Monday, August 17, 2009

SIFAT ULAMAK YANG ALLAH SAYANGI

MENGENALI TANDA-TANDA ULAMA PEWARIS NABI

Sekiranya ditinjau dari segi bahasa maka kata "ulama" itu adalah bentuk jamak dari kata "alim". Jadi kata "ulama" dari segi bahasa bererti "orang yang banyak ilmunya." Tetapi dimaksud ulama menurut pengertian istilah tidak demikian lebih-lebih lagi pengertian ulama yang berorientasikan akhirat dalam setiap tindakan dan kegiatannya. Ciri-ciri yang dapat digolongkan sebagai ulama akhirat adalah seperti berikut:

  1. Tidak mengharap dunia dari ilmunya.
  2. Mengotakan apa yang dikatakannya.
  3. Orang yang pertama mengerjakan perintah Allah dan meninggalkan yang dilarangnya.

Demikianlah secara ringkas disebutkan beberapa tanda ulama akhirat, yakni ulama yang sesungguhnya, yang menjadi lawan dari ulama su atau ulama dunia. Menurut pendapat yang lain, ulama akhirat mempunyai tanda-tanda sebagai berikut:

  1. Tidak mengharapkan dunia dari ilmu yang diajarkannya.
  2. Lebih mementingkan kebahagiaan di akhirat kelak dari kebahagiaan di dunia.
  3. Menganggap dunia sebagai pelengkap atau bekal bagi kehidupan akhirat, kerana orang yang mengharap dunia dan akhirat tidak ubahnya seperti dua daun timbangan;jika daun yang sebelah lebih berat maka yang sebelah lagi lebih ringan.
  4. Mengotakan apa yang dikatakannya, kerana ia takut akan firman Allah s. w. t: Sungguh dahsyat siksa Allah ke alas orang yang hanya pandai berkala namun tidak mahu mengerjakannya.
  5. Orang pertama mengerjakan perintah Allah; sedangkan terhadap larangan Allah s. w. t., dia pulalah yang pertama meninggalkannya.
  6. Dia mencintai ilmu, selalu taat dan tidak pemah mengharap dunia.
  7. Dia gemar mencari dan mengajarkan ilmu, gemar mengutip al-Quran dan hadis untuk ilmunya.

Selain tanda-tanda yang telah dijelaskan di atas, masih ada lagi tanda-tanda lain bagi ulama akhirat, yakni ia selalu senang menggali ilmu-ilmu yang bermanfaat, gemar membicarakan ilmu dengan teman-temannya, dan iaselalu mengutip al-Quran dan hadis demi ilmunya. Dalam kitab al-Ihya dijelaskan bahawa Hatim al-Asham pernah ditanya oleh gurunya, Syaqiq al-Balkhi: "Hatim, sudah berapa tahun kamu belajar dariku? Hatim menjawab: "Tiga puluh tiga tahun." Syaqiq berkata: "Apa yang sudah kamu dapat dariku?" Hatim menjawab: "Saya hanya mendapatkan lapan perkara." Syaqiq berkata: Inna Lillali Wa innaa llaihi Rarajiun. Sudah lama kamu belajar denganku, tetapi mengapa hanya itu yang kamu dapat? Hatim berkata: "Memang benar, saya tidak berbohong hanya itu yang saya dapat." Syaqiq berkata: Baiklah kalau begitu, sekarang cuba sebutkan yang lapan perkara ltu. Hatim menjawab:

  1. Aku melihat semua orang mempunyai kekasih, namun ketika orang itu sampai di kuburan, semua kekasihnya meninggalkannya, kecuali amal baiknya. Maka aku ingin amal baik sebagai kekasihku, agar ketika aku hendak masuk ke liang kubur pun ia selalu bersamaku.
  2. Aku membaca firman Allah:

Dan sesiapa yang mengharap maqam Allah, dan dia tidak mengikuti hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurga adalah tempat kembali baginya. Aku percaya akan kebenaran firman Allah itu, maka aku ingin berusaha menahan hawa nafsuku agar aku mendapatkan tempat seperti yang dijanjikan Allah itu.

  1. Semua orang ingin memiliki harta dan barang-barang berharga, sedangkan aku melihat dan membaca firman Al­lah: Apa yang ada di sisimll akan mllsnah, dan apa yang dimiliki Allah berkekalan. Maka j ika aku memiliki sesuatu, aku selalu menginfaqkannya ke jalan Allah agar ia menjadi kekal.
  2. Semua orang membanggakan diri dengan harta, anak, dan keluarga, padahal semua itu tidak bererti dalam pandangan Allah, sebagaimana firman- Nya:
    Sesungguhnya yang paling mlliia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa daripada kamu. Maka aku selalu berusaha untuk takwa agar aku mulia di sisi-Nya.
  3. Ramai orang. yang saling dengki antara satu dengan yang lain kerana masalah kehidupan, padahal Allah sudah membuat ketetapan: Kami telah membahagi-bahagikan kepada mereka jalan hidup mereka di dunia ini. Maka aku berusaha menjauhi dengki dan manusia, sebab aku yakin bahaga segal a sesuatu telah diatur dan ditetapkan oleh Allah s.w.t.
  4. Ramai manusia saling membunuh dan bermusuhan sesamanya: Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata, maka jadikanlah ia sebagai musuh. Maka bagiku musuh satu-satunya adalah syaitan, dan bukan sesama manusia.
  5. Ramai orang yang berusaha keras untuk mencari nafkah hidup sehingga ada yang merelakan dirinya hina dan menghalalkan segal acara: Tidaklah ada haiwan yang melata di bumi ini kecuali Allah telah menjamin rezekinya. Maka aku yakin bahawa aku termasuksalah satu haiwan yang disebut pada firman Allah tersebut. Sebaiknya aku selalu taat kepada-Nya kerana Dia akan memberiku rezekinya.
  6. Ramai orang yang bergantung kepada orang lain: Sesiapa yang bertawakal kepada Allah, maka ia akan memenuhi keperluannya.

Maka aku serahkan segala urusanku kepada Allah s.w.t Syaqiq berkata: "Wahai Hatim muridku, semoga Allah memberimu taufik dan hidayah. Memang demikian itulah yang aku dapatkan dari Taurat, Injil, Zabur, dan al-Quran; dan aku fahami juga bahawa hal-hal yang berkaitan dengan agama dan kebaikan sesungguhnya berkisar dari lapan hal tadi. Maka sesiapa yang mengamalkan lapan hal itu, ertinya ia sudah mengamalkan isi empat kitab itu."

Ulama sufi pernah bermadah:

Ulama akhirat juga tidak mewah dalam makallan, tidak megah dalam pakaian dan tempat tinggal. Tidak suka berfoya-foya, berhias dengan haria, tetapi cenderung qanaah dalam hidupnya. Masih ada tanda-tanda lain bagi ulama akhirat, iaitu tidak senang hidup mewah, bermegah-megah dan berfoya-foya, baik dari segi makanan, pakaian, dan tempattinggal. Dalam kehidupan sehari-harinya ia hidup qanaah, iaitu hidup sederhana dan apa adanya. Dia tidak ingin menjadi pegawai, bahkan menghindar agar tidak terlibat. Kecuali untuk nasihat, mengusir kezaliman, dan menolong orang tidak sihat.

Ulama akhirat tidak ada yang mahu menerima jika diberi jawatan, haram baginya meminta atau mengemis kedudukan di dalam kerajaan. Mereka menolak jika diberi jawatan, kecuali apabila benar-benar diperlukan kehadirannya, sebagai penasihat, pembimbing spiritual, atau penumpas kezaliman. Maka jika mereka menerima ganjaran berupa wang gaji setiap bulan, adalah wajar atas pekerjaan dan jasa yang telah diberikannya. Orang-orang terdahulu ramai yang enggali terlibat dalam kerajaan, seperti yang diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib dari Rasulullah s.a.w., beliau berkata:

"Sesungguhnya di dalam neraka ada sebuah lembah yang apabila dibuka akan mengeluarkan api yang menyala-nyala, bahang panas api dari lembah itu tujuh puluh darjat lebih tinggi daripada panas api neraka Lubang itu disediakan untuk orang-orang yang beramal riya dan orang-orang yang mengemis jawatan kepada kerajaan.

" Umar bin Abdul Aziz pemah mengirim surat kepada Hasan Bashri, di antara isi suratnya ia meminta petunjuk kepada Hasan . tentang orang yang mesti ia tolong. Hasan menjawab dalam surat balasannya: "Ahli agama (ulama akhirat) tidak memerlukan kamu sedangkan ahli dunia (ulama dunia), kamu tidak mungkin mengharapkan mereka, kerana jika kamu berikan jawatan kepada mereka, nescaya mereka akan berkhianat kepadamu." Sebagaimana sudah kita ketahui bahawa Umar bin Abdul Aziz adalah seorang raja yang sangat zuhud pada zamannya. Abu Zarr pernah menasihati Salmah: "Ya Salmah, tidak usah engkau dekati para pegawai pemerintah kerana dunia tidak akan engkau dapat dari mereka sebelum kamu mengorbankan agamamu. Dan ketahuilah, itu adalah fitnah yang paling besar bagi seorang ulama dan sasaran empuk bagi syaitan, kerana engkau akan bertutur kata-kata yang manis, menarik, dan memikat, padahal syaitan sudah membawamu ke arah lain. Syaitan akan berbisik dalam hatimu bahawa kamu "masuk ke kancah kerajaan adalah untuk menegakkan kebenaran dan membasmi kezaliman, padahal setelah kamu masuk dan diterima sebagai pegawai, kamu akan lupa segalanya, kamu akan terbuai dengan kenikmatan pujian yang diberikan orang kepadamu. Sehingga wajarlah ada ungkapan yang kurang sedap di dengar bahawa ulama ialah orang yang jika sudah tahu, ia ingin mengerjakan; jika sudah mengerjakan, ia akan sibuk dengan pekerjaannya itu; jika sudah sibuk, ia akan lupa tugas sucinya sebagai ulama; jika sudah lupa, ia akan menghindarinya jauh-jauh. Penulis menjelaskan bahawa seorang ulama boleh sahaja memasuki kancah kerajaan, asal kehadirannya betul-betul diperlukan, baik sebagai pembimbing mental mahupun sebagai tabib; dan dari apa yang diperolehinya ia tidak begitu bangga, bahkan cenderung qanaah. Berhati-hati dnlam berfatwa,bahkan merendah mengaku dirinya bukan ahli Berlaku jujur dnlam ijtihad, mengaku tidak tahu jika tidak mampu Tanda-tanda ulama akhirat yang lain ialah, ia tidak mudah memberikan fatwa, berhati-hati dalam ijtihad; jika ia tidak mampu dengan jujur ia katakan bahawa dirinya tidak tahu, dan mempersilakan untuk menanyakan kepada orang lain yang lebih tahu. Imam al-Ghazali berkata: "Sebahagian tanda-tanda ulama akhirat ialah, dia sangat berhati-hati dalam berfatwa, bahkan berusaha untuk tidak berfatwa sarna sekali. Jika ia ditanya tentang apa yang ia ketahui dengan jelas, baik dari aI-Quran, hadis, ijmak, dan qiyas, maka ia memberikan fatwa sesuai dengan kemampuannya. Tetapi jika ia tidak mengetahuinya sedikit pun, ia cukup menjawab: Saya tidak tahu. Jika ia ditanya tentang pendapatnya atas hasil ijtihad orang lain, ia sangat hati-hati memberi pendapat; atau lebih baik ia katakan: Percayalah pada pendapat orang itu! Kerana taqlid pada ijtihad yang benar adalah suatu pahala yang sangat besar.”

Di jelaskan bahawa ada tiga sumber ilmu, iaitu:

  1. Kitab yang boleh bercakap.
  2. Sunah yang boleh berdiri.
  3. IImu atau pendapat (ijtihad).

Ketahuilah, dalam ijtihad itu diam ertinya setuju. Perhatikan kata-kata di bawah ini:

Hendaklah seorang alim mengaku tidak tahu jika ditanya Narnun itu ada salahnya, ada pula benarnya, kerana fatwa yang sesat boleh menyebabkan pembunuhan." Menuntut ilmu untuk meraih kebahagiaan di akhirat merupakan tanda ulama akhirat. Begitu juga berusaha mendapat ilmu batin untuk bertaqarrub di hati nan damai. Mengejar ilmu akhiraf untuk mujahadah membersih hati. Sebahagian tanda ulama akhirat ialah mencari ilmu-ilmu agama untuk mengejar kebahagiaan di akhirat. Ilmu-ilmu yang mereka pelajari ialah ilmu batin, ilmu taqarrub hati kepada Allah, dan ilmu-ilmu lain yang dapat menunjukkan kepada kebahagiaan di akhirat. Ilmu batin ialah ilmu yang dengannya kita dapat mengawal hal-hal yang dapat merosak pahala ibadat. Ilmu taqarrub ialah ilmu yang dapat menghilangkan bisikan syaitan dalam hati, dan terbukanya jalan menuju akhirat; baik dengan mujahadah mahupun musyahadah. Dan orang-orang yang berjihad di jalan Kami, Kami benar-benar akan menunjukkan jalan-jalan Kami buat mereka. Dengan mujahadah, tafakkur, dan zikir di dalam khalwat serta menjauhkan hati dari hal-hal yang berbau keduniaan kita akan mendapatkan ilmu-ilmu agama dan hikmah yang tiada bandingannya, kerana perbuatan di atas merupakan kunci ilham.Dapat kita ketahui betapa ramainya orang yang lama belajar ilmu-ilmu agama, namun sedikit pun ia tidak pemah merasakan manfaat dari ilmu yang didapatnya itu. Sebaliknya, ramai orang yang setiap saat menyibukkan diri dengan amal dan wirid, dengan zikir dan tafakkur, tetapi dapat merasakan sentuhan hikmah dan musyahadah dengan Allah s. w. t. Oleh itu, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang mengamalkan ilmunya, Allah akan memberi kepadanya ilmu yang belum ia ketahui." Dalam kitab terdahulu (selain al-Quran) dijelaskan: "Hai orang-orang Israil, jangan kamu katakan ilmu itu ada di langit, kerana itu siapakah yang menurunkan? Atau di perut bumi, siapakah yang mengeluarkan? Atau di dasar lautan, siapakah yang membawa ke permukaan? Ingatlah bahawa ilmu sebenamya terpendam di dasar hatimu. Maka dekatlah kepada­Ku, sebagaimana dekatnya para kekasih-Ku; berakhlaklah sebagaimana akhlak para shiddiqin, nescaya Aku akan menyematkan ilmu di dalam hatimu sebanyak-banyaknya:" Menuntut ilmu untuk mengikuti jejak pembawa syariat, Muhammad Rasulullah s.a.w. Seorang ulama akhirat selalu menuntut ilmu agama dan ilmu akhirat, dengan tujuan agar dapat menapakijejak Rasulullah s.a.w., baik dari segi perkataan, perbuatan, dan yang lainnya. Lebih dari itu ia ingin mendapatkan hakikat dari ilmu yang dipelajarinya itu. Imam al-Ghazali berkata: "Sebahagian tanda ulama akhirat ialah dia selalu mencari ilmu dengan tujuan dapat mengamalkan dan memahami hakikat dari ilmunya itu. Ia tidak pemah bertaklid kecuali kepada N abi s. a. w. dan para sahabatnya, kerana merekalah yang patutuntuk dijadikan teladan. Nabi patut dijadikan teladan kerana apa yang dilakukannya selalu mengandung rahsia hikmah, dan para sahabat juga patut dijadikan teladan kerana merekalah yang dapat mendengardan melihat langsung dari Nabi s.a.w. Maka untuk mengetahui hakikat dan rahsia ilmu yang sebenarnya, hendaklah kita memerlukan banyak waktu untuk membahasnya. Orang yang mempunyai ilmu tetapi tidak memahami hakikat dari . ilmu itu, ia tidak ubahnya sebagai wadah atau bejana bagi ilmu; dan orang demikian tidak boleh disebut alim kerana seorang alim mesti mengetahui secara benar hakikat apa yang diketahuinya."

No comments: