Wednesday, August 19, 2009

KISAH MENYAYATKAN HATI

SEORANG WANITA MUSLIM MESIR DIBUNUH DI DALAM MAHKAMAH GERMAN...


Kisah menyanyat hati ini berlaku minggu lepas. Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini, yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab. , beliau dibunuh digelar 'Pengganas', hanya kerana beliau B.E.R.T.U.D.U.N.G. !!

Setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro.

Anda tahu apa yang berlaku setelah Mahkamah menjatuhkan hukuman tersebut?

Lelaki yang tidak Islam atau jiran Marwa telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Memang, anda tak salah baca, memang 18 kali dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 3bulan...memang menyayatkan hati bukan?


Belum cukup dengan pristiwa tersebut. Suami Marwar yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, untuk menyelamatkan isterinya yang solehah tetapi....

......

...akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwar....inilah demokrasi yang dilaung-laungkan dibarat.Pembunuhan berlaku dalam mahkamah dan semua insan lain hanya dapat memandang tanpa perasaan ukhuwah dalam agama dan tanpa perasaan kasihan antara manusia... begitulah hakikat umat Islam di saat ini, mereka dipisahkan antara satu sama lain kerana isu-isu peribadi dan kenegaraan, mereka telah menyuburkan rasa kecintaan kepada Dunia dan Kepentingan peribadi melebihi segala-galanya..

Sekarang cuba anda fikir, bagaimanakah logiknya seorang perempuan ditikam 18kali di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita tersebut, melainkan suaminya yang tercinta, yang akhirnya kerkesudahn juga ditembak.

Logik atau tidak anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali? Cuba anda tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tidak mungkin dapat melakukanya. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lemah? .

Itu isu pertama, mengapa media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan darah mereka? Ermm..logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini.

Mungkin ada antara yang membaca kisah ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapap perlu dihebohkan. Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka ini akan menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China. Atau ada antara anda yang masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China. mungkin logik sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah.






Sampai bilakah....dunia akan berkata 'cukup'untuk umat Islam.

No comments: