هنا تتجسد معاني الارادة والعزيمة والاصرار والتحدي والامل ![]() حسبنـا الله ونعـــم الوكيـــل حسبنـا الله ونعـــم الوكيـــل حسبنـا الله ونعـــم الوكيـــل | |
| | ![]() |
Monday, November 23, 2009
Kanak-kanak Palestin Yang Rajun
Friday, November 20, 2009
Menanam Benih-benih Muda Keemasan
Sebelum kita memperbaiki orang lain hendaklah kita memperbaiki diri kita terlebih dahulu, wahai para pendidik! Lakukanlah kebaikan di hadapan anak didik kita dan tinggalkanlah keburukan. Perilaku yang baik dari para pendidik dan orangtua di hadapan anak-anak merupakan pendidikan yang paling utama.
Maka yang wajib dilakukan (oleh orangtua dan pendidik) antara lain:
- Mengajarkan anak mengucapkan Laa ilaaha illallah Muhammadur rasulullah dan memberikan pemahaman tentang maknanya ketika mereka dewasa (telah mampu diajak berpikir, serta membezakan baik dan buruk -red muslimah.or.id), yaitu: “Tidak ada Ilah (Penyembahan) yang berhak diibadati atau diperbuatkan ibadat kecuali Allah semata-mata kepada Allah SWT.”
- Menanamkan rasa cinta kepada Allah dan keimanan kepadaNya ke dalam hati anak, bahawasanya Allah adalah Zat Yang Menciptakan kita, Pemberi rezeki, Penolong kita dan tidak ada sekutu bagiNya.
- Memotivasikan anak untuk mengejar atau mancapai syurga, bahawasanya syurga itu diperuntukkan bagi orang-orang yang solat, puasa, mentaati kedua orang tua dan mengamalkan perbuatan yang diredhai Allah serta memperingatkan mereka tentang neraka yang diperuntukkan bagi orang-orang yang meninggalkan solat, derhaka kepada orang tua, melakukan perbuatan yang membuat Allah murka, berhukum dengan selain syariat Allah SWT, memakan harta manusia dengan cara menipu, berdusta, riba dan yang lainnya.
- Mengajarkan anak agar sentiasa berdoa dan memohon pertolongan hanya kepada Allah. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam kepada anak saudaranya:
- إذَا سَأَلْتَ فَسْأَلِ اللهَ وَ إذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ.
Ertinya: “Apabila engkau meminta maka mintalah kepada Allah dan apabila engkau memohon pertolongan maka pohonlah pertolongan kepada Allah.” (Hadits riwayat At-Tirmidzi dan dia berkata “hadis hasan shahih”)
Pukulan dan Tamparan Membuat IQ Anak Jadi Rendah
Menampar atau memukul kadang-kadang dilakukan oleh orangtua dengan harapan anak akan patuh kepada disiplin dan kehendak ibu bapa tetapi ketahuilah sebenarnya kepatuhan dan penghormatan yang terhasil hanyalah dalam masa sekejap sahaja. Tapi, tahukah Anda cara asuhan yang keras boleh menimbulkan kesan buruk bagi perkembangan otak anak-anak ?
Kajian terkini mengatakan, orangtua yang berkelakuan terlalu keras untuk menghukum kesalahan anak-anak , contohnya dengan cara menampar atau memukul, tidak hanya menyebabkan anak berada dalam keadaan stres tetapi juga membuat tingkat kecerdasan (IQ) anak lebih rendah.
Satu kajian yang dilakukan terhadap ribuan anak di Amerika Syarikat menunjukkan, anak yang kerap ditampar orangtuanya memiliki nilai IQ (intelligence quotients) yang lebih rendah dibanding anak yang tidak pernah ditampar.
“Setiap orangtua ingin memilki anak yang pintar. Dengan menghindari kekerasan pada anak dan melakukan cara lain untuk menghukum kesalahan anak-anak boleh dilakukan dengan lain-lain cara ” kata Murray Straus, sosiolog dari Universitas New Hampshire, AS.
Dalam keputusan, Strauss dan kumpulannyanya melakukan kajian tempatan terhadap dua kumpulan contoh anak-anak, yang berjumlah 806 anak berusia 2-4 tahun dan 704 anak berusia 5-9 tahun. Pada saat permulaan kajian anak-anak tersebut mengikuti ujian IQ dan ujian berikutnya di akhir pembelajaran selama empat tahun berikutnya.
Anak-anak dari dua kumpulan tersebut menunjukkan peningkatan kecerdasan yang meningkat setelah empat tahun. Tetapi dari kelompok anak berusia 2-4 tahun yang kerap ditampar ooleh ibu bapanya, menunjukkan keputusan IQ 5 poin lebih rendah dibanding anak yang tidak pernah ditampar. Untuk anak 5-9 tahun yang pernah ditampar, keputusan IQ-nya keseluruhannya lebih rendah 2,8 poin jika dibandingkan dengan rakannya yang tidak pernah ditampar.
“Pemukulan atau tindakan kekerasan yang dilakukan orangtua merupakan pengalaman yang traumatik bagi anak. Berbagai kajian telah menunjukkan kejadian yang traumatik menyebabkan kesan buruk kepada otak. Selain itu, trauma juga membuat anak memiliki respon stres pada kejadian sulit yang dihadapi. Hal ini tentu dapat dilihat apabila berlaku ketika menghadapi tekanan,” jelas Straus.Pemukulan atau tindakan kekerasan yang dilakukan oleh orangtua merupakan pengalaman yang traumatik bagi anak. Berbagai kajian telah menunjukkan kejadian yang traumatik atau trauma menyebabkan kesan buruk bagi otak.
Tidak ramai ibu bapa yang menjadikan pukulan, tamparan atau kekerasan sebagai senjata untuk mendidik anak-anak. Anak pula akan memilih untuk menurut perintah daripada mendapat hukuman. “Akibatnya anak tidak boleh berpikir secara baik,” kata Elizabeth Gershoff pakar dibidang perkembangan anak dari Universitas Texas, Austin, AS.
Setiap anak memang perlu diajar berdisiplin. Selain dari patuh kepada peraturan, disiplin juga akan membuat anak belajar menghargai orang lain dan mengawal keinginan dalam diri mereka. Namun, kedua ibu bapa hendaklah juga perlu membuat batasan-batasan yang berlandaskan cinta agar anak-anak merasai ketenangan dan berada dalam keadaan aman.
Ubahlah cara menghukum anak dengan pukulan tetapi berilah tumpuan atau sedikit tekanan yang lebih kepada arah yang positif untuk anak-anak, contohnya dengan memberi hadiah atau pujian bila anak berlaku positif. Apabila terpaksa memberi hukuman, sesuaikan dengan usia anak-anak kecil dan situasi yang berlaku atau kesalahan yang telah mereka lakukan.
NOTA:
Sesungguhnya Islam telah mendahului dari segala kajian kerana Allah membentuk undang-undang dan peraturan sebelum memcipta manusia... Hanya Islam sahaja yang dapat menyelamatkan keadaan remaja sekarang... Remaja tidak bersalah tetapi ibu bapa dan peraturan yang dibentuk telah memberi ruang kepada mereka untuk melakukan kemaksiatan.
Otak Adalah Pusat Arahan Kepada Anggota Kita.
1-Apabila setiap bacaan adalah dari bahan-bahan agama maka 10% otak kita berjiwa agama.
2-Jika telinga kita sentiasa mendengar ayat-ayat suci al-Quran atau nasihat-nasihat agama samada dari majlis ilmu atau pertemuan dengan ahli-ahki agama, maka otak kita kan mendapat maklumat agama sebanyak 25%.
3-Jika Telinga dan Mata sama-sama mencari ilmu Allah maka otak akan mendapat maklumat agama sebanyak 50%.
4-Jika mata, telinga dan diikuti dengan sentiasa mencatit maklumat-maklumat agama daripada kuliah-kuliah agama yang dihadiri pasti otak seorang muslim akan dipengaruhi oleh agama sebanyak 80%.
5-Jika semua anggota termasuk otak sendiri berfungsi sebagai ejen agama, maka pasti 90%. jasad dan tubuh kita telah memperhambakan diri kepada Allah SWT.
Cara Belajar Terbaik
2-Apabila suasana pembelajaran secara seronok telah wujud, hilanglah perasaan bosan,letih dan kurang berminat.
3-Belajarlah secara teratur dan berdisiplin.
4-Tumpukan pada satu tajuk sehari.
5-Carilah cara untuk mengingat setiap yang dipelajri.
6-Pastikan minda sentiasa segar dan ceria.
Wednesday, November 18, 2009
BUKTI NABI YUSUF TELAH MENDAHULUI SAINSTIS DUNIA
مًنْ صٍْوٍرٌٍ آلآعًٍجًِْآزٍُ آلعًٍلمًيَ فْيَ آلقٌٍرٌٍآنْ آلكَرٌٍيَمً

Mimpi Nabi Yusuf tentang 11 bintang di langit yang telah dilihat pada zaman Baginda kini ilmu sains baru menemui fakta tersebut... begitulah hebat pemberian ilmu Allah pada para nabi sebagai utusanNya.
*آلقــرآنـ يـشـيــر آلى عــدـد كــوآكـبـ آلمـجـمــؤعـة آلشـمـسـيـة بــدقـة بـآلغـة*
يقول تعالى في سورة يوسف ".إنّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَباً وَالشَّمسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدينَ"
تشير الآية الكريمة إلى عدد كواكب مجموعتنا الشمسية بدقة بالغة، وهكذا يكون القرآن الكريم قد أشار إلى حقيقة علمية لم تصل إليها العلوم المكتسبة إلا في عام 2003م
• وهذا استعراض سريع لتدرج اكتشاف الكواكب في مجموعتنا الشمسية:1.
. حتى عام 1781 م كان العدد المعروف من كواكب المجموعة الشمسية ستة فقط وهي: عطارد، الزهرة، الأرض، المريخ، المشترى، وذلك لأن هذه الكواكب يمكن رؤيتها بالعين المجردة، لكبر حجمها، وقربها النسبي من الأرض.
2. في 1781م تم اكتشاف الكوكب السابع يورانوس Uranus
3. في 1801م بدأ اكتشاف عدد من الكوكيبات، والتي يعتقد أنها ناتجة عن انفجار كوكب كان يجري في هذا المدار، وهي في مجموعها تمثل الكوكب الثامن من المجموعة الشمسية.
4. في1846م تم اكتشاف الكوكب التاسع نيبتون Neptune
5. في 1930 م تم اكتشاف الكوكب العاشر بلوتو Pluto
6. في 2003م تم اكتشاف الكوكب الحادي عشر وأُطْلِقَ عليه اسم سِيدْنا Senda وتم الإعلان عن هذا الكوكب في 15/3/2004 م بواسطة مجموعة من الفلكيين الأمريكيين.
• هذا الكوكب الجديد يبعد عن الشمس بتسعون وحدة فلكية (أي 90 X 150 مليون كم) وبذلك تقدر سنته بأكثر من عشرة آلاف سنة أرضية.
• وقد يقول البعض أنه يمكن اكتشاف كوكب جديد، ولكن على بعد هذه المسافة الشاسعة الفاصلة بين الشمس والكوكب الحادي عشر، يتعذر على جاذبية الشمس الإمساك بأي كوكب جديد.
*****
وهكذا فإن قول الله تعالى على لسان عبده ونبيه يوسف " إنّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَباً وَالشَّمسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدينَ"
فيه سبق زمني بأكثر من أربعة عشر قرناً بحقيقة علمية لم تصل إليها العلوم المكتسبة إلا في سنة 2003 م، وبعد مجاهدة استغرقت آلاف العلماء، لمئات السنين، وهذا السبق العلمي لا يمكن لعاقل أن يتصور له مصدراً غير الله خالق.

فسبحااان الله,,,
Tuesday, November 17, 2009
PEMBUNUH WANITA BERTUDUNG DIPENJARA SEUMUR HIDUP.
Di Mesir hari ini, Marwa al-Sherbini, yang dibunuh kejam di Dresden, Jerman kini dikenali ramai sebagai tokoh yang syahid kerana pemakaian hijabnya.
Berita hukuman penjara seumur hidup ke atas pembunuhnya selepas perbicaraan dua minggu mendapat tempat istimewa di saluran televisyen nasional Mesir.
Di Berlin, duta mesir ke Jerman, Ramzi Izzudin memberitahu media pembunuh Marwa, Alexander Wiens telah menerima “hukuman paling keras.”
Jurucakap kementerian luar Mesir, Hossam Zaki menerima berita hukuman itu senang, menegaskan bahawa “keadilan telah terlaksana” dan hukuman itu merupakan “satu amaran kepada mereka yang terdorong oleh kebencian.”
Wiens, warga Jerman berketurunan Rusia menikam Marwa sekurang-kurangnya 16 kali di sebuah mahkamah di Dresden Julai lalu, ketika wanita itu memberi keterangan terhadap beliau dalam satu kes fitnah.
Wiens memanggil Marwa “teroris” dan “Islamis” – istilah popular yang membawa konotasi negatif walaupun masih didebatkan penggunaannya oleh komuniti akademik – di sebuah taman permainan kanak-kanak hanya kerana wanita Muslim itu memakai tudung.
Marwa ketika itu meminta Wiens memberi ruang untuk anak lelakinya, Mustafa yang berusia tiga tahun untuk bermain di buaian.
Marwa, ahli farmasi berusia 31 tahun sedang hamil tiga bulan ketika dia dibunuh. Anaknya ada bersama di mahkamah tersebut ketika itu, dan suaminya ditikam dan secara tidak sengaja ditembak oleh seorang pengawal Jerman ketika cuba membantu.
Mustafa hanya mampu melihat ibunya ditikam dengan kejam oleh Weins.
Suami Marwa, Alwi Akaz, kini tempang akibat kecederaan dialami dalam insiden itu.
Perincian kejadian itu mengejutkan warga Mesir dan tercetus kemarahan terhadap tindak balas perlahan pihak berkuasa Jerman menghulurkan simpati dan menangani dakwaan Islamofobia.
Hakikat bahawa suami Marwa ditembak kerana disangka penyerang mendedahkan prejudis yang wujud di negara Eropah itu.
Seminggu selepas kejadian, pemimpin Jerman, Canselor Angela Merkel mengucapkan simpati kepada Presiden Mesir, Hosni Mubarak, tetapi Merkel tidak membuat komen secara terbuka.
Pada masa sama, ribuan menghadiri pengkebumian Marwa di kampung halamannya di Iskandariah. Ramai membawa kain rentang dengan slogan menuntut pembalasan.
Ada juga yang berdemonstrasi di luar kedutaan Jerman dan di Masjdi al-Azhar di Kaherah, dengan sebilangan mencela Jerman sebagai “peradaban zalim” dan menjeritkan tuntutan hak asasi dan keadilan.
Perbicaraan Wiens mendapat liputan luas media Mesir, dan sekumpulan peguam Mesir hadir di Dresden dan dibenarkan mengemukakan hujah perundangan.
Beberapa orang tokoh perundangan Mesir memuji keputusan mahkamah Jerman menjatuhkan hukuman ke atas Wiens, tetapi ramai warga Mesir melahirkan perasaan alangkah baiknya sekiranya Jerman melaksanakan hukuman mati.
Suami Marwa memberikan keterangan yang meruntun jiwa, menceritakan bagaimana anaknya, yang kini tinggal di Mesir bersama keluarganya, merindui ibunya.
Alwi sekeluarga berpindah ke Jerman untuk dia meneruskan kajian doktoral biologi melekul tetapi kini melahirkan kemungkinan akan meninggalkan Dresden.
Tarek Sherbini, abang Marwa, berkata “imej rakyat Jerman sangat buruk” ekoran kejadian serangan itu dan mendakwa kejadian itu menunjukkan kebencian terhadap Muslim.
Hubungan Jerman dengan Mesir dan dunia Islam mampu terjejas akibat kejadian ini, terutama sekiranya reaksi lanjutan tercetus dan membakar sentimen.
Jerman didiami oleh 4 juta Muslim, komuniti Muslim kedua terbesar di Eropah Barat selepas Perancis.
Sebagai memperingati wanita digelar “Syahidah jilbab” ini, nama Marwa kini dirancang untuk dijadikan nama jalan di Iskandariah, Mesir. (BBC, Agensi)
Arak adalah punca maksiat.
SOALAN: Saya seorang ahli perniagaan bertaraf antarabangsa. Pendidikan agama saya adalah sederhana. Setelah umur meningkat 50 tahun kadang-kadang saya didatangi pemikiran yang menghantui diri. Saya, biarpun tidak ketagih, tetapi kadang-kadang minum arak, terutamanya ketika diraikan oleh kawan-kawan atau meraikan tetamu semata-mata untuk menjaga hati mereka yang datang dari luar negara. Begitu juga dengan perempuan yang disediakan biarpun saya tidak meminta.
JAWAPAN : Mudah sahaja, apa yang patut saudara lakukan ialah bertaubat, berhenti minum arak dan berhenti melakukan zina dengan perempuan yang disediakan.
Pada zahirnya saudara adalah seorang yang berjaya, mempunyai kekayaan yang banyak tetapi sayangnya saudara tidak tahu bersyukur kepada Allah. Orang yang bersyukur ialah mereka yang menggunakan nikmat anugerah Allah itu untuk kebajikan yang disuruh dan yang diharuskan. Dalam masa yang sama orang-orang yang kaya seperti saudara sepatutnya semakin tunduk dan tawaduk sebagai tanda berterima kasih kepada Allah di atas kurniaan itu,
Kalaulah kekayaan yang saudara miliki atau bidang kerjaya yang saudara lakukan itu menyebabkan saudara seorang peminum arak dan berzina, maka hidup sebagai seorang yang miskin atau sederhana tetapi tidak melibatkan diri dengan arak dan perempuan itu adalah lebih baik.
Kehidupan yang kaya, ternama dan berpangkat tanpa minuman keras dan perempuan itu adalah lebih baik dan berkat.
Memang ada orang yang menganggap bahawa dengan meminum arak itu lambang kemegahan, "macam orang putih" atau untuk menjaga hati orang-orang tertentu.
Walaupun demikian saudara perlu faham, bahawa orang yang civilised dan waras tetap sedar bahawa minum arak itu membinasakan biarpun di kalangan mereka yang minum. Saya meyakini bahawa teman yang saudara "jaga hati" itu akan lebih menghormati saudara sekiranya saudara tidak minum arak yang dihidangkan itu. Saudara akan dianggap dengan rasa hormat, kerana saudara adalah seorang yang berpegang teguh dengan ajaran agama saudara.
Orang yang berpegang teguh dengan agama adalah orang yang baik, jujur dan paling layak untuk dijadikan rakan niaga.
Saudara bukan "seolah-olah" tidak berdaya menolak minuman keras yang dihidangkan, tetapi saudara sebenarnya memang tidak berdaya menolak minuman haram yang dihidangkan itu kerana saudara tidak mempunyai pegangan agama dan keyakinan diri.
Saudara tidak perlu menjelaskan yang kerja saudara tidak berjaya atau tidak akan mencapai taraf antarabangsa tanpa minum arak. Allah yang mengharamkan arak, amat mengetahui hakikat pengharaman arak itu.
Kalaulah dengan minum arak boleh menjaga hati rakan seniaga, membolehkan seseorang itu menjadi seorang usahawan atau peniaga bertaraf antarabangsa, tentunya Allah s.w.t. tidak mengharamkannya dan nabi pula memberi amaran bahawa arak itu adalah punca segala maksiat.
Oleh kerana saudara tidak mempunyai keyakinan diri, tunduk kepada runtunan nafsu maka teman-teman seperniagaan saudara tidak menghormati saudara. Saudara dianggap tidak ubah seperti buih, kerana itu mereka sogokkan saudara dengan perempuan, biarpun saudara tidak meminta, tetapi mereka sedar saudara tidak akan menolak kalau diberi.
Saudara tidak boleh memberi alasan apa yang saudara lakukan itu tidak salah kerana saudara tidak meminta disediakan perempuan. Hal yang sama boleh berlaku di kalangan mereka yang menerima rasuah. Mereka tidak boleh memberi alasan yang mereka tidak bersalah menerima rasuah kerana mereka tidak meminta. Alih-alih wang sudah diletakkan dalam laci. Daripada dibuang membazir, baik diambil, boleh dimanfaatkan.
Sesungguhnya arak itu adalah punca segala kejahatan. Arak menyebabkan manusia hilang imbangan akal, menyebabkan seseorang itu tidak waras, terlibat dengan pergaduhan, zina dan sebagainya.
Zina adalah salah satu dosa besar yang terkutuk. Orang yang minum arak selalunya terlibat dalam perzinaan. Selalunya orang yang melakukan dosa-dosa ini tidak akan melakukan sembahyang, puasa, tidak memberi zakat atau menunaikan haji.
Sekiranya mereka ada mengerjakan sembahyang, puasa dan lain-lain, perlakuan itu bukan atas dasar keinsafan, tetapi atas dorongan bahawa rukun-rukun ini merupakan tanggungjawab yang mesti dilakukan oleh setiap orang Islam.
Atau mereka terpaksa melakukannya mungkin kerana adat, padanya bulan Ramadan orang berpuasa, dia pun ikut berpuasa, orang lain sembahyang dia pun sembahyang, pergi ke Mekah, berumrah kalau kapal terbang singgah ke Mekah atau kawan-kawan lain berumrah.
Tidak ada orang yang minum arak dan berzina dalam masa yang sama ia berupaya melakukan rukun-rukun Islam yang lain dalam erti kata yang sebenar, kecuali setelah mereka benar-benar bertaubat.
Orang yang benar-benar sembahyang, puasa, menunaikan haji dan mengeluarkan zakat tidak akan melakukan zina atau minum arak, kerana sembahyang itu mencegah pelakunya daripada melakukan dosa-dosa besar dan kemungkaran yang kecil.
Orang yang minum arak dan melakukan perzinaan mendatangi perempuan-perempuan lacur atau yang disediakan oleh orang-orang tertentu seperti yang saudara jelaskan akan melakukannya di tempat sendiri juga kerana nafsu itu tidak memilih tempat. Nafsu juga tidak mempunyai batasan kecuali sekiranya ada kesedaran dalaman yang boleh menahan daripada berbuat demikian. Takut ditangkap oleh pejabat agama, takut diketahui oleh orang lain yang menjejaskan nama dan kehormatan sebagai seorang peniaga bertaraf antarabangsa.
Biarpun saudara terlibat dengan dosa-dosa yang saudara rasa berat hendak diluahkan, selagi saudara mempunyai akal dan dapat berfikir, saudara akan merasa salah pada diri sendiri. Perasaan seperti ini terus-menerus menghantui saudara
Dalam masa yang sama, saudara akan hilang keyakinan diri. Kalau saudara hendak memberi nasihat kepada anak saudara atau orang lain agar jangan minum arak, jangan mencari perempuan di lorong mati misalnya, akan timbul satu perasaan "bagaimana hendak menegah anak jangan minum arak atau jangan bermain perempuan padahal ia sendiri melakukannya?’’
Bagaimana seorang ibu atau bapa itu hendak memberi nasihat agar anak-anak berkelakukan baik, padahal mereka sendiri terlibat dengan kelakukan yang tidak baik?
Saudara seorang peniaga yang berjaya dan seandainya saudara ditakdirkan dilantik menjadi pemimpin, pada hakikatnya saudara tidak layak menjadi pemimpin.
Pemimpin bukan setakat perlu didengar kata-katanya, tetapi perlu dijadikan contoh teladan. Akan rosaklah apa yang dipimpin, tidak kiralah melibatkan pentadbiran kecil, seperti rumah tangga, sebuah kampung, daerah atau negara sekiranya orang yang memimpin itu melibatkan diri dengan dosa-dosa seperti yang dijelaskan.
Faktor utama yang boleh memberi rangsangan diri saudara memberhentikan tindak-tanduk yang bertentangan dengan ajaran Islam dan fitrah akal itu perlu lahir daripada rangsangan dalaman yang kemudiannya disertai oleh faktor-faktor luaran.
Rangsangan dalam ialah iman, sedar bahawa apa yang saudara lakukan itu adalah salah, bertentangan dengan ajaran agama, merosakkan diri dan boleh merosakkan perniagaan saudara.
Terlalu banyak contoh memperlihatkan, tokoh-tokoh perniagaan yang jatuh bankrap kerana perempuan, minum arak dan berjudi. Biarpun sekarang ini saudara seorang yang berjaya, Allah boleh mengambil segala apa yang diberi dengan sekelip mata sahaja.
Nafsu manusia tidak berpenghujung, bererti orang yang terlibat dengan arak, perzinaan, rasuah dan sebagainya akan terus-menerus melakukannya. Hasil yang diperoleh hanyalah kepuasan nafsu yang merosakkan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Hidup mereka yang terlibat seumpama buih dan sentiasa dalam resah gelisah biarpun mereka mempunyai wang yang banyak dan tinggal di mahligai yang besar.
Orang Islam wajib percaya tentang adanya balasan di akhirat. Biarpun ada orang yang berpendapat gambarkan dahsyat api neraka itulah amaran Allah, iaitu balasan neraka bagi mereka yang melakukan maksiat. Dan yang paling ditakuti ialah mati ketika melakukan maksiat dengan perempuan.
Orang yang meningkat tua, bererti kadar hayatnya semakin sedikit kerana anggaran umur umat Muhammad adalah antara 60-70 tahun. Mereka yang mencecah umur maksimum sepatutnya memperbanyakkan amal jariah dan kebajikan kepada diri, keluarga dan negara.
Bayangkan betapa buruknya orang tua yang mabuk, cakap tidak menentu atau tidur dengan perempuan yang sebaya dengan anaknya sendiri.
Orang yang tidak pernah berzina, lalu melakukan zina buat pertama kali akan menyesal atas perbuatannya. Kalau ia mempunyai isteri, ia merasa betapa besar dosanya terhadap si isteri. Mengkhianati kasih sayang yang diberi oleh isteri selama ini. Bagi orang bujang, mengetahui sedikit agama, akan tergambar betapa besar dosa yang dilakukan.
Namun demikian, sekiranya ia mengulangi perbuatan itu, akhirnya rasa bersalah akan terhakis, tersisih oleh nafsu dan perbuatan ini akan menjadi satu budaya hidupnya, lalu akhirnya menjadi ketagih.
Ketika inilah Allah menutup pintu hidayah daripada kesedaran diri, mata, telinga dan hati seumpama tidak berfungsi lagi, semuanya tertutup, Allah memberi amaran bahawa bagi mereka adalah azab yang pedih.
Monday, November 16, 2009
Kanak-kanak yang dilahirkan di dalam penjara, akhirnya dibebaskan.
مقر الصليب الاحمر بغزة
اعتصام الاهالي وزيارة الاسيرتين فاطمة وروضة سعد
| هذه الصورة مصغره ... اضغط هنا لعرضها بالمقاس الحقيقي ... المقاس الحقيقي 700x455 . |
Sunday, November 15, 2009
Cara Mudah Mendidik Anak Mencintai Islam
Setiap ibu bapa tentu bercita-cita supaya anaknya menjadi anak yang soleh dan mencintai agama Allah.
Bagaimana caranya untuk mencapai kedudukan tersebut ?
Ibnu Asakir meriwayatkan Hadis dari Saad bin Abi Waqas, Rasulullah (SAW) melarang Umair bin Abi Waqas ikut dalam perang Badar kerana dianggap masih kecil. Tetapi anihnya, larangan itu membuat Umair bersih dan menangis. Walaupun masih kecil, di dalam diri Umair sudah tertanam kuat bahawa perang membela Islam itu sebuah kemuliaan yang amat tinggi.
Melihat gelagat Umair, Rasulullah SAW turut merasa sedih. Baginda kemudian mengizinkan anak yang belum cukup umur itu ikut serta berjihad.
Dalam iriwayat lain Ibnu Syaibah Asy-Syakbi yang terjadi pada perang Uhud. Ada seorang ibu dengan penuh semangat menhantar anaknya yang masih kecil kepada Rasulullah SAW agar turut bersama berperang. Dia amat berharap agar Rasulullah SAW mengizinkan anaknya ikut serta dalam berjihad sambil berkata, “Ya Rasulullah, ini anakku sudah siap menyertai Anda berperang.” Rasulullah SAW kemudian memerintahkan anak itu membantu membawa peralatan perang.
Pada waktu peperangan berlaku, anak tersebut terluka. Ia lalu mendatangi Rasulullah SAW. Beliau bersabda, “Hai anakku, semoga engkau tidak gelisah dan tidak bersedih!” Dengan tegas ia menjawab, “Tidak, Ya Rasulullah.”
Kisah di atas adalah sebuah gambaran bagaimana para sahabat Rasulullah SAW berhasil mendidik anak-anak mereka mencintai Islam dengan sepenuh jiwa dan raga. Sekarang persoalannya, bolehkah kita mendidik anak-anak kita menjadi anak-anak kita menjadi seperti dalam kisah di atas ?
Harus kita akui bahawa tanggungjawab menjadi seorang ibu bapa pada zaman sekarang tidaklah mudah. Apatah lagi jika mengharapkan anak yang tidak memiliki kepintaran, tetapi tetap dituntut juga mesti taat dan mencintai Islam sepenuhnya.
Untuk mendidik anak agar soleh, kita tidak boleh menyerahkan bulat-bulat kepada sekolah. Tetapi peranan aktif kedua orangtua juga amat diperlukan dalam masalah ini. Orangtua harus menjadi contoh yang baik bagi anaknya.
Tidak mungkin anak mahu disuruh solat atau membaca al-Quran, jika orangtuanya tidak solat dan tidak berminat membaca Kitab Suci Al-Quran.
Di bawah ini terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan kedua ibu bapa dalam mendidik anaknya agar menjadi anak yang soleh dan mencintai Islam.
1. Menanamkan Akidah dan Syariah Sejak Kecil.
Menanamkan akidah yang kukuh adalah tugas utama kedua ibu bapa. Kedua orangtua lah yang mempunyai pengaruh besar dalam pertumbuhan dan berkembangnya nilai-nilai agama dalam diri anak. Rasulullah SAW bersabda, "Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Ibu dan bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani, atau Majusi." (Riwayat Bukhari).
Tujuan pengisian akidah pada anak semasa kecil adalah agar si buah hati mengenal secara benar siapakah Tuhannya. Sejak dalam kandungan, seorang ibu boleh memulainya dengan sering bersenandung mengagungkan Asma Allah Subhanahu wa Ta’ala (SWT). Begitu lahirnya, si bayi dibiasakan mendengarkan ayat-ayat al-Qur`an.
Pada usia ini, anak diajak untuk belajar membentuk bahawa dirinya, orang tuanya, seluruh keluarganya, manusia, dunia dan seluruh isinya diciptakan oleh Allah SWT. Dari sini orangtuanya boleh menyampaikan kepada anaknya, mengapa manusia harus beribadah dan taat kepada Allah SWT.
Pada peringkat ini, anak diajak untuk belajar menalar bahawa dirinya, orangtuanya, seluruh keluarganya, manusia, dunia dan seluruh isinya diciptakan oleh Allah SWT
Selanjutnya, anak dikenalkan dengan Asma' dan sifat-sifat Allah SWT. Dengan cara ini anak mengetahui betapa Allah Maha Besar, Maha Perkasa, Maha Kaya dan seterusnya. Jika anak boleh memahaminya dengan baik, insya Allah, akan tumbuh sebuah kesadaran pada dirinya untuk sentiasa mengagungkan Allah SWT dan bergantung hanya kepadaNya. Lebih dari itu, kita berharap dengan cara ini akan bertumbuh benih kecintaan anak kepada Allah SWT, cinta yang akan membentuknya gemar melakukan amal yang dicintai Allah SWT.
Kemudian, penanaman akidah pada anak harus disertai dengan pengenalan hukum-hukum syariah secara bertahap. Proses pembelajarannya boleh dimulai dengan memotivasi anak untuk senang melakukan hal-hal yang dicintai oleh Allah SWT misalnya, dengan mengajak solat, berdoa atau membaca al-Qur`an bersama.
Yang penting adalah, menanamkan akhlak seperti berbakti kepada orangtua, santun dan sayang kepada sesama, bersikap jujur, berani karena benar, tidak berbohong, bersabar, tekun bekerja, bersahaja, sederhana dan sifat-sifat baik lainnya. Jangan sampai luput untuk mengajarkan bahawa itu semua semata-mata untuk meraih ridha Allah SWT, bukan untuk mendapatkan pujian .
2. Kerjasama Ayah dan Ibu
Anak akan lebih mudah memahami dan mengamalkan hukum jika dia melihat contoh secara langsung dari orangtuanya. Orangtua adalah guru dan orang terdekat bagi si anak yang harus menjadi panduan. Oleh kerana itu, orangtua dituntut untuk bekerja keras memberikan contoh dalam memelihara ketaatan serta ketekunan dalam beribadah dan beramal saleh. Insya Allah, dengan cara tersebut anak akan mudah diingatkan secara sukarela.
Tentu saja hal yang demikian memerlukan kerjasama yang kompak antara ayah dan ibu. Jika ayah dan ibu masing-masing mempunyai target dan cara yang berbeda dalam mendidik anak, tentu anak akan bingung. Bahkan mungkin akan memanfaatkan orangtua menjadi kambing hitam dalam kesalahan yang dilakukannya. Ambil contoh, seorang ayah sudah bersusah payah agar anaknya mahu menunaikan solat. Namun kerana seorang ibu merasa tidak perlu, tentu sahaja akan membingungkan anaknya dan menjadikan si ibu sebagai alasan dia untuk tidak solat.
3. Peran Lingkungan, Keluarga dan Masyarakat
Pendidikan yang diberikan oleh orangtua kepada anak belumlah cukup untuk mengantarkan si anak menjadi manusia yang berkepribadian Islam. Anak juga memerlukan sosialisasi dengan lingkungan dimana dia beraktivitas, baik di sekolah, rumah mahupun masyarakat secara luas.
Di sisi inilah, lingkungan dan masyarakat memiliki peranan penting dalam pendidikan anak. Masyarakat yang menganut nilai-nilai, aturan, dan pemikiran Islam, seperti juga yang dianut oleh sebuah keluarga Muslim, akan mampu mengantarkan anak menjadi seorang Muslim sejati.
Gambar masyarakat sekarang yang sangat dipengaruhi oleh nilai dan pemikiran materialisme, sekularisme, permisivisme, hedonisme, dan liberalisme merupakan tantangan besar bagi keluarga Muslim.
Hal ini yang menjadikan si anak hidup dalam sebuah lingkungan yang membuatnya berada dalam posisi diharuskan. Dia dia mendapatkan pengajaran Islam dari keluarga, namun di sisi lain anak bergaul dalam lingkungan yang sarat dengan nilai yang bertentangan dengan Islam.
Pengaruh dalam lingkungan remaja dan keluarga akan mempengaruhi pertmbuhan peribadi anak. Untuk mengatasi persoalan ini, maka dakwah untuk mengubah sistem masyarakat yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam secara mutlak harus dilakukan. Hanya dengan semikian akan muncul generasi Islam yang taat pada Syariah. Insya Allah.
Bayi Palestin Dilahirkan Dalam Penjara.

الطفل الأسير يوسف الزق ابن الأسيرة أم محمود الزق
ولد يوسف بغير إرادته وبقدر من الله عز وجل فى جب يشبه جب يوسف النبى عليه السلام من أمه الأسيرة فاطمة الزق 43 عاما من حي الشجاعية بغزة ، والتى اعتقلت على معبر بيت حانون ، وهي ام لتسعة ابناء، كان آخرهم طفلها يوسف والذي انجبته بمستشفى مئير بكفار سابا في يوم 18/1/2008 وتم تحريره هو وأمه الكريمة في صفقة الحرائر الاخيرة مقابل شريط فيديو للجندي الاسير شاليط




حسبنا الله ونعم الوكيل على اليهود الظالمين
نسال الله تعالى ان يفرج عن باقي أسرانا واسرى المسلمين
هـــــــــا هـــــــــم اطـفــــــــال فلــــــــسطين
في السجون تلدهم امهاتهم وهي بالاصفاد مكبلة
| هذه الصورة مصغره ... اضغط هنا لعرضها بالمقاس الحقيقي ... المقاس الحقيقي 600x450 . |


ما ذنب هذا الطفل لكي يلد في السجن ؟؟
ما ذنبه الفظيع الذي اقترفه ؟؟الأنه فلسطيني
اقسم
اقسم سنقولها وباعلى صوت
"فلســــــطين"
*فلســــــــــطين*
ألفين تحية ياوطن للأسرى رمز الحرية
___________________________________

حمــــ قســــ خاصــــ تنفيذية ــــة ــــام ـــــاس
Tuesday, November 10, 2009
Monday, November 9, 2009
Gambar Wanita Oman bertukar kepada Haiwan Satu Penipuan
الكذبة الأولى: قصة الفتاة العمانية التي تحولت لعنزة مشوهة لانها استهترت بقراءة القرآن
الحقيقة : الصورة هي صورة عمل فني تخيلي بالشمع لاناس مستنسخين
| اضغط هنا لعرض الصورة الكاملة. |
Gambar ini adalah gambar rekaan semata-mata. cerita tentang wanita Oman yang mempermainkan ibunya ketika membaca Al-Quran juga adalah tidak benar sekali.
Kita amat memerlukan keimanan dan kecerdikan yang tinggi untuk menghadapi kepandaian pakar-pakar komputer yahudi yang mencipta dan mengubah keaslian gambar sehingga boleh mengelirukan umat Islam. Berkemungkinan besar juga boleh merosakkan aqidah umat Islam. mereka sentiasa mentertawakan kita (umat Islam ) kerana menerima apa yang mereka sebarkan secara buta-tuli..
Saturday, November 7, 2009
POKOK , BUAH DAN BURUNG YANG MEMBUNUH MANUSIA
علشان يكون فيه فائده أكثر أرفقت كل صوره بشرح بسيط .....
KATAK BOLEH MEYEBABKAN KEMATIAN JIKA DIMAKAN DAGINGNYA.
هذا الضفدع هو من أخطر المخلوقات السامه....ضفدع بالغ واحد فقط له سم يكفي
لقتل 100 رجل.. حيث يتسبب السم بسكته تنفسيه فوريه, حتى تتصور قوة السم, هذا الضفدع مشى على ورق خاص تاركا عليه بعض السم و لما تم عرض هذا الورق على
مجموعه من القطط و الكلاب ماتت جميعها
قنديل البحر هو من المخلوقات التي لها سم قوي و خطييير جدا, مع انه ليس هجوميا.. هو يسبح في الماء و هذه الأطراف السامه تسبح حوله..فأذا تلامست مع الجلد تتفاعل معه كيميائيا فتطلق السم فورا الى الضحيه..حيث يملك السم ردة فعل قويه و سريعه ( يقتل رجل خلال 45 ثانيه فقط) فلا يستطيع ان يسبح الى الشاطيء و يموت في مكانه.
هذا المخلوق من اخطر المخلوقات في البحار. هذا المخلوق الذي حجمه بحجم طابة الجولف يقتل الانسان بطريقه سريعه و فعاله, في البدايه تشعر بدوار, و صعوبة البصر, بعد ثوان قليله تجد نفسك أعمى, بعدها مباشره تفقد القدره على الكلام فلا تستطيع ان تنطق او حتى تبلع ريقك, و بعد اللدغه بثلاث دقائق تقريبا تصبح مشلولا و غير قادر على التنفس, وهو يلدغ حتى من فوق ملابس السباحه المطاطيه, و لا يوجد له أي علاج سوى ساعات طويله و مؤلمه من مساج القلب و التنفس الاصطناعي حتى يخرج السم من الدم.
هذه الحشرة هي من المخلوقات السامه جدا..و اسمها عفرور بالعبري يعني الغبار, تم اكتشافه سنة 1967 عندما تم ارسال بعض الجنود الاسرائيليين الى صحراء النقب ثم وجدوا ميتين داخل خيماتهم. سم هذه الحشره يقتل الفأر خلال دقيقه واحده, و يقول الخبراء في السم ان سم أفعى الكوبرا يعتبر "قرصة بعوضه" بالنسبه لسم هذا المخلوق.!!!!!!!
لا يوجد دراسه تبين من هي الافعى الأخطر في العالم...و لكن أكثر الخبراء و البيولوجيين يشيرون الى هذه الافعى على انها أخطر الافاعي في العالم, فهي تفرز في العضه الواحده ما يكفي من السم لقتل أكثر من 100 رجل بالغ, حيث تصل كمية السم الذي تفرزه في عضه واحده الى 110 ملجرام و هذا السم 50 مره اقوى من سم الكوبرا الهنديه.
هذا العنكبوت هو من اخطر و اشرس انواع العناكب...شايفين الانياب اللي نازله من راسها؟؟
تستطيع ان تخترق بهما حتى الحذاء!!! فتكون قاتله... حيث يعتبر سم الانثى اخطر على الانسان ب 6 مرات من سم الذكر..و الانسان الملدوغ يموت خلال وقت يتراوح من 15 دقيقه الى يومين حسب حالة و قوة الجسم.
Buah dalam gambar diatas boleh menambah tekanan darah sehingga darah tidak terhenti jika berlaku kecederaan dan tidak mungkin dirawati sehingga mati.
Daun pokok ini mengandungi racun yang boleh menghalang dari bercakap kerana memberi kesan pada lidah dan menahan perjalanan darah.
Buah yang menyerupai buah tin akan membunuh jika di makan 4 biji sahaja dan perjalanan darah akan terhenti.
Mamuna memberi kesan pada pengaliran darah, sebiji sahaja boleh menyebabkan kematian.
Pokok terdapat di Brazil, jika dimakan darah rasanya pahit dan boleh menyebabkan kematian seandainya tidak diikuti dengan rawatan yang rapi.
Burung ini beracun tetapi tidak boleh menyebabkan kematian cuma memberi kesan keracunan pada tubuh kita jika dimakan.
و هو نفس السم الموجود عند الضفادع لكنه لا يعتبر قاتلا لانه موجود بكميات قليله جدا على ريش هذا العصفوور
Friday, November 6, 2009
70 RIBU TENGKORAK DAN TULANG UMAT ISLAM DIJADIKAN BAHAN BINAAN GEREJA SUCI
40000 جثة ليكون أكثر جمالا ورونقا ..
يقومون به والذي يسمونه ( الأرهاب )
GEREJA DI CHEZK YANG BERUSIA LEBIH 1000 TAHUN LAMPAU DIBINA DENGAN TULANG DAN TENGKORAK ORANG-ORANG ISLAM.
PADA TAHUN 1318 PEMBINAAN BARU TELAH BERJAYA MENGUMPUL 30 RIBU TULANG UMAT ISLAM YANG DIBUNUH OLEH TENTERA SERBIA.
PADA TAHUN 1870 TENTERA SERBIA BERJAYA MENGUMPUL 40 RIBU TULANG DAN TENGKORAK ORANG ISLAM,
MEREKA MENGHIASI GEREJA-GEREJA MEREKA DENGAN TULANG DAN RANGKA UMAT ISLAM YANG MEREKA BUNUH..
BEGITULAH UMAT ISLAM DI AKHIR ZAMAN YANG MASIH LENA DENGAN KEMEWAHAN DANG PANGKAT , PINGAT, GELARAN YERSOHOR BERTARAF DUNIA YANG DIBERI OLEH KUNCU-KUNCU YAHUDI DI MERATA DUNIA… MEREKA TIDAK AKAN BANGKIT MENENTANG SYAITAN TETAPI MEREKA AKAN BERBINCANG DENGAN SYAITAN-SYAITAN MANUSIA, BAGAIMANA CARA MEMBINA ISLAM DAN NEGARA ISLAM… SEHINGGA KINI MEREKA MASIH BERBINCANG DAN BERMESYUARAT DEMI KEBAIKKAN AGAMA ALLAH MENGIKUT VERSI-VERSI YANG DIPERSETUJUI OLEH SYAITAN-SYAITAN DUNIA… WALAH A’LAM SAMPAI BILA KITA MENERUSKAN PERBINCANGAN INI… HANYA SALAHUDDIN AL-AYUBI SAHAJA YANG DAPAT MENGAJAR MEREKA… YA ALLAH KURNIAKANLAH KEPADA KAMI PEMIMPIN YANG LAHIR DARI ZURAIT YANG PALING SUCI UNTUK MEMIMPIN KAMI.. AMIN YA RABBAL ALAMIN.


























