Saturday, August 15, 2009

LELAKI MASUK NERAKA KERANA 4 WANITA

Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat..... tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya kedalam Neraka di Akhirat kelak.

Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri...... walaupun dia seorang alim (rajinsolat,sentiasa puasa sunat dan sempurna puasa wajib) maka dia akan ditarik oleh isterinya kedalam Neraka kerana tidak menasihati isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya yang masih hidup ..... jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempua! ! nnya dibiar melencong dari ajaran ISLAM .... tunggulah tarikan adiknya kedalam Neraka di atas segala perbuatan durjana yang telah dilakukan oleh adik perempuannya.

Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari sisi Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak....... nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat... maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang besar dalam membetulkan keadaan dan membentuk suasana Islam pada setiap saat dan ketika. firman ALLAH S. W. T.:-
"Jagalah diri kamu dan ahli keluargamu dar api Neraka".

Jangan seorang bapa berserban tetapi anak berpakain mendedahkan pusat dan buah dada .
Jangan abang seorang ustaz tetapi adik berpakaian minah rempik yang tidak memihak pada mazhab Shafie.
Jangan suami warak dan pendiam tetapi isteri mulut murai dan kontrol suami pasti suami tidak layak masuk Syurga kerana suami yang dayus bukanlah mukmin sejati.
Janganlah anak-anak lelaki semuanya bersekolah agama danTahfiz Al-Quran tetapi emak seperti mak Datin yang berambut sarang tebuan...
Marilah Kita masuk Syurga bersama isteri kita yang solehah,
Bersama suami yang warak,bersama abang-abang yang bergelar ustaz dan bersama anak-anak kita yang tahfiz Al-Quran... Kerana pintu Syurga sentiasa terbuka dan keluasan Syurga tidak terhad untuk seramai mana...
Cuma Syurga hanya rindukan orang yang cintakan Allah dan sentiasa berAKHLAK MULIA....

Ya Allah Jadikan Kami Penghuni Syurga Mu..


No comments: