Wednesday, August 19, 2009

Azab Meninggalkan Sembahyang

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Sesiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya.
Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia antaranya :-


·Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadaprezekinya.
·Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
·Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga Seksaan adalah ketika dia hendak mati antaranya :


· Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telahmeminum seluruh air laut.
· Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
· Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga Seksaan yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-


· Dia akan merasa susah untuk menjawab pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
· Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
· Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat,antaranya :

· Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
· Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
· Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka

No comments: