Monday, November 30, 2009

Kubur Isteri-Isteri Rasulullah Diludah dan Dikencing Oleh Golongan Rafidoh

الجريمة الكبرى ..
Jenayah Paling Kejam
( نبش قبور زوجات الرسول صلى الله عليه وسلم بالبقيع )

هذه الصور جاتني ع الايميل ...
و قلت لازم الاعضاء يشفونها ...
:: اضغط هنا لمشاهدة الصورة بحجمها الطبيعي ::

Peristiwa ini berlaku pada tahun 1430 Hijrah
Diperkuburan Baqi' bersebelahan Masjid Nabawi.
:: اضغط هنا لمشاهدة الصورة بحجمها الطبيعي ::

Mereka mula berhimpun di kawasan perkuburan Baqi' Mereka menghentak kaki sebagai tanda membenci keluarga Rasulullah.
:: اضغط هنا لمشاهدة الصورة بحجمها الطبيعي ::

Mereka memijak kubur-kubur isteri Rasulullah sebagai tanda
kebencian kepada keluarga Rasulullah.

:: اضغط هنا لمشاهدة الصورة بحجمها الطبيعي ::

Inilah sudut makan Siti Aisyah.. kanak-kanak kaum Rafidoh
meruntuhkan binaan kubur Siti Aisyah.

:: اضغط هنا لمشاهدة الصورة بحجمها الطبيعي ::


:: اضغط هنا لمشاهدة الصورة بحجمها الطبيعي ::

Golongan Rafidoh mengawal anak-anak mereka yang sedang meruntuh makam Siti Aisyah.
:: اضغط هنا لمشاهدة الصورة بحجمها الطبيعي ::

Golongan dewasa dari Rafidoh dan Yahudi meruntuh kubur siti aisyah R.A.
:: اضغط هنا لمشاهدة الصورة بحجمها الطبيعي ::

Mereka terus meludah kedalam kubur.
:: اضغط هنا لمشاهدة الصورة بحجمها الطبيعي ::

Mereka mengeluarkan pasir dari kubur.
:: اضغط هنا لمشاهدة الصورة بحجمها الطبيعي ::


:: اضغط هنا لمشاهدة الصورة بحجمها الطبيعي ::

Mereka Meludah kedalam kubur Isteri-Isteri Rasulullah.
:: اضغط هنا لمشاهدة الصورة بحجمها الطبيعي ::

Mereka membuang najis kedalam kubur Isteri-Isteri Rasulullah.
:: اضغط هنا لمشاهدة الصورة بحجمها الطبيعي ::

Golongan Rafidah dan Yahudi lari apabila polis arab saudi datang.
:: اضغط هنا لمشاهدة الصورة بحجمها الطبيعي ::

Golongan rafidoh dan yahudi lari apabila polis arab saudi datang.
:: اضغط هنا لمشاهدة الصورة بحجمها الطبيعي ::


:: اضغط هنا لمشاهدة الصورة بحجمها الطبيعي ::

Sunday, November 29, 2009

Supaya Anak-Anak Kita Menjadi Insan Berguna.

“Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi-Mu keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar (memperkenankan) doa” (Q.S. Ali’Imran, 3:38)

Setiap ibu bapa pasti ingin menjadikan anaknya anak yang “baik”. Tetapi apakah menyedari bahawa baik buruknya perilaku yang ditampilkan oleh seseorang anak sangat dipengaruhi oleh bagaimana cara orang tua mendidik mereka. Oleh itu persoalan selanjutnya adalah, sudah betulkah cara kedua ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka?

Secara umum ada 4 golongan yang boleh dibahagikan dalam mendidik anak iaitu:

1-Ibu bapa yang memilki kuasa mutlak,

2-Ibu bapa permisif,

3-Ibu bapa yang demokratik

4-Ibu bapa yang mengabaikan.

Keempat golongan ini dibezakan dengan tahap perhatian dan tahap pengawasn yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka.

Siapakah orang tua yang besifat keras terhadap anak-anak mereka ?

Ibu bapa tersebut dikatakan memiliki ciri pengawasan secara keras jika melakukan pengawasan yang tinggi terhadap anak akan tetapi tidak diiringi dengan perhatian sepenuhnya. Orang tua banyak menuntut dan tidak mendengarkan alasan-alasan yang dikemukakan oleh anak-anak. Contoh Arahan golongan ini seperti: “Apa saja yang saya suruh kamu lakukan, mesti lakukan”

Jika teknik mendisiplinkan anak ini juga disertai dengan hukuman maka kemungkinan anak menjadi lebih agresif , tidak boleh diajak berbincang, takut akan hukuman, tidak memiliki harga diri dan tidak mempunyai keyakinan diri ketika bergaul dengan kawan-kawannya.

Kebanyakan ibu bapa, kerana merasa sayang terhadap anak, cenderung menurut apapun yang anak inginkan. Ibu bapa seperti ini dikatakan orang tua yang permisif. Memang baik jika orang tua boleh memberikan apa yang anak perlukan, Tetapi tentunya mesti ada batasan, agar orang tua tetap boleh mengarahkan anaknya, bukan sebaliknya anak yang mengarahkan orang tua. Ibu bapa kategori ini memberikan kasih sayang yang begitu tinggi kepada anak, tetapi tidak diiringi dengan pengawasan terhadap tingkahlaku anak, jadi kuasa arahan malah berada pada tangan anak. Anak-anak dari ibu bapa yang memiliki ciri pengasuhan seperti ini biasanya menjadikan anaknya yang baik namun tidak bertanggung jawab.

Tip terbaik adalah ketika ibu bapa yang memiliki ciri pengasuhan yang sifatnya demokratik. Ibu bapa seperti ini seimbang dalam memberikan kasih sayang dengan tuntutan/mengawasi terhadap anak. Mereka menerapkan standard akhlak yang harus ditampilkan oleh anak dan meminta anak untuk mematuhinya, disamping itu ibu bapa banyak terlibat dengan aktiviti yang dilakukan anak, memperhatikan keperluan anak, membina hubungan yang baik dengan anak, mahu mendengarkan anak dan menghormati pandangan anak. Hasilnya anak-anak yang diasuh dengan gaya pengasuhan seperti ini, mereka penuh percaya pada diri, terkawal dan dikagumi diantara kawan-kawannya.

Ciri pengasuhan yang terakhir adalah ‘mengabaikan’. Ibu bapa yang memilki ciri-ciri ini, sedikit sekali memberikan pengawan dan kasih sayang terhadap anak-anaknya tetapi jarang terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh anak-anaknya. Umumnya, anak-anak yang terbentuk dari keluarga seperti ini adalah anak-anak yang menampilkan perilaku antisosial, tidak mempunyai perancangan kehidup masa depan, lebih cepat tertarik dengan tabiat merokok dan meminum-minuman keras.

Bagaimanakah menerapkan gaya pengasuhan demokrati dalam kehidupan sehari-hari?

  • Panggilah anak-anak dengan nama yang baik.
  • Buatlah peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi anak di rumah dan di luar rumah, tetapi dalam membuat aturan ini, libatkan pandanagan anak-anak. Sehingga anak merasa bahawa peraturan tersebut dibuat atas persetujuan bersama.
  • Tanamkan nilai-nilai ibadah sejak kecil, misalnya: setiap kali orang tua akan solat, ajak anak untuk ikut solat juga.
  • Biasakan anak-anak bersikap jujur dan berani. Biasanya kejujuran dan keberanian hanya akan timbul pada diri anak-anak yang telah dibina untuk biasa jujur dan berani. Contohnya: ketika anak-anak merasa tidak ada yang melihatnya ketika dia memecahkan suatu barang, katakanlah kepada anak : “jika kamu jujur, ayah (ibu) akan memaafkanmu”
  • Luangkan waktu untuk berbincang dengan anak mengenai kegiatan mereka seharian. Jadikanlah diri kita sebagai orang tua yang boleh menjadi teman yang sedia mendengarkan apa jua yang mereka ingin diceritakan kepada kita. Jika anak menceritakan sesuatu yang telah dilakukannya dan ternyata ianya salah, maka kita sebagi orang tua jangan memarahi mereka secara langsung, tanyalah duhulu alasan mengapa ia melakukannya. Lalu berikan nasihat kepada mereka, mengenai akibat atau kesan dari perbuatannya terhadap diri mereka sendiri atau terhadap orang lain. Jangan sekali-kali hanya mengatakan “ayah/ibu tidak suka dengan apa yang telah kamu lakukan” tetapi anak-anak kita mesti diberitahu mengapa tindakannya adalah salah.
  • Berikanlah pelukan dan ciuman untuk anak, buatlah anak-anak kita merasai dicintai.
  • Pujilah jika anak berbuat baik jangan hanya memarahi ketika anak berbuat salah.

Mudah-mudahan dengan menerapkan ciri-ciri pengasuhan yang demokrati, Allah SWT jadikan kita sebagai orang tua yang mampu memiliki anak-anak yang baik atau soleh dan solehah. Amin.

Friday, November 27, 2009

Solat Hari Raya Menggantikan Solat Jumaat

Dalil yang menunjukkan wajibnya ialah solat Hari Raya dapat menggugurkan kewajipan solat Jumaat apabila Hari Raya jatuh pada Jumaat. Nabi sallallahu ‘alihi wa-sallam bersabda:

“Telah berkumpul pada hari kamu ini dua hari Raya. Sesiapa telah (Bersolat Hari Raya), dia telah menyempurnakan dari solat Jumaat dan sesungguhnya kita telah dikumpulkan”.
(H/R Abu Daud 1073. Ibnu Majah 1311. Al-Hakim 1/228. Al-Baihaqi 3/318. Ibnul Abdil Barr (dalam At-Tauhid) 10/272. Al-Khatib (dalam Tarikh Bahgdad) 3/129. Ibnul Qaiyyim (dalam al-Wahiyat). 1/473. Al-Faryabi (dalam Ahkamul Iedain) 150. Ibnul Jarud (dalam Al-Muntaqa) 302. Hadis sahih banyak syahidnya (lihat: Sawathi’ al-Qamarain fi Takhrij Ahadis Ahkamail Iedain), Musaid bin Sulaiman bin Rasyid. Hlm. 211)

Sesuatu yang tidak wajib tidak menggugurkan sesuatu yang wajib. Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam berterusan mengerjakan solat Hari Raya secara berjamaah sejak disyariatkan sehinggalah wafat.
(Lihat: Nailul Autar 3/382-383)

Baginda menggandingkan perintahnya kepada manusia dengan terus menerus ini agar mereka keluar ke tanah lapang (musalla) untuk solat Hari Raya.
(Lihat: (1). Nailul Autar. 3/282-283. (2). Majmu fatawa. 24/212. dan 23/161. (3). Ar-Raudah an-Nadiyah 1/142. (4). Tamamul Minnah, hlm. 344)

Seterusnya, pandangan akan wajibnya solat Aidil Fitri ini diperkuatkan lagi dengan hakikat bahawa solat Aidil Fitri ini dapat menggugurkan kewajipan solat Jumaat jika keduanya terjadi pada hari yang sama (Hari raya jatuh pada hari Jumaat). Hanya sesuatu yang wajib dapat mengugurkan kewajipan yang lain.
– Inilah pendapat Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah di dalam Terjemah Tamamul Minnah Koreksi dan Komentar Ilmiah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah Karya Syaikh Sayyid Sabiq, (edisi terjemahan oleh Afifuddin Said, Maktabah Salafy Press, Gajah Mada 2002) jilid 2, ms. 103.

Dalil yang menunjukkan kewajipan solat Jumaat gugur sekiranya ianya serentak dengan hari Aidil Fitri adalah:

Dari Iyas bin Abi Ramlah al-Syami, dia berkata: “Aku pernah menyaksikan Mu’awiyah bin Abi Sufyan yang sedang bertanya kepada Zaid bin Arqam. Dia bertanya: “Apakah engkau menyaksikan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menghadiri dua Hari Raya (hari `Ied dan hari Jumaat) yang berkumpul dalam satu hari?” Dia menjawab: “Ya.” Mu’awiyah bertanya: “Lalu apa yang baginda kerjakan?” Dia menjawab: “Baginda mengerjakan solat Aidil Fitri, kemudian baginda memberikan keringanan dalam hal (mengerjakan) solat Jumaat dan bersabda: “Barangsiapa yang ingin solat (Jumaat) maka hendaklah dia solat.”
(Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Daud, Kitab al-Sholah, hadis no: 904)

Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah di dalam Majmu’ Fatawa (jilid 23, ms. 161) berkata:… oleh kerana itu, kami mentarjih (menguatkan) bahawa solat Aidil Fitri itu wajib bagi setiap individu muslim, sebagaimana pendapat Abu Hanifah dan lain-lainnya. Dan ini merupakan salah satu pendapat al-Syafi’i, dan ia merupakan salah satu dari dua pendapat di dalam mazhab Ahmad.

Tiga Perkara Dapat Dinilai Dalam Tiga Keadaan.

من حكم لقمان
:: اضغط هنا لمشاهدة الصورة بحجمها الطبيعي ::


Luqman Al-Hakim Berkata:

Tiga perkara tidak akan dapat dinilai kecuali dengan tiga perkara:

1-Tidak akan dapat melihat orang yang bijak menilai kecuali ketika seseorang itu marah.

2-Tidak dapat dinilai keberanian kecuali dalam medan peperangan.

3-Tidak dapat dinilai seseorang kawan atau sahabat melainkan ketika kita dalam keadaan berhajat atau memerlukan.

Solat Sebagai Pendidikan Awal Untuk Kanak-Kanak

عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُرُوا أَوْلَادَكُمْ بِالصَّلَاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ

Diriwayatkan daripada ‘Amr bin Syu’aib daripada ayahnya daripada datuknya katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Perintahkanlah anak-anak kamu bersembahyang pada ketika berusia tujuh tahun dan pukullah kerananya ketika mereka berusia sepuluh tahun dan asingkanlah mereka di tempat tidur.” (Abu Daud)

عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ الرَّبِيعِ بْنِ سَبْرَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُرُوا الصَّبِيَّ بِالصَّلَاةِ إِذَا بَلَغَ سَبْعَ سِنِينَ وَإِذَا بَلَغَ عَشْرَ سِنِينَ فَاضْرِبُوهُ عَلَيْهَا

Diriwayatkan daripada ‘Abdul Malik bin al-Rabi’ bin Sabrah daripada ayahnya daripada datuknya katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Perintahkanlah kanak-kanak bersembahyang pada ketika berusia tujuh tahun dan pukullah kerananya ketika mereka berusia sepuluh tahun. (Abu Daud)

Dalam kedua-dua hadis ini Rasulullah s.a.w. memerintah ibu bapa atau penjaga memberi penekanan tentang pelaksanaan sembahyang di kalangan anak-anak sehingga perlu dirotan jika anak-anak cuai melaksanakannya. Kepentingan ini jelas difahami apabila dilihat kepada umur bermulanya perintah tersebut. Hadis kedua pula lebih umum merangkumi anak sendiri atau anak orang lain. Ini memberi isyarat kepada kita supaya sentiasa ada perhatian kepada kanak-kanak sama ada dari pihak ibubapa secara khusus atau orang dewasa secara umum.

Pada hakikatnya, anak-anak merupakan anugerah Allah s.w.t. kepada kita. Dalam masa yang sama, mereka juga merupakan ujian kepada kita dan juga amanah yang perlu disempurnakan. Tidak ada sesuatu yang lebih berharga yang dapat diberikan oleh ibubapa kepada anak-anak melainkan menunaikan amanah tersebut dengan memberi didikan yang sempurna dan penuh kasih sayang. Ini kerana merekalah yang akan mewarisi masa hadapan dan kepimpinan generasi akan datang.

Sememangnya diakui bahawa sembahyang merupakan perkara pokok dalam Islam. Tuntutan supaya menjaga sembahyang tidak pernah terangkat daripada manusia dalam apa keadaan sekalipun melainkan maut. Oleh kerana itu, kita hendaklah sentiasa berada dalam keadaan berhajat kepada taufiq dan hidayah Allah supaya sentiasa dapat teguh melaksanakannya. Disebabkan pentingnya hidayat untuk mendirikan sembahyang, Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah supaya dirinya dan juga zuriatnya menjadi orang yang mendirikan sembahyang.

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan Demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (Surah Ibrahim: 40)

Baginda tidak mendoakan untuk dirinya sahaja tetapi untuk zuriat keturunannya juga. Ini menunjukkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam proses pendidikan anak-anak. Kesolehan dan hidup dengan penghayatan agama merupakan kesinambungan yang sewajarnya diteruskan oleh anak-anak. Tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat Islam hanya golongan tua yang melaksanakan ajaran agama dengan dibiarkan anak-anak mudah terumbang ambing dalam arus dunia. Perkara yang paling asas dan paling utama ditekankan kepada mereka ialah pendidikan tentang sembahyang dan pergaulan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang difahami daripada hadis di atas.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tujuh golongan yang Allah s.w.t. berikan teduhan-Nya pada hari yang tidak ada teduhan melainkan teduhan-Nya jua, imam (pemimpin) yang adil, remaja yang hidup membesar dalam pengabdian terhadap Tuhannya, lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid-masjid, dua orang lelaki yang saling berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana-Nya, lelaki yang dirayu oleh perempuan yang berpangkat lagi cantik lalu dia menjawab, sesungguhnya saya takutkan Allah, lelaki yang bersedekah dengan tersembunyi sehingga hanya dirinya sahaja yang tahu dan lelaki yang mengingati Allah seorang diri lalu mengalirkan airmatanya. (al-Bukhari, Muslim)

Remaja yang hidup dalam beribadat kepada Allah dan berbakti kepada orang tuanya adalah hasil daripada pendidikan orang tua mereka. Mereka sejak dari kecil lagi mereka terdedah dengan suasana yang baik dan dilatih dengan asas-asas akhlak dan tanggunjawab terhadap agama. Sebaliknya jika generasi sekarang ini tidak menitik berat soal ini, akan datang nanti generasi yang mengabaikan tanggungjawab agama. Allah s.w.t. berfirman:

فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا

Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka), (Surah Maryam: 59)

Allah s.w.t. mengingatkan hamba-hambanya supaya memikir tentang nasib generasi akan datang. Masa hadapan generasi akan datang berkait rapat dengan usaha yang dicurahkan oleh genarasi sekarang.

وَلْيَخْشَ الَّذِينَ لَوْ تَرَكُوا مِنْ خَلْفِهِمْ ذُرِّيَّةً ضِعَافًا خَافُوا عَلَيْهِمْ فَلْيَتَّقُوا اللَّهَ وَلْيَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا

Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (Masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran). (Surah al-Nisa`: 99)

Walaupun ayat ini dalam konteks anak-anak yatim berhubung dengan harta peninggalan, tetapi lebih utama kita sepatutnya memikirkan masa hadapan generasi akan datang dari segi kekuatan keimanan dan keagamaan. Bagaimanakah mereka dapat menghayati ajaran Rasulullah s.a.w. dengan istiqamah dalam keadaan ibu bapa tidak mengambil berat tentang pendidikan agama?

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَتَادَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرُ مَا يُخَلِّفُ الرَّجُلُ مِنْ بَعْدِهِ ثَلَاثٌ وَلَدٌ صَالِحٌ يَدْعُو لَهُ وَصَدَقَةٌ تَجْرِي يَبْلُغُهُ أَجْرُهَا وَعِلْمٌ يُعْمَلُ بِهِ مِنْ بَعْدِهِ

Daripada Abu Qatadah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik perkara yang ditinggalkan oleh seseorang selepas (setelah meninggal dunia) tiga perkara: anak soleh yang berdoa untuknya, sedekah yang berkekalan yang menyampaikan pahalanya kepadanya dan ilmu yang diamalkan selepasnya.” (Ibn Majah)

Mendidik anak-anak dengan keseluruhan ajaran Islam yang sangat luas itu di peringkat awal usia mereka adalah menyukarkan mereka. Ini kerana rangkuman dan cakupan syariat amat luas. Akan tetapi jika dibiarkan zaman kanak-kanak berlalu tanpa terdedah kepada tanggungjawab agama akan merugikan mereka pada masa akan datang. Tiga perkara yang ditegaskan oleh ahli-ahli pendidikan Islam supaya pendidik menekankannya pada kanak-kanak supaya mereka terlatih dalam suasana didikan yang baik. Pertama, menjauhi bohong dalam percakapan, kedua, mendirikan sembahyang dan ketiga, memberi khidmat kepada orang lain. Oleh itu, perhatian terhadap pendidikan anak-anak seawal mungkin sewajarnya diutamakan demi kelangsungan umat Islam di masa akan datang.

Tuesday, November 24, 2009

Supaya Buah Hati Kita Menjadi Penyejuk Hati Di Dunia Dan Pembawa Berkat Di Akhirat.

Kehadiran buah hati dalam sebuah rumah tangga boleh diibaratkan seperti munculnya sebiji bintang di malam hari, yang merupakan hiasan bagi langit. Demikian pula erti kelahiran seorang anak bagi sebuah keluarga, sebagai perhiasan dalam kehidupan dunia. Ini bererti, kehidupan rumah tangga tanpa anak, akan terasa hampa dan tidak berseri.

Allah Subhanahu SWT berfirman,

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَاباً وَخَيْرٌ أَمَلاً

“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia, tetapi amalan-amalan yang kekal dan soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.” (Qs.al-Kahfi: 46)

Bersamaan dengan itu, nikmat kewujudan anak sekaligus juga merupakan ujian yang boleh menjerumuskan seseorang hamba dalam kebinasaan. Allah Subhanahu SWT mengingatkan hal ini dalam firman-Nya,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلادِكُمْ عَدُوّاً لَكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka…” (Qs. At-Taghaabun:14)

Maksudnya “menjadi musuh bagimu” adalah melalaikan kamu dari melakukan amal soleh dan boleh menjerumuskanmu ke dalam perbuatan maksiat kepada Allah Subhanahu SWT.

Ketika mentafsirkan ayat di atas, syeikh Abdurrahman as-Sa’di berkata, “…Kerana jiwa manusia memiliki fitrah untuk cinta kepada isteri dan anak-anak, maka (dalam ayat ini) Allah SWT memperingatkan hamba-hambaNya agar (jangan sampai) kecintaan ini menjadikan mereka menuruti semua keinginan isteri dan anak-anak mereka dalam hal-hal yang dilarang dalam syariat. Dan Dia memotivasi hamba-hambaNya untuk (sentiasa) melaksanakan perintah-perintahNya dan mendahulukan keredhaanNya…” .

Kewajiban Mendidik Anak

Agama Islam sangat menekankan kewajipan mendidik anak dengan pendidikan yang bersumber dari petunjuk Allah SWT dan RasulNya. Allah SWT berfirman,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَاراً وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ

“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.” (Qs. at-Tahriim: 6)

Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhu ketika menafsirkan ayat di atas berkata, “(Maknanya): Ajarkanlah kebaikan untuk dirimu dan keluargamu.”

Syeikh Abdurrahman as-Sa’di berkata, “Memelihara diri (dari api neraka) adalah dengan mewajibkan bagi diri sendiri untuk melaksanakan perintah Allah dan menjauhi laranganNya, serta bertaubat dari semua perbuatan yang menyebabkan kemurkaan dan siksaNya. Adapun memelihara isteri dan anak-anak (dari api neraka) adalah dengan mendidik dan mengajarkan kepada mereka (syariat Islam), serta memaksa mereka untuk (melaksanakan) perintah Allah. Maka seorang hamba tidak akan selamat (dari siksaan neraka) kecuali jika dia (benar-benar) melaksanakan perintah Allah (dalam ayat ini) pada dirinya sendiri dan pada orang-orang yang dibawa kekuasaan atau tanggungannya dan tanggung jawabnya” .

Dalam sebuah hadis yang sahih, Rasulullah SAW pernah melarang Hasan bin ‘Ali radhiallahu ‘anhu memakan kurma sedekah, padahal waktu itu Hasan radhiallahu ‘anhu masih kecil, Rasulullah SAW bersabda, “Hekh hekh” agar Hasan membuang kurma tersebut, kemudian beliau bersabda, “Apakah kamu tidak mengetahui bahawa kita (Rasulullah SAW dan keturunannya) tidak boleh memakan sedekah?

Imam Ibnu Hajar menyebutkan di antara kandungan hadis ini adalah membolehkan membawa anak kecil ke masjid dan mendidik mereka dengan adab yang bermanfaat (bagi mereka), serta melarang mereka melakukan sesuatu yang membahayakan diri mereka sendiri, (iaitu dengan) melakukan hal-hal yang diharamkan (dalam agama), meskipun anak kecil belum dibebani kewajipan syariat, agar mereka terlatih melakukan kebaikan tersebut .

Pandangan Agama Dalam Pendidikan Anak yang Betul

Agama Islam yang sempurna telah mengajarkan adab-adab yang mulia untuk tujuan penjagaan anak dari upaya syaitan yang ingin memalingkannya dari jalan yang lurus sejak dia dilahirkan ke dunia ini. Dalam sebuah hadis kudsi, Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Aku menciptakan hamba-hambaKu semuanya dalam keadaan hanif (suci dan cenderung kepada kebenaran), kemudian syatan mendatangi mereka dan memalingkan mereka dari agama mereka (Islam).”

Dalam hadis sahih lainnya, Rasulullah SAW bersabda, “Tangisan seorang bayi ketika (baru) dilahirkan adalah tusukan (godaan untuk menyesatkan) dari syaitan.”

Perhatikanlah hadis yang agung ini, bagaimana syaitan berusaha bersungguh-sungguh untuk memalingkan manusia dari jalan Allah SWT sejak mereka dilahirkan ke dunia, padahal bayi yang baru lahir tentu belum mengenal nafsu, indahnya dunia dan godaan-godaan duniawi lainnya, maka bagaimana keadaannya kalau dia telah mengenal semua godaan tersebut?

Maka di sini terlihat dengan jelas fungsi utama syariat Islam dan sunnah Rasulullah SAW dalam menjaga anak yang baru lahir dari godaan syaitan, melalui adab-adab yang diajarkan dalam sunnah Rasulullah SAW yang berhubungan dengan kelahiran seorang anak.

Sebagai contohnya, anjuran Rasulullah SAW bagi seorang suami yang akan mengauli isterinya, untuk membaca doa,

بسم الله اَللّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا

“Dengan (menyebut) nama Allah, Ya Allah jauhkanlah kami dari (gangguan) syaitan dan jauhkanlah syaitan dari rezeki yang Engkau anugerahkan kepada kami.”

Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang suami yang ingin bersetubuh dengan isterinya membaca doa tersebut, kemudian Allah mentakdirkan (lahirnya) anak dari hubungan tersebut, maka syaitan tidak akan boleh mencelakakan anak tersebut selamanya.”

Berdasarkan keterangan di atas, jelaslah bahawa syariat Islam merupakan satu-satunya kepercayaan yang sejati dan yang benar dalam pendidikan anak, yang mana bererti bahawa hanya dengan menerapkan syariat Islamlah pendidikan dan pembinaan anak akan membuahkan hasil yang baik.

Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Usaimin berkata, “Yang menentukan (keberhasilan) pembinaan anak, susah atau mudahnya, adalah kemudahan (taufik) dari Allah SWT dan jika seseorang hamba bertakwa kepada Allah serta (berusaha) menghadapi pentarbiahan (pembinaan) yang sesuai dengan syariat Islam, maka Allah akan memudahkan urusannya (dalam mendidik anak), Allah SWT berfirman:
“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya kemudahan dalam (semua) urusannya.” (Qs. ath-Thalaaq: 4)

Pembinaan Rohani dan Jasmani

Cinta yang sejati kepada anak tidaklah diwujudkan hanya dengan memenuhi keperluan duniawi dan kemudahan hidup mereka semata-mata tetapi yang lebih penting dari semua itu pengisian keperluan kerohanian mereka terhadap pengajaran dan bimbingan agama yang bersumber dari petunjuk Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Inilah bukti cinta dan kasih sayang yang sebenarnya, kerana hanya dengan rohani atau agama sahaja yang boleh melahirkan sesuatu yang bermanfaat, kebaikan dan kekal di dunia serta di akhirat nanti.

Allah SWT memuji NabiNya Yaakub A.S. yang sangat mengutamakan pembinaan iman bagi anak-anaknya

Allah SWT memuji NabiNya Yaakub A.S. yang sangat mengutamakan pembinaan iman bagi anak-anaknya sehingga pada saat-saat terakhir dari hidup beliau, nasihat inilah yang beliau tekankan kepada mereka. Allah berfirman:

أَمْ كُنْتُمْ شُهَدَاءَ إِذْ حَضَرَ يَعْقُوبَ الْمَوْتُ إِذْ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعْبُدُونَ مِنْ بَعْدِي قَالُوا نَعْبُدُ إِلَهَكَ وَإِلَهَ آبَائِكَ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِلَهاً وَاحِداً وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ

“Adakah kamu hadir ketika Yaakub kedatangan (tanda-tanda) kematian, ketika dia berkata kepada anak-anaknya, ‘Apa yang kamu sembah setelah daku meninggal ?’ Mereka menjawab, ‘Kami akan menyembah Rabmu dan Rab nenek moyangmu, Ibrahim, Isma’il, dan Ishaq, (iaitu) Rab (Tuhan mu) Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk kepadaNya.’” (Qs. al-Baqarah: 133)

Renungkanlah teladan agung dari Nabi Allah yang mulia ini, bagaimana beliau menyampaikan nasihat terakhir kepada anak-anaknya untuk berpegang teguh dengan agama Allah , yang landasannya adalah ibadah kepada Allah  semata-semata (tauhid) dan menjauhi perbuatan syirik (menyekutukanNya dengan makhluk). Dimana kebanyakan orang lain pada saat-saat seperti ini hanya yang mereka berikan perhatian utama adalah keperluan duniawi semata-mata, apa yang kamu makan setelah daku meninggal? Bagaimana kamu mencukupi keperluan hidupmu? Dari mana kamu akan mendapat hasil yang cukup?

Dalam ayat lain Allah berfirman,

وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لاِبْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi nasihat kepadanya, ‘Wahai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah sebesar-besar kezaliman.’” (Qs. Luqman: 13)

Lihatlah bagaimana hamba Allah yang soleh ini memberikan nasihat kepada buah hati yang paling dicintai dan disayanginya, orang yang paling cepat mendapatkan hadiah terbaik yang dimilikinya, yang oleh kerana itulah, nasihat yang pertama kali disampaikannya untuk buah hatinya ini adalah perintah untuk menyembah (mentauhidkan) Allah semata-mata dan menjauhi perbuatan syirik .

Manfaat dan Pentingnya Pendidikan Anak

Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah – semoga Allah SWT merahmatinya – berkata, “Salah seorang ulama berkata, ‘Sesugguhnya Allah SWT pada hari kiamat (nanti) akan meminta penjelasan tentang tanggungjawab dari orang tua tentang anaknya sebelum meminta tanggungjawab dari anak tentang orang tuanya. Kerana sebagaimana orang tua mempunyai hak (yang harus dipenuhi) anaknya, (demikian pula) anak mempunyai hak (yang harus dipenuhi) orang tuanya. Maka sebagaimana Allah berfirman,

وَوَصَّيْنَا الْأِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حُسْناً

“Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada kedua orang tuanya.” (Qs. al-’Ankabuut: 8)

(Demikian juga) Allah berfirman,

قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَاراً وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ

“Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.” (Qs. at-Tahriim: 6)

Maka sesiapa yang tidak mendidik anaknya (dengan pendidikan) yang bermanfaat baginya dan membiarkannya tanpa bimbingan, maka sungguh dia telah melakukan keburukan yang besar kepada anaknya tersebut. Kebanyakkan kerosakan (moral) pada anak-anak timbulnya kerana (kesalahan) orang tua sendiri, (dengan) tidak memberikan (pengajaran terhadap) mereka, dan tidak mengajarkan kepada mereka kewajiban-kewajiban serta nasihat-nasihat (dalam) agama. Sehingga kerana mereka tidak memperhatikan (pendidikan) anak-anak mereka sewaktu kecil, maka anak-anak tersebut tidak boleh melakukan kebaikan untuk diri mereka sendiri dan (akhirnya) merekapun tidak boleh melakukan kebaikan untuk orang tua mereka ketika mereka telah lanjut usia. Sebagaimana (yang terjadi) ketika salah seorang ayah mencela anaknya yang durhaka (kepadanya), maka anak itu menjawab: “Wahai ayahku, sesungguhnya engkau telah berbuat durhaka kepadaku (tidak mendidikku) sewaktu aku kecil, maka akupun mendurhakaimu setelah engkau tua, kerana engkau mensia-siakanku di waktu kecil maka akupun menysa-siakanmu di waktu engkau tua.”

Cukuplah sabda Rasulullah SAW berikut menunjukkan besarnya manfaat dan keutamaan mendidik anak:

إن الرجل لترفع درجته في الجنة فيقول: أنى هذا ؟ فيقال: باستغفار ولدك لك

“Sungguh seorang manusia akan ditinggikan darjatnya di syurga (kelak), maka dia bertanya, ‘Bagaimana aku boleh mencapai semua ini? Maka dikatakan padanya: (Ini semua) disebabkan istighfar (permohonan ampun kepada Allah yang selalu diucapkan oleh) anakmu untukmu.’”

Sebahagian dari para ulama ada yang menerangkan makna hadis ini iaitu: bahawa seorang anak jika dia menduduki kedudukan yang lebih tinggi daripada ayahnya di syurga (nanti), maka dia akan meminta (berdoa) kepada Allah SWT agar kedudukan ayahnya ditinggikan (seperti kedudukannya) sehingga Allah pun meninggikan (kedudukan) ayahnya.

Dalam hadis sohih lainnya Rasulullah SAW: “Jika seorang manusia mati maka terputuslah (pahala) amalnya kecuali dari tiga perkara: sedekah yang terus mengalir (pahalanya karena diwakafkan), ilmu yang terus diambil manfaatnya (diamalkan sepeninggalnya), dan anak soleh yang selalu mendoakannya.”

Hadis ini menunjukkan bahawa semua amal kebaikan yang dilakukan oleh anak yang soleh pahalanya akan sampai kepada orang tuanya, secara automatik dan tanpa perlu diniatkan, kerana anak termasuk bagian dari usaha orang tuanya . Adapun penyebutan “doa” dalam hadis tidaklah menunjukkan pembatasan bahawa hanya doa yang akan sampai kepada orang tuanya , tetapi tujuannya adalah untuk memotivasi anak yang soleh agar melakukan segala kebaikkan terhadap orang tuanya.

Syeikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani – semoga Allah SWTmerahmatinya – berkata, “(Semua pahala) amal kebaikan yang dilakukan oleh anak yang soleh, juga akan diperuntukkan kepada kedua orang tuanya, tanpa mengurangi sedikitpun dari pahala anak tersebut, kerana anak adalah sebahagian dari usaha dan upaya kedua orang tuanya. Allah SWT berfirman:

وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَى

“Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.” (Qs. an-Najm: 39)

Rasulullah SAW bersabda, “Sungguh sebaik-baik (rezeki) yang dimakan oleh seorang manusia adalah dari usahanya sendiri dan sungguh anaknya termasuk (bahagian) dari usahanya.”

Kandungan ayat dan hadis di atas juga disebutkan dalam hadis-hadis (lain) yang secara khusus menunjukkan sampainya manfaat (pahala) amal kebaikan (yang dilakukan) oleh anak yang soleh kepada orang tuanya seperti sedekah, puasa, memerdekakan hamba dansebagainya.”

Tulisan ringkas ini semoga menjadi motivasi bagi kita untuk lebih memperhatikan pendidikan terhadap anak- anak kita, terutamanya pendidikan agama mereka, kerana pada mereka kita semua akan mendapat manfaat untuk kebaikan diri kita sendiri di dunia dan akhirat nanti.

Ya Rabbi kami, nenohon anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyejuk (pandangan) mata (kami) dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa

وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين

Monday, November 23, 2009

KANAK-KANAK PALESTIN TERUS BERSEMANGAT UNTUK BELAJAR

صور لاطفال يقرؤن القرآن الكريم ويحفظونه في مركز مسجد على بكا في مدينة خليل الرحمن

هذه الصورة مصغره ... اضغط هنا لعرضها بالمقاس الحقيقي ... المقاس الحقيقي 610x414 .


هذه الصورة مصغره ... اضغط هنا لعرضها بالمقاس الحقيقي ... المقاس الحقيقي 610x411 .


هذه الصورة مصغره ... اضغط هنا لعرضها بالمقاس الحقيقي ... المقاس الحقيقي 610x417 .

Kanak-kanak Palestin Yang Rajun


هنا تتجسد معاني الارادة والعزيمة والاصرار والتحدي والامل





حسبنـا الله ونعـــم الوكيـــل
حسبنـا الله ونعـــم الوكيـــل
حسبنـا الله ونعـــم الوكيـــل
الصلاح2 غير متصل رد مع اقتباس

Friday, November 20, 2009

Menanam Benih-benih Muda Keemasan

Sebelum kita memperbaiki orang lain hendaklah kita memperbaiki diri kita terlebih dahulu, wahai para pendidik! Lakukanlah kebaikan di hadapan anak didik kita dan tinggalkanlah keburukan. Perilaku yang baik dari para pendidik dan orangtua di hadapan anak-anak merupakan pendidikan yang paling utama.


Maka yang wajib dilakukan (oleh orangtua dan pendidik) antara lain:

  1. Mengajarkan anak mengucapkan Laa ilaaha illallah Muhammadur rasulullah dan memberikan pemahaman tentang maknanya ketika mereka dewasa (telah mampu diajak berpikir, serta membezakan baik dan buruk -red muslimah.or.id), yaitu: “Tidak ada Ilah (Penyembahan) yang berhak diibadati atau diperbuatkan ibadat kecuali Allah semata-mata kepada Allah SWT.”
  2. Menanamkan rasa cinta kepada Allah dan keimanan kepadaNya ke dalam hati anak, bahawasanya Allah adalah Zat Yang Menciptakan kita, Pemberi rezeki, Penolong kita dan tidak ada sekutu bagiNya.
  3. Memotivasikan anak untuk mengejar atau mancapai syurga, bahawasanya syurga itu diperuntukkan bagi orang-orang yang solat, puasa, mentaati kedua orang tua dan mengamalkan perbuatan yang diredhai Allah serta memperingatkan mereka tentang neraka yang diperuntukkan bagi orang-orang yang meninggalkan solat, derhaka kepada orang tua, melakukan perbuatan yang membuat Allah murka, berhukum dengan selain syariat Allah SWT, memakan harta manusia dengan cara menipu, berdusta, riba dan yang lainnya.
  4. Mengajarkan anak agar sentiasa berdoa dan memohon pertolongan hanya kepada Allah. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam kepada anak saudaranya:
  5. إذَا سَأَلْتَ فَسْأَلِ اللهَ وَ إذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ.
    Ertinya: “Apabila engkau meminta maka mintalah kepada Allah dan apabila engkau memohon pertolongan maka pohonlah pertolongan kepada Allah.” (Hadits riwayat At-Tirmidzi dan dia berkata “hadis hasan shahih”)

Pukulan dan Tamparan Membuat IQ Anak Jadi Rendah

Menampar atau memukul kadang-kadang dilakukan oleh orangtua dengan harapan anak akan patuh kepada disiplin dan kehendak ibu bapa tetapi ketahuilah sebenarnya kepatuhan dan penghormatan yang terhasil hanyalah dalam masa sekejap sahaja. Tapi, tahukah Anda cara asuhan yang keras boleh menimbulkan kesan buruk bagi perkembangan otak anak-anak ?

Kajian terkini mengatakan, orangtua yang berkelakuan terlalu keras untuk menghukum kesalahan anak-anak , contohnya dengan cara menampar atau memukul, tidak hanya menyebabkan anak berada dalam keadaan stres tetapi juga membuat tingkat kecerdasan (IQ) anak lebih rendah.

Satu kajian yang dilakukan terhadap ribuan anak di Amerika Syarikat menunjukkan, anak yang kerap ditampar orangtuanya memiliki nilai IQ (intelligence quotients) yang lebih rendah dibanding anak yang tidak pernah ditampar.

“Setiap orangtua ingin memilki anak yang pintar. Dengan menghindari kekerasan pada anak dan melakukan cara lain untuk menghukum kesalahan anak-anak boleh dilakukan dengan lain-lain cara ” kata Murray Straus, sosiolog dari Universitas New Hampshire, AS.

Dalam keputusan, Strauss dan kumpulannyanya melakukan kajian tempatan terhadap dua kumpulan contoh anak-anak, yang berjumlah 806 anak berusia 2-4 tahun dan 704 anak berusia 5-9 tahun. Pada saat permulaan kajian anak-anak tersebut mengikuti ujian IQ dan ujian berikutnya di akhir pembelajaran selama empat tahun berikutnya.

Anak-anak dari dua kumpulan tersebut menunjukkan peningkatan kecerdasan yang meningkat setelah empat tahun. Tetapi dari kelompok anak berusia 2-4 tahun yang kerap ditampar ooleh ibu bapanya, menunjukkan keputusan IQ 5 poin lebih rendah dibanding anak yang tidak pernah ditampar. Untuk anak 5-9 tahun yang pernah ditampar, keputusan IQ-nya keseluruhannya lebih rendah 2,8 poin jika dibandingkan dengan rakannya yang tidak pernah ditampar.

Pemukulan atau tindakan kekerasan yang dilakukan oleh orangtua merupakan pengalaman yang traumatik bagi anak. Berbagai kajian telah menunjukkan kejadian yang traumatik atau trauma menyebabkan kesan buruk bagi otak.

“Pemukulan atau tindakan kekerasan yang dilakukan orangtua merupakan pengalaman yang traumatik bagi anak. Berbagai kajian telah menunjukkan kejadian yang traumatik menyebabkan kesan buruk kepada otak. Selain itu, trauma juga membuat anak memiliki respon stres pada kejadian sulit yang dihadapi. Hal ini tentu dapat dilihat apabila berlaku ketika menghadapi tekanan,” jelas Straus.

Tidak ramai ibu bapa yang menjadikan pukulan, tamparan atau kekerasan sebagai senjata untuk mendidik anak-anak. Anak pula akan memilih untuk menurut perintah daripada mendapat hukuman. “Akibatnya anak tidak boleh berpikir secara baik,” kata Elizabeth Gershoff pakar dibidang perkembangan anak dari Universitas Texas, Austin, AS.

Setiap anak memang perlu diajar berdisiplin. Selain dari patuh kepada peraturan, disiplin juga akan membuat anak belajar menghargai orang lain dan mengawal keinginan dalam diri mereka. Namun, kedua ibu bapa hendaklah juga perlu membuat batasan-batasan yang berlandaskan cinta agar anak-anak merasai ketenangan dan berada dalam keadaan aman.

Ubahlah cara menghukum anak dengan pukulan tetapi berilah tumpuan atau sedikit tekanan yang lebih kepada arah yang positif untuk anak-anak, contohnya dengan memberi hadiah atau pujian bila anak berlaku positif. Apabila terpaksa memberi hukuman, sesuaikan dengan usia anak-anak kecil dan situasi yang berlaku atau kesalahan yang telah mereka lakukan.

NOTA:
Sesungguhnya Islam telah mendahului dari segala kajian kerana Allah membentuk undang-undang dan peraturan sebelum memcipta manusia... Hanya Islam sahaja yang dapat menyelamatkan keadaan remaja sekarang... Remaja tidak bersalah tetapi ibu bapa dan peraturan yang dibentuk telah memberi ruang kepada mereka untuk melakukan kemaksiatan.

Otak Adalah Pusat Arahan Kepada Anggota Kita.

Oleh kerana otak kita adalah pusat segala arahan pada anggota tubuh kita, maka amatlah wajar kita menggerakkan segala maklumat ke otak berdasarkan perintah Allah, Otak orang yang soleh adalah terbentuk disebabkan semua anggota menyalurkan maklumat yang murni dan suci dari segala kemaksiatan.. marilah kita lihat anggota tubuh kita yang mampu membentuk otak yang berjiwa Al-Quran :
1-Apabila setiap bacaan adalah dari bahan-bahan agama maka 10% otak kita berjiwa agama.
2-Jika telinga kita sentiasa mendengar ayat-ayat suci al-Quran atau nasihat-nasihat agama samada dari majlis ilmu atau pertemuan dengan ahli-ahki agama, maka otak kita kan mendapat maklumat agama sebanyak 25%.
3-Jika Telinga dan Mata sama-sama mencari ilmu Allah maka otak akan mendapat maklumat agama sebanyak 50%.
4-Jika mata, telinga dan diikuti dengan sentiasa mencatit maklumat-maklumat agama daripada kuliah-kuliah agama yang dihadiri pasti otak seorang muslim akan dipengaruhi oleh agama sebanyak 80%.
5-Jika semua anggota termasuk otak sendiri berfungsi sebagai ejen agama, maka pasti 90%. jasad dan tubuh kita telah memperhambakan diri kepada Allah SWT.

Cara Belajar Terbaik

1-Belajarlah dengan cara berseronok tnpa dipaksa.
2-Apabila suasana pembelajaran secara seronok telah wujud, hilanglah perasaan bosan,letih dan kurang berminat.
3-Belajarlah secara teratur dan berdisiplin.
4-Tumpukan pada satu tajuk sehari.
5-Carilah cara untuk mengingat setiap yang dipelajri.
6-Pastikan minda sentiasa segar dan ceria.

Wednesday, November 18, 2009

BUKTI NABI YUSUF TELAH MENDAHULUI SAINSTIS DUNIA

موقع نادي عباد الرحمن

مًنْ صٍْوٍرٌٍ آلآعًٍجًِْآزٍُ آلعًٍلمًيَ فْيَ آلقٌٍرٌٍآنْ آلكَرٌٍيَمً




Mimpi Nabi Yusuf tentang 11 bintang di langit yang telah dilihat pada zaman Baginda kini ilmu sains baru menemui fakta tersebut... begitulah hebat pemberian ilmu Allah pada para nabi sebagai utusanNya.

*آلقــرآنـ يـشـيــر آلى عــدـد كــوآكـبـ آلمـجـمــؤعـة آلشـمـسـيـة بــدقـة بـآلغـة*





يقول تعالى في سورة يوسف ".إنّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَباً وَالشَّمسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدينَ"

تشير الآية الكريمة إلى عدد كواكب مجموعتنا الشمسية بدقة بالغة، وهكذا يكون القرآن الكريم قد أشار إلى حقيقة علمية لم تصل إليها العلوم المكتسبة إلا في عام 2003م







• وهذا استعراض سريع لتدرج اكتشاف الكواكب في مجموعتنا الشمسية:1.

. حتى عام 1781 م كان العدد المعروف من كواكب المجموعة الشمسية ستة فقط وهي: عطارد، الزهرة، الأرض، المريخ، المشترى، وذلك لأن هذه الكواكب يمكن رؤيتها بالعين المجردة، لكبر حجمها، وقربها النسبي من الأرض.



2. في 1781م تم اكتشاف الكوكب السابع يورانوس Uranus



3. في 1801م بدأ اكتشاف عدد من الكوكيبات، والتي يعتقد أنها ناتجة عن انفجار كوكب كان يجري في هذا المدار، وهي في مجموعها تمثل الكوكب الثامن من المجموعة الشمسية.





4. في1846م تم اكتشاف الكوكب التاسع نيبتون Neptune



5. في 1930 م تم اكتشاف الكوكب العاشر بلوتو Pluto



6. في 2003م تم اكتشاف الكوكب الحادي عشر وأُطْلِقَ عليه اسم سِيدْنا Senda وتم الإعلان عن هذا الكوكب في 15/3/2004 م بواسطة مجموعة من الفلكيين الأمريكيين.



• هذا الكوكب الجديد يبعد عن الشمس بتسعون وحدة فلكية (أي 90 X 150 مليون كم) وبذلك تقدر سنته بأكثر من عشرة آلاف سنة أرضية.



• وقد يقول البعض أنه يمكن اكتشاف كوكب جديد، ولكن على بعد هذه المسافة الشاسعة الفاصلة بين الشمس والكوكب الحادي عشر، يتعذر على جاذبية الشمس الإمساك بأي كوكب جديد.



*****



وهكذا فإن قول الله تعالى على لسان عبده ونبيه يوسف " إنّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَباً وَالشَّمسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدينَ"

فيه سبق زمني بأكثر من أربعة عشر قرناً بحقيقة علمية لم تصل إليها العلوم المكتسبة إلا في سنة 2003 م، وبعد مجاهدة استغرقت آلاف العلماء، لمئات السنين، وهذا السبق العلمي لا يمكن لعاقل أن يتصور له مصدراً غير الله خالق.





فسبحااان الله,,,

Tuesday, November 17, 2009

PEMBUNUH WANITA BERTUDUNG DIPENJARA SEUMUR HIDUP.

Drama mengejutkan pembunuhan wanita seorang wanita Muslim akibat prejudis kini semakin menarik perhatian dunia Islam selepas pembunuhnya dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa kemungkinan parol pada Rabu, 11 November di Jerman.

Di Mesir hari ini, Marwa al-Sherbini, yang dibunuh kejam di Dresden, Jerman kini dikenali ramai sebagai tokoh yang syahid kerana pemakaian hijabnya.

Berita hukuman penjara seumur hidup ke atas pembunuhnya selepas perbicaraan dua minggu mendapat tempat istimewa di saluran televisyen nasional Mesir.

Di Berlin, duta mesir ke Jerman, Ramzi Izzudin memberitahu media pembunuh Marwa, Alexander Wiens telah menerima “hukuman paling keras.”

Jurucakap kementerian luar Mesir, Hossam Zaki menerima berita hukuman itu senang, menegaskan bahawa “keadilan telah terlaksana” dan hukuman itu merupakan “satu amaran kepada mereka yang terdorong oleh kebencian.”

Wiens, warga Jerman berketurunan Rusia menikam Marwa sekurang-kurangnya 16 kali di sebuah mahkamah di Dresden Julai lalu, ketika wanita itu memberi keterangan terhadap beliau dalam satu kes fitnah.

Wiens memanggil Marwa “teroris” dan “Islamis” – istilah popular yang membawa konotasi negatif walaupun masih didebatkan penggunaannya oleh komuniti akademik – di sebuah taman permainan kanak-kanak hanya kerana wanita Muslim itu memakai tudung.

Marwa ketika itu meminta Wiens memberi ruang untuk anak lelakinya, Mustafa yang berusia tiga tahun untuk bermain di buaian.

Marwa, ahli farmasi berusia 31 tahun sedang hamil tiga bulan ketika dia dibunuh. Anaknya ada bersama di mahkamah tersebut ketika itu, dan suaminya ditikam dan secara tidak sengaja ditembak oleh seorang pengawal Jerman ketika cuba membantu.

Mustafa hanya mampu melihat ibunya ditikam dengan kejam oleh Weins.

Suami Marwa, Alwi Akaz, kini tempang akibat kecederaan dialami dalam insiden itu.

Perincian kejadian itu mengejutkan warga Mesir dan tercetus kemarahan terhadap tindak balas perlahan pihak berkuasa Jerman menghulurkan simpati dan menangani dakwaan Islamofobia.

Hakikat bahawa suami Marwa ditembak kerana disangka penyerang mendedahkan prejudis yang wujud di negara Eropah itu.

Seminggu selepas kejadian, pemimpin Jerman, Canselor Angela Merkel mengucapkan simpati kepada Presiden Mesir, Hosni Mubarak, tetapi Merkel tidak membuat komen secara terbuka.

Pada masa sama, ribuan menghadiri pengkebumian Marwa di kampung halamannya di Iskandariah. Ramai membawa kain rentang dengan slogan menuntut pembalasan.

Ada juga yang berdemonstrasi di luar kedutaan Jerman dan di Masjdi al-Azhar di Kaherah, dengan sebilangan mencela Jerman sebagai “peradaban zalim” dan menjeritkan tuntutan hak asasi dan keadilan.

Perbicaraan Wiens mendapat liputan luas media Mesir, dan sekumpulan peguam Mesir hadir di Dresden dan dibenarkan mengemukakan hujah perundangan.

Beberapa orang tokoh perundangan Mesir memuji keputusan mahkamah Jerman menjatuhkan hukuman ke atas Wiens, tetapi ramai warga Mesir melahirkan perasaan alangkah baiknya sekiranya Jerman melaksanakan hukuman mati.

Suami Marwa memberikan keterangan yang meruntun jiwa, menceritakan bagaimana anaknya, yang kini tinggal di Mesir bersama keluarganya, merindui ibunya.

Alwi sekeluarga berpindah ke Jerman untuk dia meneruskan kajian doktoral biologi melekul tetapi kini melahirkan kemungkinan akan meninggalkan Dresden.

Tarek Sherbini, abang Marwa, berkata “imej rakyat Jerman sangat buruk” ekoran kejadian serangan itu dan mendakwa kejadian itu menunjukkan kebencian terhadap Muslim.

Hubungan Jerman dengan Mesir dan dunia Islam mampu terjejas akibat kejadian ini, terutama sekiranya reaksi lanjutan tercetus dan membakar sentimen.

Jerman didiami oleh 4 juta Muslim, komuniti Muslim kedua terbesar di Eropah Barat selepas Perancis.

Sebagai memperingati wanita digelar “Syahidah jilbab” ini, nama Marwa kini dirancang untuk dijadikan nama jalan di Iskandariah, Mesir. (BBC, Agensi)