Thursday, December 10, 2009
Isteri Derhaka
Huraian
1. Seorang suami tidak boleh membenci isterinya sampai menceraikannya hanya kerana satu kelakuan isterinya yang tidak menyenangkan. Tetapi hendaklah dipertimbangkan dengan perilaku lain yang menyenangkan dari isterinya. Begitu jua keadaannya bagi seorang isteri terhadap suaminya.
2. Tugas seorang isteri di samping harus taat kepada Allah SWT hendaklah taat kepada suaminya. Sekiranya kedua-dua tugas ia dapat dilaksanakan dengan baik, maka syurgalah baginya. Sabda Rasulullah: "Jika seorang perempuan telah sembahyang lima waktu, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya pasti ia masuk syurga dari berbagai pintu yang dikehendakinya." (Riwayat Ibnu Hibban)
3. Sebagai perempuan atau wanita yang bergelar isteri, kita mempunyai satu kewajipan yang besar dan penting terhadap suami. Sebelum kewajipan lain dilaksanakan, kewajipan terhadap suami harus didahulukan. Manakala bagi lelaki mereka pula mempunyai kewajipan yang amat besar terhadap ibunya. Sejauh kemampuannya, ia perlu memenuhi setiap kewajipan terhadap ibunya, kerana itu kewajipan yang mesti dilaksanakan.
4. Rasulullah bersabda: "Wanita yang taat terhadap suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan-ikan di dalam air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya. Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanyalah laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. Dan setiap wanita yang bermuka masam pada suaminya, ia adalah dalam kemurkaan Allah Ta'ala sampai ia (wanita/isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan ia meminta kerelaanya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat melaknatnya hingga ia pulang." (Riwayat Al Bazzar).
Monday, December 7, 2009
KERANA CINTA
Atas nama cinta. Dengan cara apapun, usaha agar dalam hidup kita hanya ada satu kata cinta iaitu “Cintailah Allah!” Jika kita menyintai Allah, maka Dia akan mencintai kita, dan memerintahkan seluruh makhlukNya untuk mencintai kita.
Bayangkan sejenak! Alangkah baik, indah dan nyamannya jika seluruh makhluk, baik makhluk yang nampak mahupun makhluk ghaib yang tidak kelihatan, semuanya menyintai diri kita. Semuanya akan menyintai kita jika berhak dimuliakan disebabkan kita menyintai Allah SWT, Tuhan kita dan Tuhan seluruh makhluk ini.
Dasyatnya cinta suci ini dan dibenarkan Rasulullah SAW:
“Ketika Allah menyintai seorang hamba, Allah menyeru kepada malaikat Jibril, “wahai Jibril, sesungguh Allah menyintai si Fulan, maka cintailah dia olehmu!” Jibril pun menyintainya. Kemudian Ia menyeru kepada seluruh penduduk langit, “Sungguh Allah menyintai si Fulan, maka cintailah dia oleh sekalian!” Dia pun dicintai oleh penduduk langit. Setelah itu, dia diterima di muka bumi. Ketika Allah membenci seorang hamba, Allah menyeru kepada malaikat Jibril, “wahai Jibril, sesungguhnya Allah membenci si Fulan, maka bencilah dia olehmu!” Jibril pun membencinya. Kemudian Ia menyeru kepada seluruh penduduk langit, “Sungguh Allah membenci si Fulan, maka bencilah dia oleh sekalian!” Ia pun dibenci oleh penduduk langit. Setelah itu, kebencian diletakkan baginya di muka bumi” (HR Muslim dari Abu Hurairah RA).
Atas nama cinta. Cintailah Allah SWT dengan sepenuh jiwa, agar Ia memerintahkan seluruh makhlukNya untuk mencintai diri kita. Agar dalam hidup kita penuh kemudahan, penuh dengan keindahan, kebahagiaan, kebaikan dan keselamatan...
Cinta kepada Allah adalah nilai yang teramat mahal, tidak mudah dicapai. Untuk mewujudkan perkara ini perlu usaha dan tindakan yang sungguh-sungguh takwa kepada Allah SWT dalam keadaan apapun, menyintai Rasulullah SAW berikut seluruh keluarganya, mencintai orang-orang solih, menunaikan seluruh kewajiban, memperbanyak ibadah, rela berkurban untu kebaikan dan jihad fi sabilillah, menegakkan syariat Islam dan sebagainya.
Untuk meraih cinta Ilahi, jangan lupakan faktor doa! Memperbanyak doa dapat mempercepatkan untuk mencapai cinta Allah. Berdoa dengan penuh harapan dan sikap merendah diri (tadharruk) akan memudahkan jalan bagi tercapainya cinta Ilahi. Renungkanlah, Nabi Daud sahaja sentiasa berdoa memohon cinta kepada Allah:
“Di antara doa Nabi Daud A.S. adalah, : “Ya Allah, sesungguh hamba memohon cintaMu dan cinta orang yang mencintaiMu dan amalan yang dapat menghantarkan hamba untuk mencintaiMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih dari hamba cintakan daripada cinta hamba kepada diri hamba sendiri, keluarga dan air dingin sekalipun.” (HR Tirmidzi dari Abu Darda, hadits hasan).
Seorang Muslim yang telah mengikrarkan dua kalimat syahadah, maka dia harus memperjuangkan cintanya kepada Allah, kemudian cinta kepada Rasulullah dan jihad fi sabilillah.
Menyintai isteri, anak, keluarga, keturunan, harta, pangkat, takhta dan lain sebagainya (yang halal dicintai), tentu dibolehkan sepanjang masa, cinta tersebut di bawah cinta paling utama kepada Allah:
“Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tuhan-tuhan selain Allah; mereka menyintainya sebagaimana mereka menyintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman akan melebihkan cintanya kepada Allah ” (Qs Al-Baqarah 165).
“Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khauatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya." Dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik” (Qs At-Taubah 24).
Di samping cinta, seorang yang telah berikrar dua kalimat syahadah harus memiliki sikap redha (ar-ridha) dalam dirinya. Kita harus redha kepada Allah dan RasulNya dengan mentaati seluruh keputusan Allah dan RasulNya.
Redha kepada Allah mesti dilakukan dengan sepenuh keredhaan, lahir-batin tanpa ada sedikit pun rasa ketidakpuasan kepada ketetapanNya. Kerana dalam Al-Quran, Allah Azza wa Jalla menafikan iman seseorang sebelum dia redha berhukumkan kepada Rasulullah SAW (Islam) dan menerima keputusan Baginda dengan sepenuh hati, tanpa ada sedikitpun rasa haraj (penolakan dalam hati). Bahkan penolakan (nafi) itu didahului dengan sumpah Allah dengan diriNya sendiri:
“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya” (Qs An-Nisa’ 5).
Atas nama cinta. Cintailah Allah dengan sepenuh jiwa, agar Dia memerintahkan seluruh makhlukNya untuk menyintai diri kita. Agar dalam hidup kita penuh kemudahan, keindahan, kebahagiaan, kebaikan dan keselamatan.Sunday, December 6, 2009
NIKAH MEMBENTUK KEHIDUPAN LEBIH BERMAKNA
Untuk menyemarakkan kehidupan alam semesta, Allah Azza wa Jalla menetapkan pernikahan sebagai sunnah Ilahi dan sebagai tanda-tanda kekuasaanNya. Dengan pernikahan, kehidupan terasa lebih sempurna dan lebih bahagia.
Allah SWT berfirman:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir” (Qs Ar-Rum 21).
Oleh kerana na itu, pernikahan merupakan keharusan bagi setiap individu Muslim yang sudah memiliki kemampuan untuk melangsungkan pernikahan agar tidak terjerumus ke dalam lembah perbuatan dosa. Siapa sahaja yang memiliki kemampuan untuk bernikah, segeralah melangsungkan pernikahan. Jangan ditunda, supaya selamat dari godaan dosa dan maksiat.
Rasulullah bersabda:
“Wahai para pemuda! Barangsiapa yang mampu di antara kalian untuk menikah, maka menikahlah. Kerana pernikahan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Jika tidak mampu menikah, hendaklah ia berpuasa kerana puasa itu merupakan benteng penghalang nafsu baginya” (hadits shahih, riwayat Al-Jama’ah).
Langsungkanlah pernikahan dengan penuh bermotivasi untuk memelihara kehormatan, supaya dalam hidup kita sentiasa penuh dengan pertolongan Allah. Dengan pernikahan, hidup terasa lebih selesa dan tenteram...
Jangan biarkan syaitan meniupkan keragu-raguan ke dalam ruang hati untuk memporakperandakan kemampuan melangsungkan pernikahan . Kerana dalam keadaan zaman sekarang yang semakin lama semakin rosak, godaan syahwat makin hebat dan peluang berzina makin terbuka lebar di mana-mana.
Langsungkanlah pernikahan dengan penuh semangat untuk memelihara kehormatan jiwa dan raga kita, supaya dalam hidup kita sentiasa penuh dengan pertolongan Allah Azza wa Jalla.
Rasulullah SAW bersabda:
“Ada tiga golongan yang telah menjadi ketetapan Allah untuk menolong mereka, iaitu:
(pertama) Remaja yang sedang berusaha menebus pembayaran untuk memerdekakan dirinya,
(kedua) seseorang yang bernikah demi memelihara kehormatan dirinya,
(ketiga) mujahid fi sabilillah”
(hadis sohih dari Abu Hurairah RA, diriwayatkan oleh An-Nasa’i, Tirmidzi, Ibu Majah, Ahmad, Ibnu Khuzaimah, dan Ibnu Hibban).
Solat Istikharah
Jika telah bertekad bulat untuk bernikah, maka hendaklah melakukan solat istikharah, agar Allah memberikan petunjuk dan pilihan yang terbaik. Sebaiknya, solat istikharah dilakukan pada waktu akhir malam, kerana pada waktu tersebut doa terlalu mustajab, keadaan jiwa dalaman dalam keadaan bersih dan jauh dari perkara-perkara yang mengganggu solat.
Dalam kitab Al-Adzkar, Imam An-Nawawi berkata bahawa pada rakaat pertama membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun dan pada rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas. Namun jika tidak mampu untuk melakukan solat dua rakaat, cukuplah dengan membaca doa istrikharah.
Kemudian, tidak menjadi satu kesalahan jika bermusyawarah dengan sesama kita secara berhati-hati dalam menetapkan keputusan:
“…dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya” (Qs Ali Imran 159).Friday, December 4, 2009
Berzikir, Berdoa Secara Perlahan Adalah Shahih Daripada Nabi SAW
Jika tidak dilakukan demikian dianggap sebagai satu perkara aib, terutama bagi imam itu sendiri yang seolah-olah tidak tahu hendak berdoa.
Oleh yang demikian masjid dan surau sudah menjadi seperti majlis nasyid. Ada di antaranya menjadi bising sehingga mengganggu jemaah yang sedang sembahyang, sedang masbuk dan di antaranya baru hendak bersembahyang.
Seolah-olah mereka tidak menghirau orang masbuk yang sedang bersolat atau orang baru datang untuk bersolat.
Kadang-kadang kita melihat imam dan makmum terus juga berwirid dengan suara lantang sehinggalah tamat. Inilah satu-satunya perbuatan yang sangat tercela dan perlu dihentikan.
Nabi Muhammad dan para sahabatnya tidak membaca wirid itu secara beramai-ramai dengan suara keras dan terus-menerus pada setiap lepas solat, tidak pula membaca doa dengan suara yang keras dan diaminkan oleh makmum pada tiap-tiap selepas bersolat.
Nabi dan para sahabat hanya membaca wirid dengan suara kuat dan lantang sewaktu mengajar makmum. Kita sekarang, para makmum sudah menjangkau usia lebih daripada 60 tahun takkanlah, tak tahu membaca doa dan berwirid?
Ada baiknya semuanya ini dibuat sendirian. Allah lebih suka kalau hamba-Nya meminta doa sendiri terus kepada-Nya tanpa menerusi sesiapa pun.
Asy-Syaikh Ali Mahfuz berkata: Di antara bidaah-bidaah yang makruh ialah menamatkan solat dengan cara mengangkat suara beramai-ramai di dalam masjid terus-menerus, sehingga orang awam beriktikad bahawa itu adalah sebahagian daripada kesempurnaan solat dan dia adalah sunah yang mesti dilakukan, padahal ia sunat dilakukan sendiri dan secara senyap-senyap.
Cara seperti ini adalah bidaah yang tidak dikenal pada zaman Rasulullah dan pada masa sahabat. Cara ini telah dijadikan satu syair yang dilakukan selepas solat jemaah.
Makruh
Kebanyakan para ulama telah menegaskan tentang makruhnya mengada-adakan syair dalam agama. Pada hal Allah sudah berfirman dalam surah al-A'raf ayat 55 yang maksudnya:
"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan cara merendahkan diri dan dengan suara perlahan, sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang melampau batas".
Dan doa dengan cara begini (dengan suara lantang) bukanlah daripada perbuatan Rasulullah, bukan perkataannya dan bukan pula perakuannya. Hal ini telah dinukilkan daripada kitab al-Ibada.
Ibnu Hajar al-Haitimi di dalam kitab al-Fatwanya berkata: "Berkata az-Zarkasyi: "Menurut sunah ialah memperlahankan suara pada semua zikir kecuali Talbiah".
Dan al-Auzi berkata asy-Syafie mengagungkan hadis-hadis yang menyatakan dengan suara keras itu ialah terhadap orang-orang yang mengajar.
Disebutkan dalam kitab al-Abad: Dan disunatkan berzikir dan berdoa secara perlahan dan dikeraskan suara dengan bacaan zikir dan doa selepas salam. Imam mengajar orang-orang mukmin dan apabila mereka telah belajar maka hendaklah diperlahankan.
Ada hadis yang menyebutkan tentang mengeraskan suara dengan zikir iaitu hadis riwayat Ibnu Abbas:
"Bahawasanya mengangkat suara dengan zikir sewaktu orang ramai selesai solat fardu adalah dilakukan pada zaman Rasulullah. Berkata Ibnu Abbas lagi: "Aku mengetahuinya setelah mereka selesai solat fardu itu apabila aku mendengarnya." Hadis riwayat Bokhari.
Hadis ini ditujukan kepada keperluan mengajar zikir yakni nabi dan para sahabat pernah mengeraskan suara membaca zikir buat sementara waktu sahaja, bukan terus-menerus secara tetap.
Mereka lakukan demikian itu untuk maksud mengajar zikir kepada para hadirin.
Demikian ditegaskan oleh asy-Syafie seperti yang dinukilkan oleh Imam an-Nawawi di dalam kitab al-Majmuk.
Al-Imam Ibnul Qayyim pula berkata: "Imam berdoa sesudah salam dari solat sambil menghadap kiblat atau menghadap makmum tidak pernah dikerjakan oleh nabi yang bertindak sebagai imam dan tidak ada pula sesuatu riwayat yang menyuruh kita mengerjakan demikian." Masalah ini telah dinukil dari kitab Zadul-Ma’ad"
Pendek kata, tidak ada ulama muktabar yang membolehkan kita terus menerus membaca zikir dan doa bersama-sama secara lantang selepas tiap-tiap solat jemaah kerana jelas bertentangan dengan sunah.
Ummu Haram Syahidah Di Lautan
Kirim Tulisan ini ke kawanmu
Siapakah Ummu Haram binti Mulhan ?
Beliau adalah wanita dari kalangan kaum Al-Ansar dari Kabilah Najar al-Madani.
Memohon doa kepada Rasulullah saw agar menjadi syahidah.
Disebutkan didalam Al-Ishabah(4/441), Rasulullah saw telah bersabda ketika beliau berada dirumah Ummu Haram binti Mulhan. Ketika bangun dari tidurnya ( sebelum waktu zohor/ qailulah ) beliau tertawa kemudian bersabda’” Ada sekelompok manusi dari umatku yang diajak berperang dijalan Allah SWT mengarungi lautan seperti seorang raja yang memimpin keluarganya”.
Ummu Haram binti Mulhan secara spontan berkata,” Wahai Rasulullah SAW , berdoalah kepada Allah SWT agar saya menjadi sebagian dari mereka.
Maka Baginda berdoa dan kemudian kembali beristirahat meletakkan kepalanya di pembaringan. Kemudian beliau bangun dan tertawa.
Ummu Haram kembali bertanya,” Apa yang menyebankanmu tertawa, wahai Rasulullah SAW.?”.
Beliau menjawab,” Ada sekelompok manusia dari umatku yang diajak berperang dijalan Allah mengarungi lautan seperti seorang raja yang memimpin keluarganya.”
Ummu Haram binti Mulhan pun berkata,” Wahai Rasulullah berdoalah kepada Allah agar saya menjadi sebahagian dari mereka.”
Rasulullah saw bersabda,” Engkau adalah golongan pertama.”
Subhanallah …. Perhatikan dan hayatilah… betapa ia merindukan syahidah dijalan Allah. Betapa besar keinginannya menjadi salah seorang pasukan yang berperang fisabilillah.
Ummu Haram binti Mulhan berangkat jihad
Ummu Haram dinikahi oleh Ubadah ibnush-Shamit yang kemudian mengajaknya berlayar. Ummu Haram pun berangkat berlayar mengarungi samudera untuk berjihad. Takdir telah terjadi, ketika berada dilautan selepas perahu terbalik dan ummu Haram meninggal dunia. Semoga Allah SWT meredhainya.
Ibnu Atsir berkata,” Peristiwa itu terjadi ketika pasukan kaum muslimin menakluki Qubrus. Jasad Ummu Haram dikebumikan dikota Qubrus. Panglima masa tersebut adalah Muawiyah bin Abu Sufian pada tahun 27 Hijriah. Masa Khalifah Osman bin Affan.
Demikianlah Jasad Ummu Haram, semoga kita dapat mengambil pengajaran darinya. Betapa keinginan yang mulia ini membawanya ke puncak ketinggian Dalam Islam . Memang banyak wanita yang ingin miliki pencapaian tersebut pada zaman Rasulullah SAW.
Monday, November 30, 2009
Kubur Isteri-Isteri Rasulullah Diludah dan Dikencing Oleh Golongan Rafidoh
Jenayah Paling Kejam
( نبش قبور زوجات الرسول صلى الله عليه وسلم بالبقيع )
هذه الصور جاتني ع الايميل ...
و قلت لازم الاعضاء يشفونها ...
| :: اضغط هنا لمشاهدة الصورة بحجمها الطبيعي :: |

Peristiwa ini berlaku pada tahun 1430 Hijrah
Diperkuburan Baqi' bersebelahan Masjid Nabawi.
| :: اضغط هنا لمشاهدة الصورة بحجمها الطبيعي :: |

Mereka mula berhimpun di kawasan perkuburan Baqi' Mereka menghentak kaki sebagai tanda membenci keluarga Rasulullah.
| :: اضغط هنا لمشاهدة الصورة بحجمها الطبيعي :: |

Mereka memijak kubur-kubur isteri Rasulullah sebagai tanda
kebencian kepada keluarga Rasulullah.
| :: اضغط هنا لمشاهدة الصورة بحجمها الطبيعي :: |

Inilah sudut makan Siti Aisyah.. kanak-kanak kaum Rafidoh
meruntuhkan binaan kubur Siti Aisyah.
| :: اضغط هنا لمشاهدة الصورة بحجمها الطبيعي :: |

| :: اضغط هنا لمشاهدة الصورة بحجمها الطبيعي :: |

Golongan Rafidoh mengawal anak-anak mereka yang sedang meruntuh makam Siti Aisyah.
| :: اضغط هنا لمشاهدة الصورة بحجمها الطبيعي :: |

Golongan dewasa dari Rafidoh dan Yahudi meruntuh kubur siti aisyah R.A.
| :: اضغط هنا لمشاهدة الصورة بحجمها الطبيعي :: |

Mereka terus meludah kedalam kubur.
| :: اضغط هنا لمشاهدة الصورة بحجمها الطبيعي :: |

Mereka mengeluarkan pasir dari kubur.
| :: اضغط هنا لمشاهدة الصورة بحجمها الطبيعي :: |

| :: اضغط هنا لمشاهدة الصورة بحجمها الطبيعي :: |

Mereka Meludah kedalam kubur Isteri-Isteri Rasulullah.
| :: اضغط هنا لمشاهدة الصورة بحجمها الطبيعي :: |

Mereka membuang najis kedalam kubur Isteri-Isteri Rasulullah.
| :: اضغط هنا لمشاهدة الصورة بحجمها الطبيعي :: |

Golongan Rafidah dan Yahudi lari apabila polis arab saudi datang.
| :: اضغط هنا لمشاهدة الصورة بحجمها الطبيعي :: |

Golongan rafidoh dan yahudi lari apabila polis arab saudi datang.
| :: اضغط هنا لمشاهدة الصورة بحجمها الطبيعي :: |

| :: اضغط هنا لمشاهدة الصورة بحجمها الطبيعي :: |

Sunday, November 29, 2009
Supaya Anak-Anak Kita Menjadi Insan Berguna.
“Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi-Mu keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar (memperkenankan) doa” (Q.S. Ali’Imran, 3:38)
Setiap ibu bapa pasti ingin menjadikan anaknya anak yang “baik”. Tetapi apakah menyedari bahawa baik buruknya perilaku yang ditampilkan oleh seseorang anak sangat dipengaruhi oleh bagaimana cara orang tua mendidik mereka. Oleh itu persoalan selanjutnya adalah, sudah betulkah cara kedua ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka?
Secara umum ada 4 golongan yang boleh dibahagikan dalam mendidik anak iaitu:
1-Ibu bapa yang memilki kuasa mutlak,
2-Ibu bapa permisif,
3-Ibu bapa yang demokratik
4-Ibu bapa yang mengabaikan.
Keempat golongan ini dibezakan dengan tahap perhatian dan tahap pengawasn yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka.
Siapakah orang tua yang besifat keras terhadap anak-anak mereka ?
Ibu bapa tersebut dikatakan memiliki ciri pengawasan secara keras jika melakukan pengawasan yang tinggi terhadap anak akan tetapi tidak diiringi dengan perhatian sepenuhnya. Orang tua banyak menuntut dan tidak mendengarkan alasan-alasan yang dikemukakan oleh anak-anak. Contoh Arahan golongan ini seperti: “Apa saja yang saya suruh kamu lakukan, mesti lakukan”
Jika teknik mendisiplinkan anak ini juga disertai dengan hukuman maka kemungkinan anak menjadi lebih agresif , tidak boleh diajak berbincang, takut akan hukuman, tidak memiliki harga diri dan tidak mempunyai keyakinan diri ketika bergaul dengan kawan-kawannya.
Kebanyakan ibu bapa, kerana merasa sayang terhadap anak, cenderung menurut apapun yang anak inginkan. Ibu bapa seperti ini dikatakan orang tua yang permisif. Memang baik jika orang tua boleh memberikan apa yang anak perlukan, Tetapi tentunya mesti ada batasan, agar orang tua tetap boleh mengarahkan anaknya, bukan sebaliknya anak yang mengarahkan orang tua. Ibu bapa kategori ini memberikan kasih sayang yang begitu tinggi kepada anak, tetapi tidak diiringi dengan pengawasan terhadap tingkahlaku anak, jadi kuasa arahan malah berada pada tangan anak. Anak-anak dari ibu bapa yang memiliki ciri pengasuhan seperti ini biasanya menjadikan anaknya yang baik namun tidak bertanggung jawab.

Tip terbaik adalah ketika ibu bapa yang memiliki ciri pengasuhan yang sifatnya demokratik. Ibu bapa seperti ini seimbang dalam memberikan kasih sayang dengan tuntutan/mengawasi terhadap anak. Mereka menerapkan standard akhlak yang harus ditampilkan oleh anak dan meminta anak untuk mematuhinya, disamping itu ibu bapa banyak terlibat dengan aktiviti yang dilakukan anak, memperhatikan keperluan anak, membina hubungan yang baik dengan anak, mahu mendengarkan anak dan menghormati pandangan anak. Hasilnya anak-anak yang diasuh dengan gaya pengasuhan seperti ini, mereka penuh percaya pada diri, terkawal dan dikagumi diantara kawan-kawannya.
Ciri pengasuhan yang terakhir adalah ‘mengabaikan’. Ibu bapa yang memilki ciri-ciri ini, sedikit sekali memberikan pengawan dan kasih sayang terhadap anak-anaknya tetapi jarang terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh anak-anaknya. Umumnya, anak-anak yang terbentuk dari keluarga seperti ini adalah anak-anak yang menampilkan perilaku antisosial, tidak mempunyai perancangan kehidup masa depan, lebih cepat tertarik dengan tabiat merokok dan meminum-minuman keras.
Bagaimanakah menerapkan gaya pengasuhan demokrati dalam kehidupan sehari-hari?
- Panggilah anak-anak dengan nama yang baik.
- Buatlah peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi anak di rumah dan di luar rumah, tetapi dalam membuat aturan ini, libatkan pandanagan anak-anak. Sehingga anak merasa bahawa peraturan tersebut dibuat atas persetujuan bersama.
- Tanamkan nilai-nilai ibadah sejak kecil, misalnya: setiap kali orang tua akan solat, ajak anak untuk ikut solat juga.
- Biasakan anak-anak bersikap jujur dan berani. Biasanya kejujuran dan keberanian hanya akan timbul pada diri anak-anak yang telah dibina untuk biasa jujur dan berani. Contohnya: ketika anak-anak merasa tidak ada yang melihatnya ketika dia memecahkan suatu barang, katakanlah kepada anak : “jika kamu jujur, ayah (ibu) akan memaafkanmu”
- Luangkan waktu untuk berbincang dengan anak mengenai kegiatan mereka seharian. Jadikanlah diri kita sebagai orang tua yang boleh menjadi teman yang sedia mendengarkan apa jua yang mereka ingin diceritakan kepada kita. Jika anak menceritakan sesuatu yang telah dilakukannya dan ternyata ianya salah, maka kita sebagi orang tua jangan memarahi mereka secara langsung, tanyalah duhulu alasan mengapa ia melakukannya. Lalu berikan nasihat kepada mereka, mengenai akibat atau kesan dari perbuatannya terhadap diri mereka sendiri atau terhadap orang lain. Jangan sekali-kali hanya mengatakan “ayah/ibu tidak suka dengan apa yang telah kamu lakukan” tetapi anak-anak kita mesti diberitahu mengapa tindakannya adalah salah.
- Berikanlah pelukan dan ciuman untuk anak, buatlah anak-anak kita merasai dicintai.
- Pujilah jika anak berbuat baik jangan hanya memarahi ketika anak berbuat salah.
Mudah-mudahan dengan menerapkan ciri-ciri pengasuhan yang demokrati, Allah SWT jadikan kita sebagai orang tua yang mampu memiliki anak-anak yang baik atau soleh dan solehah. Amin.
Friday, November 27, 2009
Solat Hari Raya Menggantikan Solat Jumaat
Dalil yang menunjukkan wajibnya ialah solat Hari Raya dapat menggugurkan kewajipan solat Jumaat apabila Hari Raya jatuh pada Jumaat. Nabi sallallahu ‘alihi wa-sallam bersabda:
“Telah berkumpul pada hari kamu ini dua hari Raya. Sesiapa telah (Bersolat Hari Raya), dia telah menyempurnakan dari solat Jumaat dan sesungguhnya kita telah dikumpulkan”.
(H/R Abu Daud 1073. Ibnu Majah 1311. Al-Hakim 1/228. Al-Baihaqi 3/318. Ibnul Abdil Barr (dalam At-Tauhid) 10/272. Al-Khatib (dalam Tarikh Bahgdad) 3/129. Ibnul Qaiyyim (dalam al-Wahiyat). 1/473. Al-Faryabi (dalam Ahkamul Iedain) 150. Ibnul Jarud (dalam Al-Muntaqa) 302. Hadis sahih banyak syahidnya (lihat: Sawathi’ al-Qamarain fi Takhrij Ahadis Ahkamail Iedain), Musaid bin Sulaiman bin Rasyid. Hlm. 211)
Sesuatu yang tidak wajib tidak menggugurkan sesuatu yang wajib. Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam berterusan mengerjakan solat Hari Raya secara berjamaah sejak disyariatkan sehinggalah wafat.
(Lihat: Nailul Autar 3/382-383)
Baginda menggandingkan perintahnya kepada manusia dengan terus menerus ini agar mereka keluar ke tanah lapang (musalla) untuk solat Hari Raya.
(Lihat: (1). Nailul Autar. 3/282-283. (2). Majmu fatawa. 24/212. dan 23/161. (3). Ar-Raudah an-Nadiyah 1/142. (4). Tamamul Minnah, hlm. 344)
Seterusnya, pandangan akan wajibnya solat Aidil Fitri ini diperkuatkan lagi dengan hakikat bahawa solat Aidil Fitri ini dapat menggugurkan kewajipan solat Jumaat jika keduanya terjadi pada hari yang sama (Hari raya jatuh pada hari Jumaat). Hanya sesuatu yang wajib dapat mengugurkan kewajipan yang lain.
– Inilah pendapat Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah di dalam Terjemah Tamamul Minnah Koreksi dan Komentar Ilmiah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah Karya Syaikh Sayyid Sabiq, (edisi terjemahan oleh Afifuddin Said, Maktabah Salafy Press, Gajah Mada 2002) jilid 2, ms. 103.
Dalil yang menunjukkan kewajipan solat Jumaat gugur sekiranya ianya serentak dengan hari Aidil Fitri adalah:
Dari Iyas bin Abi Ramlah al-Syami, dia berkata: “Aku pernah menyaksikan Mu’awiyah bin Abi Sufyan yang sedang bertanya kepada Zaid bin Arqam. Dia bertanya: “Apakah engkau menyaksikan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menghadiri dua Hari Raya (hari `Ied dan hari Jumaat) yang berkumpul dalam satu hari?” Dia menjawab: “Ya.” Mu’awiyah bertanya: “Lalu apa yang baginda kerjakan?” Dia menjawab: “Baginda mengerjakan solat Aidil Fitri, kemudian baginda memberikan keringanan dalam hal (mengerjakan) solat Jumaat dan bersabda: “Barangsiapa yang ingin solat (Jumaat) maka hendaklah dia solat.”
(Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Daud, Kitab al-Sholah, hadis no: 904)
Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah di dalam Majmu’ Fatawa (jilid 23, ms. 161) berkata:… oleh kerana itu, kami mentarjih (menguatkan) bahawa solat Aidil Fitri itu wajib bagi setiap individu muslim, sebagaimana pendapat Abu Hanifah dan lain-lainnya. Dan ini merupakan salah satu pendapat al-Syafi’i, dan ia merupakan salah satu dari dua pendapat di dalam mazhab Ahmad.
Tiga Perkara Dapat Dinilai Dalam Tiga Keadaan.
| :: اضغط هنا لمشاهدة الصورة بحجمها الطبيعي :: |
Luqman Al-Hakim Berkata:
Tiga perkara tidak akan dapat dinilai kecuali dengan tiga perkara:
1-Tidak akan dapat melihat orang yang bijak menilai kecuali ketika seseorang itu marah.
2-Tidak dapat dinilai keberanian kecuali dalam medan peperangan.
3-Tidak dapat dinilai seseorang kawan atau sahabat melainkan ketika kita dalam keadaan berhajat atau memerlukan.Solat Sebagai Pendidikan Awal Untuk Kanak-Kanak
عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُرُوا أَوْلَادَكُمْ بِالصَّلَاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ
Diriwayatkan daripada ‘Amr bin Syu’aib daripada ayahnya daripada datuknya katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Perintahkanlah anak-anak kamu bersembahyang pada ketika berusia tujuh tahun dan pukullah kerananya ketika mereka berusia sepuluh tahun dan asingkanlah mereka di tempat tidur.” (Abu Daud)
عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ الرَّبِيعِ بْنِ سَبْرَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُرُوا الصَّبِيَّ بِالصَّلَاةِ إِذَا بَلَغَ سَبْعَ سِنِينَ وَإِذَا بَلَغَ عَشْرَ سِنِينَ فَاضْرِبُوهُ عَلَيْهَا
Diriwayatkan daripada ‘Abdul Malik bin al-Rabi’ bin Sabrah daripada ayahnya daripada datuknya katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Perintahkanlah kanak-kanak bersembahyang pada ketika berusia tujuh tahun dan pukullah kerananya ketika mereka berusia sepuluh tahun. (Abu Daud)
Dalam kedua-dua hadis ini Rasulullah s.a.w. memerintah ibu bapa atau penjaga memberi penekanan tentang pelaksanaan sembahyang di kalangan anak-anak sehingga perlu dirotan jika anak-anak cuai melaksanakannya. Kepentingan ini jelas difahami apabila dilihat kepada umur bermulanya perintah tersebut. Hadis kedua pula lebih umum merangkumi anak sendiri atau anak orang lain. Ini memberi isyarat kepada kita supaya sentiasa ada perhatian kepada kanak-kanak sama ada dari pihak ibubapa secara khusus atau orang dewasa secara umum.
Pada hakikatnya, anak-anak merupakan anugerah Allah s.w.t. kepada kita. Dalam masa yang sama, mereka juga merupakan ujian kepada kita dan juga amanah yang perlu disempurnakan. Tidak ada sesuatu yang lebih berharga yang dapat diberikan oleh ibubapa kepada anak-anak melainkan menunaikan amanah tersebut dengan memberi didikan yang sempurna dan penuh kasih sayang. Ini kerana merekalah yang akan mewarisi masa hadapan dan kepimpinan generasi akan datang.
Sememangnya diakui bahawa sembahyang merupakan perkara pokok dalam Islam. Tuntutan supaya menjaga sembahyang tidak pernah terangkat daripada manusia dalam apa keadaan sekalipun melainkan maut. Oleh kerana itu, kita hendaklah sentiasa berada dalam keadaan berhajat kepada taufiq dan hidayah Allah supaya sentiasa dapat teguh melaksanakannya. Disebabkan pentingnya hidayat untuk mendirikan sembahyang, Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah supaya dirinya dan juga zuriatnya menjadi orang yang mendirikan sembahyang.
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan Demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (Surah Ibrahim: 40)
Baginda tidak mendoakan untuk dirinya sahaja tetapi untuk zuriat keturunannya juga. Ini menunjukkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam proses pendidikan anak-anak. Kesolehan dan hidup dengan penghayatan agama merupakan kesinambungan yang sewajarnya diteruskan oleh anak-anak. Tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat Islam hanya golongan tua yang melaksanakan ajaran agama dengan dibiarkan anak-anak mudah terumbang ambing dalam arus dunia. Perkara yang paling asas dan paling utama ditekankan kepada mereka ialah pendidikan tentang sembahyang dan pergaulan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang difahami daripada hadis di atas.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tujuh golongan yang Allah s.w.t. berikan teduhan-Nya pada hari yang tidak ada teduhan melainkan teduhan-Nya jua, imam (pemimpin) yang adil, remaja yang hidup membesar dalam pengabdian terhadap Tuhannya, lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid-masjid, dua orang lelaki yang saling berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana-Nya, lelaki yang dirayu oleh perempuan yang berpangkat lagi cantik lalu dia menjawab, sesungguhnya saya takutkan Allah, lelaki yang bersedekah dengan tersembunyi sehingga hanya dirinya sahaja yang tahu dan lelaki yang mengingati Allah seorang diri lalu mengalirkan airmatanya. (al-Bukhari, Muslim)
Remaja yang hidup dalam beribadat kepada Allah dan berbakti kepada orang tuanya adalah hasil daripada pendidikan orang tua mereka. Mereka sejak dari kecil lagi mereka terdedah dengan suasana yang baik dan dilatih dengan asas-asas akhlak dan tanggunjawab terhadap agama. Sebaliknya jika generasi sekarang ini tidak menitik berat soal ini, akan datang nanti generasi yang mengabaikan tanggungjawab agama. Allah s.w.t. berfirman:
فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا
Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka), (Surah Maryam: 59)
Allah s.w.t. mengingatkan hamba-hambanya supaya memikir tentang nasib generasi akan datang. Masa hadapan generasi akan datang berkait rapat dengan usaha yang dicurahkan oleh genarasi sekarang.
وَلْيَخْشَ الَّذِينَ لَوْ تَرَكُوا مِنْ خَلْفِهِمْ ذُرِّيَّةً ضِعَافًا خَافُوا عَلَيْهِمْ فَلْيَتَّقُوا اللَّهَ وَلْيَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا
Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (Masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran). (Surah al-Nisa`: 99)
Walaupun ayat ini dalam konteks anak-anak yatim berhubung dengan harta peninggalan, tetapi lebih utama kita sepatutnya memikirkan masa hadapan generasi akan datang dari segi kekuatan keimanan dan keagamaan. Bagaimanakah mereka dapat menghayati ajaran Rasulullah s.a.w. dengan istiqamah dalam keadaan ibu bapa tidak mengambil berat tentang pendidikan agama?
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَتَادَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرُ مَا يُخَلِّفُ الرَّجُلُ مِنْ بَعْدِهِ ثَلَاثٌ وَلَدٌ صَالِحٌ يَدْعُو لَهُ وَصَدَقَةٌ تَجْرِي يَبْلُغُهُ أَجْرُهَا وَعِلْمٌ يُعْمَلُ بِهِ مِنْ بَعْدِهِ
Daripada Abu Qatadah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik perkara yang ditinggalkan oleh seseorang selepas (setelah meninggal dunia) tiga perkara: anak soleh yang berdoa untuknya, sedekah yang berkekalan yang menyampaikan pahalanya kepadanya dan ilmu yang diamalkan selepasnya.” (Ibn Majah)
Tuesday, November 24, 2009
Supaya Buah Hati Kita Menjadi Penyejuk Hati Di Dunia Dan Pembawa Berkat Di Akhirat.
Kehadiran buah hati dalam sebuah rumah tangga boleh diibaratkan seperti munculnya sebiji bintang di malam hari, yang merupakan hiasan bagi langit. Demikian pula erti kelahiran seorang anak bagi sebuah keluarga, sebagai perhiasan dalam kehidupan dunia. Ini bererti, kehidupan rumah tangga tanpa anak, akan terasa hampa dan tidak berseri.
Allah Subhanahu SWT berfirman,
الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَاباً وَخَيْرٌ أَمَلاً
“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia, tetapi amalan-amalan yang kekal dan soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.” (Qs.al-Kahfi: 46)
Bersamaan dengan itu, nikmat kewujudan anak sekaligus juga merupakan ujian yang boleh menjerumuskan seseorang hamba dalam kebinasaan. Allah Subhanahu SWT mengingatkan hal ini dalam firman-Nya,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلادِكُمْ عَدُوّاً لَكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ
“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka…” (Qs. At-Taghaabun:14)
Maksudnya “menjadi musuh bagimu” adalah melalaikan kamu dari melakukan amal soleh dan boleh menjerumuskanmu ke dalam perbuatan maksiat kepada Allah Subhanahu SWT.
Ketika mentafsirkan ayat di atas, syeikh Abdurrahman as-Sa’di berkata, “…Kerana jiwa manusia memiliki fitrah untuk cinta kepada isteri dan anak-anak, maka (dalam ayat ini) Allah SWT memperingatkan hamba-hambaNya agar (jangan sampai) kecintaan ini menjadikan mereka menuruti semua keinginan isteri dan anak-anak mereka dalam hal-hal yang dilarang dalam syariat. Dan Dia memotivasi hamba-hambaNya untuk (sentiasa) melaksanakan perintah-perintahNya dan mendahulukan keredhaanNya…” .
Kewajiban Mendidik Anak
Agama Islam sangat menekankan kewajipan mendidik anak dengan pendidikan yang bersumber dari petunjuk Allah SWT dan RasulNya. Allah SWT berfirman,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَاراً وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ
“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.” (Qs. at-Tahriim: 6)
Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhu ketika menafsirkan ayat di atas berkata, “(Maknanya): Ajarkanlah kebaikan untuk dirimu dan keluargamu.”
Syeikh Abdurrahman as-Sa’di berkata, “Memelihara diri (dari api neraka) adalah dengan mewajibkan bagi diri sendiri untuk melaksanakan perintah Allah dan menjauhi laranganNya, serta bertaubat dari semua perbuatan yang menyebabkan kemurkaan dan siksaNya. Adapun memelihara isteri dan anak-anak (dari api neraka) adalah dengan mendidik dan mengajarkan kepada mereka (syariat Islam), serta memaksa mereka untuk (melaksanakan) perintah Allah. Maka seorang hamba tidak akan selamat (dari siksaan neraka) kecuali jika dia (benar-benar) melaksanakan perintah Allah (dalam ayat ini) pada dirinya sendiri dan pada orang-orang yang dibawa kekuasaan atau tanggungannya dan tanggung jawabnya” .
Dalam sebuah hadis yang sahih, Rasulullah SAW pernah melarang Hasan bin ‘Ali radhiallahu ‘anhu memakan kurma sedekah, padahal waktu itu Hasan radhiallahu ‘anhu masih kecil, Rasulullah SAW bersabda, “Hekh hekh” agar Hasan membuang kurma tersebut, kemudian beliau bersabda, “Apakah kamu tidak mengetahui bahawa kita (Rasulullah SAW dan keturunannya) tidak boleh memakan sedekah?”
Imam Ibnu Hajar menyebutkan di antara kandungan hadis ini adalah membolehkan membawa anak kecil ke masjid dan mendidik mereka dengan adab yang bermanfaat (bagi mereka), serta melarang mereka melakukan sesuatu yang membahayakan diri mereka sendiri, (iaitu dengan) melakukan hal-hal yang diharamkan (dalam agama), meskipun anak kecil belum dibebani kewajipan syariat, agar mereka terlatih melakukan kebaikan tersebut .
Pandangan Agama Dalam Pendidikan Anak yang Betul
Agama Islam yang sempurna telah mengajarkan adab-adab yang mulia untuk tujuan penjagaan anak dari upaya syaitan yang ingin memalingkannya dari jalan yang lurus sejak dia dilahirkan ke dunia ini. Dalam sebuah hadis kudsi, Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Aku menciptakan hamba-hambaKu semuanya dalam keadaan hanif (suci dan cenderung kepada kebenaran), kemudian syatan mendatangi mereka dan memalingkan mereka dari agama mereka (Islam).”
Dalam hadis sahih lainnya, Rasulullah SAW bersabda, “Tangisan seorang bayi ketika (baru) dilahirkan adalah tusukan (godaan untuk menyesatkan) dari syaitan.”
Perhatikanlah hadis yang agung ini, bagaimana syaitan berusaha bersungguh-sungguh untuk memalingkan manusia dari jalan Allah SWT sejak mereka dilahirkan ke dunia, padahal bayi yang baru lahir tentu belum mengenal nafsu, indahnya dunia dan godaan-godaan duniawi lainnya, maka bagaimana keadaannya kalau dia telah mengenal semua godaan tersebut?
Maka di sini terlihat dengan jelas fungsi utama syariat Islam dan sunnah Rasulullah SAW dalam menjaga anak yang baru lahir dari godaan syaitan, melalui adab-adab yang diajarkan dalam sunnah Rasulullah SAW yang berhubungan dengan kelahiran seorang anak.
Sebagai contohnya, anjuran Rasulullah SAW bagi seorang suami yang akan mengauli isterinya, untuk membaca doa,
بسم الله اَللّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا
“Dengan (menyebut) nama Allah, Ya Allah jauhkanlah kami dari (gangguan) syaitan dan jauhkanlah syaitan dari rezeki yang Engkau anugerahkan kepada kami.”
Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang suami yang ingin bersetubuh dengan isterinya membaca doa tersebut, kemudian Allah mentakdirkan (lahirnya) anak dari hubungan tersebut, maka syaitan tidak akan boleh mencelakakan anak tersebut selamanya.”
Berdasarkan keterangan di atas, jelaslah bahawa syariat Islam merupakan satu-satunya kepercayaan yang sejati dan yang benar dalam pendidikan anak, yang mana bererti bahawa hanya dengan menerapkan syariat Islamlah pendidikan dan pembinaan anak akan membuahkan hasil yang baik.
Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Usaimin berkata, “Yang menentukan (keberhasilan) pembinaan anak, susah atau mudahnya, adalah kemudahan (taufik) dari Allah SWT dan jika seseorang hamba bertakwa kepada Allah serta (berusaha) menghadapi pentarbiahan (pembinaan) yang sesuai dengan syariat Islam, maka Allah akan memudahkan urusannya (dalam mendidik anak), Allah SWT berfirman:
“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya kemudahan dalam (semua) urusannya.” (Qs. ath-Thalaaq: 4)
Pembinaan Rohani dan Jasmani
Cinta yang sejati kepada anak tidaklah diwujudkan hanya dengan memenuhi keperluan duniawi dan kemudahan hidup mereka semata-mata tetapi yang lebih penting dari semua itu pengisian keperluan kerohanian mereka terhadap pengajaran dan bimbingan agama yang bersumber dari petunjuk Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Inilah bukti cinta dan kasih sayang yang sebenarnya, kerana hanya dengan rohani atau agama sahaja yang boleh melahirkan sesuatu yang bermanfaat, kebaikan dan kekal di dunia serta di akhirat nanti.
Allah SWT memuji NabiNya Yaakub A.S. yang sangat mengutamakan pembinaan iman bagi anak-anaknya
Allah SWT memuji NabiNya Yaakub A.S. yang sangat mengutamakan pembinaan iman bagi anak-anaknya sehingga pada saat-saat terakhir dari hidup beliau, nasihat inilah yang beliau tekankan kepada mereka. Allah berfirman:
أَمْ كُنْتُمْ شُهَدَاءَ إِذْ حَضَرَ يَعْقُوبَ الْمَوْتُ إِذْ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعْبُدُونَ مِنْ بَعْدِي قَالُوا نَعْبُدُ إِلَهَكَ وَإِلَهَ آبَائِكَ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِلَهاً وَاحِداً وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ
“Adakah kamu hadir ketika Yaakub kedatangan (tanda-tanda) kematian, ketika dia berkata kepada anak-anaknya, ‘Apa yang kamu sembah setelah daku meninggal ?’ Mereka menjawab, ‘Kami akan menyembah Rabmu dan Rab nenek moyangmu, Ibrahim, Isma’il, dan Ishaq, (iaitu) Rab (Tuhan mu) Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk kepadaNya.’” (Qs. al-Baqarah: 133)
Renungkanlah teladan agung dari Nabi Allah yang mulia ini, bagaimana beliau menyampaikan nasihat terakhir kepada anak-anaknya untuk berpegang teguh dengan agama Allah , yang landasannya adalah ibadah kepada Allah semata-semata (tauhid) dan menjauhi perbuatan syirik (menyekutukanNya dengan makhluk). Dimana kebanyakan orang lain pada saat-saat seperti ini hanya yang mereka berikan perhatian utama adalah keperluan duniawi semata-mata, apa yang kamu makan setelah daku meninggal? Bagaimana kamu mencukupi keperluan hidupmu? Dari mana kamu akan mendapat hasil yang cukup?
Dalam ayat lain Allah berfirman,
وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لاِبْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi nasihat kepadanya, ‘Wahai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah sebesar-besar kezaliman.’” (Qs. Luqman: 13)
Lihatlah bagaimana hamba Allah yang soleh ini memberikan nasihat kepada buah hati yang paling dicintai dan disayanginya, orang yang paling cepat mendapatkan hadiah terbaik yang dimilikinya, yang oleh kerana itulah, nasihat yang pertama kali disampaikannya untuk buah hatinya ini adalah perintah untuk menyembah (mentauhidkan) Allah semata-mata dan menjauhi perbuatan syirik .
Manfaat dan Pentingnya Pendidikan Anak
Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah – semoga Allah SWT merahmatinya – berkata, “Salah seorang ulama berkata, ‘Sesugguhnya Allah SWT pada hari kiamat (nanti) akan meminta penjelasan tentang tanggungjawab dari orang tua tentang anaknya sebelum meminta tanggungjawab dari anak tentang orang tuanya. Kerana sebagaimana orang tua mempunyai hak (yang harus dipenuhi) anaknya, (demikian pula) anak mempunyai hak (yang harus dipenuhi) orang tuanya. Maka sebagaimana Allah berfirman,
وَوَصَّيْنَا الْأِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حُسْناً
“Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada kedua orang tuanya.” (Qs. al-’Ankabuut: 8)
(Demikian juga) Allah berfirman,
قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَاراً وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ
“Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.” (Qs. at-Tahriim: 6)
Maka sesiapa yang tidak mendidik anaknya (dengan pendidikan) yang bermanfaat baginya dan membiarkannya tanpa bimbingan, maka sungguh dia telah melakukan keburukan yang besar kepada anaknya tersebut. Kebanyakkan kerosakan (moral) pada anak-anak timbulnya kerana (kesalahan) orang tua sendiri, (dengan) tidak memberikan (pengajaran terhadap) mereka, dan tidak mengajarkan kepada mereka kewajiban-kewajiban serta nasihat-nasihat (dalam) agama. Sehingga kerana mereka tidak memperhatikan (pendidikan) anak-anak mereka sewaktu kecil, maka anak-anak tersebut tidak boleh melakukan kebaikan untuk diri mereka sendiri dan (akhirnya) merekapun tidak boleh melakukan kebaikan untuk orang tua mereka ketika mereka telah lanjut usia. Sebagaimana (yang terjadi) ketika salah seorang ayah mencela anaknya yang durhaka (kepadanya), maka anak itu menjawab: “Wahai ayahku, sesungguhnya engkau telah berbuat durhaka kepadaku (tidak mendidikku) sewaktu aku kecil, maka akupun mendurhakaimu setelah engkau tua, kerana engkau mensia-siakanku di waktu kecil maka akupun menysa-siakanmu di waktu engkau tua.”
Cukuplah sabda Rasulullah SAW berikut menunjukkan besarnya manfaat dan keutamaan mendidik anak:
إن الرجل لترفع درجته في الجنة فيقول: أنى هذا ؟ فيقال: باستغفار ولدك لك
“Sungguh seorang manusia akan ditinggikan darjatnya di syurga (kelak), maka dia bertanya, ‘Bagaimana aku boleh mencapai semua ini? Maka dikatakan padanya: (Ini semua) disebabkan istighfar (permohonan ampun kepada Allah yang selalu diucapkan oleh) anakmu untukmu.’”
Sebahagian dari para ulama ada yang menerangkan makna hadis ini iaitu: bahawa seorang anak jika dia menduduki kedudukan yang lebih tinggi daripada ayahnya di syurga (nanti), maka dia akan meminta (berdoa) kepada Allah SWT agar kedudukan ayahnya ditinggikan (seperti kedudukannya) sehingga Allah pun meninggikan (kedudukan) ayahnya.
Dalam hadis sohih lainnya Rasulullah SAW: “Jika seorang manusia mati maka terputuslah (pahala) amalnya kecuali dari tiga perkara: sedekah yang terus mengalir (pahalanya karena diwakafkan), ilmu yang terus diambil manfaatnya (diamalkan sepeninggalnya), dan anak soleh yang selalu mendoakannya.”
Hadis ini menunjukkan bahawa semua amal kebaikan yang dilakukan oleh anak yang soleh pahalanya akan sampai kepada orang tuanya, secara automatik dan tanpa perlu diniatkan, kerana anak termasuk bagian dari usaha orang tuanya . Adapun penyebutan “doa” dalam hadis tidaklah menunjukkan pembatasan bahawa hanya doa yang akan sampai kepada orang tuanya , tetapi tujuannya adalah untuk memotivasi anak yang soleh agar melakukan segala kebaikkan terhadap orang tuanya.
Syeikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani – semoga Allah SWTmerahmatinya – berkata, “(Semua pahala) amal kebaikan yang dilakukan oleh anak yang soleh, juga akan diperuntukkan kepada kedua orang tuanya, tanpa mengurangi sedikitpun dari pahala anak tersebut, kerana anak adalah sebahagian dari usaha dan upaya kedua orang tuanya. Allah SWT berfirman:
وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
“Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.” (Qs. an-Najm: 39)
Rasulullah SAW bersabda, “Sungguh sebaik-baik (rezeki) yang dimakan oleh seorang manusia adalah dari usahanya sendiri dan sungguh anaknya termasuk (bahagian) dari usahanya.”
Kandungan ayat dan hadis di atas juga disebutkan dalam hadis-hadis (lain) yang secara khusus menunjukkan sampainya manfaat (pahala) amal kebaikan (yang dilakukan) oleh anak yang soleh kepada orang tuanya seperti sedekah, puasa, memerdekakan hamba dansebagainya.”
Tulisan ringkas ini semoga menjadi motivasi bagi kita untuk lebih memperhatikan pendidikan terhadap anak- anak kita, terutamanya pendidikan agama mereka, kerana pada mereka kita semua akan mendapat manfaat untuk kebaikan diri kita sendiri di dunia dan akhirat nanti.
Ya Rabbi kami, nenohon anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyejuk (pandangan) mata (kami) dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa
وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين
Monday, November 23, 2009
KANAK-KANAK PALESTIN TERUS BERSEMANGAT UNTUK BELAJAR
| هذه الصورة مصغره ... اضغط هنا لعرضها بالمقاس الحقيقي ... المقاس الحقيقي 610x414 . |

| هذه الصورة مصغره ... اضغط هنا لعرضها بالمقاس الحقيقي ... المقاس الحقيقي 610x411 . |

| هذه الصورة مصغره ... اضغط هنا لعرضها بالمقاس الحقيقي ... المقاس الحقيقي 610x417 . |
