Membunuh Haiwan Adalah Suatu Perbuatan Kejam. Mengapa Pula Orang Islam memakan Daging?
Jawapan: Assalamualaikum. Setelah sekian lama tidak menulis berkenaan perbandingan agama, akhirnya tergerak hati untuk menjawab soalan yang seterusnya berkenaan perbandingan agama ni. Maaf kepada para sahabat kerana lama menanti soal jawab ini.
Ya. Membunuh haiwan adalah satu perbuatan kejam. Membunuh haiwan dengan sesuka hati adalah perbuatan yang sangat kejam. Mereka(haiwan-haiwan tu) juga adalah makhluk Allah. Haian-haiwan tersebut juga perlu di kasihi.
Walau bagaimana pun, Allah menjadikan ciptaanya dengan begitu kompleks dan saling berkait antara satu sama lain. Kalau kita belajar sains tingkatan tiga(tingkatan tiga ke dua?) kita akan belajar satu tajuk iaitu kitaran makanan. Setiap sesuatu yang dijadikan oleh Allah mesti ada manfaatnya.
Mengikut kajian, manusia memerlukan protein, karbohidrat, lemak dan sebagainya untuk membesar dengan sihat dan cukup tenaga. Secar fitrah, manusia ini diciptakan dengan satu system tubuh badan yang perlu kepada protein. Salah satu sumbernya ialah daripada haiwan yang sedang kita bincangkan sekarang ini. Maka Allah menghalalkan penyembelihan haiwan-haiwan tertentu untuk diijadikan sumber makanan untuk manusia. Di sini, ‘point’ utamanya ialah manusia perlu kepada protein dan sumbernya sebahagian besar daripada haiwan.
Kita berpindah perbincangan kepada persoalan kejam atau tidak penyembelihan yang disyariatkan oleh Islam. Perlu ditekankan di sini bahawa kita meyembelih, bukan membunuh. Walaupun matlamat serta akibatnya sama iaitu menyebabkan haiwan itu mati, namun ianya tetap berbeza. Kita boleh membunuh haiwan dengan pelbagai cara, sama ada tembakan, kejutan elektrik, tikaman, bagi minum racun dan sebagainya. Ianya dianggap kejam. Namun berbeza dengan cara penyembelihan Islam.
Islam mensyariatkan cara penyembelihan khusus. Penyembelih perlu menggunakan pisau yang tajam bagi mengelakkan haiwan terseksa. Penyembelih juga sepatutnya tidak mempamerkan pisau penyembelihan kepada haiwan yyang ingin disembelih. Penyembelihan perlu dimulakan dari bawah leher dengan pisau yang tajan sehingga putus tiga urt utama. Walau bagaimana pun, penyembelih tidak boleh terus menyembelih sehingga terus putus kepala haiwan tersebut.
Di sina kita melihat betpa cantiknya cara penyembelihan tersebut. Dalam saat terawal tiga urat utama diputuskan menyebabkan haiwan tersebut ‘lali’ dan urat saraf yang menghubungkan reseptor-reseptor dengan otak diputuskan. Dalam satu kajian yang mengkaji cara penyembelihan terbaik menyatakan bahawa haiwan yang disembelih dengan cara Islam tidak merasa sakit yang teruk sebelum mati berbanding cara penyembelihan lain.
Kita melihat hikmah kelapa haiwan yang disembelih tidak dipotong terus sehinggalah haiwan tersebut mati. Kepala haiwan tersebut tidak terus diputuskan kerana terdapat urat sarat di bahagian tulang yang masih dan perlu berfungsi untuk membenarkan jantung terus mengepam darah. Darah-darah dalam badan haiwan tersebut perlu dipam keluar kerana akan membahayakan jika ditinggalkan.
Lihatkan betapa cantiknya cara penyembelihan Islam. Di samping mengurangkan kesakitan pada haiwan, dari sudut psikologi pula haiwan itu tidak akan tahu dirinya akan disembelih. Bukan setakat itu sahaja. Malah dari d=sudut kesihatan mereka yang akan memakan daging tersebut(setelah dimasak) juga dijaga.
Dengan ini, pernyataan bahawa cara penyembelihan Islam menzalimi haiwan adalah tertolak. Bagitu juga dengan pernyataan membunuh haiwan itu juga tidak tepat. Islam mensyariatkan penyembelihan, bukan pembunuhan haiwan.
1 comment:
Help Muslims in needs by searching on Al-Islam !!
Al-Islam-Search is on a mission to help Muslims.When you search the Web on Al-Islam-Search, a portion of revenue generated will be donated to Muslims.The more you search, the more you can help us rescue Muslims and reach our ultimate goal of raising $1 million by the end of 2009.No cost to you. Just use Al-Islam-Search like you use Google,Yahoo or any other search engines.
Please visit us at http://Al-Islam-Search.com
Post a Comment