya Rasulallah, aku rasa aku telah banyak mengetahui syariat Islam. Apakah ada hal lain yang dapat kupegang teguh?" Nabi menjawab, :"Katakanlah: Tuhanku Allah, kemudian ber- istiqamah-lah kamu."

Ujub seringkali terjadi di kalangan orang yang banyak beribadat. Orang sering merasa ibadat yang ia lakukan sudah lebih dari cukup sehingga ia menuntut Tuhan agar membayar pahala amal yang ia lakukan. Ia menganggap ibadat sebagai investasi.
Orang yang gemar beribadat cenderung jatuh pada perasaan tinggi diri. Ibadat dijadikan cara untuk meningkatkan statusnya di tengah masyarakat. Orang itu akan amat tersinggung bila tidak diberikan tempat yang memadai statusnya. Sebagai seorang ahli ibadat, ia ingin disambut dalam setiap majlis dan diberi tempat duduk yang paling utama.

Tulisan ini saya tutup dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnad-nya; Suatu hari, di depan Rasulullah saw Abu Bakar menceritakan seorang sahabat yang amat rajin ibadatnya. Ketekunannya menakjubkan semua orang. Tapi Rasulullah tak memberikan komentar apa-apa. Para sahabat kehairanan. Mereka bertanya-tanya, mengapa Nabi tak menyuruh sahabat yang lain agar mengikuti sahabat ahli ibadat itu. Tiba-tiba orang yang dibicarakan itu lewat di hadapan majlis Nabi. Ia kemudian duduk di tempat itu tanpa mengucapkan salam. Abu Bakar berkata kepada Nabi, "Itulah orang yang tadi kita bicarakan, ya Rasulallah." Nabi hanya berkata, "Aku lihat ada bekas sentuhan setan di wajahnya."

Nabi lalu mendekati orang itu dan bertanya, "Bukankah kalau kamu datang di satu majlis kamu merasa bahawa kamulah orang yang paling soleh di majlis itu?" Sahabat yang ditanya menjawab, "Allahumma, na'am. Ya Allah, memang begitulah aku." Orang itu lalu pergi meninggalkan majlis Nabi.

Setelah itu Rasulullah saw bertanya kepada para sahabat, "Siapa di antara kalian yang mau membunuh orang itu?" "Aku," jawab Abu Bakar. Abu Bakar lalu pergi tapi tak berapa lama ia kembali lagi, "Ya Rasulallah, bagaimana mungkin aku membunuhnya? Ia sedang ruku'." Nabi tetap bertanya, "Siapa yang mau membunuh orang itu?" Umar bin Khaththab menjawab, "Aku." Tapi seperti juga Abu Bakar, ia kembali tanpa membunuh orang itu, "Bagaimana mungkin aku bunuh orang yang sedang bersujud dan meratakan dahinya di atas tanah?" Nabi masih bertanya, "Siapa yang akan membunuh orang itu?" Imam Ali bangkit, "Aku." Ia lalu keluar dengan membawa pedang dan kembali dengan pedang yang masih bersih, tidak berlumuran darah, "Ia telah pergi, ya Rasulullah." Nabi kemudian bersabda, "Sekiranya engkau bunuh dia. Umatku takkan pecah sepeninggalku...."

Dari kisah ini pun kita dapat mengambil hikmah: Selama di tengah- tengah kita masih terdapat orang yang merasa dirinya paling soleh, paling berilmu, dan paling benar dalam pendapatnya, pastilah terjadi perpecahan di kalangan kaum muslimin. Nabi memberikan pelajaran bagi umatnya bahawa perasaan ujub akan amal soleh yang dimiliki adalah penyebab perpecahan di tengah orang Islam. Ujub menjadi penghalang naiknya manusia ke tingkat yang lebih tinggi. Penawarnya hanya satu, belajarlah menghinakan diri kita. Seperti yang dinasihatkan Bayazid Al-Busthami kepada santrinya.