Thursday, June 2, 2011

7 Anggota yang wajib kita jaga

http://3.bp.blogspot.com/_4S4swdwgbQA/TAwyxIZUyoI/AAAAAAAACM4/EHfTxf_aZDA/s1600/3105_imgcache.jpg

Kitab Penawar Bagi Hati

  1. Ilmu Tasawuf itu adalah satu ilmu bagi mengenal segala kelakuan hati samada ia berkelakuan dengan akhlak yang terpuji seperti merendah diri dan sabar atau kelakuan yang dicela seperti sifat dengki dan membesarkan diri.
  1. Faedah Ilmu Tasawuf ini adalah dapat mengosongkan hati melainkan untuk Allah dan dapat pula menghiasinya dengan kecintaan kepada Tuhan sekalian alam.
  1. Hati menjadi pengantar bagi menterjemahkan kelakuan daripada seseorang itu.
  1. Hukumnya adalah wajib bagi mereka yang berakal dan sudah sampai umur (akil baligh).
  1. Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW menjadi sumber rujukan.
  1. Ia dipanggil Ilmu Tasawuf.
Maksud Ilmu Tasawuf adalah suatu amalan bagi membersihkan anggota yang zahir daripada segala perbuatan yang keji, supaya dibersihkan juga hati daripada segala sifat yang tercela. Anggota yang perlu dibersihkan itu ada tujuh semuanya iaitu:
  1. Mata.
  2. Telinga.
  3. Lidah.
  4. Perut.
  5. Kemaluan.
  6. Tangan.
  7. Kaki.
Dan perlu diingat dalam hati Allah sentiasa memberikan kepada kita kenikmatan yang besar iaitu segala anggota yang wajib dipelihara dan disyukuri. Jika tidak dijaga semuanya, ia akan menjadi saksi kepada perbuatan dosa kita di Hari Kiamat sebagaimana yang diterangkan dalam al-Quran bermaksud:
“Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.” (Surah Yasin, ayat 65)
Ertinya manusia ditegah daripada bercakap dengan mulut pada Hari Kiamat nanti. Allah kemudian mengarahkan setiap anggota badan menjadi saksi kepada apa yang dilakukan oleh tuan mereka di dunia dahulu. Maka setiap anggota badan tersebut bertutur melaporkan setiap kejahatan yang dilakukan semasa di dunia dan Allah menyatakan dalam al-Quran yang bermaksud:
“Kamu sekali-sekali tidak dapat bersembunyi dari kesaksian pendengaran, penglihatan dan kulitmu kepadamu bahkan kamu mengira bahwa Allah tidak mengetahui kebanyakan dari apa yang kamu kerjakan.” (Surah Fussilat, ayat 22)
Maka di sini saya akan menerangkan ketujuh-ketujuh fasal yang berkaitan dengan anggota badan yang tujuh tersebut kerana ketujuh-tujuh anggota tersebut tidak pernah terpisah daripada manusia pada masa dan tempat manapun.

No comments: