Kalau tengok dunia sekarang dengan masalah perangai anak-anak remaja aku naik gerun, bagaimana keadaannya masa anak-anak aku remaja nanti. Apakah jenis cabarannya? Mampukah aku membimbing anak-anak aku mengharungi dan menempuhinya? Di sini aku nak share tip yang biasanya diamalkan oleh ibu bapa yang ingin menjadikan anak mereka hamba Allah yang baik dan taat padaNya. Berikut adalah waktu-waktu yang mustajab doa:
1. 10 minit sebelum anak tidur
- Baca Fatihah (1 kali)
- Baca Ayat Kursi (1 kali)
- Baca Surah al-Insyirah (1 kali)
- Baca Surah Toha ayat 1-5 (1 kali)
Kemudian hembuskan diubun-ubun anak sambil niatkan supaya dia menjadi anak yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar rajin solat dan lain-lain.
2. Semasa anak-anak sedang tidur, lakukan perkara di atas .
3. Waktu anak bangun tidur
4. Waktu anak selepas mandi
5. Waktu anak selepas solat
6. Waktu anak selepas baca Quran
7. Waktu anak selepas riadah
No comments:
Post a Comment