Oleh kerana otak kita adalah pusat segala arahan pada anggota tubuh kita, maka amatlah wajar kita menggerakkan segala maklumat ke otak berdasarkan perintah Allah, Otak orang yang soleh adalah terbentuk disebabkan semua anggota menyalurkan maklumat yang murni dan suci dari segala kemaksiatan.. marilah kita lihat anggota tubuh kita yang mampu membentuk otak yang berjiwa Al-Quran :
1-Apabila setiap bacaan adalah dari bahan-bahan agama maka 10% otak kita berjiwa agama.
2-Jika telinga kita sentiasa mendengar ayat-ayat suci al-Quran atau nasihat-nasihat agama samada dari majlis ilmu atau pertemuan dengan ahli-ahki agama, maka otak kita kan mendapat maklumat agama sebanyak 25%.
3-Jika Telinga dan Mata sama-sama mencari ilmu Allah maka otak akan mendapat maklumat agama sebanyak 50%.
4-Jika mata, telinga dan diikuti dengan sentiasa mencatit maklumat-maklumat agama daripada kuliah-kuliah agama yang dihadiri pasti otak seorang muslim akan dipengaruhi oleh agama sebanyak 80%.
5-Jika semua anggota termasuk otak sendiri berfungsi sebagai ejen agama, maka pasti 90%. jasad dan tubuh kita telah memperhambakan diri kepada Allah SWT.
No comments:
Post a Comment