Monday, August 17, 2009

RASULULLAH MENYELESAI PERSOALAN SAHABAT

Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu
anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa
kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia telah menyatakan
tujuannya : Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan
aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat

. Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya Tanyalah apa
yang engkau kehendaki :

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim
Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka
engkau akan jadi orang yang alim

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya
Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada
diri maka engkau akan jadi orang paling kaya

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil
Baginda S.A.W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain
sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka
jadilah engkau seadil-adil manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik
Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berguna
kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik
manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di
sisi Allah
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya
engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah

Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku
Baginda S.A.W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya
imanmu akan sempurna

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang
yang muhsinin (baik )
Baginda S.A.W menjawab : Beribadatlah kepada Allah
seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak
merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap
melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan
Termasuk golongan muhsinin
Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka
yang taat
Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajipan
yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam
golongan mereka yang taat

Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan
bersih daripada dosa
Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada
najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah

dalam keadaan suci daripada dosa

Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari kiamat di
bawah cahaya
Baginda S.A.W menjawab : Jangan menzalimi seseorang
maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah
cahaya

Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari
Kiamat
Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah dirimu dan
kasihanilah orang lain nescaya Allah akan
mengasihanimu pada hari qiamat

Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar
nescaya akan dihapuskan (kurangkan ) segala dosamu

Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia
Baginda S.A.W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu
perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi
semulia-mulia manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa menyerah diri
(tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi
segagah-gagah manusia

Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa berada dalam

keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan

memurahkan rezeki kepadamu

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka
yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya
Baginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang
disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk
dalam golongan yang dicintai oleh Mereka

Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan
Allah pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Jangan marah kepada orang
lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan
Allah dan rasulNya

Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku
Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram
nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya

Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala
keaibanku pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain
nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat

Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda S.A.W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir
air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada
kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi
Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Elok budi pekerti, rendah
diri dan sabar dengan ujian (bala )

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi
Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit
ketaatan

Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di
dunia dan akhirat ?
Baginda S.A.W menjawab : Sedekah dalam keadaan

sembunyi ( tidak diketahui ) dan menghubungkan kasih
sayang

Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka
pada hari qiamat?
Baginda S.A.W menjawab : sabar di dunia dengan bala
dan musibah Telah berkata Imam Mustaghfirin: aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat selain hadis ini....

No comments: