Wednesday, August 19, 2009

DOA MENGHINDARI H1N1

Oleh kerana sekarang ini berlaku pelbagai wabak penyakit seperti selsema babi, H1N1 sebaiknya kita umat islam meminta perlindungan dari Allah, supaya dijauhkan penyakit seperti ini.

Ini doa nya, di baca tiga kali pada pagi dan petang

بسم الله الرحمن الرحيم
تَحَصَّنَا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِين
Kami berlindung dengan Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasan, dan kami berlindung dengan Tuhan yang memilik alam ghaib, dan kami bertawakal kepada Tuhan yang hidup lagi yang tidak mati, ya Allah jauhkan lah kami daripada wabak ini dan taun, dan segala bala, (kami mohon) dengan ihsan mu wahai Tuhan yang Maha lemah lembut lagi maha mengetahui sesunguh Engkau di atas setiap sesuatu amat berkuasa,

Sesungguhnya setiap bala dan virus yang Allah utuskan tidak akan menimpa seseorang melainkan dengan arahan dari Allah SWT.

Kita tidak boleh memohon kepada Allah untuk menghapuskan Wabak dan segala penyakit kerana semuanya mempunyai hikmah dari Allah tetapi kita disunatkan memohon dilindungi oleh Allah dari wabak tersebut sekiranya kita benar-benar layak dilindungi oleh Allah SWT tetapi jika kita telah tersenarai dalam catitan Allah SWT maka terimalah kerana Allah Maha Adil.Mungkin pada mata kasar kitalah manusia paling baik,kitalah manusia paling warak tetapi keputusanya Allah telah putuskan.

Rasulullah telah melakukan solat Istisyqa' atau solat minta hujan di Masjid Al-Ghamamah dengan doa agar hujan turun disekeliling Kota Madinah Munawwarah,Rasulullah tidak meminta hujan turun di tengah kota Madinah sehingga menyebabkan banjir, Rasulullah juga tidak meminta agar musim kemarau dihapuskan segera pada masa tersebut.. Rasulullah tahu siapakah dirinya dan Siapa Allah.. Rasulullah hanyalah seorang Hamba Allah dan Kekasih Allah yang tidak memiliki kuasa Arahan dan Ilmu Ghaib seperti Allah.. Pasti Kemarau dan H1N1 adalah bergerak dengan Ilmu dan Arahan Allah yang sedikit pun tidak akan lari dari garisan-garisan yang telah Allah tetapkan.

Awas jangan sekali SOLAT hajat doa menghapuskan H1N1 tetapi solatlah memohon agar Allah menyelamatkan kita dari Bala tersebut.kerana jika memohon agar H1N1 dihapuskan bererti kita telah tahu lebih dari Allah dan Allah telah silap dalam mengatur Alam ini.sehingga menyusahkan manusia... Nauzubillah.Jangan Mendahulukan diri kita daripada Allah Azzawajal.

No comments: