Rasulullah s.a.w. bersabda dalam doanya:
اللهم إني أسألك حبك ، وحب من يحبك ، والعمل الذي يبلغني حبك ، اللهم اجعل حبك أحب إلي من نفسي وأهلي ومن الماء البارد
Imam Ibnu Qayyim; Cinta Allah adalah perasaan dalam diri berkaitan dengan amalan hamba dan ketinggiaan darjat amalan pula sangat berkaitan dengan ketulusan dan kebersihan hati semata-mata kerana Allah swt.dan disitulah cinta ilahi berlabuh dan bertahta dihati hamba. Itulah cinta yang hakiki, cinta sebenar kepada Allah, cinta yang membawa ketenangan dan kebahagian sebanar.
Jalan-jalan menuju cinta Allah;
1. Membaca al-Qur’an dengan merenung dan memahami kandungan maknanya sesuai dengan maksudnya yang benar
2. Taqarub kepada Allah swt, melalui ibadah-ibadah fardhu dan sunnah. Golongan yang dicintai Allah.
3. Sentiasa ingat kepada Allah dalam apa jua keadaan, ketika duduk, berdiri mahupun berbaring.
4. Cinta kepada Allah melebihi cinta kepada diri sendiri.
5. Mengenal dan melihat kebesaran Allah swt dengan pandangan mata hati dengan sentiasa merasakan kebesaran Allah swt.
6. Menyedari, menginsafi dan menghayati bertapa besar dan banyak nikmat Allah yang diberikan.
7. Sentiasa tunduk dan khusyuk kepada Allah bukan sahaja dalam solat tetapi dalam segala urusan hidup.
8. Menyendiri diwaktu sunyi bermunajat dan mengadu kepada Allah swt.
9. Bergaul dengan orang-orang yang mencintai Allah.
10. Menjauhi sebab-sebab yang menghalangi komunikai kalbu dan Al-Khaliq, Allah subhanahu wataala.
Orang-orang yang disayangi Allah swt;
1. وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ (البقرة (195)
2. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ ( البقرة:222)
3. وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ (ال عمران:146)
4. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ (ال عمران:159)
5. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ (المائدة:42)
Munajat Rabiatul Adawiyyah;
“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”
“Kekasihku, tidak menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Dalam hati tiada yang lain melainkan Dia, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan diriku tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”
“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!
“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”
“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”
No comments:
Post a Comment