Penawar Jiwa dan Ubat Hati yang Gelisah
Seluruh manusia pasti pernah berdepan dengan hal-hal. yang tidak menyenangkan, atau bahkan hal yang menyakitkan Kerana, musibah adalah sebahagian dari lumrah hidup. Dan apabila kita resah dan gelisah, apakah yang patut kita lakukan? Terdapat lima macam penyembuh hati yang mesti diketahui:
Bacalah al-Quran dengan penghayaum maknanya.
Kosongkan perut dengan berpuasa
Kerjakanlah sembahyang di tengah malam yang gelap gelita.
Banyaklah istighfar ketika menjelang sahur. Selalulah berziarah bertemu ulama.
Pada bahagian yang lalu telah dijelaskan bahawa setelah mengerjakan sembahyang Isyraq hendaklah kamu membaca al Quran dengan berusaha memahami maknanya. Kemudian kerjakan segala sesuatu yang baik kerana hal itu termasuk ubat hati agar hatimu tidak keras dan jauh dari Allah. Menurut ulama, ubat hati itu ada lima macam, yakni jika hatimu mengidap penyakit yang dapat menjauhkan kamu dari Allah maka ubatilah dengan lima perkara. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada lima macam ubat hati, yakni membaca al-Quran, mengosongkan perut atau puasa, qiyamullail (tahajjud), tadarruk(beristighfar) ketika sahur, dan selalu berziarah menemui ulama." Sebahagian ulama menambahkan dari yang lima itu, iaitu makan dan minum yang halal, kerana itulah hujung segalanya, Dari makanan dan minuman kita mendapatkan tenaga. Maka apabila kamu berpuasa, kemudian hendak berbuka, perhatikanlah makanan itu, halal atau tidak, kerana makanan yang haram akan membuat hati semakin keras. Membaca al-Quran adalah termasuk ubat hati, kerana al-Quran mengandungi cahaya dan cahaya alQuran menyebabkan timbulnya rasa takut kepada Allah s.w.t Hasan Bashri berkata: "Jika seseorang sentiasa membaca alQuran setiap selesai menunaikan sembahyang Subuh maka ia akan banyak sedihnya dan sedikit gembiranya; banyak menangisnya, sedikit tertawanya; banyak kesibukannya, sedikit waktunya yang kosong. Menurut Wahab bin al-Warad, banyak sekali hadis yang berisi nasihat yang kita temukan, semuanya menunjukkan kepada kita cara melembutkan hati, dan membaca al-Quran adalah satu daripadanya. Selain itu juga mengosongkan perut dengan puasa pada waktu siang, sebab puasa mengandungi banyak hikmah, dapat menenangkan hati membawa keselamatan dari malapetaka, meringankan badan dalam mengerjakan ibadat, dan juga dapat menghilangkan penyakit. Sedangkan jika perut kenyang, ia akan membawa hal-hal yang sebaliknya. Kerana itu, banyak sekali hadis yang memuji orang yang suka mengosongkan perut dan mencela orang yang selalu kenyang. Antara lain ialah hadis-hadis yang berikut ini:
1. Inti amal seseorang ialah lapar
2. Lapar adalah induk ibadat
3. Hidupkan hatimu dengan mengurangi banyak ketawa dan makan. Sucikan hatimu dengan banyak lapar, nescayahatimu akan halus dan bercahaya.
4. Orang yang paling dekat kepada Allah di kalangan kamu ialah orang yang paling banyak laparnya dan banyak berfikirnya.
5. Sesiapa yang banyak makannya, banyak pula ia mendapat siksa.
6. Tidak ada kesihatan jika banyak makan dan tidur, dan tidak ada berkat tanpa makanan yang halal.
7. Ada tiga hal yang dapat mengeraskan hati, iaitu sering tidur, suka bermain,dan sering makan.
8. Sesiapa kenyang di dunia, ia akan lapar di akhirat; dan sesiapa lapar di dunia, ia akan kenyang di akhirat.
Sesungguhnya masih banyak keterangan tentang lapar dan kenyang, namun insya-Allah di lain kesempatan akan kita bahas lebih terperinci lagi. Qiyamul Lail (tahajjud) juga termasuk ubat hati kerana ia dapat menghilangkan godaan syaitan, mencegah perbuatan dosa, menghilangkan penyakit dari badan, mendapat reda Allah, dan disenangi orang soleh.
Yang dimaksud dengan Qiyarnul Lail ialah mengerjakan ibadat, sama ada berbentuk ibadat sembahyang atau ibadat lainnya, dalam pengertian selain ibadat sembahyang tahajjud Sebagaimana dijelaskan di dalam Tafsir ai-Shawi bahawa firman Allah: "Lakukanlah sembahyang dan selain sembahyang." Dalam kitab al-Nashaih, Habib ai-Haddad berkata: "Ketahuilah bahawa Qiyamul Lail merupakan suatu pekerjaa.., yang sangat berat, lebih-lebih lagi kerana ia dikerjakan setelah tidur. Tetapi pekerjaan yang berat itu akan menjadi ringan dan mudah jika sudah menjadi kebiasaan, yakni apabila mengerjakannya secara berterusan dan selalu sabar akan kepayahan yang diterimanya ketika pertama kali ia mengerjakan. Sesiapa yang sanggup mengerjakan pekerjaan yang berat itu, Allah akan membukakan pintu baginya, dan ia akan merasakan manis dan nikmatnya munajat ke hadrat Allah s.w.t. Jika sudah menjadi kebiasaan, Qiyamul Lail sebenarnya bukan pekerjaan yang berat lagi, dan tidak akan merasa enggan mengerjakannya seperti halnya orang-orang solih, yakni hamba-hamba Allah yang sentiasa taat kepadanya. Sebahagian ulama sufi berkata: "Alangkah bahagianya hidup di syurga jika kehidupannya seperti kehidupan kami pada malam ini." Sebahagian yang lain pula ada yang mengatakan: "Sejak empat puluh tahun terakhir ini aku tidak pernah meninggalkan sembahyang malam." Dan yang lain pula menjelaskan: "Penggemar sembahyang malam akan merasa nikmat di tengah malam buta daripada para penggemar mainan di tengah permainannya." Masih ada pendapat lain yang mengatakan: "Sekiranya Qiyamul Lail dan bersaudara kerana Allah tidak dibenarkan di dunia ini, sungguh aku ingin segera mati." Sebenarnya masih banyak pendapat ulama yang menjelaskan betapa mulianya sembahyang malam ini. Menurut mereka, ketika fajar sedia menyingsing, kemudian ramai orang berduyun-duyun mengambil airwuduk makamereka itulah orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan mereka sentiasa mengikuti petunjuk itu. Wahai para pemburu reda Allah, hendaklah kamu mengerjakan sembahyang malam sebanyak-banyaknya dan kerjakan secara berterusan di setiap malammu, nescaya engkau akan menjadi sebahagian hamba Allah yang apabila berjalan di muka bumi, ia berjalan dengan rendah hatii dan apabila orang-orang jahil menegurnya, ia berkata"salama" (semoga engkau mendapat keselamatan); mereka adalah orang-orang yang selalu bersujud kepada Tuhannya di tengah malam buta. Dan masih banyak lagi sifat terpuji yang diberikan oleh Allah kepada orang-orang yang bersujud di tengah malam. Jika kamu tidak sanggup mengerjakannya sebanyak-banyaknya, maka kerjakanlah semampu kamu kerana Allah telah berfirman: "Bacalah apa yang mudah bagimu dari al-Quran (dalam sembahyang malammu)." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Disunatkan bagi kamu sembahyang malam meskipun hanya satu rakaat, dan sebaiknya bacalah ayat-ayat al-Quran dalam sembahyang itu. Tetapi yang lebih baik bagi kamu ialah jika kamu dapat mengkhatamkan al Quran sekali setiap satu bulan. Tadaruuk (istighfar) kepada Allah pada waktu sahur adalah juga ubat hati kerana pada waktu itulah segala doa akan dikabulkan Allah s.w.t. sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah s.a w. bahawa Allah S.w.t. akan menurunkan rahmat-Nya dari langit pada tiaptiap sepertiga malam, kemudian Dia berseru: "Sesiapa berdoa kepada-Ku, akan Aku perkenankan. Sesiapa memohon kepadaKu, akan Aku penuhi permohonannya. Dan sesiapa memohon ampun maka akan Aku ampuni dosanya." Kalau kita renungkan, betapa Allah menawarkan janji kepada kita, dan Dia akan menepati janji-Nya ketika kita mengerjakan ibadat di tengah malam yang sepi Bersilaturahim dengan orang-orang solih juga merupakan salah satu ubat hati kerana dengan banyak mengerjakannya itulah kita akan dapat meniru dan meneladani ucapan, perbuatan, dan akhlak terpuji mereka. Dengan mendekati mereka pula kita akan dapat mengikuti jejak baik mereka, dan kita akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat kerananya, sebab orang solih adalah orang yang selalu menegakkan hak-hak Allah dan makhluknya. Bagi para qari dtln hafiz, bacalah al-Quran dengan adab tilawah yang baik. Pembicaraan kita sekarang adalah tentang membaca al Quran, kerana dalam membaca kitab suci itu hendaknya setiap orang yang akan membacanya memperhatikan adab tilawah yang telah ditentukan Allah dan Rasul-Nya dalam al-Quran dan al Hadis Tidak ubah seperti zuhud terhadap dunia, begitu juga meninggalkan segala kesibukan terhadapnya. . Sebahagian adab tilawah adalah akhlak yang mulia, dan di antara akhlak yang mulia itu ialah zuhud terhadap dunia dan meninggalkan kesibukan terhadapnya. Pembicaraan kita terhadap zuhud, secara panjang lebar telah kita bahas sebelum ini. Tidak ubah seperti sifat dermawan, begitu juga bersikap ramah dan berperangai yang manis adalah sebahagian dari akhlak yang mulia. Bersikap dermawan adalah juga sebahagian dari akhlak yang mulia, namun masih ada ulama yang membezakan kata al-fud dan al-Sakha. Menurut mereka, kata Sakha lebih luas pengertiannya daripada kata al-fud, iaitu sifat batin yang mulia tanpa ada riya di dalamnya, keluar dari jiwa yang bersih, dan dilakukan tanpa mengharap balasan suatu apa pun. Sedangkan kata fud ertinya bersikap dermawan yang dilakukan seseorang dengan mengharap balasan, baik berupa material, pujian atau pahala, bahkan tidak sedikit yang mengerjakannya dengan tujuan riya: Kebalikan dari al-fud dan al-Saklza (dermawan) adalah alBukhala(kedekut). Setiap orang bersikap al-Sakha pasti bersikap al-Jud,.tidak sebaliknya. Menunit Imam al-Qushairi, kataal-Sakha mempunyai erti yang lebih luas dari al-fud, dengan ukuran sebagai berikut: Sesiapa memberikan sebahagian yang dipunyainya dan menyisakan sebahagiannya, maka orang itu dinamakan Saklla. Sesiapa yang memberikan semua yang dimilikinya dan menyisakan hanya untuk dirinya sendiri, maka ia disebut Jud Sesiapa suka mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan dirinya sendiri maka ia disebut Ithar. Sebenarnya tawakkal, bersangka baik, takut kepada Allah, mengharap reda-Nya, bersikap baik dalam pergaulan, bersikap sopan dalam perdebatan, bersikap adil dan gemar menolong orang lain adalah juga termasuk akhlak yang mulia. Dalam hadis disebutkan bahawa Allah Maha Mulia dan suka kepada akhlak yang mulia. Perhatikan untaian kata mutiara di bawah ini: Hiasilah pergaulanmu dengan akhlak mulia, namamu akan harum dan disenangi ramai kawan. Jadikan kawanmu sebagai sasaran sedekahmu dan hindari musuhmu tanpa menyakiti hatinya. Bait syair di atas menjelaskan bahawa hendaklah kamu menghadapi musuhmu dengan akhlak yang baik, tanpa mesti menyakiti hatinya; dan bersikap rianglah, ramah dan baik hati kepada kawan-kawanmu. Sebahagian ulama sufi ada yang berkata: "Merupakan suatu kebaikan jika bersikap ramah dan berwajah ceria dalam pergaulan." Tanamkanlah sikap lemah lembut, sabar dan berusaha dengan jalan yang halal juga termasuk akhlak yang mulia Erti al-Hilm yang sesungguhnya ialah meninggalkan sikap tergesa-gesa dalam menghadapi sesuatu. Jika kata al-Hilm itu dibangsakan kepada Allah maka ertinya Dia tidak tergesa-gesa menyiksa orang yang berdosa, bahkan Allah memberi mereka umur yang panjang dan rezeki yang melimpah. Dan jika hambaNya itu bertaubat, Dia akan menerima taubat mereka dengan sifat Hilmnya. Erti sabar yang sesungguhnya ialah menahan hawa nafsu dari gejolak jiwa yang terjadi secara tiba-tiba dan tanpa kesengajaan. AI-Junaid berkata: "Sabar ialah menahan hawa nafsu sekaligus, tanpa berfikir panjang ."Menurut al-Shawi, sabar ialah memerangi hawa nafsu untuk taat kepada Allah s.w.t. Jika kata sabar dibangsakan kepada Allah maka ia bererti sama dengan makna al-Hilm. Sedangkan erti Tanazzuh ialah mengerjakan suatu usaha dengan jalan bersih, pada waktu kamu mengharap reda-Nya Ramai orang yang tinggal di rumah bersikap warak, dan rendah hati adalah kesempurnaan akhlak mulia. Masih termasuk ke dalam kategoriakhlak yang mulia yang mesti dilakukan oleh para Qurra dan Huffaz ialah tomaninah atau lebih lama tinggal di rumah, bersikap warak, dan merendah hati kepada Allah, Rasul, ulama dan kaum muslimin. Mencukur misai, merapikan janggut, memotong kuku, dan mencabut bulu ketiak adalah juga akhlak yang mulia. Bait-bait syair tersebut menunjukkan bahawa perbuatan seperti di atas hendaklah karriu kerjakan kerana semua itu adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Menjaga suara kentut, membuang kotoran dari badan dan pakaian juga sebahagian dari akhlak yang mulia. Sempurnakan akhlakmu dengan menjaga kentutmu agar tidak keluar di sebarang tempat atau di tengah orang ramai. Di samping itu, kamu harus pandai membersihkan badan dan pakaianmu agar kamu tidak kehilangan kawan dan pergaulanmu. Menghindari banyak ketawa dan banyak bergurau juga sebahagian dari akhlak yang mulia. Akhlak mulia yang lain ialah menghindari banyak ketawa dan banyak bergurau, sebab ketawa akan membuat lupa kepada akhirat. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sekiranya kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu tidak akan banyak ketawa, tetapi sebaliknya pasti kamu banyak menangis." Di samping tidak banyak ketawa, kamu juga tidak boleh banyak bergurau, sebab gurauan itu akan membuat ketawa, mengeraskan hati, dan membuat lupa berzikir kepada Allah dan memikirkan hal-hal yang menjadi kepentingan agama. Bergurau pada dasarnya boleh asalkan tidak berlebihan. Bergurau harus disertai tujuan merehatkan urat syaraf. Maka perhatikanlah kata mutiara yang berikut: Hindarilah gurauan jika gurauan membawa petaka Ketahuilah, tidak ada luka yang lebih parah dari luka. kerana lidah, tidak sedikit darah yang mengalir akibat angkara lidah. Menghindari ujub, riya, hasad dan menghina orang lain adalah sebahagian dari akhlak ycmg mulia. Sebahagian dari akhlak yang mulia itu ialah menghindari sikap ujub, riya, hasad dan menghina orang, sebab perbuatan tersebut adalahsumber penyakit hati. Ujub ialah membanggakan diri atas apa yang dimilikinya, dengan melupakan siapa Pemberinya. Seseorang sering ujub kerana bentuk tubuhnya kecantikan wajahnya, keturunannya dengan banyak kawan dan saudara, pembantu dan kekayaan. Pendek kata, ujub ialah membanggakan diri atas segala kelebihan yang dimilikinya. Hanya orang jahil yang membanggakan sesuatu yang tidak dimilikinya. Bagaimana ia akan bangga,sedangkan yang ia banggakan itu bukan miliknya? Sesungguhnya ujub juga boleh termasuk ibadat, asalkan dilakukan pada tempatnya, iaitu jika ujub dengan segala nikmat yang diterimanya. Maka ujublah dengan nikmat Tuhanmu itu dengan jalan banyak-banyak bersyukur kepada Allah. Riya adalah mengerjakan sesuatu kerana ingin Pembahasan tentang riya ini sudah berlalu di awal buku ini. Hasad ialah selalu mengharap hilangnya nikmat Allah yang ada di tangan orang lain, sama ada nikmat berupa keduniaan atau yang berhubungan dengan agama. Yang menimbulkan hasad biasanya adalah permusuhan, miSalnya, jika seseorang pernah merasa disakiti oleh saudaranya yang lain, kemudian ia merasa dendam kerananya. Jika pada ketika itu ia tidak mampu membalasnya, ia akan selalu mengancamnya, meskipun zaman telah banyak berubah keadaannya. Cara menghadapi hasad sebaiknya lebih dahulu menyedari bahawa segala sesuatu telah diatur oleh Yang Maha Kuasa. Terutama sekali terhadap dunia, janganlah sekali-kali kamu berbuat hasad, kerana hal itu akan membuat kamu semakin menderita. Kamu akan merasa sakit jika kamu melihat musuhmu semakin kaya, kamu akan semakin tersiksa jika bahaya dan malapetaka tidak menimpa musuhmu Merendahkan orang lain atau menghinanya adalah perbuatan yang haram, tidak boleh dilakukan oleh setiap orang yang mengaku dirinya orang Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Pertama sekali amal yang akan dihisab Allah terhadap seseorang ialah amal kej ahatan menghina saudaranya yang muslim. Perbuatan menghina orang lain itu biasanya disebabkan oleh ujub dan takbur yang ada pada dirinya. Cara mengatasinya ialah hendaklah ia mengenal Tuhannya dan dirinya sendiri dengan baik Bagi orang yang mengenal Tuhannya, ia akan mengetahui bahawa hanya Tuhanlah yang Maha Agung dan Maha Besar dari segalanya, dan tidak layak bagi dirinya untuk menyombongkan diri, bahkan ia perlu sedar bahawa dirinyalah yang sesungguhnya paling hina, maka hendaklah merendah diri. Bacalah wind dan Rasulmu ketika engkau berzikir dan berdoa, bertasbih dan bertahlil kepada-Nya. Dekatkan diri kepada Tuhanmu secara sembunyi dan terang- terangan, kepada-Nya jualah mesti engkau serahkan segala urusanmu Hendaklah kamu membaca wirid Nabi sa.w. ketika kamu berzikir, berdoa, bertasbih, dan bertahlil. Di samping itu kamu juga mesti banyak mendekatkan diri kepada Allah s.w.t., sama ada secara sembunyi mahupun secara terang-terangan. Serahkanlah segala urusanmu kepada- Nya, kerana dengan demikian akan terbukalah cahya makrifat dan akan memancarlah cahaya hikmah di hatimu. Selain itu Allah akan memberkati ilmu yang kamu miliki dan akan memberikan taufik-Nya kepadamu.
No comments:
Post a Comment