Friday, January 29, 2010

Pusat Keluarnya Idea Menipu Dalam Otak Kita

“Ketahuilah, sungguh jika Dia tidak berhenti (berbuat demikian) nescaya Kami tarik ubun-ubunnya, (iaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka. ….

Para ilmuan baru-baru ini melakukan beberapa kajian dalam usaha untuk menemukan punca kebohongan dan hasil dari kajian ini, mereka menemukan bahawa tempat yang bertanggung jawab atas kebohongan adalah otak manusia pada bahagian depan yang terletak di bagian yang disebut الناصية (ubun-ubun). Yang mengagumkan adalah bahawa Al-Quran sejak berabad-abad yang lalu telah berbicara tentang fungsi ubun-ubun ini ketika membicarakan Abu Jahal:

(كَلَّا لَئِنْ لَمْ يَنْتَهِ لَنَسْفَعَنْ بِالنَّاصِيَةِ * نَاصِيَةٍ كَاذِبَةٍ خَاطِئَةٍ) [العلق: 15-16]

“Ketahuilah, sesungguhnya jika Dia tidak berhenti (berbuat demikian) niscaya Kami tarik ubun-ubunnya[1], (iaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.

[1] Maksudnya: memasukkannya ke dalam neraka dengan menarik kepalanya.

Al-Quran memberikan sifat كاذبة خاطئة (mendustakan lagi durhaka). Kenyataan seperti inilah yang ditemukan para ilmuan pada masa sekarang ini dengan menggunakan pemindaian resonansi magnetik. Maha Suci Allah Yang telah menyatakan fakta ini yang menunjukkan kemukjizatan Al-Quran yang baru ditemukan pada masa sekarang ini.

No comments: