Thursday, November 25, 2010

Allah Menjadikan Bumi Untuk Kita


Allah telah mencipta bumi, matahari, bintang-bintang dan bulan. Jadi bagaimana semua hidupan di bumi ini muncul? Bayangkan sebuah planet gergasi dengan permukaan yang sama sekali kosong. Tiada manusia atau binatang, tiada tumbuh-tumbuhan atau serangga.

Bumi telah dihiaskan dengan begitu terperinci untuk membolehkan hidupan hidup. Allah telah memberikan semua perincian ini. Jika tidak, tiada seorang pun yang dapat hidup, sama ada kamu, ibu bapa kamu, atau kawan-kawan kamu.



“Dia (Allah) adalah Pencipta langit dan bumi...” (Surah Asy-Syura:11)

Mari kita kaji bagaimana Allah menjadikan bumi ini untuk membolehkan hidupan hidup:

. Fikirkan... betapa tersusunnya segala benda di alam ini. Matahari telah diletakkan pada tempat di mana ia dapat memanaskan kita dan pada masa yang sama memberikan cahaya kepada kita. Sekiranya tiada matahari, pasti tidak ada sebarang hidupan di muka bumi ini. Sama ada kita, tidak juga haiwan-haiwan atau sebarang makhluk lain tidak mungkin dapat hidup.

Allah juga telah menjarakkan matahari daripada kita pada jarak yang tepat. Sekiranya bumi hanya sedikit hampir kepada matahari, kepanasannya pasti akan membakar bumi dan kita pasti tidak dapat hidup. Jika bumi ini hanya sedikit jauh daripada matahari, glasier pasti akan meliputinya dan sekali lagi, hanya sebahagian hidupan dapat hidup. Kerana itulah tidak terdapat hidupan di planet-planet lain, kerana sama ada ia terlalu rapat atau terlalu jauh daripadanya.

Sebagaimana yang telah kamu ketahui, hidupan perlu bernafas untuk hidup. Kita memerlukan oksigen di udara untuk membolehkan kita bernafas. Kadar oksigen yang tepat di dalam udara diperlukan untuk membolehkan manusia bernafas. Sekiranya ia hanya sedikit terlebih atau terkurang, sama ada kita, haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan tidak akan dapat hidup, kerana, seperti yang kita katakan sebentar tadi, kita perlu bernafas untuk hidup. Kerana itu, kita memerlukan oksigen.

Salah satu benda paling penting yang membolehkan kita hidup ialah air. Tiada organisma dapat hidup tanpa air. Kerana itu, Allah telah menjadikan sebahagian besar bumi ini sebagai air. Satu pertiga permukaan bumi dipenuhi air. Bagaimanapun, tidak terdapat air di planet-planet lain atau di bulan yang kamu lihat pada waktu malam. Keperluan asas hidupan hanya terdapat di bumi.

Banyak kejadian di bumi membolehkan kita hidup. Jika hanya satu daripada kejadian-kejadian ini tidak berlaku, tiada hidupan dapat selamat di bumi. Jadi, adakah mungkin beribu kejadian-kejadian ini telah berlaku secara spontan dan berlaku di tempat seperti bumi? Sudah tentu tidak. Tidak mungkin kejadian-kejadian ini berlaku secara kebetulan. Allah telah menjadikan bumi ini untuk manusia. Kerana itu, bumi adalah tempat paling sesuai untuk kita.

Kamu boleh memberikan contoh berikut kepada mereka yang mendakwa bumi ini dan seluruh cakerawala ini telah terbentuk secara kebetulan. Katakanlah kamu sedang bermain-main di pantai dan kamu melihat ombak besar menghampiri, jadi kamu pulang ke rumah. Apabila kamu kembali ke pantai beberapa jam kemudian, kamu melihat tanda yang hebat. Di pantai kamu melihat terdapat sebuah bandar terbentuk daripada pasir. Terdapat rumah-rumah, hospital-hospital, sebuah lapangan terbang dan bas-bas. Malah terdapat sejumlah manusia. Kamu bertanya kepada seorang sahabat yang melalui tempat tersebut sama ada dia mengetahui bagaimana semua ini berlaku. Sekiranya dia menjawab, "Saya rasa ombak besar yang sampai ke pantai ini telah membentuknya", apa yang akan kamu fikirkan? Tidakkah kamu akan mengesyaki kawan kamu itu hanya berimaginasi, atau mungkin kamu akan ketawa memikirkan dia mungkin hanya bergurau atau gila?

Apakah Kamu Fikir Ini Mungkin Berlaku?
Kamu sedang bermain di tepi pantai dan, tiba-tiba, ombak besar datang. Oleh itu, kamu pulang ke rumah dengan segera. Apabila kamu kembali ke pantai beberapa jam kemudian, kamu melihat satu petanda yang menakjubkan. Terdapat sebuah istana pasir yang indah di pantai. Tidak mungkin ombak-ombak besar itu telah membentuknya “secara kebetulan”. Tidak mungkin sebuah bangunan cantik dan rapi dapat terbentuk secara kebetulan, dan dengan cara yang sama juga adalah mustahil hidupan dapat muncul di bumi ini secara kebetulan.

Adalah mustahil untuk ombak-ombak ini membentuk sebuah bandar yang sempurna daripada pasir secara tidak sengaja. Adalah tidak masuk akal sesiapa yang mahir dalam membina bandar seperti itu telah datang, membinanya dan kemudian meninggalkannya.

Bagaimanapun, sebahagian manusia - walaupun mereka terdiri daripada profesor atau pakar sains - telah menerima idea karut ini. Mereka tidak akan menyatakan, "Ombak telah membentuk bandar pasir tersebut", tetapi mereka akan menyatakan, "Pecahan kecil benda, yang dinamakan sebagai atom, telah berkumpul secara kebetulan dan ia membentuk matahari, bintang-bintang dan bumi, segalanya dilakukan dengan sendirinya". Kerana mereka tidak mahu mengakui Allah telah mencipta segalanya. Mereka mempertahankan yang salah tanpa mempercayai yang benar. Kami akan menerangkan siapa mereka dengan lebih terperinci di akhir buku ini.

Perisai Pelindungan Di Sekeliling Bumi: Atmosfera


Meteor dan batu-batu yang pecah dari planet-planet atau sisa jisim daripada bintang-bintang. Ia berterbangan di angkasa, dan dari masa ke semasa jatuh ke permukaan planet menyebabkan kerosakan yang teruk. Tetapi kerana Allah telah menyaluti planet kita dengan satu perisai perlindungan, ia tidak menjejaskan kita.

Tahukah anda setiap hari banyak meteor jatuh ke bumi?

Apabila meteor-meteor jatuh di planet-planet lain, ia membentuk kawah-kawah gergasi, tetapi apabila ia jatuh ke bumi, ia tidak menjejaskannya.

Jadi bagaimana meteor-meteor yang menyebabkan kerosakan yang teruk kepada permukaan planet-planet lain tetapi tidak memberi apa-apa kesan kepada bumi?


Atmosfera mengelilingi bumi sebagai perisai keselamatan. Terima kasih kepada atmosfera, kita terpelihara daripada banyak ancaman tanpa kita sedari.

Ia disebabkan oleh atmosfera yang mengelilingi bumi. Atmosfera mengelilingi planet kita sebagai perisai perlindungan. Sebuah meteor memasuki atmosfera menyusut melalui pembakaran. Apabila ia menghampiri permukaan bumi, ia menjadi semakin kecil. Oleh itu, meteor tersebut menjadi sangat kecil atau berkurangan dan hilang sepenuhnya apabila ia mencecah permukaan bumi, dan tidak memudaratkan kita.

Atmosfera ini tidak hanya melindungi kita daripada meteor tetapi ia juga menyerap sinaran berbahaya daripada matahari. Sekali lagi, sekiranya sinaran berbahaya ini dapat mencecah permukaan bumi, mustahil bagi hidupan untuk selamat.

Dua ciri yang kami sebutkan di sini adalah lebih daripada cukup untuk menunjukkan kepada kita atmosfera bukan benda sebarangan. Allah telah menjadikan atmosfera, dan dengan atmosfera ini Dia melindungi kita daripada bahaya.

No comments: