Khatib di Turki membaca Khutbah dengan pedang | |||||
| |||||
SETELAH 624 TAHUN MINBAR MASJID SULAI,MAN BASYA TIDAK MELIHAT PEMANDANGAN INI, KINI MEREKA KEMBALI MENGGUNAKAN PEDANG SEBAGAI GANTI KEPADA TONGKAT YANG KEBIASAAN DILIHAT SERATA DUNIA. كل يوم جمعة، يصعد الإمام منبر جامع "سليمان باشا" ويخطب الجمعة شاهرا السيف، هذا المشهد يتكرر إلى يومنا هذا في تركيا منذ 624 عاما، و يمكن لكل مصل في جامع "سليمان باشا" بمحافظة "تشاناق قلعه" أن يشاهد هذا المشهد. ويروي الشيخ "محمد موطلو" إمام المسجد أن هذا تقليد عثماني توارثناه عن أجدادنا الأتراك قبل 624 عاما، وهو أن كل أرض فتحت بالسيف لابد أن تلقى فيها خطبة الجمعة بالسيف. وأضاف الشيخ أن هذه سنة نبوية، حيث يروى أن نبينا محمد صلى الله عليه وسلم قد خطب الجمعة وهو مستند إلى سيفه. ويقول الشيخ أن جامع "سليمان باشا" هو أول جامع تم إنشائه في أوربا بعد فتحها، ولذلك دأب العثمانيون على إلقاء خطبة الجمعة فيهبالسيف. وقد شيد جامع "سليمان باشا" عام 1385، ويعد تحفة معمارية فريدة، حيث تتجه واجهاته الأربعة صوب الاتجاهات الأربعة الرئيسية، وله ثلاثة أبواب ضخمة. |
Monday, August 31, 2009
KHATIB MEMBACA KHUTBAH DENGAN PEDANG
Friday, August 28, 2009
ALLAH MENCABUT IMAN ORANG BERZINA DAN PEMINUM ARAK
مَنْ زَنَى أَوْ شَرِبَ الْخَمْرَ نَزَعَ اللهُ مِنْهُ الْإِيمَانَ كَمَا يَخْلَعُ الإِنْسَانُ الْقَمِيصَ مِنْ رَأْسِهِ .
Sesiapa berzina atau meminum arak Allah akan cabut imannya sebagaimana manusia menaggalkan bajunya melalui kepalanya.
Wednesday, August 26, 2009
HADIS YANG PALING DITAKUTI DI ARAB SAUDI
Hadis Najd – Kebenaran Yang Digeruni dan Pembohongan Fakta
Terdapat sepotong hadis yang amat digeruni oleh sesetengah pihak hinggakan mereka sanggup mengeluarkan pelbagai helah termasuk memalsukan fakta serta memutarbelitkan kesahihan maksud supaya tidak terkena pengertian hadith tersebut kepada mereka.
Hadis yang saya maksud itu adalah hadis yang popular disebut sebagai “hadis Najd”.
Sebelum saya teruskan penghujahan ini izinkan saya maklumkan kepada para pembaca sekelian bahawa saya bukan seorang ustaz mahupun seorang “protaz” yang mahir bab hadiS. Apa yang saya cuba tulis hanyalah semata-mata setakat kadar kemampuan orang umum seperti saudara semua yang mampu untuk berfikir serta meneliti fakta yang ada secara akademik.
Saya tidak mengulas dari aspek Fiqh dan Syariah yang cukup kemas telah dihujahkan oleh ilmuan Ahlus Sunnah wal Jamaah. Pendekatan saya lebih kepada “common-sense” menurut fakta geografi dan yang berkaitannya.
Hadis dari Sahih Bukhari tersebut adalah seperti berikut (terjemahannya):
Ibn 'Umar meriwayatkan bahwa Nabi s.a.w. berdoa, “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Baginda (terus) berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Aku agak pada (permintaan) yang ketiga Baginda bersabda: “Padanya (Najd) (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan”
Hadis tersebut dengan jelas menyatakan bahawa tiada apa yang boleh diharapkan dari Najd kecuali mala petaka dan fitnah yang dahsyat serta tempat keluarnya tanduk shaytan.
Bagi menjustifikasi tempat yang dimaksudkan dalam hadits tersebut bukan terkena kepada kepada mereka yang gerun dilabel dari pengikut ajaran berasal dari Najd, mereka akan cuba mencari helah serta memalsukan fakta agar Najd itu diterjemahkan sebagai terletak di Iraq bukan di Hijaz Arab.
Bagi orang-orang arab dari zaman dahulu lagi, Najd memang difahami bahawa ianya ialah tanah tinggi sebelah timur Madinah di tengah-tengah Hijaz. Dan sememangnya terdapat tempat yang bernama sedemikian sejak dari zaman itu lagi. Malah di zaman Rasulullah s.a.w. telah pun berlaku Peperangan Najd pada tahun 4H.
Najd terletak di timur Madinah al Munawwarah
Dalam banyak hadis lain, Najd itu disebut sebagai terletak di sebelah timur Madinah. Dan sememangnya jika dilihat kedudukan koordinat geografi, Najd/Riyadh terletak pada 2443N 04644E, manakala Madinah terletak pada 2433N 03942E. Kedudukan Riyadh/Najd hampir pada garis darjah latitude yang sama (beza 10 minit sahaja – bukan ukuran waktu tetapi ukuran latitude) dengan Madinah betul-betul sebelah timur.
Helah yang digunapakai bagi mereka yang gerun dengan hadis ini ialah mereka mengatakan bahawa Iraq sememangnya di sebelah timur. Tetapi yang sebenarnya, latitude yang paling rendah bagi Iraq ialah sekitar 3040N (kota Basrah). Baghdad pula 3340N.
Dengan kedudukan latitude sedemikian, Iraq terletak di antara 0 – 40 darjah ke utara Medinah. Bukan timur. Kalau nak dikatakan timur, ianya sepatut disekitar 90 +/- 20 darjah dari Medinah.
Saya petik di sini pemalsuan fakta yang dilakukan seorang yang bergelar ustaz dalam sebuah artikel beliau “Maksud Najd”:
“Dari sudut geografi pula, kawasan Najd yang meliputi daerah Hijaz dan Al-Yamamah (tempat lahir Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab) secara tepatnya terletak di sebelah Timur Makkah, dan bukannya di sebelah Timur Madinah. Justeru oleh kerana Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengisyaratkan bahawa fitnah itu datang dari sebelah Timur Madinah, maka ia sudah tentu bermaksud negeri Iraq kerana ia sememangnya terletak pada arah yang berkenaan. Dengan mengambil kira tafsiran daripada keseluruhan riwayat hadith, penjelasan para ulama, asal usul bahasa, geografi dan realiti sejarah, maka sahlah bahawa perkataan Najd yang dimaksudkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadith itu ialah negeri Iraq dan kawasan persekitarannya yang turut merangkumi negeri Iran pada masa kini.”
Bandingkan fakta geografi yang beliau kemukakan dengan apa yang telah saya perturunkan di atas. Cari di mana kedudukan Mekah dan Medinah dan bandingkan dengan kedudukan Riyadh/Najd dan Iraq. Bagaimana pula Riyadh/Najd boleh dikatakan terletak di timur Mekah?
Saya rasa peta di bawah ini mampu memberi gambaran yang amat jelas kecuali bagi mereka yang tidak bersedia menerima penghujahan yang:
Lihat garis latitude (biru) Madinah dengan Riyadh/Najd. Bandingkan kedudukan Iraq yang sebelah utara Madinah. Saya serahkan kepada para pembaca yang arif untuk membuat kesimpulan apa yang kedudukannya di timur Medinah dan apa yang di utara Medinah.
Najd terletak di tanah tinggi
Sememangnya Najd/Riyadh di Hijaz terletak di kawasan tanah gurun yang dipanggil pergunungan Najd (memang nama asalnya) yang terletak di sebelah timur Madinah. Ianya pada paras sekitar dari 2,500-5,000 kaki dari paras laut.
Helah Najd dimaksudkan kawasan tanah tinggi itu yang dikatakan mereka sebagai terletak di Iraq adalah tidak benar. Ini kerana permukaan topologi Iraq lebih banyak tanah rendah dari tanah tinggi. Ternyata hujah itu sekali lagi tidak benar. Sebagai contoh Baghdad terletak sekitar 100+ kaki dari paras laut dan begitu juga Karbala dan Najaf yang berdekatan dengan Baghdad.
Kawasan yang dikatakan tanah tinggi di Iraq (berdasarkan peta politik kini) hanya terdapat kawasan tingginya di sempadan Turki (yang dikira sebagai Kurdistan) dan sempadan Iran. Ianya merangkumi sekitar 1/5 dari seluruh topologi bumi Iraq moden. Dan kawasan-kawasan tinggi Iraq ini jauh lebih utara lagi.
Izinkan saya petik tulisan ustaz yang saya rujuk itu lagi:
“Sumber rujukan bahasa yang utama seperti Lisan Al-’Arab, Mu’jam Maqayis Al-Lughah dan Al-Qamus Al-Muhi telah mengesahkan bahawa makna asal perkataan najd ialah kawasan tanah tinggi, sama seperti yang telah dinyatakan oleh Al-Khattabi dan Al-Hafiz Ibn Hajar. Justeru gelaran Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam kepada negeri Iraq dengan nama najd mesti dilihat sebagai penjelasan bagi bentuk muka bumi negeri berkenaan yang berada di kawasan tanah tinggi dan bukannya panggilan bagi suatu tempat yang khusus.”
Apakah ustaz itu hendak menolak fakta geografi yang menunjukkan “Plateau of Nejd” ini adalah kawasan tanah rendah yang tidak pula terletak di timur Madinah?
Najd memang tempat mula berlaku fitnah dan kacau-bilau pertama
Kemudian disabitkan pula dengan Iraq kerana di Iraq itu berlakunya pelbagai peperangan, pembunuhan dan sebagainya termasuk yang dikaitkan dengan pembunuhan cucunda Rasulullah s.a.w. dan kejatuhan kota Bahgdad oleh Tartar.
”Begitu juga dengan fitnah yang berlaku di kalangan umat Islam, bermula dari zaman Sahabat sehinga ke hari ini, kebanyakannya berpunca di Iraq. Gerakan bughah (penentang khalifah), Khawarij dan Syiah pada zaman Khalifah ‘Uthman dan ‘Ali radhiallahu ‘anhuma yang menjadi punca tercetusnya fitnah perselisihaan di kalangan umat Islam bermula di Kufah. Begitu juga Perang Jamal, Siffin, Nahrawan, fitnah pembunuhan Husain cucunda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, fitnah Mukhtar Ath-Thaqafi yang mendakwa kenabian dan serangan tentera Tartar pada zaman kerajaan Bani Abbasiyyah, semuanya berlaku di Iraq.”
Jelas yang amat ketara mereka ini sengaja melupakan peristiwa yang lebih besar dan lebih awal dari peristiwa-peristiwa yang beliau petik iaitu peristiwa pemberontakan Musailamah al-Kadzab. Pemberontakan itu adalah antara yang pertama berlaku selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Apakah pemberontakan Musailamah itu lebih kecil lagi dari perselisihan yang berlaku di zaman terkemudian?
Kenapa “peristiwa Musailamah” ini cuba diperkecilkan oleh mereka? Sebenarnya Musailamah al-Kadzab ini juga dari Najd. Ini jelas sekali puak mereka ini berusaha sesungguhnya untuk mengelakkan peristiwa besar pemberontakkan Musailamah yang tempat asalnya juga Najd dikaitkan dengan Hadith Najd yang amat digeruni mereka.
Garis gempa bumi – “Najd Fault System”
Disebutkan dalam hadis tersebut peristiwa yang akan berlaku antaranya ialah gempa bumi. Dan dikatakan mereka yang gerun dengan hadis Najd ini bahawa Najd tidak pernah berlaku gempa bumi.
Pertamanya, dari sudut tidak pernah berlaku tidak menjamin gempa tidak akan berlaku.
Keduanya, tidak terletak digarisan yang kerap berlaku gempa tidak juga menjamin gempa tidak akan berlaku.
Namun, kedua-dua hujah yang diguna di atas ialah satu lagi contoh mereka gemar memalsukan fakta.
Di tengah-tengah negara Saudi terdapat satu garisan “fault” yang berpotensi untuk berlaku gerak gempa yang para ahli geologis memanggil garisan itu dengan nama yang mereka geruni - Najd Fault System. Malah satu letupan gunung berapi pernah tercatat pada tahun kurun 13 masehi. Dan gegaran yang terakhir dikesan dari “fault-line” ini ialah pada tahun 1999.
Walaubagaimanapun, jika tiada “fault system” di kawasan Najd pun apakah kita boleh jamin 100% bahawa gempa tidak boleh berlaku? Apakah pula kemungkinan gempa yang disebut dalam hadis itu sebagai suatu gambaran kepada peristiwa lain yang mengambarkan suasana seolah-olah gempa yang berlaku yang menjadikan masyarakat dan segala sistem perjalanan hidup kacau-bilau?
Hadis Albani disandarkan untuk mengantikan Hadis Najd dengan perkataan Iraq
Hujah yang dipegang kuat oleh mereka bagi mengatakan hadis tersebut sebenarnya dimaksudkan sebagai Iraq dan bukan Najd disandarkan kepada hadith yang dikeluarkan oleh Albani. Tidak ada seorang pun pengumpul hadith yang besar meriwayatkan hadith tersebut dalam kitab-kitab mereka.
Dan selain dari menukarkan Najd kepada Iraq, hadis Albani itu ditokok tambah lagi mengaitkan keberkatan kepada Mekah dan Madinah di samping Syams dan Yaman.
Apa kaitan Najd dengan Riyadh
Dalam tulisan ini saya kerap mengguna perkataan Riyadh bersilih-ganti dengan Najd. Nanti ada pula yang menuduh apakah saya tidak tahu bahawa itu adalah dua perkataan yang berbeza. Nanti ada pula mereka yang menuduh saya tidak tahu fakta.
Sebelum saya dituduh sedemikian dan bagi mereka yang kurang tahu kedudukan bandar-bandar dan wilayah di Saudi biar saya perjelaskan di sini.
Bandaraya Riyadh lahir dan membangun hasil dari mula pemerintahan gandingan kuasa keluarga Ibn Saud dan Ibn Wahhab. Ianya terletak di wilayah yang dulunya dipanggil sebagai Wilayah Najd. Namun kini, wilayah tersebut telah turut ditukar (saya tidak dapat mencari tarikh penukarannya) dan secara rasminya kini dipanggil Wilayah Riyadh.
Saturday, August 22, 2009
BANGKAI KERETA KUDA FIRAUN DITEMUI DI DASAR LAUT
Masih ingat dengan kisah mukjizat Nabi Musa yang membelah laut merah
dengan tongkatnya? Jika salah satu diantara anda menganggap kisah tersebut hanya merupakan dongeng belaka, sekarang mari kita semak tulisan dibawah ini.
Seorang Arkeolog bernama Ron Wyatt (lihat di http://www.wyattmus
eum.com/ron- wyatt.htm ) pada ahir tahun 1988 silam mengklaim bahawa
dirinya telah menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur kuno didasar laut merah.
Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Firaun yang
tenggelam dilautan tsb saat digunakan untuk mengejar Musa bersama para
pengikutnya.
[]Menurut pengakuannya, selain menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para krunya juga menemukan beberapa tulang manusia dan tulang kuda ditempat yang sama.
Temuan ini tentunya semakin memperkuat dugaan bahwa sisa-sisa tulang
belulang itu merupakan bagian dari kerangka para bala tentara Fir'aun yang tenggelam di laut Merah.
Apalagi dari hasil pengujian yang dilakukan di Stockhlom University
terhadap beberapa sisa tulang belulang yang berhasil ditemukan,memang
benar adanya bahwa struktur dan kandungan beberapa tulang telah berusia sekitar 3500 tahun silam,dimana menurut sejarah, kejadian pengejaran itu juga terjadi dalam kurun waktu yang sama.
Selain itu,ada suatu benda menarik yang juga berhasil ditemukan,yaitu
poros roda dari salah satu kereta kuda yang kini keseluruhannya telah
tertutup oleh batu karang,sehingga untuk saat ini bentuk aslinya sangat
sulit untuk dilihat secara jelas.
Mungkin Allah sengaja melindungi benda ini untuk menunjukkan kepada kita semua bahwa mukjizat yang diturunkan kepada Nabi-nabiNya merupakan suatu hal yang nyata dan bukan merupakan cerita karangan belaka.
Diantara beberapa bangkai kereta tadi,ditemukan pula sebuah roda dengan 4 buah jeruji yang terbuat dari emas.Sepertinya, inilah sisa dari roda kereta kuda yang ditunggangi oleh Firaun sang raja.
Sekarang mari kita perhatikan gambar diatas,
Pada bagian peta yang dilingkari (lingkaran merah),menurut para ahli
kira-kira disitulah lokasi dimana Nabi Musa bersama para kaumnya
menyebrangi laut Merah. Lokasi penyeberangan diperkirakan berada di Teluk Aqaba di Nuweiba.
Kedalaman maksimum perairan di sekitar lokasi penyeberangan adalah 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900 meter di sisi ke arah Arab.
Sementara itu di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan (garis
merah) kedalamannya mencapai 1500 meter.
Kemiringan laut dari Nuweiba ke arah Teluk Aqaba sekitar 1/14 atau 4
derajat, sementara itu dari Teluk Nuweiba ke arah daratan Arab sekitar
1/10 atau 6 derajat.
Diperkirakan jarak antara Nuweiba ke Arab sekitar 1800 meter.Lebar
lintasan Laut Merah yang terbelah diperkirakan 900 meter.
Dapatkah kita membayangkan berapa gaya yang diperlukan untuk dapat
membelah air laut hingga memiliki lebar lintasan 900 meter dengan jarak
1800 meter pada kedalaman perairan yang rata2 mencapai ratusan meter untuk waktu yang cukup lama, mengingat pengikut Nabi Musa yang menurut sejarah berjumlah ribuan? (menurut tulisan lain diperkirakan jaraknya mencapai 7 km, dengan jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600.000 orang dan waktu yang ditempuh untuk menyeberang sekitar 4 jam).
Menurut sebuah perhitungan, diperkirakan diperlukan tekanan (gaya per
satuan luas) sebesar 2.800.000 Newton/m2 atau setara dengan tekanan yang kita terima jika menyelam di laut hingga kedalaman 280 meter.
Jika kita kaitkan dengan kecepatan angin,menurut beberapa perhitungan,
setidaknya diperlukan hembusan angin dengan kecepatan konstan 30
meter/detik (108 km/jam) sepanjang malam untuk dapat membelah dan
mempertahankan belahan air laut tersebut dalam jangka waktu 4
jam!!!sungguh luar biasa, SUBHANALLAH. ......... .Allah Maha Besar.
PERKARA YANG MENCERAH DAN MENGGELAPKAN HATI
PERKARA MENCERAHKAN HATI
1-Perut sentiasa lapar kerana memeriksa dahulu setiap makanan yang akan dimakan samada hala ataupun haram.
2-Bergaul dengan orang-orang soleh.
3-Sentiasa Ingat di atas dosa-dosa lalu.
4-Pendek angan-angan.
PERKARA MENGGELAPKAN HATI :
1-Perut sentiasa kenyang tanpa mengira apa yang dimakan samada Halal atau Haram.
2-Bersahabat dengan orang-orang zalim.
3-Lupa pada dosa yang telah dilakukan.
4-Panjang angan-angan.
5 Perkara Penyebab Kebahgiaan
Ada 5 perkara menyebabkan kebahgiaan apabila kita beramal denganya:
1-Menyebut " لا إله إلا الله محمد رسول الله setiap waktu.
2-Melafazkan " إنا لله وإنا إليه راجعون ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم " ketika ditimpa musibah.
3-Apabila mendapat nikmat menyebut '' الحمد لله رب العالمين " .
4-Memulakan setiap pekerjaan kebajikan dengan " بسم الله الرحمن الرحيم "
5-Apabila tersilap melakukan dosa menyebut " أستغفر الله العظيم واتوب إليه " .
Friday, August 21, 2009
KECANTIKAN BIDADARI DAN KEAGUNGAN PUASA
Allah jadikan Muka Bidadari 4 warna:
1-Putih 2-Hijau 3-Kuning 4-Merah
Semuanya boleh berubah mengikut citarasa Penghuni Syurga.
Allah jadikan Badan Bidadari daripada KASTURI DAN AMBAR
Rambut daripada SUTERA.
Dari Bahagian Lutut sehingga ke Susu daripada KASTURI
dari bahagian Susu sehingga ke Leher daripada AMBAR
daripada leher hingga ke kepala daripada KAPUR.
Itulah asal kejadian Bidadari yang lebih cantik kejadianya manusia yang bentuk daripada Tanah. Pasti perubahan kejadian sekarang lebih cantik daripada manusia yang kita lihat begitu cantik sedangkan asalnya daripada tanah yang tidak bernilai.
Jika Bidadari meludah ke dunia air ludahnya menjadi Kasturi.Jika diludah kelaut air laut akan mejadi tawar. Allah telah menulis pada dada Bidadari nama-nama bakal yang memilikinya bersama nama Allah sebagaimana NAMA ORANG YANG TELAH MELAKUKAN MAKSIAT WALAUPUN SEDIKIT TELAH TERTULIS DI PINTU NERAKA. sebab itulah Rasulullah yang Ma'sum tidak ingin melakukan maksiat agar nama tidak tertulis di salah satu pintu NERAKA.
Sebelah tangan Bidadari berhias 10 gelang Emas Syurga. setiap jari -jemari disarung cincin permata.Bidadari memakai gelang permata lu'lu' pada kakinya.Bidadari dalam Syurga dipanggil Al-Aina' العيناء .
Rasulullah meminta umatnya beribadat sepertinya kerana Rasulullah juga menyintai Bidadari.
Ibnu Masud Meriwayatkan:
Setelah Allah jadikan Syurga, Allah arahkan Malaikat Jibril melihat kejadian Syurga, lalu Malaikat Jibril mengelilingi Syurga, Apabila Bidadari tersenyum pada Malaikat Jibril, Syuga Adnin menjadi terang-benderang lalu Malaikat Jibril sujud pada Bidadari yang disangkakan Nur Allah, lalu Bidadari berkata : Wahai Aminullah angkatlah kepalamu.Maha Suci Allah yang telah menjadikan aku. Aku dicipta adalah untuk mereka yang sentiasa memilih keredhaan Allah apabila diberi pilihan dalam sesuatu perkara.Aku bukanlah untuk mereka yang sentiasa memilih NAFSU semasa diuji.
Rasulullah melihat Para Malaikat sedang membina Istana daripada Emas dan Perak didalam Syurga tiba-tiba Para Malaikat berhenti membina Istana tersebut kerana hamba Allah yang sedang berzikir telah berhenti berzikir.
Allah akan mengahwinkan orang yang benar-benar berpuasa, yang berpuasa zahir dan batin di dalam Khemah Permata Putih di dalam Syurga " حور مقصورات فى الخيام "
Disediakan juga untuk Bidadari dan Isteri Solehah:
1-70 Helai pakaian
2-70 Katil dari permata Yaqut Merah berserta 70 permaidani dan 70 orang khadam wanita. .
3-Setiap wanita akan dibantu seribu Khadam yang memegang Talam Emas yang sedia berkhidmat untuk orang-orang yang soleh.
Keistimewaan untuk Orang-orang yang Soleh yang berpuasa:
1-Khadam yang sedia mengurut setiap kesakitan yang telah dirasai di dunia semasa menunaikan puasa.
2-Seribu Dulang Emas untuk menyediakan makanan yang diidamkan oleh orang-orang soleh yang telah melaksanakan ibadat puasa dengan sempurna.
Begitulah Allah SWT menghargai Orang telah berpuasa dengan segala anggotanya dan tidak berhari-raya dengan kelakuan binatang yang melompat-lompat di khalayak ramai sambil menyebut nama-nama kuih yang mereka idamkan... meraka merasakan pemergian Ramadhan suatu kebebasan dan boleh bermaksiat kembali... sedangkan orang-orang soleh akan merasa kesedihan kerana kehilangan bulan kerahmatan,bulan keberkatan dan bulan pengampunan lalu mereka layani perasaan mereka dengan takbir dan Tahmid memuji Ilahi.
Biarlah hanya Bangsa Yahudi yang menjadi MONYET DAN KERA.. jangan ada bangsa lain didunia yang juga menjadi monyet dan kera.
Sekian Wassalam.
Gambar Malaikat
Gambar ini diterima melalui email. Saya tidak berhasrat nak mengulas dengan lebih lanjut mengenai gambar-gambar ini, tetapi sila baca teks yang telah disertakan.
Wallahua'alam....... Salam,Gambar ini diceritakan sendiri pada saya oleh jurugambar yang amil gambar ini.Dia ditugaskan oleh Tabung Haji dan terlibat dalam merakamkan gambar jemaah haji yang menunaikan rukun islam pada disember 2008 (tahun lepas).Masa gambar diambil, tiada sebarang perubahan cuaca atau kerosakan pada kamera.Gambar di ambil di mudzalifah semasa jemaah berhenti untuk berehat seketika dan beribadat.Bila dilihat semula gambar ini, jurukamera baru perasan terdapat "bubble" di dalam gambar berikut.Jika diperhatikan seolah2 terdapat tulisan kalimah Allah swt..Persoalan didalam gambar ini dirujuk pada ustaz di sana .Ustaz menceritakan kebarangkalian pada waktu itu malaikat turun dari langit..Tetapi untuk tidak menujukkan wajah sebenar malaikat, ia hanya menunjukkan namanya sahaja.kesimpulannya. .... setiap satu "bubble" itu mewakili satu nama malaikat.Bayangkan lah betapa besarnya kuasa Allah swt......Panjang2 kan lah email ini.....Mungkin ada yang ingin sampaikan pada semua umat Nabi Muhammad saw pada ketika ini...Wallahualam. ..
KELEBIHAN SEDEKAH
5 Kelebihan Sedekah di Dunia
1-Harta penderma sentiasa Suci.
2-Tubuh Badan penderma sentiasa sihat.
3-Bala dan Penyakit penderma akan tertolak.
4-Penderma akan lebih bersemangat beribadat kepada allah.
5-Harta penderma akan diberkati dan akan bertambah.
5 Kelebihan Penderma Di Akhirat
1-Awan akan melindunginya dari panas semasa di Akhirat.
2-Allah akan meringankan hisab penderma di Akhirat.
3-Allah akan memberi bonus pada timbangan amalan kebajikan.
4-Allah akan membantu penderma semasa melalui Sirat Mustaqim.
5-Allah akan menambah darjat kedudukanya di dalam Syurga.
Allah Memiliki 3000 Nama Yang Istimewa
1-1000 Nama hanya diketahui oleh Para Malaikat.
2-1000 Nama untuk diketahui oleh Para Nabi-Nabi.
3-300 Nama Allah turunkan dalam kitab Injil.
4-300 Nama Allah turunkan dalam kitab Taurat.
5-300 Nama Allah turunkan dalam kitab Zabur
6-99 Nama Allah sebutkan dalam Al-Quran
7-1 Nama Allah rahsiakan dan dianugerahkan kepada sesiapa yang Allah Kasihi.
Betapa besarnya kekuasaan yang Allah miliki sehingga nama yang memiliki segala khasiat berjumlah 3000 nama.
Untuk umat nabi Muhammad cukuplah kita beriman dengan nama Allah yang 99 itu pun kita tidak sebut malah kita sentiasa sebut nama-nama lain selain dari nama Allah yang sentiasa meniti di atas bibir kita.
Thursday, August 20, 2009
5 CAHAYA ILAHI
Hafis Ibnu Hajar R.A dalam Kitab Al-Munabihat menulis Abu Bakar berkata:
Kegelapan adalah lima perkara, Cahaya yang dapat menghilangkan kegelapan tersebut ialah :
1-Orang yang mencintai dunia adalah berada dalam kegelapan cahaya yang dapat menghilang kegelapan tersebut adalah Taqwa kepada Allah Azzawajal.
2-Maksiat adalah kegelapan dan Cahaya yang dapat menghilang dosa maksiat ialah Taubat Nasuha.
3-Kubur adalah Alam Kegelapan, Cahaya yang dapat menerangi Alam Kubur ialah Kalimah La Ila IllAllah ( Tiada Penyembahan dan Ketaatan serta kepatuhan dalam kehidupan manusia dan jin melainkan hanya kepada Allah Azzawajal )
4-Di Alam Akhirat manusia akan hidup dalam serba kegelapan, mereka akan merasa tenang dan cerah apabila Amalan Soleh datang menemani mereka.
5-Kita akan menempuh Sirat Mustaqim dalam keadaan gelap gelita tetapi kita akan merasa tenang menitinya apabila langkah kita ditemani KEYAKINAN kepada Allah semasa hidup di dunia dahulu.6 GOLONGAN YANG ALLAH SWT LAKNATI
Mafhum Hadis Rasulullah SAW:
1-Orang yang menambah kitab Allah
iaitu menambah sesuatu yang tidak ada dalam Al-Quran
2-Orang yang mendusta ketetapan Allah
iaitu perkara yang berkenaan dengan Qadar Allah.
3-Penguasa yang Sombong dan Takabbur
iaitu orang yang mengagungkan orang yang telah dihina oleh Allah.
4-Orang yang Menghalal apa yang telah diharamkan oleh Allah.
5-Orang yang menghalalkan keturunan Rasulullah
iaitu melakukan maksiat dan zalim terhadap keturunan Rasulullah.
6-Orang yang berpaling daripada SUNNAH Rasulullah SAW.5 KEINDAHAN
1-Tiada keindahan malam melainkan dengan bermunajat kepada yang Esa.
2-Tiada keindahan Siang hari melainkan jika disertai dengan Taat kepada Allah.
3-Tiada keindahan Dunia melainkan melalui zikir memuji kepadaNya.
4-Tiada keindahan di akhirat melainkan setelah mendapat Keampunan Allah Azzawajal.
5-Tiada keindahan di Syurga melainkan hanya dengan dapat Melihat Allah.
CINTA 5 PERKARA AKAN LUPA 5 PERKARA
Maksud Hadis Nabi SAW:
1- Cinta pada Dunia akan lupa pada Akhirat
2-Cinta pada kehidupan akan lupa pada Mati
3-Cinta pada Istana dan Rumah akan lupa pada kubur.
4-Cinta pada Harta akan lupa pada Hisab atau Hitungan Allah.
5-Cinta kepada makhluk akan lupa pada Khalik iaitu Allah Azzawajal.
Wednesday, August 19, 2009
AMALAN MEMUDAHKAN BERSALIN
2. Sentiasa membaca doa ini :
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ
Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki
* Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu
Cara dapat anak lelaki atau perempuan(amalan tradisi masyarakat China)
- Jika mahu anak lelaki maka semasa bersetubuh dengan isteri sekiranya dimulakan dengan sébelah kanan maka hendaklah turun di sébelah kiri selepas setubuh atau sekiranya dimulakan dengan sébelah kiri maka hendaklah turun di sébelah kanan selepas setubuh
- Jika mahu anak perempuan maka semasa setubuh sekiranya dimulai dengan sébelah kanan maka turun pun sebelah kanan selepas setubuh begitulah sebaliknya
- Ini hanya sebagai suatu usaha dan ikhtiar. Jangan lupa bertawakkal menyerah diri kepada Allah
POSISI TIDUR MENGIKUT ISLAM DAN SAINS
Diriwayatkan daripada Barra’ bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)
Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-
Tidur dengan meniarap
Dr Zafir al-Attar berkata:
“Seseorang yang tidur meniarap di atas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak.”
Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.
Majalah ‘Times’ telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.
Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)
Tidur menelentang
Dr Zafir al-Attar berkata:
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngnya rahang bawah.
Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.
Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya menyebabkan radang.
Tidur mengiring ke kiri
Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.
Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri
Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung di antara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.
Tidur yang terbaik
Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek di atasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.
Rujukan:
Mausuah al-I’jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak
oleh Dr Nadiah Toyyarah,
Musnad Imam Ahmad
dan kamus
TUTUP AURAT BOLEH MENGELAK KANSER KULIT
Memakai pakaian yang menutup aurat meletakkan wanita sebagai seorang yang menjaga harga diri sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh dari lelaki. Sebagaimana kita pernah terbaca bagaimana perempuan yang sentiasa bertudung akan dijauhkan daripada penyakit rambut, kulit kepala dan sebagainya. Begitu juga umat yang sentiasa menutup auratnya insya Allah akan terhindar daripada penyakit kanser kulit yang yang kerap menghinggapi wanita yang sering mendedahkan diri atau aurat mereka kepada cahaya matahari. Pada tahun 1998 sahaja seramai 2000 wanita di Amerika Syarikat mati akibat kanser kulit jenis ’sguamous cell carcinoma’. Nisbah kemungkinan manusia khasnya wanita dihinggapi penyakit kanser kulit berwarna atau ’melanomia’ di Amerika Syarikat ialah setiap 75 orang maka seorang terkena penyakit tersebut. Setiap arahan Allah ada hikmatnya yang tersendiri untuk kebaikan dan manfaat kita di dunia apatah lagi di akhirat. Islamlah nescaya kita hebat dan sihat. Firman Allah dalam ayat 81 surah an-Nahlu:
وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِمَّا خَلَقَ ظِلَالًا وَجَعَلَ لَكُمْ مِنَ الْجِبَالِ أَكْنَانًا وَجَعَلَ لَكُمْ سَرَابِيلَ تَقِيكُمُ الْحَرَّ وَسَرَابِيلَ تَقِيكُمْ بَأْسَكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ يُتِمُّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تُسْلِمُونَ
Maksudnya : Dan Allah menjadikan bagi kamu sebahagian dari yang diciptakanNya: benda-benda untuk berteduh, dan Ia menjadikan bagi kamu sebahagian dari gunung-ganang tempat-tempat berlindung; dan Ia juga menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang. Demikianlah, Ia menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu berserah diri kepadaNya dan mematuhi perintahNya
Hukum Tabarruj atau Berhias Berlebihan Bagi Perempuan
1. Bulu kening
-Menurut Bukhari, “Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.” Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki)
-”Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.
3. Wangian
-”Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).
4. Dada
-”Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. ” (An-Nur : 31)
5. Gigi
-’Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.’ (Riwayat At-Thabrani)
-”Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah”(Riwayat Bukhari dan Muslim).
6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: ‘Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” (Riwayat Muslim dan Bukhari).
7. Tangan
-”Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).
8. Mata
-”Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya.” (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).
9. Mulut (suara)
-”Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.”( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, “Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.” (Riwayat Ibn Majah).
10. Kemaluan
-”Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. “(An Nur : 31).
-”Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.” (Riwayat Al Bazzar).
-”Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.” (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).
11. Pakaian
-”Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-”Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
-”Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Ahzab : 59).
12. Rambut
-”Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
CARA MENGUATKAN INGATAN
Penyebab kepada lupa : -
- Makan kepala ikan
- Organ dalaman binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut dan yang
seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.
- Makan Makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai
mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
- Jangan makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang).
- Jangan minum air antara suapan makan. Maksudnya, jangan minum sebelum anda selesai makan.
Selain daripada itu, elakkan sukan yang boleh menyebabkan gegaran yang kuat kepada kepala seperti tinju, gusti dan sebagainya. Pergaduhan / berkelahi
sesama sendiri dengan memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa.
Gegaran di kepala yang kuat dan terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yang dipanggil ‘dopamin’akan berkurangan di dalam sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yang lemah dan otot-otot yang kurang bermaya.
Rahsia Dan Cara Menguatkan Daya Ingatan
Untuk menguatkan daya ingatan,dengan rahmat dan sayang Allah SWT, kita
dikurniakan makanan yang baik dan dapat menguatkan sistem saraf kita.
Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: -
- Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Halia
- Buah badam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma
- Ikan tuna
- Tempe
- Air soya
Itu hanyalah sebahagaian daripada makanan yang boleh meningkatkan daya ingatan manusia.
Selain daripada itu, oksigen juga amat penting untuk merangsang otak supaya
sentiasa cergas dan cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yang amat baik
diamalkan adalah dengan menarik nafas sebanyak 7 kiraan, kemudian tahan
nafas sebanyak 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan.
Keterang-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil drpd cara-cara
meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yang paling penting ialah ingat
Allah SWT selalu. Daya ingatan akan ertambah kukuh sekiranya tidak
sesaat un kita lupa kepada-NYA.
Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda.
Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut: -
1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.
Insyallah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakan kukuh dan
mudah menerima ilmu dan mengingatinya.
DOA MENGHINDARI H1N1
Oleh kerana sekarang ini berlaku pelbagai wabak penyakit seperti selsema babi, H1N1 sebaiknya kita umat islam meminta perlindungan dari Allah, supaya dijauhkan penyakit seperti ini.
Ini doa nya, di baca tiga kali pada pagi dan petang
بسم الله الرحمن الرحيم
تَحَصَّنَا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِين
Kami berlindung dengan Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasan, dan kami berlindung dengan Tuhan yang memilik alam ghaib, dan kami bertawakal kepada Tuhan yang hidup lagi yang tidak mati, ya Allah jauhkan lah kami daripada wabak ini dan taun, dan segala bala, (kami mohon) dengan ihsan mu wahai Tuhan yang Maha lemah lembut lagi maha mengetahui sesunguh Engkau di atas setiap sesuatu amat berkuasa,
Sesungguhnya setiap bala dan virus yang Allah utuskan tidak akan menimpa seseorang melainkan dengan arahan dari Allah SWT.
Kita tidak boleh memohon kepada Allah untuk menghapuskan Wabak dan segala penyakit kerana semuanya mempunyai hikmah dari Allah tetapi kita disunatkan memohon dilindungi oleh Allah dari wabak tersebut sekiranya kita benar-benar layak dilindungi oleh Allah SWT tetapi jika kita telah tersenarai dalam catitan Allah SWT maka terimalah kerana Allah Maha Adil.Mungkin pada mata kasar kitalah manusia paling baik,kitalah manusia paling warak tetapi keputusanya Allah telah putuskan.
Rasulullah telah melakukan solat Istisyqa' atau solat minta hujan di Masjid Al-Ghamamah dengan doa agar hujan turun disekeliling Kota Madinah Munawwarah,Rasulullah tidak meminta hujan turun di tengah kota Madinah sehingga menyebabkan banjir, Rasulullah juga tidak meminta agar musim kemarau dihapuskan segera pada masa tersebut.. Rasulullah tahu siapakah dirinya dan Siapa Allah.. Rasulullah hanyalah seorang Hamba Allah dan Kekasih Allah yang tidak memiliki kuasa Arahan dan Ilmu Ghaib seperti Allah.. Pasti Kemarau dan H1N1 adalah bergerak dengan Ilmu dan Arahan Allah yang sedikit pun tidak akan lari dari garisan-garisan yang telah Allah tetapkan.
Awas jangan sekali SOLAT hajat doa menghapuskan H1N1 tetapi solatlah memohon agar Allah menyelamatkan kita dari Bala tersebut.kerana jika memohon agar H1N1 dihapuskan bererti kita telah tahu lebih dari Allah dan Allah telah silap dalam mengatur Alam ini.sehingga menyusahkan manusia... Nauzubillah.Jangan Mendahulukan diri kita daripada Allah Azzawajal.40 Nasihat Saidina Ali Karramallah Wajhah
Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan Wattabyeen r.a.
1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda
2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran
3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging
4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin
5. Jagailah ibubapa kamu, nescaya anak-anakmu akan menjagai kamu
6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepecayaan terhadap Allah
7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin.Tidak ada yang terpencil dari seorang yang bakhil
8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif.Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan
9. Ilmu adalah lebih baikdaripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangakan ilmu menjaga kamu
10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahan mu dengan mendirikan sembahyang
11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam
12. Mengajar adalah belajar
13. Berkhairatlah mengikut kemampuan mu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin
14. Insan terbahagi kepada 3 :
a) mereka yang mengenal Allah
b) mereka yang mencari kebenaran
c) mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.
Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing
15. Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah
16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah
17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain
18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya
19. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati
20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia2 kebenaran itu.
21. Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas
22. Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya
23. Seorang yang membantu adalah sayapnya seorang yang meminta
24. Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya
25. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya
26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat
27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran
28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba
29. Orang yang dengki marah kepada orang tidak berdosa
30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan
31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan
32. Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat
33. Taat kepada perempuan(selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar
34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan
35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah
36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya
37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura-pura
38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan
39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya
40.Jika kamu telah menguasai musuhmu,maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.
BETAPA KASIHNYA ALLAH PADA WANITA SOLEHAH
1. Seorang wanita yang solehAh lebih baik daripada seorang wali Allah
2. Wanita yang mengguli tepung dengn membaca bismillah akan diberkati Allah rezekinya.
3. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti membersihkan Baitullah
4. Wanita yang solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
5. Allah akan memberkati rezeki apabila wanita memasak SAMBIL berzikir pada Allah.
6. Seorang wanita yang menutup auratnya dengan purdah ditingkatkan oleh Allah nur wajahnya 13 kali ganda
dari wajah asal.
7. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah yang Maha Indah di akhiat nanti,tetapi bagi Allah sendiri
akan datang untuk berjumpa denga wanita yag membeluti auratnya iaitu memakai purdah dengan istiqamah
Begitulah kedudukan Wanita dalam Islam.
Wanita dalam Islam adalah Wanita yang menggadaikan jiwa dan raganya untuk menghias jiwa dan raganya
dengan syariat Allah dengan hati yang tulus Ikhlas tanpa mempertikaikan kedudukan Syariat Allah.
Tanpa mengendahkan ejekan manusia yang mengagongkan PUSAT dan Buah DADA dikhalayat ramai...
Pakaian Muslimah Bersih kerana mengharapkan Pakaian di Syurga lebih lagi bersih
Pakaian Muslimah Murah kerana ingin menginfakan wang yang lebih kepada Tabung Rasulullah
Pakaian Muslimah Murah juga kerana malu memakai pakaian yang lebih mahal dari pakaian Isteri-Isteri
Rasulullah.
Pakaian MuslimaH juga murah kerana mereka yakin pakaian yang Allah sediakan pada mereka di Syurga lebih
Mahal dari nilai dunia serta isinya.. Allah mampu membalas kesabaran mereka semasa di dunia dengan
setimpalnya.
Cuma ramai perempuan yang mengaku Muslimah pada hal mereka hanya najis dunia yang gilakan janji-janji
Allah.. Allah tidak mengharapkan Taubat mereka yang beribu kali,sehari tutup aurat,sehari dedahkan urat di dada
buat pameran di pejabat-pejabat.. sehari bergelar ustazah sehari berjoget macam monyet di khalayak ramai..
Mereka ini sebenarnya sama seperti isteri Abu Jahal di zaman Rasulullah... pandai segala-galanya..
Dosa dan pahala hanyalah permainan mereka, dalam minit yang sama mereka boleh melakukan pahala dan
dosa...
Kekalkan amalan kita dengan Islam semoga kita kekal bersama Allah dalam Syurga...
Ambillah apa yang Allah pilih untuk kita, Pasti Pilihan Allah adalah yang terbaik untuk kita hiasa jiwa dan raga di
dunia ini.
Yakinlah Allah tidak Buta dan Tidak Terkeliru untuk memilih calon hambanya mendiami Syurga...
Percayalah Allah tidak bodoh untuk Kita menipunya dengan alasan-alasan yang kita buat sehingga Allah
bersetuju dengan alasan kita dan memberi peluang untuk kita mendiami Syurga...
Bukankah Allah As-Samiu Al-Aliimu,Al-Qahhar dan Al-Jabbar ... pasti Allah tidak lupa pada dosa kita yang kita
lakukan dengan sengaja dan memiliki sijil bertaraf dunia untuk menyokong dosa kita..kita bukanlah orang yang
jahil pasti Allah dapat menilainya dengan baik... Ya Allah Jadikan Isteriku , Orang yang Cintakan Zat Mu Ya Allah.
KISAH MENYAYATKAN HATI
SEORANG WANITA MUSLIM MESIR DIBUNUH DI DALAM MAHKAMAH GERMAN...
Kisah menyanyat hati ini berlaku minggu lepas. Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini, yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab. , beliau dibunuh digelar 'Pengganas', hanya kerana beliau B.E.R.T.U.D.U.N.G. !!
Setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro.
Anda tahu apa yang berlaku setelah Mahkamah menjatuhkan hukuman tersebut?
Lelaki yang tidak Islam atau jiran Marwa telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Memang, anda tak salah baca, memang 18 kali dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 3bulan...memang menyayatkan hati bukan?
Belum cukup dengan pristiwa tersebut. Suami Marwar yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, untuk menyelamatkan isterinya yang solehah tetapi....
......
...akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwar....inilah demokrasi yang dilaung-laungkan dibarat.Pembunuhan berlaku dalam mahkamah dan semua insan lain hanya dapat memandang tanpa perasaan ukhuwah dalam agama dan tanpa perasaan kasihan antara manusia... begitulah hakikat umat Islam di saat ini, mereka dipisahkan antara satu sama lain kerana isu-isu peribadi dan kenegaraan, mereka telah menyuburkan rasa kecintaan kepada Dunia dan Kepentingan peribadi melebihi segala-galanya..
Sekarang cuba anda fikir, bagaimanakah logiknya seorang perempuan ditikam 18kali di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita tersebut, melainkan suaminya yang tercinta, yang akhirnya kerkesudahn juga ditembak.
Logik atau tidak anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali? Cuba anda tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tidak mungkin dapat melakukanya. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lemah? .
Itu isu pertama, mengapa media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan darah mereka? Ermm..logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini.
Mungkin ada antara yang membaca kisah ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapap perlu dihebohkan. Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka ini akan menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China. Atau ada antara anda yang masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China. mungkin logik sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah.
Sampai bilakah....dunia akan berkata 'cukup'untuk umat Islam.
Azab Meninggalkan Sembahyang
Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia antaranya :-
·Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadaprezekinya.
·Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
·Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
Tiga Seksaan adalah ketika dia hendak mati antaranya :
· Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telahmeminum seluruh air laut.
· Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
· Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
Tiga Seksaan yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-
· Dia akan merasa susah untuk menjawab pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
· Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
· Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).
Tiga lagi azab nanti di hari kiamat,antaranya :
· Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
· Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
· Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka
ISLAM TERSEBAR KERANA PEDANG
Jawapan: Islam sememangnya adalah agama yang sejahtera. Ungkapan Islam tertegak melalui mata pedang adalah ungkapan yang sengaja disebarkan oleh pihak orientalis yang sengaja mahu menutup malu sendiri.
Umat Islam bukanlah umat yang diajar untuk mengamalkan ‘pecah dan perintah’ seperti apa yang diamalkan oleh Amerika pada hari ini. Hanya mereka yang bodoh dan hidup tidak dipandu dengan wahyu sahaja yang akan berbuat sedemikian. Sekiranya ditinjau kembali sejarah-sejarah dunia, umat Islam berperang adalah disebabkan untuk mempertahankan kedaulatan, maruah, hak milik atau menghalang/membasmi penganiayaan yang berlaku. Umat Islam tidak akan beperang tanpa sebab apatah lagi menceroboh sesuatu kawasan.
Mengapa Orang Islam memakan Daging?
Jawapan: Assalamualaikum. Setelah sekian lama tidak menulis berkenaan perbandingan agama, akhirnya tergerak hati untuk menjawab soalan yang seterusnya berkenaan perbandingan agama ni. Maaf kepada para sahabat kerana lama menanti soal jawab ini.
Ya. Membunuh haiwan adalah satu perbuatan kejam. Membunuh haiwan dengan sesuka hati adalah perbuatan yang sangat kejam. Mereka(haiwan-haiwan tu) juga adalah makhluk Allah. Haian-haiwan tersebut juga perlu di kasihi.
Walau bagaimana pun, Allah menjadikan ciptaanya dengan begitu kompleks dan saling berkait antara satu sama lain. Kalau kita belajar sains tingkatan tiga(tingkatan tiga ke dua?) kita akan belajar satu tajuk iaitu kitaran makanan. Setiap sesuatu yang dijadikan oleh Allah mesti ada manfaatnya.
Mengikut kajian, manusia memerlukan protein, karbohidrat, lemak dan sebagainya untuk membesar dengan sihat dan cukup tenaga. Secar fitrah, manusia ini diciptakan dengan satu system tubuh badan yang perlu kepada protein. Salah satu sumbernya ialah daripada haiwan yang sedang kita bincangkan sekarang ini. Maka Allah menghalalkan penyembelihan haiwan-haiwan tertentu untuk diijadikan sumber makanan untuk manusia. Di sini, ‘point’ utamanya ialah manusia perlu kepada protein dan sumbernya sebahagian besar daripada haiwan.
Kita berpindah perbincangan kepada persoalan kejam atau tidak penyembelihan yang disyariatkan oleh Islam. Perlu ditekankan di sini bahawa kita meyembelih, bukan membunuh. Walaupun matlamat serta akibatnya sama iaitu menyebabkan haiwan itu mati, namun ianya tetap berbeza. Kita boleh membunuh haiwan dengan pelbagai cara, sama ada tembakan, kejutan elektrik, tikaman, bagi minum racun dan sebagainya. Ianya dianggap kejam. Namun berbeza dengan cara penyembelihan Islam.
Islam mensyariatkan cara penyembelihan khusus. Penyembelih perlu menggunakan pisau yang tajam bagi mengelakkan haiwan terseksa. Penyembelih juga sepatutnya tidak mempamerkan pisau penyembelihan kepada haiwan yyang ingin disembelih. Penyembelihan perlu dimulakan dari bawah leher dengan pisau yang tajan sehingga putus tiga urt utama. Walau bagaimana pun, penyembelih tidak boleh terus menyembelih sehingga terus putus kepala haiwan tersebut.
Di sina kita melihat betpa cantiknya cara penyembelihan tersebut. Dalam saat terawal tiga urat utama diputuskan menyebabkan haiwan tersebut ‘lali’ dan urat saraf yang menghubungkan reseptor-reseptor dengan otak diputuskan. Dalam satu kajian yang mengkaji cara penyembelihan terbaik menyatakan bahawa haiwan yang disembelih dengan cara Islam tidak merasa sakit yang teruk sebelum mati berbanding cara penyembelihan lain.
Kita melihat hikmah kelapa haiwan yang disembelih tidak dipotong terus sehinggalah haiwan tersebut mati. Kepala haiwan tersebut tidak terus diputuskan kerana terdapat urat sarat di bahagian tulang yang masih dan perlu berfungsi untuk membenarkan jantung terus mengepam darah. Darah-darah dalam badan haiwan tersebut perlu dipam keluar kerana akan membahayakan jika ditinggalkan.
Lihatkan betapa cantiknya cara penyembelihan Islam. Di samping mengurangkan kesakitan pada haiwan, dari sudut psikologi pula haiwan itu tidak akan tahu dirinya akan disembelih. Bukan setakat itu sahaja. Malah dari d=sudut kesihatan mereka yang akan memakan daging tersebut(setelah dimasak) juga dijaga.
Dengan ini, pernyataan bahawa cara penyembelihan Islam menzalimi haiwan adalah tertolak. Bagitu juga dengan pernyataan membunuh haiwan itu juga tidak tepat. Islam mensyariatkan penyembelihan, bukan pembunuhan haiwan.
KENAPA ISLAM MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
Jawapan: Sebenarnya Islam tidak pernah merendahkan taraf kaum wanita malah Islam mengangkat status dan maruah kaum wanita.
Sebab pertama kaum wanita perlu menutup aurat dan memakai tudung adalah disebabkan ianya perintah Sang Pencipta.
Sebab kedua…
Satu analogi mudah untuk kita bandingkan dalam menjawab hal ini. Sesuatu mutiara tidak akan diletakkan sesuka hati oleh pemiliknnya. Malah pemilik mutiara itu akan disimpan dalam peti yang berkunci dan dijaga dengan begitu baik. Kenapa? Kerana mutiara itu sangat berharga dan sangat disayangi oleh pemiliknya.
Islam sebenrarnya meletakkan kaum wanita ditempat yang sangat mulia dan ingin menjaga maruah dan nilai permata yang terdapat pada diri seseorang wanita. Ini sebab kedua mengapa kaum wanita perlu menutup aurat.
Sebab ketiga….
Kalau dikaji dari aspek psikologi, apabila seseorang wanita yang tidak menutup aurat bejalan melintasi seseorang lelaki, ini akan membuatkan hati lelaki itu tidak tenang memikirkan mengenai wanita tersebut. Islam sangat menitik beratkan soal ketenangan hati. Dalam Islam, tujuan sebenar seseorang itu dihidupkan adalah untuk beribadah kepada Allah. Ketenangan hati sangat penting dalam mendapatkan kekhusyukan dan focus dalam ibadah. Jesteru, demi menjaga ketenangan hati manusia, Islam menetapkan kaum wanita perlu menutup diri mereka.
Pernah ditimbulkan soal keadilan di mana perempuan perlu menutup bahagian dirinya lebih daripada bahagian tubuh yang perlu ditutup oleh seorang lelaki. Secara fitrahnya, pada diri seseorang wanita itu terdapat perkaa yang dapat membuatkan hati lelaki tidak tenang serta menaikkan syahwat lelaki. Namun pada diri seseorang lalaki tidak banyak perkara yang membuatkan seseorang wanita bersyahwat. Satu contoh mudah, sekiranya seseorang wanita menampakkan betisnya kepada seseorang lelaki sudah cukup untuk membuatkan diri seorang lelaki bernafsu, berfikir dan membayangkan seluruh tubuh wanita tersebut. Namun apa yang berlaku sekiranya seseorang lelaki berjalan dengan berseluar pendek dengan bulu kaki terbiar berserabut di kaki??? Tak mungkin wanita tersebut tergerak syahwat malah mungkin geli. Inilah fitrah manusia.