Wednesday, December 29, 2010

KEUTAMAAN MASJID

http://www.moveed.com/data/media/5/____.jpg

BAB 14: KEUTAMAAN MASJID

Kitab Mukasyafatul Qulub (Dibalik Ketajaman Mata Hati)
Imam Al-Ghazali

Allah berfirman:
‘Hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirlah yang akan memakmurkan masjid-masjid Allah.’
-surah At-Taubah ayat 18.

Nabi Muhammad saw bersabda:
‘Barangsiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana Allah, walau hanya seperti gundukan tanah sarang merpati, Allah akan membangun sebuah gedung baginya di syurga’.

‘Barang siapa yang gemar masjid, maka Allah akan gemar padanya’.

‘Apabila seseorang di antara kamu masuk masjid, hendaklah solat dua rakaat sebelum duduk’.

‘Tidak ada solat bagi tetangga masjid, kecuali di masjid’.

‘malaikat-malaikat mendoakan pada seseorang di antara kamu selagi dia berada di tempat solat’.
malaikat-malaikat itu berkata: ya allah, berilah keberkatan, rahmat, ampunan bagi dia selagi belum hadas, dan belum keluar dari masjid.

Nabi Muhammad saw bersabda:
‘Bakal datang pada akhir masa manusia dari umatku yang datang kemasjid. Lalu mereka duduk di dalamnya berkelompok-kelompok, zikir (percakapan) mereka adalah dunia dan mencintai dunia itu. Janganlah kamu berkumpul dengan mereka, kerana allah tidak memerlukan mereka’.

Nabi Muhammad saw bersabda, Allah swt berfirman dalam sebahagian Kitab-kitabnya,
‘Sesungguhnya rumah-rumah-Ku di dalam bumi-Ku adalah beberapa masjid dan sesungguhnya orang-orang yang mengunjungi Aku adalah orang-orang yang memakmurkan masjid-masjid itu. Maka keberuntungan besar bagi seorang hamba yang bersuci di runahnya kemudian dia mengunjungi-Ku di rumah-Ku’.

Nabi Muhammad saw bersabda,
‘Apabila kamu melihat seorang laki-laki yang membiasakan ke masjid,
maka bersaksilah kamu kepadanya dengan iman’.

Sa’id bin A-Musayyab berkata:
‘Barangsiapa yang duduk di masjid, maka sesungguhnya dia hanya berkumpul dengan Tuhannya.
Tidaklah ada hak baginya untuk berkata, kecuali yang baik’.

Diriwayatkan di dalam atsar atau bahkan hadith;
‘Pembicaraan di masjid memakan kebaikan-kebaikan,
sebagaimana ternak memakan rumput’.

An-Nakha’i berkata:
‘para ulama berpendapat, bahawa berjalan di alam yang gelap menuju masjid adalah mengharuskan syurga’.

Anas bin Malik berkata:
‘Barangsiapa yang menerangi lampu dengan sebuah lampu di masjid, maka para malaikat dan pemikul-pemikul Arasy tidak henti-hentinya memohonkan ampun selagi dia masih tetap berada di dalam masjid itu’.

Ali karramallahu wajhahu berkata:
‘Apabila seorang hamba mati, maka menangislah tempat solatnya di bumi dan tempat naik amalnya di langit’.
kemudian dia membaca:
‘Maka langit dan bumi tidak menangisi mereka dan mereka pun tidak di beri tangguh’.
-Surah Ad-Dukhan ayat 29.

Ibnu Abbas berkata:
‘Bumi akan menangisinya selama 40 pagi’.

Atha’ Al-Khurasyani berkata:
‘Tidaklah seorang hamba bersujud kepada Allah dengan sekali sujud pada sebuah tempat dari tempat-tempat di bumi, kecuali tempat itu akan bersaksi baginya pada hari kiamat dan akan menangisi pada hari kematiannya’.

Anas bin Malik berkata:
‘Tidak ada sebuah tempat yang digunakan zikir yang lain kecuali dia berbangga atas tempat-tempat yang ada di sekitarnya dan dia bergembira dengan zikir kepada Allah azza wa jalla sampai ujung terakhirnya di bumi ke tujuh. Dan tidak ada seorang hamba yang berdiri solat kecuali bumi ini akan berhias untuknya’.

Dikatakan, ‘Tidak ada sebuah tempat yang disinggahi sekelompok manusia, kecuali tempat itu akan mendoakan atau melaknatinya’.

ANGAN-ANGAN YANG MULUK

17

BAB 26: ANGAN-ANGAN YANG MULUK

Kitab Mukasyafatul Qulub (Dibalik Ketajaman Mata Hati)
Imam Al-Ghazali

Nabi Muhammad saw bersabda:
‘Sesuatu yang paling mengrisaukan atas kamu adalah dua hal, angan-angan yang muluk dan mengikuti hawa nafsu. Dan sesungguhnya angan-angan muluk membuat lupa kepada akhirat, sedang mengikuti hawa nafsu akan menghalangi kebenaran.’

‘Aku menjamin kepada tiga orang dengan tiga hal; iaitu orang yang terjun dalam duniawi, orang yang rakus kepadanya, dan orang yang sangat kikir dengannya dengan tiga hal; iaitu kefakiran yang tiada akan kaya sesudahnya, kesibukan yang tiada istirehat darinya, dan kesusahan yang tiada kegembiraan menyertainya’.

Dari Abid Darda ra, Sesungguhnya dia telah berada dekat penduduk Hamsh.Berkatalah dia:
‘Tidakkah kamu malu, kamu membangun apa yang tidak kamu tempati, meangan-angankan apa yang tidak kamu temukan dan mengumpulkan apa yang tidak kamu makan. sesungguhnya orang-orang yang ada sebelum kamu telah membangun bangunan kukuh, mengumpulkan yang banyak, dan berangan-angan yang jauh. Tetapi tempat-tempat mereka menjadi kuburan-kuburan, angan-angan mereka adalah tipuan dan pengumpulan harta mereka adalah kehancuran.’

Ali bin Abi Thalib berkata kepada umar ra:
‘Apabila kamu ingin bertemu kedua sahabatmu (Nabi Muhammad saw dan Abu Bakar ra) maka tampallah bajumu, jahitlah sandalmu, sederhanakan angan-anganmu, dan makanlah di bawah ukuran kenyang.’

Adam as (memberi wasiat) kepada anaknya Syits dengan lima hal dan memerintahkannya untuk memberi wasiat dengan lima hal itu kepada anak-anaknya lagi sepeninggalnya:

Pertama; dia berkata kepada Syits;’Katakanlah kepada anak-anakmu, janganlah kamu merasa tenang (tenteram) dengan dunia, kerana aku pernah merasa tenang (tenteram) dengan syurga yang abadi, tetapi Allah mengeluarkan aku dari sana.

Kedua; Katakanlah pada mereka, janganlah kamu bertindak menurut kesenangan perempuan-perempuan, kerana aku pernah menurut kesenangan isteriku dan aku makan Syajarah, lalu penyesalan menyusulku.

Ketiga; Katakan pada mereka, setiap perbuatan yang kamu inginkan perhatikanlah akibatnya, kerana seandainya aku memperhatikan sesuatu, tentu tidak terjadi apa yang telah menimpaku itu.

Keempat; Apabila hatimu tergoncang menghadapi sesuatu, maka jauhilah. Kerana ketika aku makan Syajarah tergoncanglah hatiku, tetapi aku tidak mahu kembali. Maka penyesalan menyusulku.

Kelima; Musyawarahkanlah di dalam memutuskan segala hal, kerana apabila aku bermusyawarah dengan para malaikat tentu tidak terjadi apa yang telah menimpaku itu.’

Mujahid berkata:
‘Abdullah bin Umar berkata kepadaku, ‘Apabila kamu memasuki pagi, janganlah kamu ceritakan dirimu pada petang hari, dan apabila kamu memasuki petang hari maka janganlah kamu ceritakan dirimu pada pagi hari.
Ambillah sesuatu dari hidupmu sebelum matimu dan dari sihatmu sebelum sakitmu. Kerana kamu tidak mengetahui Apa namamu esok pagi.’

Nabi Muhammad saw bersabda kepada sahabat-sahabatnya:
‘Adakah kamu semua ini menghendaki syuega?’
Mereka menjawab: ‘Ya, ya rasulullah.’
Beliau bersabda; ‘ Sederhanakanlah angan-angan dan malulah kepada Allah dengan sepenuh rasa malu.’
Mereka berkata: ‘Kami semua malu kepada Allah swt.’
Beliau bersabda; ‘Bukan itu yang di sebut malu. Tetapi malu kepada Allah swt ialah kamu mengingat kuburan dan kematian binasa dan menjaga perut beserta isinya dan kepala beserta yang di kandungnya.’

Orang yang menginginkan kemuliaan akhirat akan meninggalkan perhiasan dunia. Disanalah rasa malu seorang hamba kepada Allah dengan penuh rasa malu, dan dengannya pula seorang hamba memperoleh kasih sayang dari Allah swt.

Rasulullah saw bersabda;
‘Kesalihan generasi awal umat ini berkat mengasingkan duniawi dan keyakinan, sedang kebinasaan generasi umat ini akibat kebakhilan dan muluknya angan-angan.’

Diriwayatkan Dari Ummil-Mundzir, sesungguhnya dia berkata, Rasulullah saw menghampiri orang-orang pada suatu petang dan bersabda;
‘Wahai manusia, tidakkah kamu malu kepada Allah?’ Mereka bertanya: ‘Apa itu ya Rasulullah?’
Beliau bersabda; ‘Kamu mengumpulkan apa yang tidak akan kamu makan, mengangan-angankan apa yang tidak akan kamu temukan, dan membangun apa yang tidak akan kamu tempati.’

Dari Abi Sa’id Al-Khudri dia berkata: ‘Usamah bin Zaid membeli dari Zaid bin Thabit budak Walidah seharga 100 dinar dengan pembayaran yang di tangguhkan sampai sebulan. Lalu aku mendengar Rasululla saw bersabda;
‘Tidakkah kamu merasa hairan terhadap Usamah sungguh orang yang berangan-angan indah. Demi Tuhan yang jiwaku berada di dalam kekuasaan-Nya, tidak pernah kedua tepi pelupuk mataku tidak akan bertemu, hingga Allah mencabut nyawaku sebelumnya. Tidak pernah aku mengangkat pandanganku lalu aku berfikir bahawa sesungguhnya aku akan meletakkannya hingga nyawaku di cabut. Dan tidak pernah aku menelan sesuap makanan pun kecuali aku berfikir bahwa sesungguhnya aku tidak akan menelannya hingga aku tercekik dengannya kerana mati.’ Kemudian beliau bersabda; ‘Wahai anak cucu Adam, kalau kamu dapat berfikir maka, hitunglah dirimu di antara orang-orang mati. Demi Tuhan yang jiwaku berada dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya apa yang di janjikan kepadamu tentu akan terjadi dan tidaklah kamu dapat menundanya (melemahkannya).’

Dari Ibnu Abbas ra, sesungguhnya Rasulullah saw keluar untuk menuangkan air. Lalu beliau mengusap dengan debu dan aku berkata padanya, ‘Ya Rasulullah, sesungguhnya air dekat dengannya.’ Beliau bersabda; ‘Apa yang membuatku tahu? Mungkin aku tidak dapat mencapainya.’

Diriwayatkan, sesungguhnya Nabi Muhammad saw mengambil 3 buah kayu. Beliau menancapkan sebuah kayu di hadapannya, yang lain di sebelahnya, dan yang ketiga di jauhkannya. Bersabda beliau; ‘Apakah kamu tahu apa ini?.’ Mereka menjawab: ‘Allah dan Utusan-Nya yang lebih mengetahui.’ Beliau bersabda; ‘Ini adalah manusia, yang ini ajal dan yang itu angan-angan. Anak cucu Adam menghadapinya dan ajal mengejutkannya, bukan angan-angan.

(Dikatakan) Suatu ketika Nabi Isa as sedang duduk, sementara seorang yang sangat tua bekerja dengan cangkul mengolah tanah. Isa as berkata; ‘Ya Allah, cabutlah angan-angan darinya.’
Orang tua itu lalu meletakkan cangkul dan bertiduran. Dia berdiam sesaat. Isa berkata lagi; ‘Ya Allah kembalikanlah angan-angan padanya tentang semua itu.’
Laki-laki itu berkata: ‘Pada saat aku bekerja, tiba-tiba hatiku berkata pada diriku sendiri, ‘Sampai bila kamu harus bekerja, sedang kamu adalah orang tua yang sangat lanjut.’ Maka aku melemparkan cangkul dan bertiduran. Kemudian hatiku berkata lagi pada diriku sendiri, ‘Demi Allah, tidak boleh tidak bagimu mata pencarian selama kamu masih hidup. Maka berdirilah aku dan ku ambil cangkulku.’

77 Cabang Iman


16


PELAJARI 77 CABANG IMAN

Sumber: http://imanyakin.wordpress.com/2010/01/18/cabang-iman/#more-198

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, “Iman itu memiliki tujuh puluh cabang (riwayat lain tujuh puluh tujuh cabang) dan yang paling utama ialah Laa ilaaha illa Allah, dan yang terendah ialah membuang duri dari jalan. Dan malu juga merupakan salah satu cabang iman.” (Ashhabus Sittah).

Banyak ahli hadits yang menulis risalah mengenai cabang iman di antaranya ialah : Abu Abdillah Halimi rah a dalam Fawaidul Minhaj, Imam Baihaqi rah a dalam Syu’bul Iman, Syaikh Abdul Jalil rah a dalam Syu’bul Iman, Ishaq bin Qurthubi rah a dalam An Nashaih, dan Imam Abu Hatim rah a dalam Washful Iman wa Syu’buhu.

Para pensyarah kitab Bukhari rah a menjelaskan serta mengumpulkan ringkasan masalah ini dalam kitab-kitab tersebut. Walhasil pada hakikatnya iman yang sempurna itu mempunyai 3 (tiga) bagian :

1. Tashdiq bil Qalbi, yaitu meyakini dengan hati,
2. Iqrar bil Lisan, mengucapkan dengan lisan, dan
3. Amal bil Arkan, mengamalkan dengan anggota badan.

Cabang iman terbagi lagi menjadi 3 (tiga) bagian, yaitu yang berhubungan dengan :

1) Niat, aqidah, dan amalan hati;

2) Lidah; dan

3) Seluruh anggota tubuh.

1. Yang Berhubungan dengan Niat, Aqidah, dan Hati

1) Beriman kepada Allah, kepada Dzat-Nya, dan segala sifat-Nya, meyakini bahwa Allah adalah Maha Suci, Esa, dan tiada bandingan serta perumpamaannya.

2) Selain Allah semuanya adalah ciptaan-Nya. Dialah yang Esa.

3) Beriman kepada para malaikat.

4) Beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan Allah kepada para Rasul-Nya.

5) Beriman kepada para Rasul.

6) Beriman kepada takdir yang baik maupun buruk, bahwa semua itu dating dari Allah.

7) Beriman kepada hari Kiamat, termasuk siksa dan pertanyaan di dalam kubur, kehidupan setelah mati, hisab, penimbangan amal, dan menyeberangi shirat.

8) Meyakini akan adanya Syurga dan Insya Allah semua mukmin akan memasukinya.

9) Meyakini neraka dan siksanya yang sangat pedih untuk selamanya.

10) Mencintai ALLAH

11) Mencintai karena Allah dan membenci karena Allah termasuk mencintai para sahabat, khususnya Muhajirin dan Anshar, juga keluarga Nabi Muhammad saw dan keturunannya.

12) Mencintai Rasulullah saw, termasuk siapa saja yang memuliakan beliau, bershalawat atasnya, dan mengikuti sunnahnya.

13) Ikhlash, tidak riya dalam beramal dan menjauhi nifaq.

14) Bertaubat, menyesali dosa-dosanya dalam hati disertai janji tidak akan mengulanginya lagi.

15) Takut kepada Allah.

16) Selalu mengharap Rahmat Allah.

17) Tidak berputus asa dari Rahmat Allah.

18) Syukur.

19) Menunaikan amanah.

20) Sabar.

21) Tawadhu dan menghormati yang lebih tua.

22) Kasih sayang, termasuk mencintai anak-anak kecil.

23) Menerima dan ridha dengan apa yang telah ditakdirkan.

24) Tawakkal.

25) Meninggalkan sifat takabbur dan membanggakan diri, termasuk menundukkan hawa nafsu.

26) Tidak dengki dan iri hati.

27) Rasa malu.

28) Tidak menjadi pemarah.

29) Tidak menipu, termasuk tidak berburuk sangka dan tidak merencanakan keburukan atau maker kepada siapapun.

30) Mengeluarkan segala cinta dunia dari hati, termasuk cinta harta dan pangkat.

2. Yang Berhubungan dengan Lidah

31) Membaca kalimat Thayyibah.

32) Membaca Al Quran yang suci.

33) Menuntut ilmu.

34) Mengajarkan ilmu.

35) Berdoa.

36) Dzikrullah, termasuk istighfar.

37) Menghindari bicara sia-sia.

3. Yang berhubungan dengan Anggota Tubuh

38) Bersuci. Termasuk kesucian badan, pakaian, dan tempat tinggal.

39) Menjaga shalat. Termasuk shalat fardhu, sunnah, dan qadha’.

40) Bersedekah. Termasuk zakat fitrah, zakat harta, member makan, memuliakan tamu, serta membebaskan hamba sahaya.

41) Berpuasa, wajib maupun sunnah.

42) Haji, fardhu maupun sunnah.

43) Beriktikaf, termasuk mencari lailatul qadar di dalamnya.

44) Menjaga agama dan meninggalkan rumah untuk berhijrah sementara waktu.

45) Menyempurnakan nazar.

46) Menyempurnakan sumpah.

47) Menyempurnakan kifarah.

48) Menutup aurat ketika shalat dan di luar shalat.

49) Berkorban hewan, termasuk memperhatikan hewan korban yang akan disembelih dan menjaganya dengan baik.

50) Mengurus jenazah.

51) Menunaikan utang.

52) Meluruskan mu’amalah dan meninggalkan riba.

53) Bersaksi benar dan jujur, tidak menutupi kebenaran.

54) Menikah untuk menghindari perbuatan keji dan haram.

55) Menunaikan hak keluarga dan sanak kerabat, serta menunaikan hak hamba sahaya.

56) Berbakti dan menunaikan hak orang tua.

57) Mendidikan anak-anak dengan tarbiyah yang baik.

58) Menjaga silaturrahmi.

59) Taat kepada orang tua atau yang dituakan dalam agama.

60) Menegakkan pemerintahan yang adil

61) Mendukung jemaah yang bergerak di dalam kebenaran.

62) Mentaati hakim (pemerintah) dengan syarat tidak melanggar syariat.

63) Memperbaiki mu’amalah dengan sesama.

64) Membantu orang lain dalam kebaikan.

65) Amar makruh Nahi Mungkar.

66) Menegakkan hukum Islam.

67) Berjihad, termasuk menjaga perbatasan.

68) Menunaikan amanah, termasuk mengeluarkan 1/5 harta rampasan perang.

69) Memberi dan membayar utang.

70) Memberikan hak tetangga dan memuliakannya.

71) Mencari harta dengan cara yang halal.

72) Menyumbangkan harta pada tempatnya, termasuk menghindari sifat boros dan kikir.

73) Memberi dan menjawab salam.

74) Mendoakan orang yang bersin.

75) Menghindari perbuatan yang merugikan dan menyusahkan orang lain.

76) Menghindari permainan dan senda gurau.

77) Menjauhkan benda-benda yang mengganggu di jalan.

PERJALANAN SUFI

http://www.moveed.com/data/media/126/0ada451c03df92e4.jpg

Sumber asal: http://www.kesturi.net/

Latarbelakang

Seorang Sufi biasanya dia tidak mengaku dirinya Sufi. Yang pasti , seseorang yang tidak dibimbing oleh seorang atau lebih Nabi a.s tidak selayaknya menganggap dirinya Sufi. Terkadang , mereka yang sampai ke maqam yang tiada maqam pun hanya mengaku dirinya salik (pemula jalan kesufian). Mereka yang dibimbing sampai ke maqam yang tiada maqam tentunya diajari oleh Allah s.w.t sendiri.

Perjalanan Hidup Ahli Sufi

Selalunya mereka akan melalui inisiasi (initiation) contohnya pada awal perjalanan mereka akan bermimpi musyafahah ( bersalam) dengan ummahatul mukminin Saidatina Aisyah ( dalam kes Sh. Abdul Qadir Jilani rah. beliau bermimpi menyusu ( sebagai seorang bayi) dengan Saidatina Aishah r.anha) . Dalam perjalanan peningkatan maqam , mereka akan dihadiahkan khirqah atau jubah oleh guru mursyid mereka – dalam kes Sh. Al-Busiri ( pengarang Selawat Burdah) beliau bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w langsung diberi hadiah sehelai burdah kepadanya. Mereka diajari oleh Allah s.w.t untuk mengamalkan zikir dan wirid berdasarkan pemerhatian (pembukaan) yang telah ditunjuki oleh Allah s.w.t , contohnya mereka akan melihat jasad mereka yang sedang sakaratul maut memberi salam “ Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ilayaumilkiyamah” ( kaki kanan beri salam kepada kaki kiri , tangan kanan memberi salam kepada tangan kiri dan seterusnya) – maka , mereka pun menggunakan salam ini kepada orang-orang yang dikasihi mereka.

Allah s.w.t akan memberi nama rahsia kepada mereka sebab nama yang diberikan oleh ibubapa mereka tidak menepati kehendak Allah s.w.t atau mungkin Allah sengaja ingin merahsiakan nama mereka dikalangan manusia sendiri. Ini dibuktikan dengan pelbagai riwayat dimana nama para anbiya’ termasuk nama Rasulullah s.a.w sendiri diberi oleh Allah s.w.t melalui mimpi . Dikalangan sahabat nama Saidina Ali kar. juga diberi oleh Allah s.w.t kepada ibunya melalui mimpi. Dalam perjalanan hidupnya mereka akan mengalami mikraj – seperti Nabi s.a.w sebab perkara ini adalah sunnah . Ada beberapa mod mikraj : satu mikraj dalam mimpi , satu lagi ketika melaksanakan solat (selalunya akan berada di Sidratul Muntaha ) dan satu lagi ketika melakukan zikir atau dalam keadaan pengsan sebab rindu-dendam kepada Allah s.w.t ( selalunya ke bawah Arsy ). Isra’ pula selalunya dilaksanakan ketika solat juga iaitu menghantar roh memasuki Kaabah .

Seseorang ahli Sufi itu akan mencapai haqqul yakin sebab Allah s.w.t memberi peluang untuk dia melihat surga, neraka , Sidratul Muntaha ( dan melihat penempatannya di situ) titian syirat dan lain-lain. Sebahagian besar menyingkapan ini berlaku ketika ahli Sufi ini melakukan zikir atau puji-pujian kepada Allah atau ketika membaca Selawat , samada diiringi oleh para malaikat , dibawa oleh Nabi s.a.w atau para sahabat baginda dan para wali qutub. Dia akan dibimbing oleh gurunya untuk melaksanakan solat daim ( sentiasa membawa zikir ) dan duduk dalam keadaan sentiasa fana’ atau lebih tinggi lagi fana’ baqa’ billah. Dia tahu kedudukan menginati Allah s.w.t diwaktu pagi dan diwaktu petang sebab dia dapat meletakkan kepentingan itu untuk melihat wajah Allah (masimum dua kali dalam sehari ) disruga nanti. Dia dapat menyelami keadaan mengapa jika kita buat satu bulatan ( contohnya ketika bertahlil atau membaca Yasin) tidak dibenarkan seseorang duduk di dalam bulatan itu- apa yang ada di tengah bulatan itu dapat dilihatnya.

Keadaan ( atau hal ) seorang Sufi

Seseorang ahli Sufi dapat membuktikan apa yang orang awam selalu ditanya dan tidak dapat menjawab : apa buktinya Fatihah itu Ummul Kitab? Dengan membaca Fatihah kepada seseorang Nabi a.s atau malaikat , Nabi a.s atau malaikat itu terus hadir dihadapannya –itulah pembuktiannya. Hal atau keadaan seorang Sufi sentiasa menuju kea rah insanul kamil (atau nafsu kamaliyah). Jika dia berada lama dalam hal ini , diharus turun balik ke nafsu mutmainnah kerana menjadi tugasnya untuk bercampur dengan manusia dan menyebarkan misinya untuk membawa manusia mengenal Allah s.w.t. Dia membawa nubuwwah dalam wilayah , kerana wilayah itu lebih am (general) dari nubuwwah. Dia rapat dengan al-Quran dan memahami hakikat al-Quran dalam dirinya – itu sebabnya akalnya bernama aqal Qur’ani ( ini terbukti mengikuti sunnah sebab Nabi Muhammad s.a.w sendiri dihuraikan oleh Saidatina Aisyah r.a sebagai Quran berjalan) .

Antara hal-hal yang pelik berlaku ialah Quran turun dari langit terus masuk ke kepala dan dadanya ( dua peristiwa yang berbeza) selalu pada suatu malam Jumaat atau ketika waktu khutbah Jumaat . Dengan prasyarat (dalam bentuk tajalli ini) ini dia akan dapat memahami makna batin al-Quran (selain daripada makna zahir yang boleh dipelajari dari tulisan para Imam –imam mufassirin yang terkenal seperti Ibn Kathir , al-Qurtubi dll) , had dan mathla’nya. 4 dimensi al-Quran ini pula melambangkan pendedahan tentang rahsia alam nasut (makna zahir) , alam malakut (makna batin) , alam jabarut ( hadd) dan alam lahut ( mathla’). Dalam makam-makam dan waktu tertentu ahli Sufi ini akan diajari oleh salah seorang dari 25 nabi-nabi a.s . Itu sebabnya Ibn Arabi menulis kitab Fusus al-Hikam untuk menerangkan dan menghuraikan hikmah-hikmah para anbiya’ tersebut untuk ahli Sufi akan datang kerana hikmah mengatasi ilmu pengetahuan manusiawi. Dia dapat dengan inayah Allah s.w.t mengosongkan jiwanya untuk menerima hikmah ini kerana ilmu kenabian dan wilayah adalah ilmu yang tidak berdasarkan akal melainkan diganti oleh Allah s.w.t dengan akal Qur’ani , bukan akal biasa yang berfikir mengikut hukum fizik ( sebab musabab).

Diantara bukti atau tanda kenaikan maqam seseorang ahli Sufi ialah penerimaan khirqah (jubah) atau mungkin burdah (serban atau kain penutup kepala) . Ini selalunya diterima atau disampaikan oleh gurunya daripada orang lain . Dengan memakainya dia akan dapat bertabarruk dan dapat mengalami hal (keadaan) orang yang pernah memakainya – contohnya dapat melihat cahaya Dzat Allah s.w.t seperti yang dialami Nabi Musa a.s . Penyingkapan lain antaranya ialah mengalami dan menyelami zaman perjanjian dengan Rabb iaitu zaman roh melakukan perjanjian dengan Allah s.w.t iaitu era “ alastu birobbikum , qolu bala syahidna” – almasyadu tauhidi .

Jika dia berbuat kesalahan , gurunya akan memerintahkannya melaksanakan solat taubat yang perlbagai : antaranya solat taubat anggota luar ( tangan , kaki, hidung , mulut , mata dan telinga) dan juga solat taubat anggota dalaman dan juga 7 lathaif. Allah s.w.t akan membuka sebahagian rahsia roh – selain daripada melihat rohani seseorang dalam pelbagai wajah dia juga akan dapat melihat roh pelbagai objek contohnya roh Kaabah dan roh Hajar Aswad. Oleh itu dia tidak hairan mendengar cerita bagaimana para waliyullah zaman dahulu (contohnya Sh. Ahmad Yasawi rah.) dapat menghadirkan Kaabah dan Hajar Aswad dihadapan anak muridnya. Kerana memahami dan mengenal roh Hajar Aswad misalnya , bukan saja dia akan kucup tetapi dia juga akan memeluk Hajar Aswad itu sebab roh Hajar Aswad itu “adalah Dia dan bukan Dia” sekaligus – itu sebabnya hadith menyebutkan bahawa mereka yang mencium Hajar Aswad sebenarnya bersalaman dengan Tangan Allah s.w.t.

Mereka akan melihat banyak pembuktian hadith dalam perjalanan hidup mereka , antaranya melihat malaikat mengajar mereka yang belum khatam al-Quran sewaktu hidupnya , dengan al-Quran di dalam kubur (alam barzakh). Ini selalunya berlaku kepada mereka yang menyesal dan kemudian bersungguh-sungguh untuk menperdalami al-Quran diwaktu tua. Oleh itu , penampakan ini sebenarnya adalah maksud “ Carilah (pelajarilah) ilmu hingga ke liang lahad”. Dia akan selalu terkenang kata-kata azimat gurunya “ orang yang bodoh masuk neraka, orang yang pandai masuk surga” – sebab orang yang bodoh itu malas mencari ilmu sedang orang yang pandai itu rajin dan berusaha bersungguh sungguh mencari ilmu.

Dalam banyak keadaan Nabi-nabi yang datang mengajarinya adalah dari kalangan ulul azmi – mereka jugalah yang menjaga Lathaif-lathaif dalam diri kita. Kadang- kadang tersingkap (ini selalunya berlaku atas keperluan atau permintaan dari seseorang) penampakan samada seseorang itu bercakap bohong atau benar atau dapat melihat penceramah agama yang bercakap dalam TV keadaan sebenar orang itu – sebab cahaya atau zulumat yang keluar dari mulutnya dapat dilihat. Mereka juga memahami bahawa makhluk-makhluk bathil juga adalah ciptaan Allah s.w.t dan selalau meletakkan perlindungan dalam doa “ Aku berlindung dariMu dengan Mu”. Dalam banyak keadaan manusia biasa akan selalu memandang serong terhadap banyak perbuatannya – tapi dia tidak memperdulikan pandangan manusia sebaliknya dia taat terus kepada perintah Tuhannya , sebab dia melihat “kebatinan” sesuatu perbuatan dan tidak menumpukan kepada zahirnya perbuatan itu. Mereka juga akan mengalami mikraj (sebagaimana yang dihurai oleh Imam Qusyairi bahawa Rasulullah s.a.w mengalami mikraj secara ruh 33 kali sebelum mikraj dengan jasad dan ruh) secara ruh selain daripada mikraj ketika solat ( ke Sidratul Muntaha atau bawah Arsy).Dia akan diajari oleh gurunya banyak ilmu yang tidak tertulis dalam kitab atau buku yang merupakan sebahagian daripada ilmu asrar (rahsia) yang hanya boleh diajar kepada orang yang layak – dalam kes ini seseorang sufi itu diberi penempatan khawas oleh gurunya untuk seterusnya mencapai maqam khawasul khawass.

Keadaannya adalah seperti yang disebut dalam al-Quran “ Masing-masing kelompok tempat minumnya sendiri “ (Al Baqarah 2 ayat 260) , sedang gurunya seperti Rasulullah s.a.w akan mengatakan “ Aku hanya seorang manusia biasa seperti kamu” ( Al Kahfi 18 ayat 110). Kekusyukan dalam setiap ibadatnya (khasnya solat dan zikir) sangat penting baginya agar dia tidak melanggar perintah Allah agar tidak mengingat (menempatkan) yang lain seperti yang difirmankan dalam surah Al jinn 72 ayat 18. Dia selalu mengingati pesan Allah sw.t bahawa syaitan adalah musuhnya – dan syaitan itu diperanginya dengan bersungguh-sungguh (dengan jihad) . Pada musuh dari kalangan manusia dia akan berdoa “ Wahai Allah , banyakkanlah hartanya dan anak-anaknya” sebab pasti dengan dua ujian ini musuhnya akan binasa.

Zikirnya ahli Sufi sangat berbeza dengan zikir orang awam. “ Dan ingatlah Tuhanmu di saat kamu lupa” ( Al Kahfi 18 :24) – iaitu dia berzikir dengan memfana’kan diri (lupa diri) iaitu balik kepada kejadian awal diri manusia seperti yang difirmankan oleh Allah s.w.t “ Bukankah telah datang kepada manusia waktu dari kehidupannya , ketika ia bahkan belum boleh disebut” ( Surah 76 ayat 1). Banyak juga hikmah yang dia dapatkan dan salurkan kepada orang ramai (khasnya rakan-rakan dan orang yang berdekatan dengannya ) contohnya , dia anjurkan :

Guna surah-surah pendek (Juz Amma) dalam al Quran sebagai mas kahwin walaupun sudah ada wang dan hadiah disertakan dalam sesuatu pernikahan.

Menasihati orang lain untuk bersabar dan bersyukur – dia memahami hakikat ketunggalan (sebatang karanya ) manusia- sebenarnya kekasih Adam a.s adalah Allah s.w.t bukan Hawa a.s , sebab Hawa itu datang dari dirinya Adam (tulang rusuknya). Begitu juga , seseorang suami atau isteri berfikir isteri atau suaminya itu kekasihnya , tetapi cuba renungkan – ibubapa mertua juga adalah ibu dan bapa kita. Oleh itu dari satu segi isteri atau suami kita itu “adik beradik” kita – jadi , kesimpulannya Allah s.w.t jualah Kekasih kita sebab suami atau isteri hanya “adik beradik”.
Pada pandangan mereka manusia semua sama (baik Islam atau kafir) dan tidak membeza-bezakan mereka ( sebab yang Islam hari ini mungkin murtad esok atau yang kafir hari ini mungkin jadi islam esok). Binatang-binatang seperti kucing , burung dan lain-lain suka mengusapkan badan kepada ahli Sufi untuk mengambil cahaya dan keberkatannya.
Tanda-tanda wilayah

Setiap perkara yang dijadikan oleh Allah s.w.t mempunyai tanda dan dalilnya. Ini kerana setiap perbuatan Allah s.w.t ada hikmahnya – Cuma tidak semua manusia dapat mencapainya. Ini kerana isti’dad (kesediaan) untuk menerima ilmu dan tajalli ini adalah menurut usaha masing-masing. Di sini diperturunkan beberapa tanda kewalian ( tahap terakhir jalan Sufi iaitu menjadi Kekasih Allah s.w.t). Antaranya:

Mempunyai lebih dari satu nama rahsia
Disahkan sebagai “gembala “ Allah s.w.t (tanda awal) – sebabnya , selepas ini mereka perlu mengembala manusia.

Terbuka langit ketika ditalqinkan (tanda awal)

Banyak kali berjumpa dengan Nabi Khidr a.s (selalunya dalam keadaan jaga) – riwayat tentang Nabi Khidr a.s sudah wafat ini tidak benar sebab mereka mengira Nabi Khidr a.s hidup di alam bumi ini sedang tempat hakikinya di tempat lain. Yang pasti mereka yang berkata demikian (walaupun bertaraf Imam )i.e berijtihad demikian kerana mereka sendiri tidak pernah berjumpa dengan Nabi Khidr a.s apalagi belajar dengannya.
Sudah berjumpa dengan semua 25 nabi a.s termasuk 313 nabi , ahli Badar dan ahli Uhud. Kadang-kadang khususan dengan 14 syahid Badar.

Dianugerahi oleh Allah s.w.t Selawat dan Istigfar sendiri

Dibimbing secara ladunni oleh Nabi tertentu juga para malaikat yang 4 ( Jibrail, Mikhail, Isrofil, Izroil (a.s) dan seorang sahabat yang 4 ( Saidina Abu Bakar, Umar , Utsman dan Ali r.anhum)

Kedudukan tertentu sebagai ahli Baits ( ini seperti sabda Rasulullah s.a.w terhadap Salman r.a ) – samada disahkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri atau Saidatina Fatimah r.a .
Pengesahan wilayah oleh gurunya dengan dihadiri para maliakat , wali qutb dan Rasulullah s.a.w sendiri beserta beberapa Nabi a.s lain (khasnya yang pernah mengajarnya secara ladunni).

Menyintai orang Arab – ini kerana seorang Sufi ini bila berjumpa para Nabi a.s dan para malaikat a.s semua mereka berjubah dan beserban –iaitu berpakaian seperti seorang Arab. Itu sebabnya, salah satu panggilan Nabi s.a.w ialah “ Ya Arabiyyun”.
Selalu duduk dalam sabar dan syukur ( tanda awal) . Contohnya tuduhan dan fitnah banyak berlaku . Nabi s.a.w sendiri dituduh orang gila. Nabi Sulaiman a.s dituduh seorang pengamal sihir. Oleh itu , dia yang duduk dalam sabar dan syukur ini tahu bagaimana dan untuk apa ayat “ Innahu min Sulaiman wainnahu Bismillah ArRahman ArRahim” digunakan.

Kesimpulannya

Sebarang tulisan dan huraian tentang Sufi dan amalan Sufi mestilah dilakukan oleh orang yang sudah mengalaminya. Menjadi satu kesalahan jika orang yang tidak bertarekat dan menjalani perjalanan Sufi menulis tentangnya sebab selok belok dan liku –liku perjalanannya agak rumit dan memerlukan banyak mujahadah serta tunjuk ajar daripada guru yang mursyid.

Seperti yang dihurai oleh seorang ahli Sufi mazhab Shafie , Ala adDawlah as Simnani ((1261-1336) dalam kitabnya Syaqaiq al Hada’iq) , jalan Sufi diumpamakan sebagai sebuah pohon :

Dosa dan taubat adalah akarnya, pembebasan diri ( dari kepentingan duniawi) dan pengasingan diri adalah kulitnya , pengakuan akan keEsaan Allah adalah buahnya , kesabaran , kesucian, ketelusan dan kesalihan adalah daunnya; doa (wirid) , malu, kasih saying dan kesetiaan adalah bunganya ; kemiskinan , peleburan diri (fana’) , keberhasilan dan keselamatan adalah ranting- rantingnya.

Sekian, huraian ringkas saya tentang perjalanan seorang Sufi , semoga memberi manafaat. Wallahu a’lam bissawab.

Agama di celah kehidupan

http://www.moveed.com/data/media/126/37a5134d987f2fea.jpg

Tiada siapa fasih untuk bercakap mengenai kehidupan. Segala jenis kehidupan. Kerana tiada siapa pun boleh mendefinasikan kematian, lawan kehidupan yang boleh memperkenalkan kehidupan itu secara jelas dan kejap. Justeru manusia asyik berbalahan mengemudi kehidupan sendiri, apatah meladeni kehidupan lain di sekelilingnya semenjak dahulu sampailah bila – bila pun.

Kita datang daripada tiada. Daripada kosong, lalu menjadi ada dan hidup. Titik ilmu kita bermula di situ. Kemudian kita akan tiada dan mati, lalu titik ilmu berakhir di situ. Kita menjadi tanah setanah – tanahnya. Kita mati kutu di situ tanpa petunjuk satu pun untuk memperkenalkan kehidupan dan kematian kita yang tercetus sekitar 70 tahun perjalanan masa!

Jika ada manusia perkasa melayarkan enjin dan kuasa otak fikirnya buat meneropong apa yang sebelum air maninya atau apa yang selepas tanahnya, dia pasti akan keluar dan kembali dengan kebingungan, kebuntuan dan kalah. Atau, jika dia enggan mengalah lalu menghunus ego dan keras kepalanya lalu menjawab itu dan ini, maka dia tidak akan lebih selain menyumbang sangkaan, teka – teki dan keraguan yang menambahkan sesat dan pesong manusia seluruhnya.

Itulah kehidupan 70 tahun kita yang penuh rahsia yang disirat kejap. Bayangkan bagaimana jika disumbat otak ini untuk memikirkan berjenisan lagi kehidupan lain yang berbilionan banyaknya di alam semesta ini. Yang lahir hari ini dan sedia mati esok seperti episod hidup sesetengah serangga yang merayap halus di bumi atau yang telah lahir wujud dan hidup semenjak jutaan tahun dulu dan entah bila hujung hayatnya akan menyembah lantai kematian. Bayangkan betapa terbebannya akal ini untuk memikirkan.

Berfikirlah berat – berat. Atau, berfikirlah ringan – ringan. Ah, kebanyakan manusia memilih jalan yang kedua. Enggan menerima kesukaran dalam kehidupan. FirmanNya: “Dan Kami tunjukkan manusia dua jalan. Maka dia enggan mendaki yang sukar.” – al Balad: 10-11

Sekarang, anda lihatlah pada manusia dan kehidupan. Ada seribu satu tafsiran mengenai kehidupan dan manusia memilih sesuka hati dan sekehendak mereka jugalah jika mahu menukarkannya pada bila – bila masa sahaja. Masing – masing ada pegangan, cara dan matlamat untuk dikejar sepanjang hidup sebelum mati itu tiba – tiba datang menyentap tanpa tawar – menawar dan belas kasihan lagi. Hidup adalah realiti yang mesti dikecapi dan mati adalah bagai hantu!

Mari melihat permainan manusia mengejar kelazatan hidup atau mari melihat manusia membina syurga sendiri. Jika mahu hidup mewah, wang dan harta adalah sandaran dan bekalan. Jika tidak, anda dibebani hutang lalu menjadi buruan dan ketakutan. Jika mahu kuat dan tersohor, kuasa adalah sandaran dan tongkat. Jika tidak, anda akan rebah dan terhina sekali. Jika mahu kedudukan dan dihormati, sokongan dan anak buah adalah sandaran dan tiang. Jika tidak, anda akan ditendang dan dicemuh.

Harta itu sedikit. Kuasa itu terhad. Sokongan itu akan hilang. Jika manusia merebuti harta, kuasa, kedudukan dan sokongan, mereka akan saling bertembungan, lalu wujudlah persengketaan dan peperangan. Syurga yang diidam, neraka yang terhidang.

FirmanNya: “Adakah manusia akan memiliki apa saja yang diidamkannya? ( Tidak ) Maka milik Allahlah akhirat dan dunia ini.” – al Najm: 24-25

Kehidupan di dunia ini terlalu kecil untuk dijadikan syurga. Ia terlalu besar pula untuk disusun atur dengan kehendak sendiri. Ia begitu jauh untuk menjadi milik kita. Dunia ini, kita dimiliki lebih mudah difahami daripada kita memiliki. Kita diumbang – ambing oleh satu ketentuan yang begitu teguh dan pasti.

Inilah hasil dan akibat ‘berfikirlah ringan – ringan’. Inilah hasil keseronokan, bersenda gurau dan bermain – main di sekeping papan di tengah – tengah lautan luas dan ganas. Kehidupan ini selalu saja memuntahkan laharnya yang kejam untuk membunuh segala harapan.

Tetapi lahar kehidupan tidak kejam mutlak. Ia memang membakar tetapi rupanya ia turut membajai kehidupan di depan. Ia rahsia dan bagai umur yang memanjangkan kehidupan untuk dihuni kebenaran dan kekudusan.

Manusia, daripada kesakitan yang dialami dan ujian yang ditempuhi akan turut dikurniai ruang, buah – buah dan masa untuk kembali berfikir. Merenung jauh dan jauh ke dalam. ‘Berfikirlah berat – berat’. Ia satu desakan yang tidak boleh ditolak mentah – mentah lagi. Ia lahir bersama kehidupan yang penuh rahsia dan hijab ini.

Manusia layak berfikir berat – berat. Ia bukan haiwan binatang untuk berfikir mudah – mudah dan ringan – ringan. Manusia bukan binatang yang hidup untuk memakan dan dimakan! Manusia hidup untuk menyumbang kepada kehidupan.

Akhirnya, manusia mula berfikir dan bercakap mengenai hakikat kehidupan. Manusia mencuba – cuba memerhati kehidupan dan apa yang mengelilinginya. Mereka mula mengesani kewujudan yang gagal disentuh panca indera, tetapi dikesan oleh hati, akal dan rasa. Ia mengesan tanda dan menanda kesan. Kesan menjadi begitu bernilai untuk mengenal hakikat.

Nasi lebih dikenal pada kesan kenyangnya, bukan putih lembutnya. Lembu lebih dikenal pada tanda tapak kaki dan tahinya, bukan wajah dan susuknya. Manusia lebih dikenali pada kesan akhlak dan ilmunya, bukan pada rupa paras dan jasadnya. Kesan adalah isi. Isi adalah hakikat. Hakikat itulah jawaban yang pasti betul.

Di sini, manusia tiba – tiba menemui satu kewujudan yang sedia wujud bersama kehidupan. Ia dikendong kehidupan dan kehidupan menjadi cantik jika dihiasinya. Malangnya, ia biasa saja dikotori atau ditinggalkan dek kegalakan dan kealpaan manusia.

Kewujudan itu adalah ugama. Tahukah anda bila ugama mencipta sejarah kewujudannya? Ya, ia wujud semenjak manusia dikesan kewujudannya. Bila? Manusia dan ugama akan saling bergandingan menjawabnya untuk kita.

Ugama bukan lahir dari akal. Akal itu melahirkan pemikiran. Agama bukan pemikiran. Ia datang dari luar akal. Ia didatangkan untuk membantu akal ketika akal buntu dan terdampar. Ia datang bersama komponennya yang di luar hasilan akal. Ia datang bersama perutusan nabi dan kitab, wahyu dan mukjizat serta makrifat dan alam ghaib. Ia bersifat perutusan daripada satu kuasa yang agong yang menguasai kehidupan alam raya.

Itulah ugama. Saya akan menulis mengenai kehidupan ini dan ugama ini. Selepas harta, kuasa, pangkat, wanita, kedudukan, kesihatan dan sokongan yang menjadi idaman, bagaimanakah jika kita mula melihat ugama sebagai idaman yang lebih baik daripada semua itu? Agama adalah manisan kehidupan. Marilah mengenal kehidupan melalui jalan ugama.

( Artike ini untuk kolum akhbar Siasah )

Amalan baik budi pekerti

http://www.moveed.com/data/media/126/b9e2a851ea8a7fe4.jpg

BAB 24: KEUTAMAAN BAIK BUDI PEKERTI

Kitab Mukasyafatul Qulub (Dibalik Ketajaman Mata Hati)
Imam Al-Ghazali

Allah swt berfirman kepada Nabi-Nya, dan kekasih-Nya dengan memuji kepadanya dan memperlihatkan nikmat-Nya di hadapannya:
‘Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.’ -Surah Al-Qalam ayat 4.

Aisyah ra berkata:
‘budi pekerti Rasulullah saw adalah Al-Quran.’

Seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah saw mengenai kebaikan budi pekerti. Lalu beliau membaca firman Allah swt:
‘Jadilah kamu pemaaf dan serulah orang mengerjakan yang ma’ruf serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh.’ -surah Al-A’raf ayat 199.
Kemudian beliau bersabda:
‘Ia adalah kamu harus menyambung orang yang memutusmu, memberi orang yang memutusmu, memberi orang yang menghalangimu dan memaafkan orang yang menganiayamu.’

Nabi Muhammad saw bersabda:
‘Sesungguhnya aku hanyalah di utus untuk menyempurnakan budi pekerti yang mulia.’
‘Yang paling berat di antara apa yang di letakkan di timbangan amal pada hari kiamat adalah Taqwa kepada Allah dan kebaikan budi pekerti.’

Seorang laki-laki datang menghadap kepada Rasulullah saw, dia berkata:
‘Ya Rasulullah, apakah agama itu? Beliau bersabda: ‘Kebaikan budi pekerti.’
Kemudian dia datang dari arah kiri beliau dan berkata: ‘Apakah agama itu?’
Beliau bersabda: ‘Kebaikan budi pekerti.’ Kemudian dia datang dari arah belakang beliau dan berkata: ‘Ya Rasulullah, apakah agama itu?’ Lalu beliau menoleh padanya dan berkata: ‘Tidakkah kamu faham, dia (beragama) jangan sampai kamu marah.’

Dan di tanyakan kepada beliau: ‘Ya Rasulullah, apakah kecelakaan itu?’
Beliau bersabda: ‘Keburukan budi pekerti.’

Seorang laki-laki berkata kepada Rasulullah saw: ‘Berilah wasiat padaku.’
Beliau bersabda : ‘Bertaqwalah kepada Allah di mana saja kamu berada.’
Dia berkata lagi: ‘Tambahkanlah kepadaku.’
Beliau bersabda: ‘Susullah kejahatan dengan kebaikan, tentu kebaikan itu akan menghapusnya.’
Laki-laki itu berkata: ‘Tambahkanlah kepadaku.’
Beliau bersabda: ‘Pergaulilah manusia dengan budi pekerti yang baik.’

Nabi Muhammad saw pernah di tanya: ‘Manakah amal yang lebih utama?.’
Beliau menjawab: ‘Budi pekerti yang baik.’
Nabi Muhammad saw bersabda: ‘Tidakkah Allah menjadikan baik kejadian seorang hamba dan budi pekertinya, lalu dia di makan neraka.’

Fudhail berkata, Dikatakan kepada rasulullah saw: ‘Sesungguhnya Fulanah berpuasa siang dan berdiri malam (solat malam), sedangkan dia perempuan yang berbudi buruk. Dia menyakiti tetangganya dengan mulutnya.’
Beliau bersabda: ‘Tidak ada kebaikan padanya, dia termasuk penghuni neraka.’

Abu Darda berkata: ‘Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: ‘Pertama sekali yang di letakkan dalam timbangan amal adalah kebaikan budi pekerti dan kemurahan hati. Dan ketika Allah telah menciptakan iman, berkatalah dia: ‘Ya Allah, kuatkanlah aku.’ Lalu Allah menguatkannya dengan kebakhilan dan keburukan budi pekerti.

Nabi Muhammad saw bersabda:
‘Sesungguhnya Allah telah memurnikan agama ini kepada Zatnya dan tidak patut untuk agamamu kecuali kemurahan hati dan kebaikan budi pekerti. Ingat! hiasilah agamamu dengan keduanya.’
‘Kebaikan budi pekerti adalah pekerti Allah yang agung.’

Dikatakan, Ya Rasulullah, manakah di antara orang-orang mukmin yang lebih utama keimanannya?.’
Beliau bersabda:
‘Yang paling baik budi pekertinya.’
‘Sesungguhnya kamu tidak akan menguasai manusia dengan harta-hartamu. Maka kuasailah mereka dengan kecerahan wajah dan kebaikan budi pekerti.’
‘Keburukan budi pekerti akan merosakkan madu.’

Jarir bin Abdillah berkata: ‘Rasulullah saw bersabda: ‘Sesungguhnya kamu adalah seseorang yang telah di buat baik oleh Allah, maka baikkanlah budi pekertimu.’

Al-Barra’ bin Azib berkata: ‘Rasulullah saw adalah orang yang paling tampan wajahnya di antara mansuia dan yang paling tampan wajahnya di antara manusia dan paling bagus budi pekertinya di antara mereka.’

Abi Sa’id Al-Khudri, dia berkata: ‘Rasulullah saw bersabda dalam doanya: ‘Ya Allah, sebagaimana Engkau telah menjadikan baik kejadianku, maka baikkanlah budi pekertiku.’

Abdillah bin Umar ra berkata: ‘Rasulullah saw telah memperbanyak doa dan bersabda: ‘Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kesihatan kepadamu, keselamatan, dan baik budi.’

Dari Abu Hurairah ra, Nabi Muhammad saw bersabda: ‘Kemuliaan seorang mukmin adalah agamanya, keturunannya, kebaikan budinya, keperwiraannya dan akalnya.’

Usamah bin Syarik berkata: ‘Aku pernah menyaksikan orang-orang Badui Arab bertanya kepada Nabi Muhammad saw: ‘Apakah yang lebih baik di antara apa yang di berikan pada seorang hamba?’
Beliau bersabda:
‘Budi pekerti yang baik.’
‘Sesungguhnya orang yang paling aku cintai di antara kamu dan paling dekat tempatnya di antara kamu dengan aku pada hari kiamat adalah orang-orang yang paling baik budi pekertinya.’

Ibnu Abbas ra berkata: ‘Rasulullah saw bersabda: ‘Tiga hal, barangsiapa yang tiga itu tidak berada padanya atau salah satunya, maka janganlah menganggap satu pun dari amalnya. KeTaqwaan yang dapat menghalanginya dari maksiat kepada Allah, Penyantun yang dapat menahan diri dari orang bodoh atau Budi pekerti yang dia hidup di antara manusia.’

Ada di antara doa Nabi Muhammad saw dalam permulaan solat: ‘Ya Allah, tunjukkanlah aku kepada yang terbaik dari budi pekerti itu, kecuali Engkau. Dan palingkanlah dariku keburukan dari budi pekerti itu. Tidak dapat memalingkan aku dari keburukannya kecuali Engkau.’

Di katakan, ‘Dimanakah berhias itu berada?’
Beliau bersabda: ‘Di dalam kelembutan pembicaraan, memperlihatkan kemanisan muka dan senyum.’

Maka barang siapa yang bertemu manusia dengan berbuat baik dan mengumpulinya dengan budi pekerti yang baik, dia adalah orang yang ringan lambungnya dan di puji persaudaraannya.

Sebagaimana kata penyair:
‘Apabila kamu telah mengumpulkan beberapa kelakuan yang baik seluruhnya sebagai keutamaan
dan kamu pergauli manusia semuanya dengan baik. Engkau tidak akan kehilangan kebaikan dari
Tuhan pemilik Arasy yang kamu akan menyimpannya, dan kesyukuran dari makhluk-Nya di dalam rahsia dan terang-terangan.’

Saturday, December 25, 2010

Martabat Malu Yang Paling Tinggi

http://thumbs.bc.jncdn.com/76a133dd1811ae96a32affdc47aad526_lm.jpg

Umar bin Ubaidullah bin Ma’mar melewati seorang laki-laki hitam sedang makan di sebuah kebun. Di depannya terdapat seekor anjing. Jika dia makan satu suapan, dia melemparkan satu suapan pula kepada anjing tersebut.

Umar bertanya, “Apakah itu anjingmu?”

Dia menjawab, “Bukan.”

Umar bertanya, “Mengapa kamu memberinya makan seperti apa yang kamu makan?”

Dia menjawab, “Aku malu dari pemilik dua mata (Allah Subhanahu wa ta’ala) yang melihatku, sementara aku menguasai makanan itu dan dia tidak makan.”

Umar bertanya, “Apakah kamu orang yang merdeka atau hamba sahaya?”
Dia menjawab, “hamba sahaya milik keluarga di Bani Ashim.”

Lalu Umar mendatangi mereka dan membeli hamba sahaya tersebut sekaligus membeli kebun milik Bani Ashim itu. Selanjutnya dia menemuinya dan berkata, “Apakah kamu mengetahui bahwa Allah telah memerdekakanmu?”

Dia menjawab, “Segala puji bagi Allah semata dan rasa syukur bagi orang yang memerdekakanku sesudahnya.”

Umar berkata, “Kebun ini untukmu.”

Dia berkata, “Saksikanlah bahwa kebun ini adalah wakaf kepada fakir miskin Madinah.”

Umar berkata, “Celaka kamu. Kamu melakukan itu padahal kamu sendiri memerlukannya.”

Dia menjawab, “Aku malu kepada Allah. Dia telah memberiku karunia, lalu aku kikir kepada-Nya.”

Sumber: Makarimul Akhlaq
Prev: KELALAIAN
Next: KEJUJURAN MUBAROK

Menangkis panah-panah syaitan

http://images.irdy74.multiply.com/image/1/photos/upload/300x300/SKJ7WAoKCCkAAHGIMws1/setan1.jpg?et=pFyBzkNrD4gWhDK68s7IJg&nmid=0

Apa yang akan dilakukan ketika kita akan pergi ke medan perang? Tentu, kita akan mempersiapkan diri sebaik mungkin, termasuk mempersiapkan fisik, mental, persenjataan, penguasaan medan, plus strategi jitu untuk memenangkan peperangan. Sangat konyol maju ke medan perang tanpa memiliki persiapan apa pun. Sesungguhnya, hidup dapat dianalogikan sebagai medan perang. Prinsip yang berlaku di sini adalah menang atau kalah, menjadi pemenang atau pecundang. Hadiah yang disediakan pun sangat fantastis. Surga yang abadi bagi pemenang, dan neraka yang kekal bagi pecundang. Namun berperang dengan siapa?

Tentu saja berperang dengan setan. Dialah musuh terbesar dan paling nyata bagi manusia. Allah SWT berfirman, Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu (QS Al Baqarah [2]: 208). Berperang melawan setan, tentunya tidak sama dengan berperang melawan manusia.

Setan itu lebih canggih tipu dayanya, lebih profesional pekerjaannya, lebih banyak jumlahnya, serta tidak tampak wujudnya. Tanpa kesungguhan untuk menghadapinya, kita akan menjadi bulan-bulanan mereka. Bagaimana tidak, di mana pun dan kapan pun, setan bebas menembakkan panah-panah beracun kepada kita, tanpa kita menyadarinya. Setan akan membidikkan panah asmara ke dalam hati dua orang yang bukan muhrim untuk berzina. Setan akan membidikkan panah ke mata manusia, sehingga ia merasa nikmah melihat hal-hal yang diharamkan. Membidikkan panah ke lidah manusia, sehingga ia bergibah, memfitnah, namimah, serta berdusta. Dsb.

Bagaimana memenangkan perang dengan musuh seperti ini? Perlindungan dari Allah menjadi kata kunci. Dalam QS Al A’raaf [7] ayat 200, Allah SWT memberikan jaminan, Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Salah cara mendapatkan perlindungan Allah adalah dengan zikir, atau senantiasa mengingat dan bergantung kepada Allah Dzat Yang Mahakuasa.

Karena itu, Rasulullah SAW bersabda, Aku perintahkan kepada kalian agar selalu berzikir kepada Allah. Sesungguhnya, perumpamaan orang yang berzikir itu seperti seorang yang dicari-cari oleh musuhnya. Mereka menyebar mencari orang tersebut sehingga ia sampai pada suatu benteng yang sangat kokoh dan ia dapat melindungi dirinya di dalam benteng tersebut dari kejaran musuh. Begitu juga setan. Seorang hamba tidak akan dapat melindungi dirinya dari setan, kecuali dengan berzikir kepada Allah.

Zikir dapat kita ibaratkan sebagai tameng, pakaian perang atau baju anti peluru yang akan melindungi seluruh tubuh serta jiwa kita dari panah-panah beracun yang dibidikkan setan. Itulah sebabnya Rasulullah SAW mencontohkan ibadah-ibadah wajib serta sunnat kepada kita. Mulai dari shalat lima waktu yang dilengkapi shalat rawwatib, tahajud, dhuha, dsb, sampai shaum Ramadhan yang dilengkapi dengan shaum-shaum sunnat lainnya.

Beliau pun memberi panduan berupa aneka zikir serta doa yang layak kita ucapkan dalam berbagai kesempatan. Setiap aktivitas ada doanya, minimal dengan membaca basmallah, serta mengakhirinya dengan hamdallah. Jika semua panduan ini diamalkan dengan ikhlas serta penuh kesungguhan, niscaya hari-hari kita akan menjadi hari-hari penuh kemenangan. Betapa tidak, seluruh anggota badan akan terlindung dari maksiat. Efeknya, hati akan tenang, pikiran akan jernih, doa ijabah, masalah menjadi mudah, energi kita pun akan optimal, karena hanya dimanfaatkan untuk hal-hal yang produktif serta bernilai tambah. Maka, awalilah hari dengan zikir, isi hari dengan zikir, dan akhiri hari dengan zikir. Namun jangan salah, zikir tidak hanya di masjid. Zikir bisa hadir di kantor, di pasar, di terminal, dan di mana pun kita berada. Semoga kita bisa melakukannya dengan ikhlas. Amin. ( KH Abdullah Gymnastiar )

Prev: Islam Namun Memerang Islam
Next: Perselingkuhan dijadikan sebagai ''tren''

Khasiat Minyak Zaitun

http://images.irdy74.multiply.com/image/1/photos/upload/300x300/SgITiAoKCGEAACRnE1I1/Minyak-Zaitun.jpeg?et=8LBzMafOXzs%2B5vxHe6xTBQ&nmid=0


Kemarin saya mendapat saran dari seorang teman, bahwa untuk menurunkan kolesterol dan menghilangkan sumbatan pada pembuluh darah, dia menggunakan minyak Zaitun. Dan menurut info dari paman Google ini lah manfaat dari minyak Zaitun ini :

“Konsumsilah minyak zaitun dan gunakan sebagai minyak rambut, karena minyak zaitun dibuat dari pohon yang penuh berkah.” (HR. At-Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Fungsi minyak zaitun:

1. Mengurangi kolesterol berbahaya tanpa mengurangi kandungan kolesterol yang bermanfaat.
2. Mengurangi risiko penyumbatan (trombosis) dan penebalan (ateriosklerosis) pembuluh darah.
3. Mengurangi pemakaian obat-obatan penurun tekanan darah tinggi.
4. Mengurangi serangan kanker.
5. Melindungi dari serangan kanker payudara. Sesendok makan minyak zaitun setiap hari mengurangi risiko kanker payudara sampai pada kadar 45%.
6. Menurunkan risiko kanker rahim sampai 26%.
7. Pengkonsumsian buah-buahan, sayuran, dan minyak zaitun memiliki peran penting dalam melindungi tubuh dari kanker kolon.
8. Penggunaan minyak zaitun sebagai krim kulit setelah berenang melindungi terjadinya kanker kulit (melanoma)
9. Berpengaruh positif melindungi tubuh dari kanker lambung dan mengurangi risiko tukak lambung.
10. Mengandung lemak terbaik yang seharusnya dikonsumsi manusia seperti yang terdapat dalam ASI.
11. Penggunaan sebagai minyak rambut mampu membunuh kutu dalam waktu beberapa jam saja.

Setiap penyakit itu ada obatnya, seperti hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang artinya: “Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, melainkan Dia menurunkan obatnya.” (HR. Bukhari dan Muslim) Setiap kali Allah menurunkan penyakit, Allah pasti menurunkan penyembuhnya. Hanya saja ada orang yang mengetahuinya dan ada yang tidak mengetahuinya. Jauh sebelum ilmu pengetahuan berkembang pesat, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sudah mengetahui dan menerapkan pengobatan yang terbukti kemanjurannya.

Maraji:
Keajaiban Thibbun Nabawi, Aiman bin ‘Abdul Fattah
Metode Pengobatan Nabi SAW, Ibnu Qayyim Al-Jauziyah
(www.muslimah.or.id)

Monday, December 13, 2010

Pesanan Cat Steven tetap segar dalam ingatan

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/harakahdaily/daily_picture/disember2010/c1.jpg

Para pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak, dekat sini dan orang ramai tetap tidak akan melupakan pesanan baik yang diberikan oleh Cat Steven atau kini lebih dikenali dengan nama Yusof Islam, sempena kunjungan penyanyi itu ke masjid pusat pengajian itu untuk menyampaikan tazkirah ringkasnya, Jumaat, 26 November lalu.

Seorang pelajar pusat pengajian itu, Mohd Shamsul Shamsuddin ketika ditemui hari ini berkata, beliau dan rakan-rakannya berasa amat bertuah kerana penyanyi dan pendakwah terkenal itu sudi hadir ke UIA untuk menyampaikan tazkirahnya yang walaupun ringkas, tetapi penuh dengan mesej-mesej yang berguna.

Ketika menyampaikan tazkirahnya, Cat Steven antara lain mengingatkan setiap umat Islam agar faham dengan perjalanan hidup kita yang berbeza sama sekali dengan kehidupan orang bukan Islam, dengan selalu bermuhasabah bagi membolehkan kita menjadi semakin baik dari sehari ke sehari.

Oleh itu, setiap umat Islam perlu memperlengkapkan dirinya dengan ilmu bagi membolehkan kehidupan yang dilalui bukan sahaja sempurna pada pandangan manusia, tetapi lebih penting lagi menepati kehendak Islam, bagi mencapai keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

Tazkirah ringkas sekitar setengah jam itu disampaikan oleh Cat Steven selepas solat Jumaat. Kehadiran beliau menjadikan Masjid UIA pada hari itu diwarnai suasana yang amat berbeza berbanding hari-hari sebelumnya, apabila bukan sahaja dipenuhi para pelajar sedia ada di pusat pengajian itu, tetapi juga orang ramai yang turut mengambil kesempatan untuk melihat wajah beliau secara dekat dan mendirikan solat Jumaat bersama-sama dengannya.

Perubahan Cat Steven daripada bukan Islam kepada Islam, lebih-lebih lagi kini turut menjadi pendakwah terkenal, sememangnya membanggakan setiap umat Islam.

Dengan perubahan itu, tidak hairanlah jika khatib yang bertugas pada hari itu turut memuji perubahan baik yang berlaku dalam kehidupan beliau ketika membacakan khutbah Jumaat sebelum itu, bagi dijadikan titik renungan oleh setiap umat Islam, terutama golongan remaja agar menjalani kehidupan yang lebih baik menepati tuntutan Islam dari semasa ke semasa.

Sebelum takzirah ringkasnya itu pula, pengerusi majlis ketika mengalu-alukan kedatangan beliau ke masjid itu turut menjelaskan, kesudian Cat Steven datang ke Malaysia hari itu merupakan satu anugerah yang amat berharga dari Allah kepada seluruh umat Islam di tanah air. Manakala kesudiannya datang ke masjid itu pula merupakan tuah yang tersendiri kepada seluruh warga pusat pengajian itu.

Dengan itu, tidak hairanlah jika sebelum itu, beliau turut diberikan sambutan negara dengan diraikan dan diterima mengadap oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Dalam pertemuan yang berlangsung sekitar sejam dan menggembirakan kedua-dua pihak itu, Yusof tidak ketinggalan menceritakan sebahagian kisah hidupnya kepada Tuanku Mizan yang penuh liku termasuk melibatkan aspek pendidikan dan muzik.

Ketika menyampaikan tazkirahnya, beliau turut menyuarakan rasa terharu dan menyanjung tinggi penghormatan yang diberikan kepadanya itu.

Beliau turut menyuarakan kesyukurannya kepada Allah kerana mengurniakan hidayah kepadanya sehingga beliau memeluk Islam, di samping mengajak orang ramai agak bersama-sama menjaga keimanan dengan sebaik mungkin bagi kepentingan hidup di dunia dan akhirat.

Seorang lagi pelajar pusat pengajian itu yang ditemui, Rohana Abdul Kadir berkata, di dalam tazkirahnya itu, Cat Steven turut mengingatkan orang ramai, terutama golongan muda dan para pelajar agar sentiasa menitikberatkan soal akhlak Islam dalam hidup, di samping mendidik nafsu dengan baik agar tidak terjerumus ke lembah maksiat.

“Walaupun pesanan seperti itu sudah sering kali didengar oleh saya sama ada daripada ibu bapa saya sendiri dan pendakwah-pendakwah lain sebelum itu, tetapi pesanan dari Cat Steven memberikan kesan yang tersendiri kepada saya,” katanya.

Manakala seorang penduduk di kawasan itu yang turut mendirikan solat Jumaat bersama Cat Steven pada hari itu, Junaidi Abdul Rahim, 48, berkata, tazkirah ringkas pendakwah itu walaupun lebih banyak memperkatakan tentang perjalanan hidupnya dan nasihat kepada golongan remaja, tetapi turut meninggalkan kesan baik kepada golongan dewasa sepertinya.

“Malah, perubahan penyanyi Cat Steven itu sendiri daripada bukan Islam kepada Islam dan kini menjadi pendakwah yang disegani ramai itu pun dah boleh menjadi titik renungan penting kepada orang yang berakal.

“Kenapa beliau memeluk Islam dan kini sanggup menjadi pendakwah dengan meninggalkan sepenuhnya imejnya yang lalu, sedangkan beliau sudah berada di mercu kejayaan dalam bidangnya dan mempunyai jutaan peminat? Itu pun sudah cukup untuk menjawab bahawa jika menolak Islam, tanpa keimanan dan ketakwaan, seseorang itu tidak akan ke mana, tidak sempurna dan tidak akan bahagia dalam erti kata yang sebenarnya dalam kehidupan di dunia ini, apatah lagi di akhirat.

“Jadi untuk hidup sempurna, tenteram, bahagia dalam erti kata yang sebenarnya di dunia dan akhirat, manusia perlu berubah daripada kafir kepada Islam, daripada kufur dan fasik kepada ahli ibadat. Dengan itu, barulah kelihatan hasilnya seperti yang berlaku dalam kehidupan Cat Steven itu sendiri sehingga menjadi manusia yang dihormati orang ramai, ekoran kehidupannya yang diberkati Allah,” tegasnya.

Sebaik selesai menyampaikan tazkirahnya, Cat Steven terus dikerumuni orang ramai terutama para pelajar di pusat pengajian itu yang melibatkan semua bangsa untuk bersalaman dengannya.

Namun, atas faktor keselamatan dan jadual lain yang perlu dipenuhinya, orang ramai hanya berpeluang bersamanya sekitar 15 minit sahaja kerana beliau tidak dibiarkan berada lebih lama bersama orang ramai di masjid itu oleh pihak pentadbiran UIA yang terus membawanya keluar menuju ke destinasi yang telah dikhaskan, termasuk menjamu selera bersama kepimpinan pusat pengajian itu.

Antara Nikmat Dan Musibah

http://www.moveed.com/data/media/7/Image_2.jpg

Menyelusuri laluan kehidupan di dunia ini, pelbagai ragam dan tingkah laku manusia boleh dilihat di sana sini. Berjalan berpasangan sambil berpimpin tangan, bergurau senda bersama sanak saudara,rakan-rakan serta masyarakat yang lain antara yang biasa dilihat saban hari. Peristiwa menyayat hati dan mendukacitakan tentu akan disusuli pada ketika masa yang lain. Kisah kehilangan ahli keluarga, dihina, dibenci, malah dipulau oleh orang terdekat dan masyarakat, pernah dilalui oleh segolongan manusia di dunia ini.

Begitulah kisah kehidupan manusia dan dunia. Ada kalanya senang bergembira, ceria, dan ketawa. Tetapi, ada kalanya akan menitis air mata, bermuram durja, malah boleh seketikanya merasa tiada gunanya lagi dia hidup di dunia.

Begitulah Allah s.w.t menciptakan setiap kejadian yang berlaku di dunia ini. Tidak kira taat atau ingkar, semuanya akan diberikan nikmat berdasarkan apa yang telah ditetapkan olehNya. Dia mustahil bersifat lokek dan kikir macam manusia. Kerana telah jelas dan terang antara namaNya yang mulia ialah Al-Wahhab (Yang Maha Pemberi)

Ada kalanya Dia pasti akan menciptakan musibah. Musibah atau bala tetap jua akan menimpa tidak kira kepada yang menyembahNya atau yang berpaling daripadaNya. Dia Maha Adil. Yang kafir atau menyembah berhala ada balanya. Yang muslim dan taat tetap tidak terlepas dari ujianNya.

Tiada siapa mampu hidup terus bergembira.

Tiada siapa mampu hidup terus menerus merana.

NIKMAT

Nikmat.

Pasti terbayang di kepala suatu perkara yang memberikan nilai kegembiraan dan keberuntungan dari nikmat yang dikurniakan. Mendapat kenaikan pangkat dari ketua, menang cabutan bertuah dari satu peraduan, dan beroleh rezeki dan harta yang melimpah ruah semua, itu antara bayangan nikmat yang biasa sentiasa menjadi idaman.

Malah, nikmat seperti beroleh anak-anak yang ramai, pasangan hidup yang damai, dan beroleh kesenangan dalam kehidupan rata-rata masyarakat pasti berkeinginan dan mengharapkannya suatu hari nanti.

Namun, nikmat duniawi seperti kesenangan dan keseronokan yang dikecapi di dunia ini sifatnya hanya sementara. Setelah diperoleh perkara yang diidam-idamkan selama ini, mula terbit perasaan jemu, hampa dan bosan setelah puas menerima kenikmatan.

Ia tidak akan berkekalan. Kekalnya hanya pada permulaan. Di pertengahan mula mempunyai pelbagai bayangan sendiri. Mula terbayang ingin mengecapi nikmat yang lain, dan berbeza dari yang telah diterima. Ketika berada di pengakhiran, akan berlaku kehampaan, kegelisahan dan pertelingkahan.

Contohnya, harta melimpah ruah yang selama ini berusaha sedaya upaya untuk mencapai dan mendapatkannya. Setelah diperolehi, pasti akan terasa gembira dan seronok tak terkata. Setelah beberapa lama, mula rasa diri angkuh,sombong, dan terlupa di mana bumi dipijak, di mana langit dijunjung. Di pengakhiran, mula rasa takut, tidak selamat, malah berasa terancam sekiranya ada yang mencari dirinya dan memecah masuk rumahnya yang mewah dan kaya.

Pasang peti besi sana sini. Pengawal keselamatan diupah untuk mengawasi. Malah, security alarm dipercayangi akan berbunyi apabila mengesan gerakan pencuri atau orang yang tidak dikehendaki.

Gelisah sentiasa bagaimana cara ingin memastikan keselamatan harta. Sehingga alpa dan leka pada tanggungjawab agama yang mesti dan lebih perlu dipelihara.

Begitu juga dalam alam rumah tangga kini. Pada awalnya terasa dunia ini dia yang punya. Merasai diri bahagia pada nikmat mengasihi dan dikasihi, boleh beramah mesra, dibelai dan bermadu asmara. Semua keinginan pada fitrah manusia untuk berpasangan dan saling menyayangi yang selama ini ingin diperolehi akan dikecapi setelah mula mendirikan rumah tangga. Tetapi, di pertengahan usia perkahwinan, mula ada terbit rasa ‘jemu’, bosan, mendiamkan diri dan mula berfikir akan dunia sendiri, setelah segalanya menjadi kebiasaan.

Letih fikir urusan keluarga. Meluat mendengar leteran isteri yang dahulu dikatakan pendengar yang setia. Kerenah anak-anak yang sentiasa rencah dengan pelbagai kisah dan ragam sehingga merunsingkan malah boleh menaikkan api kemarahan jika sudah hilang kawalan.

Akhirnya, ada yang mempunyai keinginan mencari seorang lagi kerana sudah jemu dengan kehidupan yang telah menjadi kebiasaan selama ini. Masalah yang bakal menimpa kemudian baru difikirkan. Yang penting, keinginan untuk mengecapi nikmat dunia perlu kembali dilaksanakan setelah yang pertama terasa seperti telah sampai ke tempoh pengakhiran.

Keinginan pada nikmat duniawi selari dengan kehendak nafsu. Tidak pernah puas. Bila satu telah dimiliki, mula berkeinginan pada nikmat yang lain.

Itulah nikmat duniawi. Tiada satu pun bersifat kekal. Sekiranya tiada kawalan dan sememangnya telah sampai pada tempoh akhirnya, bala bencana mula bertukar rupa.

Namun, bagi para mukminin, nikmat yang dikecapi di dunia ini bukanlah nikmat yang hakiki. Bukan jua nikmat yang senang-senang sahaja ingin diberi. Sebaliknya, nikmat yang diberi adalah semuanya ada hikmah dan pengajaran dari Allah s.w.t. Malah, nikmat itu jua dilihat sebagai ujian yang khusus dari Allah s.w.t.

Ujian untuk melihat sejauh mana hamba tersebut tahu dan mengerti makna mensyukuri. Melihat setakat mana hamba tersebut tahu makna berkongsi dan memberi.

Oleh itu, beringatlah. Nikmat di dunia tiada satu pun yang akan berkekalan selama-lamanya. Malah, nikmat jua merupakan ujian yang paling getir dalam kehidupan para mukminin kerana dengan beroleh nikmat, ramai yang mula hidup untuk dunia, lupa bila waktu kematiannya.

Sekiranya dahulu sering mencari kekuatan dan hikmah Allah s.w.t menciptakan setiap musibah, kini lupa dan alpa dengan nikmat yang melimpah ruah.

Dunia ini bukannya syurga!

MUSIBAH

“Abang, kenapa abang pergi meninggalkan kami? Siapa ingin menjaga anak-anak kita? Siapa yang ingin nak menguruskan nafkah keluarga? Bingungnya aku. Ya Allah, berilah hambaMu yang lemah ini kekuatan. Wahai Tuhanku yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui, bantulah hambaMu ini.”

“Ini tak adil! Selama ini aku yang penat lelah menyumbang jasa dan berusaha untuk syarikat, dia pula yang beroleh nama dan pangkat. Khianat punya kawan, Tikam belakang!”

“Kenapa Allah menguji aku dengan ujian yang berat ini. Apa dosaku? Apa salahku?”

Rintihan demi rintihan boleh kedengaran dalam nada suara mahupun suara hati manusia apabila berdepan dengan suasana yang menghimpit jiwa.

Musibah boleh menimpa kepada sesiapa tanpa mengira lokasi dan masa, tidak kira jua bersedia menerima atau sebaliknya.Musibah yang menimpa pasti jua memerlukan dorongan dari rakan taulan atau sanak saudara supaya dapat kembali beroleh kekuatan dan kesabaran untuk menempuh ujian.

Musibah boleh dilihat kepada beberapa pengertian. Antara bentuk musibah ialah kaffarah kepada dosa yang dilakukan, musibah sebagai ujian menguji keimanan hamba-Nya dan musibah kerana keingkaran mentaati perintah Tuhan.

Pada peringkat kaffarah atau hukuman Allah kepada hamba-hambaNya, mereka ditimpa musibah kerana kerosakan dan dosa yang mereka lakukan selama ini, sama ada sengaja atau tidak sengaja. Ketika menghadapi musibah ini, mereka akan tersedar akan keterlanjuran mereka dan kembali berpijak di tanah sebenar.

Musibah berbentuk kaffarah juga sebagai pengajaran dan keampunan dosa dari Allah s.w.t.Maka, ketika ditimpa musibah tersebut, hamba Allah itu mula sedar akan kekurangan dan kesilapan yang pernah dia lakukan. Hasilnya, sekiranya dia seorang yang beriman, dia akan kembali berada di atas jalan yang benar dan inginkan keredhaan Tuhan.

Musibah pada pengertian yang kedua adalah musibah yang menimpa tidak semena-mena, amalh di luar jangkaan dan keinginan dirinya. Mereka ditimpa musibah keranan itu sememangnya ketetapan di sisiNya. Musibah ini dikenali jua sebagai musibah ujian. Musibah yang menimpa untuk menguji iman para hamba-Nya. Musibah yang menimpa untuk melihat di mana diletakkan iman yang dikatakan penuh di dada.

Misalnya, sekiranya sebelum ini seseorang itu pernah meletakkan sesuatu harapan pada kehendaknya dalam kehidupan ini, tiba-tiba ia berlaku sebaliknya. Bukan atas kehendak dia. Jauh sekali dari keinginan dia. Tetapi, Allah s.w.t telah menentukan dan Maha Menentukan segala-galanya.

Imannya akan diuji atas musibah yang menimpa. Takwa dan ibadahnya akan teruji kerana ujian khusus dari Allah s.w.t.

Sekiranya dia beriman dia akan kembali mengingati dan meredhai setiap ketetapan Allah. Sekiranya dia kafir, jika tidak mampu menanggung musibah yang menimpa, bunuh cari sebagai jalan penyelesaian terakhirnya.

Mereka diuji agar dihapuskan dosa-dosa yang telah lalu.

Mereka diuji agar diketahui di manakah iman dan amal yang diyakini dahulu.

Mereka diuji agar dibimbing terus menyelusuri dari jalanNya yang lurus.

Tetapi, musibah pada pengertian pertama dan kedua, dia tidak akan menciptakan musibah tersebut luar dari kemampuan hamba-hambaNya. Dia menguji kerana Dia yang Maha Menguji. Dia mengetahui kemampuan seseorang berdasarkan ujian yang ditimpa olehnya.

“Tidaklah diciptakan bebanan melainkan menurut kemampuannya.”

“Bagaimana kamu mengaku beriman sedangkan kamu tidak tidak diuji?”

Manakala musibah pada peringkat ketiga ialah musibah yang menimpa pada mereka yang ingkar pada Allah s.w.t. Firaun, Haman, dan kaum-kaum terdahulu antara golongan yang wujud pada musibah peringkat ini. Mereka ditimpa musibah sebagai azab Allah sebelum menerima azab yang kekal abadi di akhirat kelak. Maka, sebelum akhirat menjadi soal ditimbang kira, dunia dan tanah pertama sekali tidak mahu menerima!

HIKMAH

Lumrahnya, manusia mula ingin mengenali dan kembali mengharap kepada Tuhan, setelah diciptakan kesusahan yang perlu dihadapi. Hal ini jua kerana mereka tidak ada pilihan. Melainkan hanya mengharap kepada kuasa dan yang Maha Kuasa sahaja untuk memperoleh segala jenis kekuatan dan harapan.

Ia menjadi titik tolak corak utama bimbingan Allah untuk kembalikan manusia ke atas jalan yang benar. Musibah adalah acuan yang paling mujarab mengembalikan hati-hati manusia untuk beriman kepada Allah s.w.t.

Sehubungan itu, musibah sebenarnya merupakan bimbingan yang paling berkesan dalam membentuk peribadi manusia, terutamanya keapda orang-orang yang beriman. Kerana ujian yang tetap perlu dihadapi, mereka akan mula mencari-cari nilai dan kekuatan agar mampu meneruskan kehidupan ini. Istilah Tuhan yang selama ini jarang dan lupa dari ingatan, kembali menjadi sebutan sama ada dari bibir atau di dalam hati.

Mula menilai hikmah dan pengajaran yang diciptakan di sebalik kejadian. Mula membuka minda dan hati menerima qada’ dan qadar ketentuan yang pastinya milik Allah s.w.t sahaja.

Tambahan lagi, di sebalik kekalutan dan kecelaruan musibah yang menimpa, mungkin benar musibah yang diciptakan adalah untuk diciptakan kelebihan dan kebaikan di kemudian hari. Perkara ini semua adalah dalam ketetapan Allah. Tiada satupun yang mampu melangkah dan terlepas dari ketetapan dan pengetahuan Allah Azza wa Jalla.

Handfone yang rosak dibeli baru tetapi lebih canggih dan terkini.

Kehilangan ahli keluarga diserikan dengan hubungan kekeluargaan yang kembali bertaut erat, setelah renggang dan sepi selama ini.

Oleh itu,

Nikmat mengajar manusia erti bersyukur dengan pemberian dari-Nya.

Musibah mengajar manusia erti redha akan ketentuan Allah s.w.t.

Wahai diri,

Kadang-kadang diri ini merasai ‘sesuatu’ dalam kehidupan ini. Sekiranya menghadapi musibah, sabar dan ingat akan Allah yang sentiasa Maha Mengetahui ujian yang ditimpa kepada hamba-hambaNya.

Sekiranya mempunyai harapan dan keinginan dalam hati, sampaikanlah ia kepada Allah. Dia Maha Mendengar apa yang tersirat dan tersurat pada hati manusia.

Bumi hanya kecil dan sebesar semut bagiNya. Keluasan alam semesta dan cakerawala melampaui batasan penglihatan manusia untuk melihat dan memikirkannya.

Kekuatan, keimanan, mahupun kekafiran manusia sedikitpun tidak menjejaskan kekuasaanNya yang Maha Kuasa.

Serta, hulurkanlah bantuan sekiranya mampu melakukan kepada insan yang lain. Cuma, jangan dibebankan diri dengan masalah yang wujud pada kehidupan manusia yang lain.

Think and receive it just only on the surface.

Sesungguhnya,

Diri itu tidak pernah berjuang berseorangan. Sentiasa hadir,wujud dan berjuang bersama-sama jiwa yang mengharapkan redha Tuhan.

Hidupkanlah hati mencintai Allah.

Jauhkanlah hati dari harapkan pada dunia seisinya.

Tuesday, December 7, 2010

Adab Dan Disiplin

2 weeks ago ago by Ridwan Osmanli. Spam? Label: SoHBeT, SoHBeT, edep, Seyh Efendi, Adab, Disiplin

Sohbet dari Sheykh Abdul Kerim el-Hakkani el-kibrisi

Jumaat 20 Muharram, 1425
39th Street Dergah, Manhattan, New York

Selamun aleykum. Meded Ya Sayiddi, Ya Sultan Evliya, Mevlana Sheykh Nazim al-Hakkani. Meded.

Kemuliaan budi pekerti merupakan ciri penting yang harus diberi keutamaan dalam hidup setiap manusia. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya saya itu diutus untuk menyempurnakan kemuliaan budi pekerti.” Kesemua para Rasul Allah s.w.t. telah diutus untuk menerapkan ciri penting ini di jiwa setiap umat manusia. Adab pergaulan yang sempurna tidak hanya terbatas kepada pergaulan sesama insan, malahan terdapat juga peradaban yang tertentu dalam perhubungan manusia terhadap alam persekitaran, adab perhubungan manusia terhadap maha pencipta yang agung, adab dan ketertiban terhadap para alim ulama, adab di antara kaum wanita dan kaum lelaki serta adab perilaku kanak-kanak terhadap orang dewasa. Jika seseorang itu tidak memiliki peradaban yang sesuai di atas perkara-perkara tersebut, maka lambat laun, mereka akan terjerumus ke lembah yang menuju ke arah kesesatan yang nyata.

Adab serta disiplin memainkan peranan terpenting dalam hidup setiap manusia. Terdapat undang-undang di sini sana, di setiap pelusuk negara. Ia berperanan untuk mendisiplinkan setiap manusia dengan caranya yang tersendiri. Kita bukanlah haiwan. Kita adalah manusia. Fitrah manusia tidak mengizinkan kita untuk hidup bersendirian di pergunungan. Manusia perlu hidup bermuafakat sesama insan. Sikap menghormati hak setiap individu serta jalinan kasih mesra sesama insan harus dipupuk. Apakah kamu mengerti apa yang sedang saya perkatakan ini? Pelajarilah cara-cara untuk hidup saling kasih mengasihi di antara kita. Pada masa ini, jalinan kasih mesra sesama manusia kian pupus ditelan kejahilan hidup. Kita harus bangkit dan bertekad untuk kembali mempelajari cara-cara untuk berkasih sayang antara satu sama lain.

Rasulullah s.a.w bersabda, “ Kamu tidak akan menjejaki Syurga, dan juga tidak termasuk dalam golongan hamba yang beriman sekiranya kamu tidak mengucapkan kalimah ‘La ilaha illallah.” Baginda berkata, “ Sekiranya kamu tidak melafazkan La ilaha illallah kamu tidak akan masuk ke Syurga,” Ini bererti, jika kamu tidak mempercayai akan kewujudan Tuhan yang esa, nescaya kamu tidak layak untuk menjejakkan kaki ke Syurga milikNya. Saya rasa ini amat adil. Tidak? Kamu tidak mahu menerimanya? Bahkan kamu masih lagi ingin berkata, “ saya ingin ke syurga anda”? Allah tentu akan membalas dengan berkata, “ Saya telah memberi kamu Dunia. Tinggal di sana. Jangan kamu datang ke Syurga.”

Beriman terhadap Allah s.w.t pencipta alam semesta dan menerima dunia dan akhirat, memberi kamu kebenaran untuk ke Syurga. Sebaliknya, jika kamu ingkar, kamu hanya akan mengenali diri kamu sendiri dan ketahuilah bahawa kehadiran kamu di Syurga tidak langsung diterima.

Sekiranya saya mengunjungi kamu di rumah dan kamulah yang berkuasa di rumah itu, sudah tentu saya harus patuh pada setiap garis pandu yang telah kamu tetapkan di rumah itu. Jika saya ingkar maka kamu akan berkata, “ Awak tidak layak untuk melakukan sehendak hati di rumah saya. Keluarlah!” Kamu tentu tidak akan lagi menerima kehadiran saya ke rumah kamu.

Pencipta semesta alam, Allah s.w.t berfirman, “ Asal kamu yang nyata adalah di Syurga. Kamu datang dari Syurga. Itulah rumah kamu. Tujuan kamu di dunia ini semata-mata untuk menerima dan meyakini bahawa Aku adalah Tuhan kamu. Sesudah itu, kembalilah kamu ke rumahmu (Syurga). Jika tidak, tinggallah kamu di Dunia ini. Jangan kembali ke tempat asalmu. Tinggallah sehendak hati kamu di Dunia ini. Tinggallah.” Inilah sebab mengapa kebanyakkan manusia tidak ingin kembali ke tempat asal kejadian mereka. Mereka berkata, “ Tuhan tidak wujud. Segala ciptaan tidak wujud. Kita semua akan mati dan terhapus begitu sahaja.” Kamu tidak akan terhapus. Yang terhapus itu hanya minda kamu yang cetek. Daya pemahaman kamu itulah yang akan terhapus.”

Ketahuilah bahawa kamu tidak akan ke Syurga sekiranya kamu tidak melafazkan kalimah La ilaha illallah. Jika kamu tidak berkata La ilaha illallah, kamu bukanlah di antara golongan orang yang beriman. Seseorang yang beriman harus melafazkan kalimah La ilaha illallah kerana ini merupakan detik permulaan terhadap ketetapan iman. Apakah pengertian La ilaha illallah? Ia bererti, “ Aku mempercayai wujudnya pencipta alam semesta ini. Aku percaya bahawa terdapat seseorang yang mencipta diriku.”

Kamu menggelarkannya Allah, Tuhan atau apapun gelaran yang kamu senangi. Hakikatnya ialah dia yang satu. Keesaan itu tidak dikongsi kuasa oleh mana-mana pihak.
Gelaran ketuhanan yang maha Esa itu ialah Allah. Beliau berkata, “ Itulah nama saya.” Sebagai contoh, saya boleh memanggil kamu Hamdi, Gandhi, Mindi, Bindi, Yandi, tetapi kamu akan berkata kepada saya, “Nama saya Ali.” Sekiranya saya berkeras juga untuk memanggil dengan gelaran Hamdi, sudah tentu kamu tidak akan memulakan pergaduhan hanya disebabkan hal ini. Tetapi kamu akan menjelaskan, “Baiklah walau bagaimanapun, kamu akan tetap memanggil saya Ali jika kamu ke rumah saya.”

Allah s.w.t. berfirman, “Allah adalah gelaran saya. Kamu memanggilnya Jehovah, tuhan atau sebagainya, tetapi pokoknya Aku adalah pencipta kamu. Aku telah mencipta kamu dan kedua ibu bapa kamu. Aku mencipta datuk dan nenek kamu dan apa jua yang wujud di muka bumi ini. Aku adalah maha pencipta. Jadi Akulah Tuhan yang berkuasa ke atas segala-gala yang berada di muka bumi ini dan juga di alam akhirat. Sekiranya kamu menerima akan kebenaran ini, maka masuklah kamu ke SyurgaKu. Jika kamu menyangsikannya, kamu tidak berhak ke atas SyurgaKu.”

Rasulullah s.a.w bersabda, “Menerima keesaan Allah s.w.t merupakan visa untuk memasuki Syurga.” Ini menjelaskan bahawa sekiranya seseorang Kristian menerima dan berkata, “Allah adalah tuhan yang satu.Tiada perpisahan. Tiada Trinity atau sebagainya.” Ini bermaksud bahawa orang tersebut memiliki keimanan. Beliau akan masuk ke Syurga. Jika seorang Yahudi berkata, “Tuhan itu wujud dan Dia telah mencipta Muhammad s.a.w, Musa, Adam dan para rasul yang lainnya,” maka dengan kepercayaan itu juga beliau akan masuk ke syurga, tetapi segala perilaku dan perbuatannya akan disoal terlebih dahulu. Yang nyata, visa untuk ke Syurga ialah dengan melafazkan kalimah La ilaha illallah. Ini merupakan visa untuk melayakkan diri kamu ke Syurga.

Rasulullah s.a.w juga bersabda, “ Jika kamu melafazkan kalimah tersebut maka kamu akan dianggap sebgai seorang yang beriman.” Tetapi, beliau berpesan (sekarang kepada kaum Muslim pula), “sekiranya tiada perasaan cinta dan kasih mengasihi diantara kamu, maka kalimah La ilaha illallah yang telah dilafazkan tidak akan dipertimbangkan. Ini bererti, keimanan kamu tidak kukuh.” Ini jelas menunjukkan bahawa Islam bukanlah agama yang memberi tumpuan terperinci kepada seseorang secara individu. Islam menumpukan perhatiannya kepada apa yang berada di hadapan orang itu. Perhatikanlah apa yang ada di hadapan kamu. Sekiranya kamu memberi kepada orang itu, nescaya Allah akan memberi kepada kamu. Cinta hadir dengan memberi. Bukan setakat dengan berkata,

“Saya cinta padamu sayangku.”

“Apa? Kamu mencintai saya? Bilamana saya keluar bekerja, kamu membawa seorang lelaki ke rumah ini? Itukah erti cinta bagimu? Mashallah.”

Atau, perkara yang serupa juga boleh berlaku sekiranya seseorang lelaki berkata, “Saya cinta padamu sayangku.”
“Ya, cinta yang kamu lafazkan, tetapi sejurus itu, kamu akan berpaling ke suatu sudut yang lain dan berlaku curang terhadapku.”

Sekarang ini, perkara yang sedemikian rupa sedang berleluasa . Lelaki, mahupun wanita, kedua-duanya serupa dalam melakukan perkara yang terkutuk ini. Keadaan pada masa kini amat dashyat. Inilah masa di mana manusia hidup di tengah-tengah kejahilan. Masa yang ditakluki dengan pelbagai perbuatan tercemar umat manusia. Sudah tentu, kebanyakkan di antara mereka melakukan perkara yang terkutuk ini secara bersembunyian dan mereka berfirkir bahwa tiada sesiapa yang akan dapat mengesan perbuatan sumbang ini.

Allah s.w.t maha mengetahui. Ini yang harus kamu ingatkan di benak fikiran kamu. Allah juga telah memberi kuasa kepada sesiapa yang beliau inginkan agar mereka juga mengetahui. Jangan kamu persoalkan bagaimana mereka ketahui. Sesungguhnya mereka ketahui segala apa yang tersirat. Paras rupa kamu ibarat sebuah buku. Apa yang tersirat di hati dapat dibaca dari raut wajah kamu. Mereka yang mempunyai penglihatan yang istimewa ini, mereka yang memiliki binokular, akan mempergunakan keistimewaan yang diberi untuk membaca dari raut wajah kamu. Apabila hati kamu terbuka, maka segala yang terkandung didalamnya akan dapat dibaca dan dibongkar.

Allah s.w.t bersifat maha pengasih lagi pengampun, terutama sekali pada waktu ini dimana kejahilan yang teramat berat tersebar luas di merata kawasan. Sekurang-kurangnya, pada zaman Rasulullah s.a.w, zaman jahiliah yang pertama, manusia tidak berpengetahuan. Oleh itu, mereka tidak beriman. Tatkala para Sahabat Rasulullah (saw) memberitahu dan mengajar mereka sesuatu, mereka mendengar dan menerima dengan rela hati.

Manusia pada zaman ini memiliki pengetahuan yang meluas dalam segala urusan. Disebabkan pengetahuan yang mendalam ini, mereka ungkal dan menjadi lebih jahil. Mereka bersifat tamak dan menafikan segala kebenaran kerana mereka fikir mereka mengetahui segalanya. Mereka tidak ingin mendengar dan tidak pula ingin membuka minda mereka untuk menyedari, “mungkin semua yang berlaku ini akan membawa kepada sesuatu.” Tidakkah kamu melihat bahawa mereka asyik menanyakan, “apakah kelulusan kamu? Di maktab manakah kamu mendapat pendidikan?” Seseorang menjawab bahawa beliau tamat pengajian di Universiti Columbia dan saya pula berkata bahawa saya menamatkan pengajian di University Havard. Sekarang beliau mula mendengar kata-kata saya. Sekiranya saya berkata yang saya habis pengajian di University Fordham, tentu sahaja kata-kata saya akan disia-siakan.

Alhamdullillah, saya berkata secara am. Tapi begitu ramai yang sedang memperlihatkan kepada ijazah atau kelulusan seseorang dan berkata, “Saya hanya akan patuh kepada yang ada kelulusan yang tinggi sahaja.” Ijazah senang diperolehi. Anda boleh membelinya sungguh senang sekali. Hanya perlu memberi maklumat kepada seorang pakar dalam bidang komputer dan dia akan mencetakkan ijazah itu. Tetapi tiada ilmu yang dapat diperolehi dengan ijazah tersebut. Kamu masih jahil.

Begitulah sikap manusia di masa ini. Berjuta malah beribu juta di antara mereka yang memiliki pengetahuan cetek tentang ilmu akhirat. Bahkan mereka menjadi sombong dan jahil. Mereka menutup setiap pintu yang menuju ke arah ilmu akhirat dengan berkata, “Semuanya berakhir selepas kematian kita di dunia ini. Tiada lagi yang wujud selepas itu.” Mengapakah mereka berpendirian sebegitu rupa?” Oleh kerana Shaytan telah menghasut dan berkata, “Jangan menerima segala-galanya. Hiduplah sesuka hatimu di dunia ini. Sekiranya kamu mempercayai tentang Akhirat, maka kamu tidak akan hidup seperti haiwan. Sekiranya kamu mempercayai, kamu akan hidup seperti seorang manusia. Kamu akan menerapkan disiplin ke dalam hidup kamu. Kamu akan meletakkan undang-undang ke atas dirimu.” Shaytan juga berkata, “Tinggalkan segala undang-undang yang mengongkong kebebasan hidup kamu dan marilah hidup berleluasa bersamaku kerana kamu akan menemaniku ke api neraka.” Itulah hala tujuan yang Shaytan sedang arahkan kepada sekian umat manusia.

Kejahilan di masa ini adalah yang teramat dashyat jika dibandingkan dengan kejahilan pada zaman Rasulullah s.a.w. Pada masa itu, manusia tidak mempunyai pengetahuan yang luas. Sungguhpun begitu, mereka bersifat terbuka dan mendengar segala ajaran yang dibawa kepada mereka. Terdapat beberapa ketua seperti Abu Jahil yang agak luas pengetahuannya. Disebabkan itu, mereka menjadi sombong dan jahil. Dengan megahnya beliau berkata, “saya tahu, saya mempunyai ijazah.” Abu Lahab juga berkata, “saya mempunyai ijazah. Sayalah orang yang terpelajar di antara kamu sekalian.” Dan kedua-dua mereka menjadi dalang bagi orang-orang yang jahil.

Kini, dengan peredaran waktu yang begitu pesat, keadaan bertambah lebih buruk dari yang sudah. Seorang kanak-kanak berusia sepuluh tahun boleh berdiri di hadapan kamu sambil berkata, “Tiada apa jua yang wujud (selepas kematian).” Lantas saya bertanya, “ wahai anak kecil, kamu sendiri belum mengetahui tata tertib untuk memasuki tandas. Dari manakah terbitnya mentari pagi?”

“Dari Utara.”

“Mereka belum lagi mengajar itu kepadamu di sekolah.” (Sheykh tersenyum)

Ternyata sudah bahawa kanak-kanak ini tidak mengetahui apa-apa. Walhal mereka juga tidak mahu menerima segala ajaran kerana ibu bapa di rumah hanya mendidik anak-anak untuk menjadi seorang yang hanya mementingkan diri sendiri dan seorang yang hanya memberi arahan. Kanak-kanak kecil memerintah ibu bapa mereka. Mashallah terhadap disiplin. Mashallah.

Maka itu, Rasulullah s.a.w telah diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Manusia harus terlebih dahulu memiliki kesempurnaan adab. Setelah ini dimiliki, apabila mereka mengikuti jejak langkah Rasulullah s.a.w, mereka akan melengkapi peradaban yang lebih sempurna. Meniru cara hidup Rasulullah s.a.w harus membawa kamu ke kedudukan yang tertinggi di mana kamu akan dapat memahami, “Oh, Tuhan ku mencipta diriku ini di Ahsani Taqweem.” Ya , insan yang amat sempurna. Yang paling sempurna dari segi bentuk, gaya, segi material, kerohanian, dan setiap pergerakan yang teramat sempurna. Barang sesiapa yang menerima pemberian dari Allah s.w.t, nescaya orang itu akan menjadi makhluk yang paling sempurna. Suatu hari kelak, dia akan mencapai kedudukan yang tertinggi.

Kian ramai diantara manusia yang tidak mensyukuri nikmat pemberian Allah s.w.t. Seringkali kedengaran rintihan orang-orang yang berkata, “Kulitku gelap dan aku tidak menyukainya,” “Kulitku putih tetapi aku ingin menukarkanya menjadi gelap.” Inilah diantara golongan manusia yang sentiasa tidak berpuas hati dengan pemberian Allah s.w.t. Mereka melihat pada diri sendiri dan berkata, “ saya kelihatan terlalu pucat, saya terlalu cerah, saya itu dan ini, rambut saya terlalu kerinting dan saya ingin meluruskannya.” Mereka yang berambut lurus pula ingin mengerintingkan rambutnya. Ada pula yang menginginkan mata yang berwarna biru, ada pula yang mengingkan mata yang hitam. Lantas mereka menggunakan lensa mata yang beraneka jenis sehingga menyebabkan mata mereka menjadi rabun dan rosak. Saya berkata, “Lihatlah mata kamu, ia kelihatan seperti mata kucing,” mereka rasa terhina dengan kata-kata ini (Shyekh tersenyum). Tetapi bila saya berkata, “ mata kamu kelihatan seperti mata seekor singa,” mereka (dengan megahnya) berkata, “ah, itu sudah semestinya.” (Sheykh tertawa sinis).

Kamu tidak menyukai apa yang telah Allah s.w.t berikan kepadamu? Alangkah jahilnya manusia ini! Setiap pemberian adalah anugerah daripada yang maha berkuasa. Bukan dari orang sebarangan. Betapa besarnya berkat yang datang bersama pemberian Allah s.w.t. Dia telah memberi kesempurnaan itu hanya padamu. Rupa bentuk kamu dan segala-galanya amat sempurna. Tidakkah kamu gembira? Hanya jika kamu memahami maksud yang tersirat, maka kamu akan mencapai nikmat kebahagian. Jika tidak, kamu akan mendapati diri kamu keluar dari kamar doktor dengan perubahan yang tidak menentu ke atas raut wajah dan tubuh kamu, (saya tidak suka menyebut nama seseorang, tetapi ia perlu dilakukan pada waktu ini), kemudian, kamu akan kelihatan seperti Michael Jackson. Kamu tidak mempunyai apa-apa lagi untuk diubah kerana semua anggota tubuh kamu mulai tertanggal satu persatu. Jangan melakukan kesilapan yang sedemikian rupa. Bersyukurlah terhadap segala pemberian Allah s.w.t. kerana pemberian itu merupakan nikmat dan barakah buat dirimu. Ini menandakan bahawa Allah s.w.t amat senang dengan kamu. Bersyukurlah dengan kenyataan ini. Jika tidak, kamu tidak akan dapat mengenal erti kebahagian di dunia mahupun di Akhirat.

Rasulullah s.a.w datang untuk menyempurnakan akhlak yang mulia dan meninggikan martabat sekian umat manusia. Barang sesiapa yang mengikuti jejak langkah Rasulullah s.a.w, mereka bukan sahaja tidak berdaya untuk menyakiti sesama manusia, bahkan mereka juga tidak tergamak untuk mencederakan seekor semut yang tidak bermaya. Orang-orang yang begini hanya akan bangkit di suatu masa nanti, untuk menentang demi kerana Allah s.w.t, di bawah naungan seseorang yang bakal hadir [Mahdi as]. Sekiranya ini berlaku, berwaspadalah, kerana kamu semua tidak akan dapat lari jauh. Kamu tidak akan terselamat.

Wa min Allahu taufiq

Bihurmatil Habib

Bihurmatil Fatiha.

Islamkan Ilmu

http://www.salahws.com/oss/MoreInfo/Hubble.jpg

Salah satu cara paling berkesan untuk menyelamatkan dunia ilmu sains sosial dari putar belit Freemason dan Illuminati ialah dengan melaksanakan Gagasan PengIslaman Ilmu.
Gagasan PengIslaman Ilmu (GPI)
Gagasan ini mula dibangunkan oleh Allahyarham Dr. Ismail Raji Al-Faruqi yang merupakan profesor Pengajian Islam di Universiti Temple, Philadelphia. Tetapi idea sebenar penggunaan istilah ‘PengIslaman Ilmu’ adalah lonjakan daripada Syed Naquib Al-Alattas dari Malaysia pada 1974.
GPI adalah satu objektif baru yang dibina oleh beberapa kelompok pemikir Islam dalam usaha mengeluarkan konsep-konsep pemikiran dan metodologi sains sosial dari konsep-konsep Barat.
Gagasan PengIslaman Ilmu memainkan peranan penting dalam usaha mendefinasikan semula ilmu-ilmu sains sosial seperti sosiologi, antropologi, psikologi, sejarah, sains politik, ekonomi dan sebagainya mengikut konsep-konsep Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.
Namun begitu, ia bukanlah suatu usaha yang mudah kerana umat Islam moden bukan setakat sudah biasa dengan konsep, pemikiran, metodologi dan pendekatan barat, malah sifat mereka juga telah ditentukan oleh asuhan pendidikan sekular moden sejak kecil.
Di universiti-universiti yang lokasinya di negara-negara Islam sekalipun, konsep barat dalam menerapkan ilmu-ilmu sains sosial sudah menjadi sebati di dalam semua fakluti-fakulti sains sosial. Bahan-bahan rujukan profesor dan pensyarah semuanya didominasi oleh buku-buku pemikiran berorientasikan konsep barat.
Kemudian, pemikiran barat itu dalam mentakrifkan hal sains sosial diwariskan pula kepada pelajar-pelajar melalui kuliah-kuliah pengajian.
Melaksanakan GPI adalah tugas yang sukar
Menurut Dr. Mohammad Omar Zubair, bekas Presiden Universiti Malik Abd Aziz;
Pendidikan adalah satu-satunya cara untuk memperolehi kebijaksanaan, tapi malangnya ideologi-ideologi Barat yang mengelirukan dan dogma kebendaan dunia sekular telah merobohkan dunia Islam.
Tambahnya lagi,
Keghairahan untuk mendapatkan kemajuan kebendaan dan intelektual dengan pantas telah menyebabkan dunia Islam menerima sistem pendidikan barat secara total dan cuba pula menggabungkannya dengan sistem pendidikan Islam.
Menurut pandangannya juga keadaan tergesa-gesa dalam mengaplikasikan sistem pendidikan barat telah menyebabkan dunia pendidikan di negara-negara Islam yang mengejar pembangunan berada dalam keadaan yang sumbang. Kesumbangan ini berlaku kerana konsep keimanan dan sekularisme adalah dua perkara yang jauh berbeza dan tidak dapat disatukan.
Kesukaran melaksanakan Gagasan PengIslaman Ilmu lebih sukar lagi apabila pihak pemerintah Islam sendiri menganaktirikan pendidikan berteraskan Islam. Pendidikan berasaskan sekular dan ilmu-ilmu akademik diberi pengiktirafan yang tinggi serta dimuliakan.
Barat mengetahui bahaya Gagasan PengIslaman Ilmu
Konsep GPI ini jika benar-benar diadaptasikan oleh pemerintah Islam di seluruh dunia, nescaya ia akan mempercepatkan proses mengembalikan semula zaman kegemilangan ilmu-ilmu masyarakat Islam zaman dahulu.
Konsep ini juga pada akhir objektifnya akan membawakan setiap manusia Muslim itu ke arah mengagungkan semulailmu-ilmu Islam kerana pada hakikatnya dalam sejarah Islam, setiap tokoh-tokoh Islam itu tidak sahaja menguasai ilmu duniawi tetapi juga alim di dalam ilmu-ilmu ukhrawi.
Namun demikian, usaha-usaha menghalang gagasan ini dari berkembang luas nampaknya dilakukan dengan drastik oleh golongan Illuminati. Pada 1986, Dr. Ismail Al-Faruqi dan isterinya, Dr. Louis Lamya telah dibunuh di rumahnya. Ramai pemerhati mengesyaki bahawa komplot pembunuhan ini didalangi oleh Jewish Defense Leage (JDL).
Sesungguhnya, pembunuhan Al-Faruqi telah membuktikan beberapa perkara tentang Gagasan PengIslaman Ilmu:
  • Pembunuhan Dr. Ismail Al-Faruqi membuktikan bahawa betapa konsep GPI ini boleh membangunkan intelektual-intelektual Muslim dalam ruang metodologi Islam dengan kadar yang cepat, pantas dan ramai.
  • Ia membuktikan bahawa intelektual-intelektual Yahudi dan ideologi-ideologi mereka yang berselerak di Oxford dan Harvard boleh ditewaskan oleh sarjana-sarjana Islam masa kini.
  • Ia membuktikan bahawa penerapan Sistem Pendidikan Barat @ Sekular di negara-negara Islam sengaja dirancang bagi menghalang kelahiran genius-genius Ulama Muslim zaman moden.
  • Ia membuktikan bahawa masyarakat Islam terkebelakang dalam segala hal hanya kerana mengamalkan Sistem Pendidikan Barat.
  • Ia membuktikan bahawa Perang-Perang Dunia adalah satu ‘pakej konspirasi’ yang lengkap dalam usaha menjajah negara Islam. Negara Islam tidak hanya diserang dan dijajah bahkan pemikiran, ideologi dan kepercayaan agamanya juga diganggu-gugat melalui satu sistem aliran politik dan pendidikan yang tersusun.
  • Ia membuktikan bahawa buku-buku rujukan Sains Sosial yang diimport dan dikitabkan oleh profesor-profesor universiti adalah punca kemunduran umat Islam.
  • Ia membuktikan bahawa ilmu-ilmu Islam tulen seperti Fekah, Tauhid, Mantik, Adab, Nusus, Syariah dan seangkatannya memerlukan satu pintu keluar agar kehebatan ilmu-ilmu itu dapat ditampilkan. Sesungguhnya pintu itu mestilah sebuah polisi pendidikan yang mempunyai nafas Islam seperti ‘Gagasan PengIslaman Ilmu’.
Contoh PengIslaman Ilmu : PSIKOLOGI
Antara disiplin Sains Sosial yang terdapat di universiti ialah Psikologi. Disiplin ini mengkaji tentang masalah kejiwaan, pemikiran, sifat dan tingkahlaku dalam manusia. Bagi pengamal-pengamal disiplin Psikologi, mereka akan mempelajari bahawa disiplin Psikologi mempunyai mazhab-mazhab tersendiri yang mana setiap darinya terdapat pula tokoh-tokoh yang mengasaskannya.
Mazhab-mazhab itu ialah Behaviorisme, Kognitivisme, Humanisme danPsikoanalisis. Misalnya tokoh mazhab Behaviorisme adalah John B. Watson, B.F. Skinner dan Edward Thorndike berpegang kepada prinsip bahawa setiap sifat manusia ini adalah berpunca dari pelaziman tingkah laku. Maka pelbagai penyelidikan dilakukan untuk membuktikan konsep mereka ini benar.
Menurut Dr. Louis Kamel Matikah di dalam bukunya bertajuk Readings in Social Psychology in Arab State (1970), kebanyakan ahli-ahli psikologi Muslim menghadapi masalah di dalam kajian kemasyarakatan kerana mereka telah mengguna pakai rangka penyelidikan yang sebenarnya dirangka untuk masyarakat barat.
Hasil penggunaan metodologi yang silap dan tidak berteraskan keIslaman, maka keputusan yang didapati ke atas masyarakat Islam adalah tidak tepat.
Di dalam kertas kerja bertajuk An Islamization of Knowledge Process in Psychology (1977) oleh Dr. Abd Hamid al-Hashimi, beliau mengatakan;
Hasil dari latihan yang didapati dari luar, sebilangan ahli psikologi kita menggunakan teori dan prinsip psikologi Barat di dalam bidang kajian mereka terhadap masyarakat Islam.
Sejarah tokoh Psikologi sengaja diputar belit
Di dalam kertas kerja yang sama juga, Dr. Abd Hamid mengatakan intelektual Islam lebih dahulu memperkenalkan disiplin Psikologi berbanding profesor-profesor barat. Malah kajian yang dilakukan oleh sarjana Islam klasik lebih mendalam dan menepati kehendak masyarakat Islam itu sendiri.
Beliau menegaskan bahawa walaupun Barat cuba mengaitkan pemikiran Aristotle dari Greek untuk menjana sejarah klasik Psikologi tetapi hakikatnya mereka hanya baru memperkenalkan disiplin ilmu ini sekitar 1800-an.
Tetapi umat Islam lebih mendahului disiplin ini dari barat yakni 850 tahun sebelum itu. Ini bermakna Barat hanya berjaya memperkenalkan disiplin Psikologi selepas 850 tahun umat Islam meneroka ilmu ini. Perkara ini tidak diilmukan oleh pensyarah-pensyarah Psikologi di universiti kepada pelajar-pelajar kerana sebahagian besar mereka sendiri telah taksub dan terdidik dalam mengagungkan metodologi barat.
Berikut ialah tokoh-tokoh Islam dalam disiplin Psikologi;
  • Abu Nasr Al-Farabi (meninggal pada 950M) – membuat kajian tentang kejiwaan masyarakat Utopia yang bertajuk Opinion of the Citizens of Utopia.
  • Ibnu Sina (meninggal pada 1037 M) – menulis dua kitab berkaitan psikologi dengan tajuk The Moods of Psyche dan Hints and Notice. Beliau membincangkan tekanan psikologi, perasaan-perasaan yang tersembunyi dan nyata. Beliau juga secara tidak langsung mengasaskan kajian dalam ingatan, jenis-jenis ingatan dan faktor-faktornya.
  • Imam Al-Ghazali (meninggal pada 1111M) – menulis karya agungnya tentang jiwa manusia dengan tajuk “Ihya Ulumuddin”.
  • Ibnu Al-Jawzi (meninggal pada 1201M) – menulis buku bertajuk The Intelligent. Buku ini membincangkan tentang otak, kebolehan berfikir, pemikiran, kaedah mengukur kecerdasan otak dan beberapa kes berkaitan.
  • Abu Bakar Muhammad Al-Qays Ibn Tufayal (meninggal pada 1185M) menulis buku bertajuk ‘Hayy ibn Yaqzan’ kemudian diterbitkan semula kitab ini dengan tajuk Hayy ibn Yakqzan: A Pioneering Psychology Study and an Islamic Masterpiece (1975). Buku membincangkan peringkat kehidupan Hayy sebagai seorang kanak-kanak, belia, lelaki muda dan orang dewasa. Ibn Tufayal juga membincangkan pelbagai fenomena psikologi Hayy seperti kasih sayang, imaginasi, hubungan sosial dan perasaannya dengan persekitaran.
Sebelum Gagasan PengIslaman Ilmu diperkenalkan lagi, terdapat usaha-usaha dari beberapa sarjana Islam untuk mengIslamkan ilmu secara individu. Antara sarjana Islam yang mengutarakan idea itu ialah Dr. Fuad Al-Ahwani di dalam bukunya yang bertajuk Psychological Studies by Classical Muslim Scholars(1963).
Dr. Fuad Al-Ahwani menyatakan bahawa akan menubuhkan satu disiplin baru di dalam kurikulum pendidikan yang dipanggil ‘Psikologi Islam’.
Kesimpulan
Gagasan PengIslaman Ilmu adalah satu mandat yang amat sempurna dalam menghakis aliran sekular di dalam disipilin-disiplin ilmu Sains Sosial di universiti. Ia juga merupakan satu senjata pemikiran yang ampuh unttuk mengeluarkan umat Islam dari kepompong bekung sekularisme pendidikan.
Amat malangnya, pelancaran gagasan ini dapat dihidu awal oleh golongan Illuminati. Mereka lebih cepat mengenalpasti kesan-kesan jangka panjang hasil daripada perlaksanaan gagasan ini. Bukan setakat mengenalpasti, mereka juga dapat menyekat cahaya gagasan ini dari menyinari sarjana-sarjana Islam di seluruh dunia.
Namun, ia bukanlah bermakna sarjana Islam berputus asa dengan sekatan Illuminati itu